AGAS (Sylvicola fenestralis) ialah serangga kecil yang jarang dibicarakan dimana ia seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan juga kawasan semak. Serangga Agas tergolong dalam suborder Nematocera terutamanya berada didalam 3 kumpulan famili iaitu famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae. Penulis blog mengenali serangga agas ini semenjak kecil lagi apabila sering pergi kekandang kambing kepunyaan keluarga dimana banyak agas dikawasan kandang ini. Bagaimana pun antara pengalaman yang paling tidak seronok adalah apabila kena gigitan Asas Laut yang terdapat di kawasan pantai dimana ia amat gatal dan menyakitkan selama beberapa hari kesannya. Memang agak sukar untuk melihat agas dengan mata kasar sama ada semasa ia terbang atau mengigit kerana saiznya yang memang kecil tidak seperti Nyamok (Mosquito) atau pun lebah atau kelulut. Dalam beberapa jurnal dinyatakan dimana ada kalangan serangga 'agas yang baik' dan ada kalangan dari jenis 'agas yang jahat'. Antara spesis agas yang jahat adalah seperti Culicoides spp yang mana ia adalah serangga kecil yang akan mengigit apa sahaja hidupan yang bernafas dan berdarah. Penulis blog baru tahu dimana kebanyakkan serangga penghisap darah termasuk agas ini tertarik kepada manusia kerana kita mengeluarkan gas karbon dioksida. Ia adalah hasil daripada aktiviti proses pernafasan iaitu menyedut Oksijan dan akan mengeluar karbon dioksida melalui hidung dan juga liang roma daripada permukaan kulit juga. CO2 dan aromanya inilah yang akan menarik serangga penghisap darah berkejar untuk menghisap darah. Kalau ditempat tertemtu ia akan datang pada waktu siang sahaja sama ada tengahari dan sebelum malam (maghrib) bagi agas untuk menghisap darah. Agak jarang dilaporkan gigitan agas pada waktu malam hari. Memang amat tidak selesa apabila digigit aga kerana menjadikan ia gatal, panas dan bagi sesiapa yang ada masaalah allergi lebih teruk kesannya. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai serangga agas yang jarang dibicarakan untuk menjadi bahan rujukkan pembaca semua.
Serangan oleh Agas ini memang tidak dirasai kerana ia sangat kecil dan rasa serangan hanya dapat di kesan setelah ia terbang pergi. Penulis blog juga dapati dimana agas yang berwarna kehtamanan dan kecil berukuran sekitar 0.5 - 2.5 mm mengigit bahagian kulit yang terdedah terutamanya di tangan, kaki dan juga sesekali di muka. Agas ini bijak kerana tidak selalu menyerang bahagian muka yang banyak ada deria seperti deria telinga, mata, hidung dan sebagainya. Saiz agas yang sangat kecil inilah yang menjadikan masaalah kepada manusia kerana memang kehadirannya tidak dirasai. Dari segi marfologinya penulis blog dapati serangga agas ini memang mempunyai organ satu set mulut khas yang memudahkannya mencari makan. Mandibel tersebut bertindak seperti sepasang gergaji mini yang bertindak selari secara selang seli untuk memotong kulit luar manusia yang kasar sehingga kebahagian kapilari yang mengandungi darah. Sambil gergaji agas ini membelau kulit ia juga pada masa sama akan merembeskan sejenis air liur nagi melincinkan proses mengergaji kulit. Air liur ini juga merupakan agen anti pembekuan darah yang membolehkan darah dihisap dengan mudahnya kedalam perut agas. Kesan dari antigen didalam air liur itu yang akhirnya akan menyebabkan 'rasa' gatal atau kesan-kesan lain kepada bahagian kulit manusia. Sama seperti serangga nyamok dimana hanya agas betina sahaja yang aktif menghisap darah. Ini dalah disebabkan agas betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur selepas mengawan dengan agas jantan. Agas jantan adalah amat kecil dimana ia selalunya makan daripada manisan atau nektar sahaja. Selepas mengawan dengan agas betina maka ia akan bertelur dan kitaran hidup bermula semula. Lazimnya agas berada banyak dikawasan hutan bakau dan kawasan berpasir yang basah berdekatan pokok bakau. Sering juga ia berada dihabitat dimana vegetasinya lembap untuk proses pembiakan seperti dikawasan resort atau hotel walau pun sebenarnya agas berasal dari hutan bakau berdekatan.
