Support My Blog

Friday, December 31, 2021

APA ITU BAKTERIA?

APAKAH DIA BAKTERIA?
. Selalu kita mendengar kewujudan bakteria terutama didalam makanan tercemar yang boleh menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Merujuk kepada beberapa jurnak dinyatakan dimana bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkan eubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Istilah bakteria yang digunakan dalam penulisan kali ini adalah merujuk kepada eubakteria. Lagi satu kumpulan bakteria (digunakan secara umum dari segi bukan taksonomi) ialah Arkea. Dalam ilmu moden dimana semua kajian bakteria digelarkan Bakteriologi sebagai salah sub- bidang mikrobiologi (Microbiology). Penulis blog belajar mengenai bakteria semasa belajar di universiti dahulu dimana agak jelas didalam menegetahui akan subjek ini. Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia dimana ia sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air atau v=bersimbiosis dengan organisma yang lain. Dilaporkan dimana kebanyakan mokrob dan patogen adalah bakteria. Memang saiz bakteria amat kecil dimana ukuran dengan alat khas mendapati ukurannya sekitar 0.5 - 5.0 μm pada ukuran yang paling panjang. Lazimnya bakteria juga mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat akan tetapi dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau Chitin (seperti untuk kulat) serta bakteria tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain (Sila lihat rajah diatas). Dilaporkan oleh saintis dimana biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan sejuta sel bakteria di dalam satu mililiter air tawar. Mengira populasi bakteria pun bukan mudah kerana dilaporkan pada keseluruhannya terdapat kira-kira lima nonilion (5×1,030) bakteria di muka bumi dan berjaya untuk ia membentuk biojisim dimana jumlahnya adalah melebihi kesemua tumbuhan dan binatang. Ada bakteria berfaedah dan ada bakteria jahat. Bakteria berguna adalah penting dalam aktiviti kitar semula nutrien dimana kehadirannya yang banyak langkah dalam kitar nutrien bergantung pada organisma ini. Proses pengkomposan bahan organik melibatkan banyak bakteria untuk pereputan. Artikel malam ini sambil menonton Piala AFF Suzuki Final Pertama diatara Indonesia dengan Thailand saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology' mengenai apakah dia bakteria untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sering kita mendengar didalam media utama sama elektronik dan media cetak mengenai keracunan makanan akibat serangan bakteria. 
Bakteria sebenarnya adalah organisma bernyawa yang hidup dimana istilah 'bacteria' hanya mula  diperkenalkan pada pertengahan abad ke 19 selepas saintis berjaya mengenalpasti kewujudan makhluk-makhluk halus berbentuk rod. Berikutan bentuknya yang mirip dengan rod kayu maka saintis barat menggelarkan makhluk-makhluk itu sebagai “bacterium” yang bermakna 'rod atau kayu' dan ia mewakili bentuk bakteria yang telah ditemui. Bagaimanapun, penemuan pertama bakteria sebenarnya telah pun berlaku lebih awal pada abad ke-17 iaitu oleh seorang penyelidik bernama Antony Van Leeuwenhoek yang kini dikenali sebagai bapa kepada kajian mikrobiologi. Leeuwenhoek menjalankan kajian dalam sampel air hujan dan menemui sejenis makhluk halus yang hanya dibentuk dengan satu sel “protozoa”. Bagi menamakan hasil penemuannya itu dia menamakan makhluk itu sebagai “animalcules” yang bermakna haiwan-haiwan kecil yang bersaiz mikroskopik. Kini kita bernasib baik terma awal itu ditukar kepada bakteria kerana agak susah sesiapa hendak menyebutnya nama asalnya iaitu Animalcule. Bakteria adalah sejenis organisma yang sangat halus yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Kebanyakan bakteria adalah tidak merbahaya akan tetapi terdapat bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan kerosakan makanan. Bakteria penyebab keracunan makanan boleh ditemui di mana-mana. Di antara sumber bakteria adalah seperti pada makanan mentah, manusia, serangga, tikus, haiwan peliharaan, sisa makanan, tanah dan udara. Dalam pada itu makanan yang dicemari oleh bakteria keracunan makanan mungkin mempunyai rupa, rasa dan bau yang normal. Perlu dikenali beberapa jenis bakteria menyebabkan keracunan makanan iaitu kumpulan Salmonella, Kumpulan Staphylococcus Aureus, Kumpulan Escherichia coli, Baccilus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan juga Campylobacter.

Didalam dunia kesihatan sering ditanya apakah dia 
jangkitan bakteria?. Jangkitan bakteria adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria dimana jenis bakteria penyebab penyakit disebut bakteria patogenik. Bakteria menyebabkan jangkitan melalui beberapa cara seperti melalui saluran pernafasan (Bordetella pertussis), melalui luka terbuka (Escherichia coli), melalui sentuhan lansung dengan haiwan terjangkit (Bacillus anthracis), melalui pengambilan makananan yang tercemar (Brucella abortus), melalui melalui hubungan intim seks (Treponema pallidium) dan melalui daripada ibu kepada anaknya semasa kelahiran (Neisseria gonorrhoeae). Ramai mungkin pernah mengalami apakah simptom jangkitan disebebbkan oleh bakteria. Kebiasaannya dimana antara simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan. Simptom jangkitan adalah seperti adanya tanda kemerahan, bengkak, sakit, sakit tekak, demam dan juga paling selalu dakwa adalah sakit kepala. Beberapa jensi penyakit yang disebabkan oleh bakteria banyak jenis kerana bakteria menyerang tubuh badan dan melemahkan sistem imun. Penyakit disebabkan bakteria adalah seperti batuk kokol (Bordetella pertussis), Jangkitan saluran kencing (Escherichia coli), Ulser (Helicobacter pylori), Leptospirosis (Leptospira interrogans), Batuk kering (Mycobacterium tuberculosis), Demam kepialu (Salmonella typhi) dan beberapa panyakit lain. Jangkitan bakteria dikesan dengan pemeriksaan mikroskopik, pewarnaan, pengkulturan dan pemencilan bakteria daripada spesimen. Spesimen yang digunakan adalah seperti sampel kahak untuk jangkitan salur pernafasan, banah dan wound swab untuk jangkitan pada luka dan darah untuk jangkitan aliran darah. Sampel lain adalah termasuk najis bagi masalah ciritbirit, bendalir cerebrospinal untuk penyakit meningitis, air kencing untuk jangkitan saluran kencing dan juga semua spesimen akan diperiksa untuk mengesan kehadiran bakteria. Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik. Antibiotik boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria. Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah menjalankan amalan gaya hidup yang sihat, mengelakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar atau selalu mencuci tangan dengan bersih/ Sebaiknya melakukan pengendalian makanan yang bersih dan pastikan hubungan seks yang selamat.

Setelah faham tentang bakteria rasanya penulis bog hendak kongsikan info tentang apakah itu virus. Virus adalah agen jangkitan paling kecil. Virus hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron. Virus hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan,bakteria dan manusia. Jangkitan virus adalah jangkitan disebabkan oleh virus. Virus biasanya menjangkiti manusia melalui cara seperto dari saluran pernafasan (seperti virus influenza, virus measles), melalui mulut atau saluran usus (virus herpes simplex), melalui luka pada kulit (HIV, virus hepatitis C), melalui gigitan serangga terjangkit (virus dengue oleh nyamuk) atau pun melalui gigitan haiwan terjangkit (virus rabies oleh anjing). Virus juga disebarkan melalui hubungan seks (herpesviruses) dan daripada seorang ibu kepada anak yang dikandungnya (cytomegalovirus). Lazimnya kebanyakan simptom jangkitan virus adalah sama, dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti. Simptomnya adalah seperti berlaku situasi hidung berair, Sinus, Batuk, Sakit tekak, Ruam, Sakit atau pun demam. Kelainan jenis penyakit yang disebabkan oleh virus memang berbeza dengan bakteria menyebabkan penyakit yang berlainan. Sesetengah penyakit disebabkan virus ialah seperti Penyakit tangan, kaki dan mulut (virus coxsackie).  Penyakit hepatitis kronik (virus hepatitis B), AIDS (human immunodeficiency virus), Cacar air (varicella-zoster virus),  Beguk (mumps virus) dan juga Ketuat (human wart virus). Ada kaedah untuk mengesan jangkitan virus iaitu dengan pelbagai kaedah dan spesimen, bergantung kepada kawasan jangkitan dan jenis virus yang disyaki. Antara spesimen untuk mengesan jangkitan virus adalah seperti kahak (throat and nasal swab untuk jangkitan salur pernafasan), conjunctival swab untuk jangkitan mata, Air kencing untuk jangkitan saluran air kencing, Darah atau air kencing dan genital swab untuk penyakit jangkitan kelamin,  Najis and swab rektum (untuk jangkitan saluran gastrointestinal) dan melalui coretan kulit, bendalir daripada vesikel dan darah (untuk jangkitan kulit). Kaedah yang boleh digunakan termasuk teknik PCR, pengkulturan dan mikroskop elektron dalam mengesan antibodi , antigen atau partikel virus. Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus.Virus dirawat dengan antiviral dan dicegah dengan vaksin. Antiviral hanya bertindak merawat simptom jangkitan dan meningkatkan sistem keimunan badan supaya tubuh dapat melawan sendiri jangkitan virus. Virus tidak boleh dibunuh dengan antibiotik. Kita boleh mencegah jangkitan virus dengan cara selalu mencuci tangan dengan bersih, perlakuan aktiviti seks yang selamat (safe sex),  Elakkan daripada mengambil minuman dan makanan tercemar, Elakkan perkongsian jarum suntikan dan juga sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HIDUPAN HALUS ...NAMANYA BAKTERIA.... 
PENYEBAB PENYAKIT... PADA MANUSIA...
BANYAK JENISNYA... ADA YANG BAHAYA...
BERLAINAN VIRUS... BERLAINAN RUPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1443H).

