Support My Blog

Monday, December 6, 2021

HARGA BAJA PADI NAIK - RAMAI TERKESAN

ISU KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
di pasaran ketika ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor semenjak krisis pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Penulis blog telah merujuk kepada info dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dimana diantara faktor yang menjadi penyumbang ke atas kenaikan harga itu adala perubahan polisi negara pengeksport yang mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing. Kenaikan harga input pertanian yang penting ini sememangnya membebankan para petani, pesawah dan usahawan sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran dimana ini sekali gus telah pun mengurangkan pendapatan petani. Terkini dpada penghujung tahun 2021 dimana kumpulan petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun adalah seramai 276,621 orang yang merangkumi pesawah, pengusaha buah, sayur, tanaman ladang serta kontan, kelapa, bunga bungaan, herba dan juga rempah ratus dengan keluasan bertanam sehingga kini adalah seluas 405,509 hektar. Dalam pada itu seramai 356,000 orang pesawah padi sawah dengan keluasan bertanam seluas 608,000 hektar juga turut terkesan. Bagaimana pun peranan MAFI masih relevan dalam mengawal dan mengurus trend perubahan harga bekalan baja dan racun yang naik mendadak ketika ini. Umumnya ramai kalangan petani yang mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21 peratus bagi kategori sayur daun dan 17 peratus masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan berikutan peningkatan harga baja dan racun. Kalangan pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9 peratus khususnya adalah ia disebabkan oleh peningkatan harga racun. Kerajaan dalam pada itu akan menawarkan insentif tambahan bagi menangani kenaikan harga baja dan racun bagi memastikan produktiviti pengeluaran tidak terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan. 
Lebih 632,000 petani dan pesawah terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran sekali gus mengurangkan pendapatan petani. Dilaporkan dimana semenjak pandemik melanda negara, harga baja didapati meningkat hampir 30 peratus manakala harga racun pula meningkat hampir 100 peratus. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu kenaikan harga baja dan racun di Malaysia dan kesannya terhadap pesawah, petani dan pengusaha pertanian sehingga harga produk pertanian di Malaysia naik harga untuk dijadikan rujukkan semua.

Dalam pada itu Menteri Pertanian (MAFI) menyatakan kesan dari isu ini adalah disyorkan '
Elak harga tinggi: Petani perlu guna baja organik, bukan baja kimia' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Terkini dilaporkan dimana Kerajaan Malaysia akan memberi pendekatan berhubung aktiviti penanaman menggunakan baja organik berbanding baja kimia yang sememangnya menjadi pilihan peladang dan petani. Menjelaskan perkara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dakwa dimana usaha tersebut adalah bagi tujuan untuk mengelakkan kadar peningkatan harga baja kimia yang tinggi sehingga mencecah 57 peratus. Peningkatan itu adalah di bawah kuasa pasaran dunia dan bukan bidang kuasa kementerian untuk mengawalnya. Dilaporkan dimana harga racun serangga yang dahulu hanya sekitar RM66 sekarang sudah naik kepada RM197.50 iaitu kkadar kenaikan 199 peratus. Dalam pada itu bagi jenis racun siput berlaku kadar kenaikan sebanyak 20 peratus adalah benar dan ia ‘real’ berlaku. Perkara ini dilaporkan disebabkan harga pasaran dunia yang luar di bawah kementerian dimana ia memberi kesan kepada kos pengeluaran yang ditanggung oleh petani di negara ini. Banyak pihak perlu melihat kepentingan pembeli, yang membeli sayur, produk pertanian, dan kepentingan petani yang berskala kecil juga perlu diambil kira. Jadi alternatif yang perlu di lakukan adalah dengan menggalakkan pengurangan kebergantungan kepada baja kimia dengan cara menggalakkan petani menggunakan baja organik. MAFI juga melaporkan seramai 276,621 petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun merangkumi tanaman buah, sayur, tanaman ladang, kelapa, bunga-bungaan, herba dan rempah ratus dengan keluasan bertanam seluas 405,509 hektar. Seramai 356,000 orang pesawah padi sawah dengan keluasan bertanam seluas 608,000 hektar juga turut terkesan.
Melalui dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman sektor agromakanan pada kadar faedah sifar peratus dengan cara moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan disediakan bawah TEKUN dan Agrobank. Ada juga dilaporkan peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta diberikan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak untuk pesawah dinaikkan dari RM200 sehektar semusim kepada RM300. Kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing merupakan antara faktor utama mempengaruhi peningkatan harga itu. Secara umumnya ramai petani terpaksa mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21% bagi kategori sayur daun dan 17% masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan berikutan peningkatan harga baja dan racun. Pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9% khususnya disebabkan peningkatan harga racun.

