Support My Blog

Sunday, December 12, 2021

NANAS GORENG DAN KARIPAP NANAS

NANAS GORENG dan KARIPAP DAGING NANAS merupakan dua produk berasaskan buah nanas yang penulis blog paling suka makan. Buah nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah yang dimakan segar dan juga diproses dalam pelbagai jenis produk. Bagi beberapa verieti nanas premium seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas Maspine yang sesuai dimakan segar kini telah diterima sebagai hidangan segar berbanding dengan varieti nanas untuk di kaleng (ditinkan) seperti nanas Moris, Nanas Gandul, Nanas N336 dan sebagainya. Buah nanas boleh diproses menjadi pelbagai produk antaranya adalah Jus Nanas, Halwa nanas, Skuas Nanas, Jeruk Nanas, Sos Nanas Manis, Pes Nanas, Sos Nanas Bercili, Nanas Kering (Vacuum fry), Jem Nanas, bebola Daging Fiber Nanas, Pinacolama dan banyak lagi produk. Penuaian buah di ladang nanas sering juga buah yang tidak sesua untuk di makan segar seperti buah yang bersaiz kecil, buah yang terlebih masak (overipe), buah yang sebahagian rosak (akibat faktor fizikal atau serangan perosak) dan buah-buahan muda yang sesuai untuk diproses. Buah ini akan dikumpulkan dan dibuang kulitnya serta kemudian ia diambil bahagian isi yang masih elok untuk diproses menjadi pelbagai produk hiliran. Beberapa syarikat khusus mengambil buah yang rendah kualitinya untuk diproses dimana ini menjana pendapatan yang setara dengan menjual nanas segar atau sebagai pendapatan tambahan pengusaha nanas. Terkini ada pelbagai inovasi mengenai amalan 'zero waste' dari pokok nanas dimana bahagian daunnya juga boleh dijadikan benang nanas dan makanan ternakan ruminan (dengan membuat pelet makanan) dan baja kompos. Dimasa akan datang tidak hairan jika tanaman nanas akan menjadi semakin popular kerana ia dilaporkan mampu menjana pendapatan yang baik bagi pengusaha nanas di Malaysia. Bagaimana pun pada penulis blog produk Goreng Nanas dan Karipap Inti Nanas serta minuman kopi nanas antara yang paling diminati hasil proses buah nanas. Apa lagi kalau bahan yang digunakan daripada nanas MD2 yang premium. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai Nenas Goreng dan Karipan Inti Daging dengan Nanas sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Produk Nanas Goreng merupakan kini adalah diantara inovasi menggoreng buah nanas terutama jik  vareti nanas premium MD2 dijadikan ia snek yang cukup enak. Mungkin pembaca blog pernah beli atau makan goreng cempedak, goreng durian dan sudah tidak asing lagi dengan goreng pisang atau goreng sukun. Apa lagi kalau makan goreng pisang atau goreng sukun atau goreng keladi dicich dengan sambal kicap Ala-Johor. Ini kerana kombinasi keenakan gorengan tersebut akan lebih dinikmati jika mana makanan snek tersebut dicicah dengan sambal kicap. Produk Nanas Goreng merupakan salah satu produk berasaskan bbuah nanas yag mudah disedikan dan enak dimakan semasa suam panas lagi. Hanya menggunakan buah nanas yang cukup masak dan tepong adunan berempah (buat sendiri atau beli yang sudah siap dipasaran) dan digoreng didalam minyak panas dalam kuali. Buah nanas dibuang kulitnya dan kemudian dibersihkan sebelum dipotong atau dihiris dadu atau nipis mengikut saiz dan bentuk kesukaan. Sediakan adunan tepong berempah dan dadu buah nanas dicelup dalam tepung sebelum dimasukkan kedalam kuali yang berisi dengan minyak panas. Setelah warna tepong bertukar kepada warna keemasn maka ia boleh diangkat dan ditoskan minyaknya. Nanas Goreng ini boleh dihidangkan bersama dengan hidangan minuman panas. Nanas goreng dipercayai disukai oleh ramai golangan daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa kerana kemanisannya, aroma wanginya dan juga kerangupan tepong salutnya apa lagi kalau menggunakan nanas premium MD2. Penulis blog memang suka makan nanas goreng ini sama ada membuatnya senddiri dirumah atau membelinya di lokasi yang ada menjualnya.