Thursday, December 30, 2021

IKAN JELAWAT - KENALI DIA

IKAN JELAWAT 
(Leptobarbus hoevenii) atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar yang sukar ada dijual dipasar-pasar kerana dari segi namanya sahaja penulis blog dapat tahu ia hanya untuk hidangan Sultan atau Raja sahaja zaman dahulu. Penulis blog beberapa kali dapat jumpa ikan jelawat ini di Mersing, Johor iaitu kawasan Taman Negara Endau-Rompin semasa membuat tinjauan ke kawasan pekampungan Orang Asli, Kg Peta untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing dahulu. Memang ada banyak ikan jelawat dibeberapa buah lubuk didalam kawasan konservasi di taman tersebut dapat dilihat. Sebenarnya ikan jelawat ini ada dianak sungai disebelah rumah di Kampong saya di Muar, Johor walau pun spesisnya agak berlainan dengan yang ada di Mersing. Ikan ini mempunyai bentuk badan agak panjang yang menarik dengan mempunyai sisik berkilat. Melihat kepada warna sisiknya dilihat ia seakan berwarna kehijauan dari bahagian atas dan bahagian abdomennya berwarna keputihan bercampur seakan warna perak. Jika diteliti dengan lebih dekat dilihat dibahagian sirip ikan ini akan dilihat warna merah cerah (Sila lihat foto diatas). Dilaporkan bagi ikan jelawat juvenile (anakan) akan dapat dilihat satu garian berwarna hitam melintasi bahagian tengah badannya. Ia mampu bergerak dengan pantas didalam air tawar. Biasanya ikan jelawat ini boleh membesar sehingga 160 cm dan merupakan ikan oviparous, maserba, gregarious dimana ia juga biasanya berenang pada pertengahan sehingga dasar air. Taburan ikan jelawat ini dipercayai  berada dalam sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand. Seperti dilaporkan walau pun ikan ini dildakwa suatu masa dahulu hanya menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan ia sudah ada dipasaran bagi hidangan ramai walau pun harganya agal lumayan tinggi. Setakat ini hanya ada beberapa kali dapat ujirasa ikan jelawat liar yang mana ia dihidangkan oleh kelompok petani di sebuah kampong yang juga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sebuah kampung dekat Sungai Pahang dengan membakarnya semasa bertugas di Pahang dahulu. Memang ikan ini istimewa kerana sungguh enak dimakan. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info ikan jelawat uuntuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dilaporkan dimana ikan jelawat ini merupakan ikan yang ada natif dalam perairan air tawar yang mengair di Semenanjung Malaysia di beberapa sungai utama seperti Sungai Pahang (seperti Sungai Pahang, Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Lipis) dan Sungai Perak. Penulis blog memang berkesempatan mengunjungi sungai-sungai tersebut semasa menjawat Pengarah Pertanian Pahang. Habitat bagi ikan jelawat liar memang berada didalam sungai yang ada arus atau air sentiasa mengalir. Lazimnya ikan jelawat ini akan tinggal pada lubuk yang sama untuk suatu masa sebelum ia berpindah kelokasi lain disebabkan beberapa faktur. Walau pun secara praktiknya ikan jelawat bukan sejenis ikan migrasi atau berpindah-pindah akan tetapi jika populasi ikan dilubuk sudah padat atau ada gangguan dihabitatnya ia akan berpindah juga kelosaki lubuk baru. Ikan jelawat merupakan sejenis ikan omnivore yang selaku tertumpu makan cacing, cengkerik, belalang, ulat dan juga buah hutan yang gugur kepermukaan air. Kajian saintis mendapati dimana buah ara merupakan makanan yang sangat digemari oleh ikan liar termasuk ikan jelawat liar. Cara ikan jelawat hidup adalah bergerombolan sehinggakan penulis blog lihat di Taman Negara Endau-Rompin ada berpuloh-puloh ekor yang berenang didalam satu lubuk yang mengasyikkan melihatnya. Bagaimana pun dilaporkan kemajuan teknologi perikanan membolehkan ikan ini dapat dibiakkan dan diternak secara komersil sehingga ramai boleh mendapatkannya dipasaran untuk dinikmati. Beberapa portal pemasaran menyatakan purata harga ikan jelawat di Malaysia adalah diantara RM300 - RM340 sekilogram bergantung kepada saiz dan kualiti kesegarannya. 

Dikalangan kaki pancing mengetahui dimana ikan jelawat merupakan spesis ikan yang kuat bertarung dengan tahap kekuatan lariannya didalam air. Ikan ini merupakan tarikan dalam 'fishing sport' dan juga mereka yang berhasil untuk menaikannya ikan jelawat liar pastinya sangat gembira terutama mendapat saiz ekonomik kerana harga jualannya adalah lumayan mahal. Penulis blog pernah diberitahu peminat pancing yang berjaya menaikan ikan jelawat dari Sungai Pahang dan di Tasik Chini dan Tasik Bera di Pahang dimana mereka yang berjaya menaikan ikan jelawat putih bersaiz diantara 8 - 10 kg seekor mampu menjualnya dengan harga kampong diantara RM80 - RM120 sekilogram kepada pemborong. Pemancing ini menyatakan kawasan yang strategik untuk memancing ikan jelawat adalah di kawasan yang air berarus seperti di lokasi ada air keluar masuk iaitu di pertembungan anak sungai kecil dengan sungai besar. Pemancing nyatakan antara umpan yang sesuai digunakan adalah seperti cacing, ulat buluh, serngga kecil atau pun cengkerik dan anak ikan kecl. Kini ramai juga pemancing yang menggunakan buah kelapa sawit sebagai umpan yang berkesan. Umpan kelapa sawit diracik dan dipasang seakan membuat sate pada perambut panjang sebeu dicampakkan kedalam sungai. Teknik dengan cara mencangkukkkan sebiji atau dua biji sawit pada matakail juga boleh dilakukan sebagai umpan. Kini ada kalangan pemancing yang menggunakan umpan tiruan untuk memancing ikan jelawat.

Ikan Jelawat merupakan spesis ikan yang banyak pipihan untuk dimasak dan dihidangkan. Antara menu popular kuliner ikan jelawat seperti Ikan Jelawat Bakar atau jelawat Panggang, Ikan Jelawat Masak Stim, Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api, Ikan Jelawat Goreng Berlada, Asam Pekas Jelawat dan berpuloh-puloh lagi resepi bagi ikan jelawat.  Bagi penulis blog paling suka adalah ujirasa ikan jelawat bakar yang disediakan di sekitar Sungai Pahang dahuu. Menurut petani yang menyediakan kuliner ini bahan untuk membuatnya adalah 
1 ekor ikan jelawat atau ikan sultan segar yang perlu dibersihkan dan kelar-kelar dibadannya, 3 biji bawang putih, 1.5cm halia, 1/2 sudu lada putih, 1/2 sudu serbuk kunyit, minyak bijan, daun pisang dan daun kunyit alas memanggang, 1/2 sudu teh pati asam jawa dan juga garam. Cara menyediakannya adalah dengan pertama sekali menumbuk bawang putih, halia dan lada putih. Kemudian ramuan ini digaul bersama garam, serbuk kunyit dan pati asam jawa. Seterusnya semua dilumurkan keseluruhan badan ikan jelawat sehingga rata. Sediakan pemanggang dan panggang ikan jelawat ini hingga seragam masaknya. Ikan jelawat bakar ini boleh dimakan terus begitu shaja akan tetapi lebih enak lagi kaalau dicicah dengan sambal kicap atau sambal belacan. Bagi menyediakan sambal belacan mangga sediakan buah mangga dan ia ditumbuk bersama 7 biji cili padi, 3 biji bawang merahdan sedikit belaan. Kemudian dimasukkan sedikit garam dan gula dan kalau sukakan rasa masam boleh ditambah dengan jus limau kansturi atau limau nipis. Ia kemudian dihidangkan untuk dicicah dengan isi ikan jelawat ... memang enak sekali. Ada juga beberapa kali ujirasa ikan jelawat masak lemak cili api dan juga asam pedas ikan jelawat. Semuga artikel ini dapa memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN JELAWAT... IKAN SULTAN SAMA...
SUKAR DIDAPATI... MAHAL HARGA..
KAKI PANCING... MEMANG AMAT SUKA...
RASA ENAK... PELBAGAI RESEPI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Jamadilawal 1443H).