Penulis blog berpengalaman digigit agas banyak kali kerana sering juga berada dikawasan habitan agas untuk aktiviti menancing termasuk memancing udang galah. Ini kerana serangga kecil ini juga selalunya boleh menghisap darah manusia ataupun haiwan lain. Apa pun pada kebiasaannya memang tidak akan rasa gatal semasa digigit agas kerana serangga ini hanya melepaskan bahan kimia daripada air liurnya yang bertindak sebagai antikoagulant (elak dari darah membeku). Bahan ini memudahkan agas untuk mencerna darah tadi. Walaupun ada agas yang tidak menggigit akan tetapi jenis agas pasir atau lalat pasir ini boleh menyebarkan beberapa penyakit kepada manusia. Ia akan menyebabkan kesan gatal dan alahan dimana bagi sesetengah individu yang mengalami alahan teruk maka kesan dari gigitan agas boleh menyebabkan bengkak di tempat gigitan dan demam. Kesan gigitan ini akan menjadi warna kemerahan pada bahagian kulit dan kita akan menggarunya sehingga menjadikan luka dan kena infesi pula (Sila lihat foto disebelah). Malahan ada kes dimana ia juga boleh mendatangkan rasa sakit yang mencucuk dimana ada rasa yang sangat gatal selama beberapa jam atau minggu. Ada dilaporkan ia boleh menyebabkan 'Demam Lalat Pasir' iaitu serangan agas ini walaupun masih belum ada laporan berhubung virus ini ditemui pada lalat pasir di negara ini akan tetapi semua pembaca blog harus lebih berhati-hati. Apa yang pernah dilaporkan dimana demam ini akan berlaku negara tropika dan separuh tropika dan turut dikenali dengan nama demam tiga hari. Ia merupakan demam yang tidak kuat seperti demam selesema yang disebabkan beberapa jenis arbovirus. Gigitan agas juga boleh menyebabkan penyakit yang juga dinamakan sebagai 'Leishmaniasis' atau 'Kala Azar'. Ia adalah merupakan penyakit utama yang disebarkan oleh lalat pasir dan boleh membawa maut. Ia merupakan penyakit yang biasa ditemui di negara seperti India, Bangladesh dan Sudan. Di Malaysia dilaporkan kes ini sudah dikesan namun hanya dalam kalangan warga asing dan masih belum ada kes tempatan yang direkodkan. Bagaimana pun apa yang agak menakutkan adalah dimana penyakit ini akan mengakibatkan pembesaran organ seperti limpa, suhu badan yang meningkat dua kali dalam tempoh 24 jam dimana berlaku tanpa sakit kepala yang teruk, berat badan menurun sehingga akhirnya membawa maut.
Kehadiran serangga agas yang mengigit ini pada penulis blog sebenarnya memang kurang menyenangkan terutama jika berada dirumah sendiri atau pun senang menginap di chalet atau resort semasa bercuti atau sedang beriadah. Sebaiknya jika pembaca sudah terkena gigitan agas dan sudah tidak selesa perlu tahu akan bagaimana atau cara mana untuk menghilangkan rasa gatal gigitan serangga ini dengan berkesan dan efektif. Bahagian akhir ini menjadi penting untuk dibaca kerana akan cuba diperjelaskan beberapa alternatif yang boleh dicuba. Itu pun kesannya bergantung kepada individu tertentu, jumlah gigitan, umur seseorang serta spesis agas yang mengigitnya. Pertama sekali ads apabila digigit maka sebaiknya segera cuci bekas gigitan agas tersebut. Cara membasuh sebaiknya dibuat segera dengan menggunakan air bersih dan selang seli dengan sabun. Cara ini dilaporkan akan dapat mengelakkan berlaku penyebaran bakteria daripada makanan busuk atau haiwan mati daripada agas tersebut yang mungkin dibawa bersama. Selain itu juga penulis blog syorkan agar ia bolehdicui dengan menggunakan cecair antiseptik. Langkah seterusnya adalah dengan sapukan ubat anti gatal yang ada dipasaran untuk menggurangkan kesan rasa gatal ini. Antara yang selelu didengar dalam ikan di TV adalah ubat sapu seperti Mopiko (iklannnya 'mopiko lai la') mungkin ramai yang ingat lagi. Apabila kesan gigitan agas ini ialah rasa gatal dan penggunan krim anti gatal yang mudah didapati di mana-mana farmasi boleh disapukan. Kalau tidak juga selesa makan boleh ambil pil tahan sakit sekiraanya gigitan serangga bengkak dan gatal, serta terasa sangat sakit. Petua keempat adalah dengan menggunakan ais (air batu ketul). Salah satu cara untuk menghilangkan kesan gigitan agas yang meninggalkan kesan bengkak boleh gunakan ais dan letak di kawasan yang bengkak. Cara ini boleh mengurangkan kesakitan dan juga mengurangkan bengkak tersebut. Jika keadaan semakin teruk dan mengalami alahan sehingga sesak nafas adalah disyorkan untuk dengan segera dapatkan rawatan perubatan yang sepatutnya diklinik swasta atau pun hospital. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERWARNA GELAP... SAIZ KECIL SEKALI...
DIKAWASAN BAKAU... ASAL SEMULAJADI...
PETUA RAWATAN... PENTING DIKETAHUI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.