Dalam pada itu produk Karipap Pusing Inti Daging Nanas juga merupakan makanan yang amat enak sekali bagi penulis blog. Karipap komersil biasanya menggubakan isi inti kentang, sardin, ikan, daging lembu, daging ayam, kelapa dan sebagainya dengan pelbagai saiz, jenama dan harga dipasaran. Karipap Kentang diantara jenis karipap yang paling lazim dibuat dan dikomersialkan. Bagaimana pun belum ramai yang dapat ujirasa keenakan karipap pusing inti daging, buah nanas MD2 dan kada hitam atau pun karipap pusing inti ayam dengan nanas MD2, lada hitam dan ramuan beberapa rempahratus khusus. Paling baik adalah produk antaranya adalah produk keluaran EJ Food dari Simpang Rengam, Johor yang mana mereka kini telah pun  menyediakan karipap tersebut didalam bentuk sejukbeku (frozen food). Ia mudah dibeli secara on-line atau melalui beberapa agen diseluruh negara. Penulis blog pernah membuat promosi mengenai karipap ini bersama pengusaha terlibat dan pengacara Fahrin Ahmad di dalam rancangan TV3 iaitu Wanita Hari Ini (WHI) beberapa tahun lepas. Dalam ujirasa bersama crew TV3 mereka nyatakan makanan karipap nanas pusing ini memang cukup enk dan mereka membeli semasa promosi dilakukan. Memang mudah menggoreng karipap pusing inti daging dan nanas ini atau kini penulis blog hanya gunakan alat gorengan tanpa minyak atau 'Air Fryers'. Hasil gorengan air fryers memang sesuai untuk dikatakan sebagai 'makanan sihat' kerana ia menghasilkan makanan yang bebas minyak dan enak dimakan. 

Beberpa media tempatan juga seperti hmetro.com melaporkan kisah
'Boleh saja tiru resipi nanas goreng saya' dimana produk nanas goreng sudah dikomersilkan. Berita viral dari Kelantan ini menyatakan dimana jualan nanas goreng digerinya yang terletak di Kampung Panggung Rama, Pasir Puteh sudah tular dikalangan pembeli tempatan. Usahawan tersebut dikenali sebagai Noor Hidayah Abdullah (32 tahun) telah mencetuskan fenomena baru apabila makanan unik dijualnya tular di laman sosial. Ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah menjual nanas goreng sejak setahun lalu di belakang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh namun hanya tular beberapa beberapa bulan sahaja. Dia mendakwa dimana dia mula berniaga nanas goreng dengan suaminya iaitu Suzaimi Awang (52 tahun) yang bermula dengan sepuluh biji nanas dan kini mampu menjual 200 hingga 250 kilogram nanas setiap hari. Dia dakwa pada mulanya ada yang menganggap menu itu pelik tapi mula menyukai keserasian gandingan rasa manis nanas dan kerangupan salutan tepung. Dia yang masih menjaga rasa asli nanas dan zat di dalam buah nanas tersebut dilakukan dengan hanya mencelup nipis salutan tepung dan menggoreng sekejap saja sekitar dua ke tiga minit sekadar tepung masak bagi mengelakkan nanas terlalu berminyak dan kecut. Dia juga hanya menggunakan nanas madu (Nanas MD2) bagi mengelak buah itu terlalu berair dan merosakkan adunan tepung. Nanas MD2 akan dipotong kecil dan dicelup adunan tepung sebelum digoreng seperti biasa dimana antara tujuan dipotong kecil supaya mudah sejuk dan kurang berair. Selalunya dia akan menggunakan adunan tepung berasingan untuk nanas iaitu adunan lebih pekat selain turut menyediakan dua kuali khas untuk menggoreng buahan itu dan menu goreng lain. Kemudian dilaporkan dimana semenjak produk goreng nanas ini tular maka pelanggan lebih ramai malah ada yang datang dari Sabah dan Pahang yang mintanya uuntuk kongsikan resipi untuk mereka jual di gerai masing-masing. Bagaimana pun dia dan suami tidak marah sebaliknya rasa terharu kerana ramai yang datang memuji keenakan nanas goreng yang dijual selain menarik orang makan buah. Dia menyatakan untuk berjumpa semula dengan wanita usia 40-an yang pertama kali mengajarnya memasak nanas goreng dari Johor yang akhirnya membuka rezeki buatnya. Wanita itu mendakwa dia buat nanas goreng supaya anak dan cucunya gemar makan buah dan menyarankan saya menjual nanas goreng yang hingga kini mendapat permintaan tinggi pelanggan, kalau boleh saya nak jumpa dia dan ucap terima kasih. Dalam pada itu dia kini turut menjual nanas goreng keju dan buah sukun goreng bagi merancakkan lagi jualan makanan di gerainya yang dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang dimana mendapat sambutan amat menggalakkan. Penulis blog ada dua kali ke Kelantan dan membuat ujirasa nanas goreng beliau dan memang sungguh enak dimakan. Semuga artikel ini memberi info bergun kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NANAS GORENG.. SUNGGUH ENAKNYA...
KARIPAP INTI NANAS... PUSING KULITNYA....
KARIPAP SEJUKBEKU...MUDAH BELINYA...
KE SG MERAB SANA.... DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...