Wednesday, December 29, 2021

AGAS - APA DIA?

AGAS (Sylvicola fenestralis) ialah serangga kecil yang jarang dibicarakan dimana ia seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan juga kawasan semak. Serangga Agas tergolong dalam suborder Nematocera terutamanya berada didalam 3 kumpulan famili iaitu famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae. Penulis blog mengenali serangga agas ini semenjak kecil lagi apabila sering pergi kekandang kambing kepunyaan keluarga dimana banyak agas dikawasan kandang ini. Bagaimana pun antara pengalaman yang paling tidak seronok adalah apabila kena gigitan Asas Laut yang terdapat di kawasan pantai dimana ia amat gatal dan menyakitkan selama beberapa hari kesannya. Memang agak sukar untuk melihat agas dengan mata kasar sama ada semasa ia terbang atau mengigit kerana saiznya yang memang kecil tidak seperti Nyamok (Mosquito) atau pun lebah atau kelulut. Dalam beberapa jurnal dinyatakan dimana ada kalangan serangga 'agas yang baik' dan ada kalangan dari jenis 'agas yang jahat'. Antara spesis agas yang jahat adalah seperti Culicoides spp yang mana ia adalah serangga kecil yang akan mengigit apa sahaja hidupan yang bernafas dan berdarah. Penulis blog baru tahu dimana kebanyakkan serangga penghisap darah termasuk agas ini tertarik kepada manusia kerana kita mengeluarkan gas karbon dioksida. Ia adalah hasil daripada aktiviti proses pernafasan iaitu menyedut Oksijan dan akan mengeluar karbon dioksida melalui hidung dan juga liang roma daripada permukaan kulit juga. CO2 dan aromanya inilah yang akan menarik serangga penghisap darah berkejar untuk menghisap darah. Kalau ditempat tertemtu ia akan datang pada waktu siang sahaja sama ada tengahari dan sebelum malam (maghrib) bagi agas untuk menghisap darah. Agak jarang dilaporkan gigitan agas pada waktu malam hari. Memang amat tidak selesa apabila digigit aga kerana menjadikan ia gatal, panas dan bagi sesiapa yang ada masaalah allergi lebih teruk kesannya. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai serangga agas yang jarang dibicarakan untuk menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Serangan oleh Agas ini memang tidak dirasai kerana ia sangat kecil dan rasa serangan hanya dapat di kesan setelah ia terbang pergi. Penulis blog juga dapati dimana agas yang berwarna kehtamanan dan kecil berukuran sekitar 0.5 - 2.5 mm mengigit bahagian kulit yang terdedah terutamanya di tangan, kaki dan juga sesekali di muka. Agas ini bijak kerana tidak selalu menyerang bahagian muka yang banyak ada deria seperti deria telinga, mata, hidung dan sebagainya. Saiz agas yang sangat kecil inilah yang menjadikan masaalah kepada manusia kerana memang kehadirannya tidak dirasai. Dari segi marfologinya penulis blog dapati serangga agas ini memang mempunyai organ satu set mulut khas yang memudahkannya mencari makan. Mandibel tersebut bertindak seperti sepasang gergaji mini yang bertindak selari secara selang seli untuk memotong kulit luar manusia yang kasar sehingga kebahagian kapilari yang mengandungi darah. Sambil gergaji agas ini membelau kulit ia juga pada masa sama akan merembeskan sejenis air liur nagi melincinkan proses mengergaji kulit. Air liur ini juga merupakan agen anti pembekuan darah yang membolehkan darah dihisap dengan mudahnya kedalam perut agas. Kesan dari antigen didalam air liur itu yang akhirnya akan menyebabkan 'rasa' gatal atau kesan-kesan lain kepada bahagian kulit manusia. Sama seperti serangga nyamok dimana hanya agas betina sahaja yang aktif menghisap darah. Ini dalah disebabkan agas betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur selepas mengawan dengan agas jantan. Agas jantan adalah amat kecil dimana ia selalunya makan daripada manisan atau nektar sahaja. Selepas mengawan dengan agas betina maka ia akan bertelur dan kitaran hidup bermula semula. Lazimnya agas berada banyak dikawasan hutan bakau dan kawasan berpasir yang basah berdekatan pokok bakau. Sering juga ia berada dihabitat dimana vegetasinya lembap untuk proses pembiakan seperti dikawasan resort atau hotel walau pun sebenarnya agas berasal dari hutan bakau berdekatan.

Penulis blog berpengalaman digigit agas banyak kali kerana sering juga berada dikawasan habitan agas untuk aktiviti menancing termasuk memancing udang galah. Ini kerana s
erangga kecil ini juga selalunya boleh menghisap darah manusia ataupun haiwan lain. Apa pun pada kebiasaannya memang tidak akan rasa gatal semasa digigit agas kerana serangga ini hanya melepaskan bahan kimia daripada air liurnya yang bertindak sebagai antikoagulant (elak dari darah membeku). Bahan ini memudahkan agas untuk mencerna darah tadi. Walaupun ada agas yang tidak menggigit akan tetapi jenis agas pasir atau lalat pasir ini boleh menyebarkan beberapa penyakit kepada manusia. Ia akan menyebabkan kesan gatal dan alahan dimana bagi sesetengah individu yang mengalami alahan teruk maka kesan dari gigitan agas boleh menyebabkan bengkak di tempat gigitan dan demam. Kesan gigitan ini akan menjadi warna kemerahan pada bahagian kulit dan kita akan menggarunya sehingga menjadikan luka dan kena infesi pula (Sila lihat foto disebelah). Malahan ada kes dimana ia juga boleh mendatangkan rasa sakit yang mencucuk dimana ada rasa yang sangat gatal selama beberapa jam atau minggu. Ada dilaporkan ia boleh menyebabkan 'Demam Lalat Pasir' iaitu serangan agas ini walaupun masih belum ada laporan berhubung virus ini ditemui pada lalat pasir di negara ini akan tetapi semua pembaca blog harus lebih berhati-hati. Apa yang pernah dilaporkan dimana demam ini akan berlaku negara tropika dan separuh tropika dan turut dikenali dengan nama demam tiga hari. Ia merupakan demam yang tidak kuat seperti demam selesema yang disebabkan beberapa jenis arbovirus. Gigitan agas juga boleh menyebabkan penyakit yang juga dinamakan sebagai 'Leishmaniasis' atau 'Kala Azar'. Ia adalah merupakan penyakit utama yang disebarkan oleh lalat pasir dan boleh membawa maut. Ia merupakan penyakit yang biasa ditemui di negara seperti India, Bangladesh dan Sudan. Di Malaysia dilaporkan kes ini sudah dikesan namun hanya dalam kalangan warga asing dan masih belum ada kes tempatan yang direkodkan. Bagaimana pun apa yang agak menakutkan adalah dimana penyakit ini akan mengakibatkan pembesaran organ seperti limpa, suhu badan yang meningkat dua kali dalam tempoh 24 jam dimana berlaku tanpa sakit kepala yang teruk, berat badan menurun sehingga akhirnya membawa maut.