Dilaporkan bajert sebanyak '
RM14 juta bantu petani, pesawah terkesan harga baja, racun naik' khususnya di Negeri Selangor. Media tempatan nyatakan Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun 2021. (Sila lihat foto disebelah). Bantuan tersebut memberi manfaat kepada seramai 10,000 individu dan ia didakwa akan turut mengurangkan kesan kenaikan harga. Selain bantuan negeri dilaporkan kerajaan Pusat juga telah memperuntuk lebih RM13 juta merangkumi RM6.3 juta kepada Jabatan Pertanian Selangor dan RM7.05 juta kepada kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor (IADA). Bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan diharap membantu petani dan pesawah menangani isu kenaikan harga input. Ia merupakan salah satu langkah membantu petani dalam mengatasi isu kenaikan harga baja dan racun.Kerajaan turut mengenal pasti beberapa faktor penting penyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun iaitu sebanyak 10 peratus pada tahun ini diantaranya ialah kerana kekurangan bahan mentah seperti unsur nitrogen, fosfat dan kalium yang diimport dari luar negara serta kenaikan kos bahan mentah. Berlaku juga perubahan polisi negara seperti pengeksport input pertanian, gangguan logistik dalam tempoh pandemik serta bekalan baja dan racun dalam pasaran yang berkurangan juga punca kenaikan ini.

Selain baja bharian.com melaporkan '
Harga racun naik 199 peratus. Berita dimana MAFI telah mendedahkan harga racun serangga meningkat sehingga 199% iaitu daripada RM66 kepada RM197.50. Dilaporkan juga bagi racun kulat dimana ia turut mencatatkan peningkatan 20.77% dan diikuti racun siput hampir 20% baja sebatian tiara blue (19.4%), Agrobridge (19.1%) dan NPK biru (14.5%) pada penggal ke 3 tahun 2021. Perkara tersebut dilaporkan iaitu kenaikan harga itu di luar kawalan MAFI berikutan peningkatan harga pasaran dunia dimna ini sekali gus memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani. Pihak kementerian memperkenal langkah alternatif dengan menggalakkan pengurangan kebergantungan dan peralihan baja kimia kepada organik, selain memperkenal pelbagai pendekatan serta pengembangan perkhidmatan bagi jangka panjang. Antara inisiatif dengan mengaplikasikan Teknologi Efektif Mikroorganisma (TEM) iaitu dengan cara menggalakkan penggunaan semula bahan sisa pertanian seperti pereputan jerami padi dan baja organik serta telah memperkenalkan penggunaan sisa pertanian jerami padi sebagai medium tanaman. Penggunaan cacing sebagai ejen pengkomposan sisa pertanian, pengamalan pengurusan perosak bersepadu (IPM) iaitu kombinasi kaedah tanaman secara kultura serta kawalan fizikal dan biologi. Namun cara ini adalah langkah jangka panjang dan tidak lari daripada kebergantungan penggunaan baja kimia dan kaedah pertanian konvensional yang diamalkan (petani di negara ini). Perlu ada kaedah dan langkah alternatif mengurangkan dan usaha jangka panjang menghapuskan penggunaan racun sintetik tanpa menjejaskan produktiviti, malah hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Terkini kerajaan ada mengumumkan beberapa langkah intervensi yang khusus bagi membantu petani dan pesawah terjejas. Ia membabitkan dana RM200 juta sebagai pinjaman agro makanan pada kadar faedah sifar peratus dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan disediakan di bawah TEKUN Nasional dan Agrobank.  Peruntukan tambahan RM62 juta melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022, di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak bagi pesawah dinaikkan dari RM200 sehektar semusim kepada RM300. Faktor mempengaruhi kenaikan harga yang dikenal pasti berlaku akibat perubahan dasar negara pengeksport mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah membabitkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing. Kenaikan harga itu sememangnya membebankan petani dan pengusaha sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran, sekali gus mengurangkan pendapatan golongan terbabit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
INPUT PERTANIAN... NAIK HARGA....
PETANI PENING... TIDAK GEMBIRA...
INSENTIF KERAJAAN... BANYAK CARA...
PENGGUNA... KENA TAMBAH BELANJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(31 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...