Kehadiran serangga agas yang mengigit ini pada penulis blog sebenarnya memang kurang menyenangkan terutama jika berada dirumah sendiri atau pun senang menginap di chalet atau resort semasa bercuti atau sedang beriadah. Sebaiknya j
ika pembaca sudah terkena gigitan agas dan sudah tidak selesa perlu tahu akan bagaimana atau cara mana untuk menghilangkan rasa gatal gigitan serangga ini dengan berkesan dan efektif. Bahagian akhir ini menjadi penting untuk dibaca kerana akan cuba diperjelaskan beberapa alternatif yang boleh dicuba. Itu pun kesannya bergantung kepada individu tertentu, jumlah gigitan, umur seseorang serta spesis agas yang mengigitnya. Pertama sekali ads apabila digigit maka sebaiknya segera cuci bekas gigitan agas tersebut. Cara membasuh sebaiknya dibuat segera dengan menggunakan air bersih dan selang seli dengan sabun. Cara ini dilaporkan akan dapat mengelakkan berlaku penyebaran bakteria daripada makanan busuk atau haiwan mati daripada agas tersebut yang mungkin dibawa bersama. Selain itu juga penulis blog syorkan agar ia bolehdicui dengan menggunakan cecair antiseptik. Langkah seterusnya adalah dengan sapukan ubat anti gatal yang ada dipasaran untuk menggurangkan kesan rasa gatal ini. Antara yang selelu didengar dalam ikan di TV adalah ubat sapu seperti Mopiko (iklannnya 'mopiko lai la') mungkin ramai yang ingat lagi. Apabila kesan gigitan agas ini ialah rasa gatal dan penggunan krim anti gatal yang mudah didapati di mana-mana farmasi boleh disapukan. Kalau tidak juga selesa makan boleh ambil pil tahan sakit sekiraanya gigitan serangga bengkak dan gatal, serta terasa sangat sakit. Petua keempat adalah dengan menggunakan ais (air batu ketul). Salah satu cara untuk menghilangkan kesan gigitan agas yang meninggalkan kesan bengkak boleh gunakan ais dan letak di kawasan yang bengkak. Cara ini boleh mengurangkan kesakitan dan juga mengurangkan bengkak tersebut. Jika keadaan semakin teruk dan mengalami alahan sehingga sesak nafas adalah disyorkan untuk dengan segera dapatkan rawatan perubatan yang sepatutnya diklinik swasta atau pun hospital. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA AGAS... KURANG DIKENALI...
BERWARNA GELAP... SAIZ KECIL SEKALI...
DIKAWASAN BAKAU... ASAL SEMULAJADI...
PETUA RAWATAN... PENTING DIKETAHUI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilawal 1443H).

Tuesday, December 28, 2021

BURGER IKAN - RESEPI ISTIMEWA

BURGER IKAN
merupakan salah satu produk makanan yang semakin popular di seluruh dunia kerana keenakannya dan khasiatnya. Makanan Burger merupakan salah satu jenis makanan 'fast food' yang popular dengan banyak syarikat yang mengoperasikannya penjualannya. Makanan ini juga mudah dibuat dan praktikal sebagai sejenis makanan yang lengkap. Komponen membuat burger ini yang klasik dibuat dari bun burger (roti tawar separuh bulat) dengan isi burger daging lembu, sayuran, mayonis dan mustard. Kemudian ada pelbagai bentuk, rasa, kombinasi dan jenama seperti jenis 'long burger' yang terkenal dari roti Prancis dan juga jenis-jenis roti yang lain seperti bagels, pita bread dan lain-lain. Terdapat kepelbagaian isi burger yang asli isinya terbuat dari daging lembu dimana kini ada berbagai jenis isi. Sebagai contoh dimana burger yang gunakan daging ayam disebut 'chicken burger', daging ikan atau fillet ikan (fish burger),burger yang isinya keju dipanggil 'cheese burger' dan burgeri yang menggunakan isinya tempe dipanggil sebagai tempe burger. Hamburger (atau seringkali disebut dengan burger) adalah sejenis makanan berupa roti berbentuk bundar yang dihiris dua dan ditengahnya diisi dengan patty yang biasanya diambil dari daging, kemudian sayur-sayuran berupa salad, hirisan tomato dan bawang bombay. Sebagai sosnya, burger diberi berbagai jenis sos seperti mayonis, sos tomato dan sambal serta mustard. Ada beberapa varian burger juga dilengkapi dengan keju, bahan asinan, serta bahan pelengkap lain seperti sosej dan Ham. Burger atau hamburger merupakan makanan sejenis Sandwich. Makanan ini terdiri dari roti bulat agak pipih dan dibelah dua. Ditengahnya akan disisipkan kepingan daging cincang berempah, disajikan dengan daun salad, hirisan tomato, timun dan aneka sos (yang paling popular di Malaysia gunakan sos cili). Penulis blog lazimnya makan burger sama ada dibuat sendiri dirumah, membeli di pasar malam, gerai tepi jalan atau terkini membeli secara on-line sahaja. Restoren makanan fast food seperti Mc Donalds, KFC dan lain-lainnya memang pembekal makanan burger yang terkenal diseluruh dunia. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 6,800 mengenai pelbagai kisah menarik makanan burger ikan sekadar dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog dapati dimana perkataan 'burger' merupakan singkatan dari hamburger. Kini ada banyak bentuk burger walau pun di Malaysia jenis burger biasanya disajikan dengan cara di grill atau pun ada juga yang di goreng. Daging yang digunakannya pun bermacam macam dimana paling utama adalah daging lembu, daging ayam akan tetapi sudah ada isi burger daripada dari ikan, udang, ketam, telur dan sebagainya khusus untu vegetarian. Burger ikan Ramly merupakan antara jenis burger ikan yang popular di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ada makanan burger yang diproses secara tradisional dan ada secara modern. Daging burger ada yang diproses secara tradisional akan tetapi kini paling banyak diproses dikilang secara komersil seperti jenama terkemuka di Malaysia. 
Proses dikilang bagaimana pun akan menghasikan jenis burger yang agak nipis berbanding dengan burger buatan homemade. Daging burger jenis ini sudah banyak di pasaran dan masyarakat pun dapat dengan mudah membuat variasi burger. Adunan isi bagi burger ini biasanya dibentuk sesuai dengan bentuk dan ukuran roti jadi bisa bulat pipih, atau bulat lonjong. Pelengkap yang dipakai antara lain untuk membuat burger termasuk sos cili, sos tomato, mayonis, mustard pasta, hirisan tomato, hirisan timun, daun salad, keju, dan bagi specia ditambah dengan telur ayam (pelapik luar). Pelengkap ini disesuaikan dengan selera dan jenis burger. Cara makan burger juga agak unik sebab isi burger biasanya tebal maka kadangkala agak sukar untuk memakannya kerana kena membuka mulut yang lbesar untuk mengigitnya. Apalagi jika dibuat burger bertumpuk-tumpuk atau double burger. Cara praktikal untuk makan burger adalah dengan memegang langsung burger dengan tangan dan menggigitnya sehingga isinya tidak berterabur. Tetapi jika burger berupa long burger selalunya ia kan di potong-potong lebih dahulu sehingga mudah digigit. Jika burger disajikan dengan pinggan atau bekas dan sebaiknya perlu dipotong-potong burger menjadi ukuran sekali suap dan santap burger dengan bantuan garpu. Memakan burger perlu disegerakan seepas membeli atau membuatnya sendiri ketika masih hangat kerana jika sudah sejuk kurang enak apabila lemak daging burger jadi membeku dan rasanya jadi pelik. Agar tidak berair sebaiknya roti tidak menjadi lembap, isi dan racik burger semasa disajikan. Roti harus tetap rangup, empuk, sementara burgernya hangat dan sayurannya renyah. Burger merupakan produk daging giling segar dimana sebaiknya komposisi daging mencapai 80% didalamnya. Syarat mutu hamburger asli adalah lemak lembu yang ditambahkan tidak boleh lebih dari 49 persen yang tanpa penambahan air, bahan pengikat, dan bahan pengisi. Perlu diingatkan kepada orang Islam dimana nama burger berasal dari hamburger iaitu sebuah produk daging babi yang berasal dari Kota Hamburg di Jerman dan elakan memaknnya (Haram). Kini, istilah burger telah digunakan secara meluas pada produk-produk daging selain babi. Ada sejenis burger yang dikenali sebagai 'Garden Burger' yang merupakan burger yang terbuat dari sayuran tanpa daging.  

Berbalik kepada pebuatan 'Burger Ikan' dimana bahan asas embuatannya adalah isi ikan. 
Ikan banyak digemari dan dimakan baik dalam bentuk segar dan juga dapat diolah menjadi produk-produk yang bernilai ekonomi baik oleh masyarakat maupun industri. Dalam hal ini salah satu produk ikan yang dilakukan adalah pembuatan 'burger ikan'. Produk dari hasil perikanan semakin mendapat langanan di pasaran untuk memenuhi keperluan protein bagi masyarakat. Pada hari ini telah timbul kesedaran cara kehidupan moden yang serba sibuk dan banyak menggunakan waktu untuk pelbagai aktiviti harian. Sudah agak lama dimana pengambilan jenis makanan segera terutama dari makanan sejukbeku yang siap saji dijual dipasaran. Antaranya seperti makanan sejukbeku bakso ikan, fish nugget, otak-otak ikan, fish finger, fish burger dan sebagainya. Produk olahan tersebut memiliki nilai permakanan yang sangat diperlukan untuk kesihatan dan tenaga pengguna. Masyarakat d bandar yang sentiasa sibuk bekerja memerlukan makanan siap hidang (fast food) kerana ia cepat, mudah didapati dan memberikan tenaga yang seimbang. Salah satu makanan siap saji yang masa kini yang banyak diambil adalah burger. Makanan burger ini adalah praktikal, sangat popular, disukai semua golongan daripada kanak-kanak sebingga warga tua. Populariti burger ikan tidak sehebat burger lembu walau pun ia dikelaskan sebagai sejenis makanan yang enak, harganya yang tidak terlalu mahal serta ketersediaannya di berbagai lokasi jualan yang mudah untuk didapatkan. Masa ini makanan burger dengan mudah dapat kita jumpai di bandar besar, Bandar Kecil, Kampung-kampung malahan dikawasan pendalaman yang penulis blog pernah kunjungi. Asalkan ada pasar malam maka memang sangat mudah membeli burger. Proses penyediaan burger ikan (fish burger) harus dilakukan secara teliti dan sesuai dengan komposisi bahan tambahan atau rempahratus yang telah ditentukan. Bahan tambahan inilah yang akan mempengaruhi rasa, aroma warna dan tekstur pada burger ikan. bagi penulis blog yang suka makan burger juga berpendapat dimana agar produk burger ikan yang dihasilkan memiliki cita rasa serta memiliki kualiti yang baik maka diperlukan usaha-usaha dalam menjadikan burger kan yang lebih enak dan bergizi. Apa pun bahan asas iaitu isi ikan yang digunakan sbaiknya diperolehi dari sumber yang masih segar dan harga berpatutan. 

Di Malaysia antara jenama burger ikan popular adalah Burger Ikan Ramly. Penulis blog beberapa kali memasak sendiri dan makan burgei ini dirumah. Membuat burger ini amat mudah asalkan ada bahan mencukupi, peealatan yang sesuai dan dimakan sebaik sahaja ia disiap hidang. Memang senangnya buat bure=ger ini termasuk burger ikan ini anak-anak dibangku sekolah pun boleh membuatnya sendiri. Biasanya b
urger ikan tersebut boleh digoreng dulu dan lepas goreng mesti ditoskan minyaknya. Bagaimana pun penulis blog kini sering menggunakan 'kuali ajaib' atai 'air fryer' dimana ia memberikan kepuasan rasa sebenar burger ikan tersebut. Kalau sudah siap dimasak sebaiknya gunakan kertas tisu tebal untuk mengeluar dan menyerap minyaknya. Bergantung kepada kehendak selera maka semasa mengoreng ini boleh ditambah dengan bahan seperti majerin, keju, telur ayam dan sebagainya.  Boleh letak sekeping keju cheesedale atasnya dan biar keju lembut sendiri (kena letak masak kepingan burger ikan masih panas atau sebaiknya ada yang menggunakan mikrowave untuk memasaknya). Asasnya bahan untuk membuat burger ikan adalah 1 keping burger ikan jenama Ramly, 1 biji bun burger (dipotong tengahnya), sedikit mentega atau majerin, daun salad secukupnya (paling sesuai adalah salad jenis 'butter head'), hirisan tomato (4 keping), hirisan timun (4 keping), hirisan bawang besar ( 1 hirisan bulat dan leraikan), 1 keping keju cheesedale serta bahan sos tomato atau sos cili secukupnya serta Mayonnaise secukupnya. Cara membuatnya dengan menggoreng burger ikan ramly, gunakan api sederhana dan pastikan minyak tidak terlalu panas. Angkat dan toskan dimana sebaiknya letak atas kertas tisu dapur dan tekan sedikit agar minyak terserap (guna belakang sudip untuk menekan). Kemudian letakkan keju atasnya dan biar keju lembut dimana pastikan burger ikan tadi masih panas semasa anda letak keju. Ketepikan bahan tersebut. Seterusnya roti burger dibelah dua, sapu sedikit mentega atau majerin. Kemudian panggang hingga perang sedikit. Angkat dan sejukkan. Ambil bahagian bawah roti burger, susuh daun salad secukupnya, kemudian timun, tomato dan gegelang bawang besar. Paipkan mayonnaise atasnya, kemudian paipkan pula sos cili atau sos tomato. Letakkan burger ikan atasnya dan tutup dengan bahagian atas roti burgerdan ia sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA BURGER... IANYA BURGER IKAN...
SENANG BUAT.. LENGKAP NTRISI MAKANAN...
JENAMA RAMLY... SENANG DIDAPATKAN...
SEMUA ORANG... MEMANG SUKA MAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Jamadilawal 1443H).

Monday, December 27, 2021

CILI ORGANIK - BAGAIMANA TANAMNYA? (Part 2)

TANAMAN CILI ORGANIK
(Organic Chili) merupakan satu usaha yang perlu dilakukan untuk menghasilkan cili yang lebih dijamin keselamatannya. Tanaman Cili Besar (Capsicum annuum) atau Cili Padi (Capsicum frutescens) boleh juga dilakukan secara komersil atau dikawasan keliling rumah dengan sistem atau cara pertanian organik. Penulis blog merujuk rekod keluasan tanaman cili di Malaysia iaitu seluas 3,320 hektar pada tahun 2021 dengan pengeluaran hasil sebanyak 29,960 metrik tan bagi cili besar. Taman cili padi pula seluas 626 hektar dengan pengeluaran sebanyak 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Negeri Johor merupakan paling luas menanam cili pada tahun 2021 iaitu seluas 680 hektar diikuti dengan Kelantan (657 hektar) dan Pahang (416 hektar). Penulis blog dapati keluasan tanaman cili di Malaysia dan jumlah pengeluaran cili tempatan adalah masih tidak mencukupi kerana Malaysia masih perlu mengimport hampir 50% keperluan cili negara terutamanya dari Thailand, Vietnam dan China. Berkait dengan perkara tersebut tahap kesedaran terhadap isu alam sekitar serta keselamatan makanan telah mencetuskan kesedaran terhadap kepentingan penghasilan produk pertanian secara organik. Di Malaysia kini produk cili organik kebanyakannya diimport dari luar dan ditanam pada skala yang kecil. Jabatan Pertanian melaporkan dimana sebanyak 72 buah ladang telah didaftarkan bawah pensijilan myOrganic pada tahun 2020 dan hanya terdapat 2% ladang sahaja ladang yang mengusahakan tanaman cili. Antara beberapa risiko serangan penyakit dan perosak cili serta ketiadaan panduan pengeluaran tanaman yang lengkap menjadi cabaran kepada petani dalam mengusahakan pertanian organik. Penggunaan biopestisid serta kaedah kejuruteraan ekologi sebagai pendekatan alternatif bagi mengawal serangan penyakit dan perosak tanaman didapati berpotensi membantu pengeluaran cili organik dalam negara. Artikel pada pagi Jumaat sehari sebelum Perayaan Hari Natal esok hari dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai beberapa cara penanaman cili organik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Bagi tujuan p
enyediaan tapak untuk aktviti penanaman di ladang yang luas seperti di kawasan terbuka sebaikny, jentera berat seperti traktor yang dilengkapi dengan bajak piring (disc plough) digunakan untuk membajak tanah. Tujuan membajak tanah adalah untuk memecahkan tanah dan juga meningkatkan porositi dan pengudaraan tanah serta menghapuskan rumpai dan sisa baki tanaman terdahulu. Saiz batas yang disarankan ialah 1 meter lebar dengan 15 - 25 cm tinggi dan batas perlu dirapikan menggunakan cangkul. Penggunaan sungkupan plastik dibenarkan dalam pertanian organik dan dapat menghalang pertumbuhan rumpai di samping mengekalkan kelembapan tanah. Bagaimana pun penggunaan sungkupan daripada jerami padi adalah terbaik kerana ia dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberikan keadaan kelembapan tanah dan juga membekalkan baja (Sila lihat foto disebelah). Sungkupan semula jadi organik seperti jika  penggunaan jerami dan sekam padi amatlah digalakkan di ladang organik.  Jarak yang sesuai dan standard penanaman cili ialah 60 cm x 60 cm. Sistem pengairan dipasang sama ada dengan sistem pengairan, paip polietilena dan sistem perenjis boleh digunakan dalam sistem pengairan dan tanaman cili disyorkan untuk disiram setiap pagi dan petang mengikut keadaan cuaca. Bagi penanaman cili organik keliling rumah perlu disediakan pasu atau beg plastik sesuai dan diisikan dengan tanah campuran atau peatmoss dan di susun dikawasan yang mendapat cukup sinaran cahaya matahari.

Perbezaan diantara penanaman cili organik dengan cili konvensional adalah didalam bagaimana pengurusan amalan agronominya. Penggunaan bahan kimia memang tidak disyorkan didalam cara pengurusan organik sebaliknya bahan lain yang mesra alam diaplikasikan. Bagi tujuan p
embajaan untuk mendapatkan proses pertumbuhan optimum tanaman cili bergantung kepada pelbagai faktor persekitaran seperti suhu, air, cahaya dan juga kandungan nutrien di dalam tanah. Keperluan makronutrien tanaman cili adalah seperti nitrogen 276 kg/ha, fosforus 29 kg/ha, kalium 310 kg/ha, kalsium 52 kg/ha dan magnesium 30 kg/ha. Pembajaan secara organik untuk tanaman cili yang disyorkan ialah kompos biomas tanaman, kompos tinja haiwan, baja bioorganik (Sila lihat foto disebelah) dan baja cecair foliar organik. Baja organik sangat bermanfaat kepada tanah dan tanaman kerana mempunyai sifat perapi tanah yang dapat memperbaiki struktur tanah dan pengudaraan, meningkatkan nutrien dan kadar keupayaan pegangan air, meningkatkan aktiviti biologi dan memperbaiki tahap kesuburan tanah. Pembajaan asas tanaman cili perlu dibekalkan semasa penyediaan batas dan seterusnya boleh dibekalkan secara berkala sehingga penuaian hasil. Baja cecair organik diberi kepada pokok sebaiknya pada peringkat pembungaan dan pembentukan buah. Kadar pembajaan yang disyorkan mengikut jenis baja organik yang digunakan. bagi pemberian Baja Kompos disyorkan guna kompos biojisim atau kompos tinja haiwan 200 g/m2 atau 3 t/ha (sama untuk semua jenis kompos). Sebaiknya baja kompos digaul rata pada batas bersama tanah semasa penyediaan batas. Ia akan merapikan tanah dan membekalkan nutrien untuk petumbuhan tanaman. Bagi aplikasi Baja Bioorganik boleh guna dua cara. Bagi baja kompos sisa biojisim pertanian dengan mikrob bermanfaat dan diperkaya dengan nutrien daripada bahan semula jadi, enzim tumbuhan, asid amino, asid humik dan sebagainya dengan kadar 300 g/pokok. Pemberian baja pada minggu ke-2, 4, 5 dan 8 selepas tanam secara ditabur dan digaul bersama tanah pada pangkal pokok. Baja ini akan membekalkan nutrien (makro dan mikro) untuk tumbesaran akar, daun, batang dan buah. Jika menggunakan baja kompos tinja haiwan pula yang diperkaya secara organik dan diperkaya dengan bahan semula jadi seperti mineral asli, abu tandan, asid amino, enzim tumbuhan, asid humik dan sebagainya. Pembajaan dengan baja cecair organik boleh diberikan dengan baja campuran enzim amino asid (FAA), enzim tumbuhan (FPJ) dan enzim buahan (FFJ) dicampur dengan kadar 1:1:1 untuk semburan foliar dan juga kadar 100 mL/pokok bagi pencairan baja 1:20.  Baja ini sesuai diberikan semasa pembungaan dan pembentukan buah cili dan selepas setiap penuaian. Baja ini akan membekalkan nutrien mikro dan perangsang organik bagi melebatkan bunga dan buah.  Tiada penggunaan baja NPK komersil didalam pertanian organik cili.

Pertanian Organik boleh digabungkan dengan sistem p
engesyoran sistem penanaman cili secara organik yang lebih praktikal. Kaedah mempelbagaikan jenis tanaman merupakan satu pendekatan untuk mengawal populasi perosak dan penyakit. Populasi serangga perosak yang tinggi akan menyebabkan kerugian dalam sistem penanaman cili tunggal berbanding dengan sistem tanaman pelbagai. Terdapat tiga pengesyoran untuk menanam cili secara organik iaitu cili ditanam bersama tanaman sempadan, tanaman beregu dan tanaman selingan. Bagi kaedah pertama iaitu Tanaman Sempadan yang mana ia perlu ditanam sebulan lebih awal daripada tanaman cili. Ini kerana dalam tempoh sebulan maka tanaman sempadan akan mencapai ketinggian tertentu yang berfungsi sebagai dinding sempadan dan menyekat kemasukan serangga perosak. Tanaman sempadan yang sesuai untuk cili adalah seperti jagung, sorghum atau tunera dijarakan dengan jarak sesuai. Boleh juga dijalankan cara Tanaman Regu yang merupakan cara tanaman berlainan famili ditanam bersama, Ia akan bertindak sebagai tanaman penolak dan juga menarik musuh semula jadi. Tanaman regu dituai lebih awal sementara menunggu hasil cili sebagai pendapatan sampingan dimana antara jenis tanaman yang sesuai adalah seperti selasih, kucai, salad dan sebagainya. Bagi cara Tanaman Selingan pula dimana ditanam dua tanaman atau lebih ditanam secara serentak di kawasan yang sama dalam satu musim. Cara ini ia akan mengurangkan keseragaman tanaman dan ia juga boleh mengurangkan potensi serangan perosak seperti bayam, salad, jagung dan kacang renek sesuai ditanam sebagai tanaman selingan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM CILI... ORGANIK CARANYA....
IKUTI PERATURAN... ADA DI CERITA...
DAFTAR SIJIL... MYORGANIC NAMANYA...
PRODUK SIHAT... JAMINAN KUALITI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilawal 1443H).

CILI ORGANIK - BAGAIMANA TANAMNYA? (Part 3)

TANAMAN CILI ORGANIK
(Organic Chili) merupakan satu usaha yang perlu dilakukan untuk menghasilkan cili yang lebih dijamin keselamatannya. Tanaman Cili Besar (Capsicum annuum) atau Cili Padi (Capsicum frutescens) boleh juga dilakukan secara komersil atau dikawasan keliling rumah dengan sistem atau cara pertanian organik. Penulis blog merujuk rekod keluasan tanaman cili di Malaysia iaitu seluas 3,320 hektar pada tahun 2021 dengan pengeluaran hasil sebanyak 29,960 metrik tan bagi cili besar. Taman cili padi pula seluas 626 hektar dengan pengeluaran sebanyak 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Negeri Johor merupakan paling luas menanam cili pada tahun 2021 iaitu seluas 680 hektar diikuti dengan Kelantan (657 hektar) dan Pahang (416 hektar). Penulis blog dapati keluasan tanaman cili di Malaysia dan jumlah pengeluaran cili tempatan adalah masih tidak mencukupi kerana Malaysia masih perlu mengimport hampir 50% keperluan cili negara terutamanya dari Thailand, Vietnam dan China. Berkait dengan perkara tersebut tahap kesedaran terhadap isu alam sekitar serta keselamatan makanan telah mencetuskan kesedaran terhadap kepentingan penghasilan produk pertanian secara organik. Di Malaysia kini produk cili organik kebanyakannya diimport dari luar dan ditanam pada skala yang kecil. Jabatan Pertanian melaporkan dimana sebanyak 72 buah ladang telah didaftarkan bawah pensijilan myOrganic pada tahun 2020 dan hanya terdapat 2% ladang sahaja ladang yang mengusahakan tanaman cili. Antara beberapa risiko serangan penyakit dan perosak cili serta ketiadaan panduan pengeluaran tanaman yang lengkap menjadi cabaran kepada petani dalam mengusahakan pertanian organik. Penggunaan biopestisid serta kaedah kejuruteraan ekologi sebagai pendekatan alternatif bagi mengawal serangan penyakit dan perosak tanaman didapati berpotensi membantu pengeluaran cili organik dalam negara. Artikel pada pagi Jumaat sehari sebelum Perayaan Hari Natal esok hari dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai beberapa cara penanaman cili organik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tanaman cili merupakan sejenis tumbuhan yang mudah diserang perosak dan juga penyakit. 
Pengurusan penyakit dan perosak cili secara organik perlu disesuaikan dengan amalan pengurusan organik. Di Malaysia disebabkan oleh cuaca yang panas dan persekitaran yang lembap menjadikan keadaan sesuai untuk jangkitan penyakit. Melalui pengenal pastian penyakit yang tepat maka pengurusan penyakit yang efektif dan mesra alam dapat dilakukan. Pengenalpastian simptom dan agen penyebab penyakit adalah penting bagi pengurusan penyakit yang berkesan. Antara penyakit utama cili adalah seperti Penyakit Bintik Berpusar (Antraknos) yang menyerang dan boleh merisakan penghasilan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penyakit lain cili adalah Penyakit Hawar Pucuk, Penyakit Bintik daun Cercospora, Penyakit Reput Pangkal, Penyakit Reput Phytophthora, Penyakit Layu Bakteria dan juga Penyakit Layu Fusarium. Bagi pengawalan  dan juga cara pengurusan secara Kawalan Kultur sebaiknya menggunakan  biji benih bebas penyakit. Dikebun pula boleh dibuang pokok berpenyakit, amalkan pmenanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan serta sistem penggiliran tanaman. Perlu juga dipastikan medium penanaman tidak terlalu lembap kerana ia mengundang patogen penyakit. Penggunaan Biopestisida sesuai dilakukan bagi menrawat medium tanaman dengan biofungsida komersial yang mengandungi Trichoderma  atau Bacillus yang sesuai disembur pokok dengan cuka kayu, ekstrak minyak bawang putih atau daun semambu. Dalam pada itu penulis blog juga mendapati dimana antara perosak bagi tanaman cili adalah Virus cucumber mosaic, Tomato spotted wilt, Tomato yellow leaf curl dan Tobacco mosaic. Semua ini boleh ikawal dengan Amalan Kultura seperti cara menanam dengan pelapik plastik Silvershine, amalan dan penggunaan tanaman regu yang bersesuaian. Sesuai juga jika dipasangkan perangkap melekit berwarna kuning (Yellow sticker) atau biru (Blue sticker) untuk pemantauan perosak peringkat dewasa. Terkini ada sejenis agen kawalan biologi seperti jenis Kumbang kura-kura, Lalat sirfid atau Lacewing atau agen biologi (parasitoid) seperti Encarsia sp. dan juga Eretmocerus sp yang telah dilaporkan mampu membantu mengawal kehadiran perosak ini.

Penanaman cili organik perlukan cara p
engurusan perosak secara bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) yang boleh dipraktikkan melalui integrasi kawalan perosak secara kultur dan biologi. Terdapat hidupan digelar 'sahabat ladang' atau serangga bermanfaat lebih banyak dijumpai di ladang organik kerana dalam persekitaran yang tidak dicemari dengan racun perosak sintetik. Serangga perosak tanaman cili serta cara pengawalannya adalah seperti dalam Lalat putih, Afid, Lalat buah, Ulat ratus, Kutu thrips, Hama dan Ulat pengorek buah. Kawalan secara amalan kultura boleh dilakukan dengan menggunakan sungkupan plastik silvershine atau amalan pengunaan tanaman regu atau selingan yang bersesuaian. Pemasangan plastik lutsinar ini mampu menghindarkan kehadiran perosak dikawasan pokok cili dengan bekesan. Cara lain kawalan adalah dengan memasang perangkap lekit berwarna kuning (yellow sticker) serta mengutip dan juga musnahkan buah yang busuk. Boleh juga menggunakan Alat Perangkap Lalat buah yang dibubuh bahan seperti methyl eugenol. Disyorkan juga menggunakan umpan protein untuk menarik lalat buah jantan dan betina. Bagi cara kawalan dengan bahan biopestisida boleh disediakan daun semambu, minyak bawang putih, cuka kayu atau minyak mineral yang ia disemburkan kepada tanaman cili. Bahan biopestisida yang berasaskan mikrob seperti Bacillus thuringiensis atau pun jenis biopestisida yang berasaskan virus serangga seperti virus nuclear boleh diamalkan. Agen kawalan biologi seperti bahan parasitoid seperti Encarsia sp., Eretmocerus sp, green lacewings, kumbang kura-kura, lalat sirfid, Trichogrammar chiloni, Fopius arisanus dan Diachasmimorpha longicaudata boleh digunakan dalam tanaman cili organik. Penting juga difikirkan bagaimana amalan kejuruteraan ekologi dalam penanaman cili organik dapat dilakukan. Ia akan melibatkan pengurusan tanaman dan manipulasi habitat untuk kawalan serangga perosak secara biologi atau semula jadi. Serangga bermanfaat yang bertindak sebagai agen kawalan biologi terdiri daripada musuh semula jadi serangga perosak seperti pemangsa (predator) dan parasitoid. Pemangsa seperti labah-labah dan kumbang kura-kura lazimnya akan membunuh mangsa dengan memakan atau menyedut cecair daripada badan mangsa (serangga perosak). Parasitoid akan bertelur di dalam badan mangsa bagi meneruskan kehidupan generasinya. Cara diamalkan termasuk dengan melibatkan penanaman bunga-bungaan di persempadanan (border) dan kawasan tanaman sayuran. Ia akan dapat mewujudkan zon perlindungan bagi meningkatkan kepelbagaian dan fungi serangga bermanfaat. Ini dilaporkan akan menjadikan satu ekosistem pertanian yang stabil dan tidak mudah diserang perosak. Tanaman sempadan seperti bunga Turnera subulata dan Bunga Tahi Ayam (Lantana camara) dipilih sebagai tanaman sempadan kepada cili kerana ia berbunga secara prolifik, mempunyai ketahanan yang tinggi, tumbuh dengan cepat serta hanya memerlukan penjagaan yang minimum.

Dalam aspek p
enuaian dan pengendalian lepas tuai cili organik yang penting juga adalah termasuk bagaimana cara untuk  memelihara kualiti cili supaya kekal segar, aktiviti pengendalian lepas tuai dijalankan bermula dari peringkat ladang sehingga kepada pengguna. Hasil cili yang dituai dimasukkan ke dalam bakul dan dikumpulkan di bawah teduhan sebelum dihantar ke rumah pembungkusan. Di rumah pembungkusan aktiviti pra-penyejukan dilakukan dengan menyejukkan cili pada kapasiti tinggi yang bertujuan mengeluarkan haba ladang. Haba ladang yang tinggi boleh menyebabkan cili cepat bertukar warna, layu dan rosak. Prapenyejukan untuk cili dilakukan dengan kapasiti penyejukan yang cepat bagi mencapai suhu penyimpanan optimum iaitu 10 °C selama 1.5 - 2.5 jam. Bagi proses pemilihan dan penggredan, cili diasingkan daripada daun, cili yang rosak, berpenyakit, terlalu muda, terlalu masak dan cacat bentuk. Rawatan penyahhijauan dijalankan bagi mendapatkan warna buah yang seragam menggunakan gas etilena (500 bsj) selama 24 jam. Bahan pembungkusan, bekas penyimpanan serta kotak yang mengandungi bahan racun kulat, bahan pengawet, bahan fumigasi sintetik atau bekas yang telah bersentuhan dengan bahan larangan adalah tidak dibenarkan. Cili pada indeks kematangan berbeza mempunyai hayat simpanan yang berbeza (Sila lihat foto disebelah). Cili pada indeks 5 - 6 mempunyai hayat simpanan 2 - 3 minggu di dalam bilik sejuk (8 - 10 °C) dan 4 - 8 hari pada suhu bilik. Manakala cili pada indeks 2 - 3, mempunyai hayat simpanan 4 - 6 minggu di dalam bilik sejuk (8 - 10°C) dan 9 - 13 hari pada suhu bilik. Cili yang tidak matang (indeks 1) mudah menjadi perang serta kecut dan cili yang terlalu matang (indeks 6) mudah rosak dan berpenyakit. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM CILI... ORGANIK CARANYA....
IKUTI PERATURAN... ADA DI CERITA...
DAFTAR SIJIL... MYORGANIC NAMANYA...
PRODUK SIHAT... JAMINAN KUALITI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilawal 1443H).

Sunday, December 26, 2021

CILI ORGANIK - BAGAIMANA TANAMNYA? (Part 1)

TANAMAN CILI ORGANIK
(Organic Chili) merupakan satu usaha yang perlu dilakukan untuk menghasilkan cili yang lebih dijamin keselamatannya. Tanaman Cili Besar (Capsicum annuum) atau Cili Padi (Capsicum frutescens) boleh juga dilakukan secara komersil atau dikawasan keliling rumah dengan sistem atau cara pertanian organik. Penulis blog merujuk rekod keluasan tanaman cili di Malaysia iaitu seluas 3,320 hektar pada tahun 2021 dengan pengeluaran hasil sebanyak 29,960 metrik tan bagi cili besar. Taman cili padi pula seluas 626 hektar dengan pengeluaran sebanyak 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Negeri Johor merupakan paling luas menanam cili pada tahun 2021 iaitu seluas 680 hektar diikuti dengan Kelantan (657 hektar) dan Pahang (416 hektar). Penulis blog dapati keluasan tanaman cili di Malaysia dan jumlah pengeluaran cili tempatan adalah masih tidak mencukupi kerana Malaysia masih perlu mengimport hampir 50% keperluan cili negara terutamanya dari Thailand, Vietnam dan China. Berkait dengan perkara tersebut tahap kesedaran terhadap isu alam sekitar serta keselamatan makanan telah mencetuskan kesedaran terhadap kepentingan penghasilan produk pertanian secara organik. Di Malaysia kini produk cili organik kebanyakannya diimport dari luar dan ditanam pada skala yang kecil. Jabatan Pertanian melaporkan dimana sebanyak 72 buah ladang telah didaftarkan bawah pensijilan myOrganic pada tahun 2020 dan hanya terdapat 2% ladang sahaja ladang yang mengusahakan tanaman cili. Antara beberapa risiko serangan penyakit dan perosak cili serta ketiadaan panduan pengeluaran tanaman yang lengkap menjadi cabaran kepada petani dalam mengusahakan pertanian organik. Penggunaan biopestisid serta kaedah kejuruteraan ekologi sebagai pendekatan alternatif bagi mengawal serangan penyakit dan perosak tanaman didapati berpotensi membantu pengeluaran cili organik dalam negara. Artikel pada pagi Jumaat sehari sebelum Perayaan Hari Natal esok hari dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai beberapa cara penanaman cilii organik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Telah menjadi trend dimana kesedaran pengguna terutama sayuran seperti cili menjadi pilihan mereka apabila ada kaedah jaminan seperti persijilan MyOrganic (Sila lihat foto sebelah). Apa pun penulis blog dapati k
ecenderungan para pelanggan terhadap pemilihan produk organik adalah disebabkan oleh faktor termasuk kesihatan, keselamatan makanan dan juga alam sekitar. Kesedaran terhadap risiko kesihatan akibat residu racun perosak dalam produk hasilan pertanian menjadikan pertanian organik semakin mendapat sambutan di Malaysia. Sering dilaporkan didalam akhbar dan media lain dimana terdapat kes-kes kandungan sisabaki racun yang melebihi paras dibenarkan dipasaran apabila pemeriksaan oleh pihak berkaitan dijalankan. Mereka yang didapati bersalah bila kes dibawa kemahkamah boleh dihukum. Jabatan Pertanian dan MARDI dan beberapa institusi lain dilapor telah mengambil inisiatif dengan menjalankan penelitian bagaiamana teknik penanaman dan pengeluaran cili secara organik yang boleh menjadi panduan lengkap kepada petani dan seterusnya diguna pakai dalam sistem pengeluaran cili secara organik. Petani yang ingin menanam dan menghasilkan produk cili organik perlu diberikan latihan dan pendedahan akan amalan-amalan yang betul didalam menghasilkan cili organik ini. Hanya mereka yang telah memohon memasukki skim persijilan MyOrganic dan menghasilkan produk tersebut akan diberikan sijil pendaftaran yang boleh dlabelkan pada kotak pembungkusan cili mereka (Sila lihat foto disebelah). Persijilan MyOrganic ini memerlukan komitment dari semua pihak daripada petani, agen pengembangan pertanian, pihak swasta berkaitan dan juga pihar pemasar untuk dijayakan. Ada juga beberapa dakwaan dimana harga cili organik adalah lebih mahal daripada harga cili konvensional.

Pertanian organik bagi cili bermula dengan tahap penyediaan kawasan penanaman dan penyediaan anakbenih cili. Pengurusan anak benih cili adalah termasuk penggunaan medium tanaman, biji benih dan nutrisi yang dibenarkan dalam pengeluaran cili secara organik dapat menjamin pertumbuhan tanaman yang optimum dan bebas penyakit. Semaian biji benih cili biasanya menggunakan medium asas tanaman yang poros, sederhana lembap dan bebas penyakit seperti peatmoss perlite dan vermiculite. Bekas semaian yang sesuai adalah menggunakan dulang semaian yang mempunyai 104 lubang atau bekas plastik bertutup. Ruang semaian mestilah ditutup dengan jaring kalis serangga, terlindung daripada hujan dan mempunyai ruang lindung matahari (30 - 50%) dan cahaya terus. Rak semaian yang berketinggian 120 cm adalah sesuai untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan anak benih. Sebaiknya lakukan siraman secara manual menggunakan tong siraman atau secara semburan kabus (misting) boleh digunakan pada ruang semaian. Setelah muncul daun sebenar maka perlu nutrien dibekalkan melalui semburan baja foliar organik atau dituang ke dalam dulang takungan untuk rendaman akar anak pokok. Dulang takungan tanaman berfungsi untuk menakung air bagi keperluan anak benih dalam dulang semaian (Sila lihat foto disebelah). Penambahan baja organik jenis cecair ke dalam takungan dapat menambah nutrien bagi menghasilkan anak benih yang sihat dan mengurangkan kesan-kesan dari kejutan pemindahan anak benih (transplanting shock). Penting untuk dipastikan hanya anakbenih yang sihat, bebas penyakit dan subur untuk ditanam seterusnya. 

Dalam portal berita hmetro.com dengan tajuk berita 'Racun serangga organik' amat relevan bagi tulisan rencana kali ini. Dilaporkan dimana konsep pertanian lestari yang mementingkan penjagaan alam sekitar kian mendapat perhatian masyarakat termasuk membabitkan tanaman organik menggunakan baja dan racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia berbahaya. Penerapan konsep berkenaan bukan saja diterima petani atau peladang yang mengusahakan tanaman untuk tujuan komersial, tetapi juga isi rumah yang menanamnya sebagai hobi bagi kegunaan sendiri. Apa yang lebih menarik, kaedah yang digunakan juga dapat mengurangkan kos apabila bahan digunakan boleh diperoleh dengan mudah membabitkan barangan harian dari dapur setiap rumah.  Contoh paling mudah adalah menghasilkan racun serangga organik yang hanya menggunakan campuran beberapa bahan terutama sayuran. Bagi Pensyarah Kanan (Penilaian Risiko) Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norida Mazlan berkata, kajian dibuat pihaknya menemui dua kaedah untuk menghasilkan racun serangga organik atau lebih tepat penghalau serangga (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini sudah lama ditemui namun tidak ramai yang menggunakannya walaupun racun serangga buatan sendiri itu ternyata berkesan. Kaedah pertama adalah menggunakan bahan A iaitu lima ulas bawang putih, enam biji cili api, seulas halia dan 300 mililiter (ml) air. Bahan B iaitu satu sudu minyak masak dan satu sudu cecair pencuci pinggan,” katanya pada Program Klinik Pertanian Daerah Batang Padang di Arena Merdeka, Tapah, Perak. DIdakwa dimana alatan yang diperlukan adalah pengisar, penapis, bekas simpanan (botol) dan penyembur. Kisar bahan A kemudian tapis dan ambil patinya sebelum dicampurkan bersama bahan B dan kacau hingga sebati serta kemudian disimpan dalam bekas selama 24 jam. Seterusnya untuk penggunaan, pati campuran itu kemudian dicampur dengan nisbah satu bahagian bersama empat bahagian air sebelum disembur pada tanaman. Pati atau racun serangga itu boleh disimpan selama enam bulan dan lebih lama disimpan ia lebih berkesan. Kaedah kedua adalah lebih mudah dengan hanya menggunakan daun semambu dan air. Dengan menggunakan 250 gram daun semambu dengan 1.5 liter air dan kemudian ramas daun semambu sebelum masukkan ke dalam bekas berisi air berkenaan. Rendam daun semambu selama 12 jam atau tidak lebih 24 jam dan tapis airnya. Kemudian barulah dimasukkan air dalam bekas penyembur berisi air dengan nisbah 1:50 dan perlu digunakan semuanya kerana tidak boleh disimpan melebihi 24 jam. Semua kaedah penghasilan penghalau serangga organik berkenaan hanya menggunakan kos yang rendah atau boleh dikatakan tanpa sebarang kos, namun untuk keberkesanan ia perlu kerap disembur pada tanaman. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM CILI... ORGANIK CARANYA....
IKUTI PERATURAN... ADA DI CERITA...
DAFTAR SIJIL... MYORGANIC NAMANYA...
PRODUK SIHAT... JAMINAN KUALITI ADA...

By,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilawal 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...