Support My Blog

Thursday, July 25, 2019

TRICHODERMA - BIOPESTICE TANAMAN CILI

ANTRAKNOS CILI merupakan satu ancaman didalam penanaman cili yang merosakan penghasilannya. Buah cili yang diserang antraknos mudah dilihat rosak (Sila lihat foto diatas). TANAMAN CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis sayuran jenis buah yang luas ditanam di Malaysia dan ia digunakan sebagai komoditi kegunaan domestik dan eksport.  Terdapat ramai petani yang menanam Cili Besar, Cili Padi atau pun Cili Benggala (Capsicum) mahu pun beberapa jenis cili lain. Cili yang kepedasannya dari bahan Capsaicin didakwa memang sayuran yang kaya dengan vitamin A, B dan C serta beberapa bahan mineral seperti Posforan, Besi dan Kalsium. Bahan cili sangat penting didalam masakkan tempatan untuk memberikan rasa pedas seterusnya mampu menambah kelazatan makanan. Sama ada ia disediakan atau dimakan dalam benyuk segar, cili kering, jeruk cili, pes cili (cili bor) atau beberapa bentuk lain keperluan sayuran ini adalah terus meningkat saban tahun. Bagaimana pun kepada petani serangan Penyakit Antraknos atau Penyakit Bintik Berpusar amat mengerunkan kerana mampu ianya menjejaskan hasil dan pendapatan petani. Serangan oleh Antracnose juga merupakan ancaman petani diseluruh dunia yang menanam cili disebabkan oleh kulat Collectotricum. Kulat ini adalah genus terbesar dari group  Ascomycete yang menyerang banyak jenis tanaman termasuk cili. Pada masa ini serangan antraknos lazimnya dikawal dengan menggunakan racun kulat (fungicide) yang mana penggunaan racun kimia tersebut sering menyebabkan kesan residu racun (residual level) yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kesan sisa baki racun didalam cili tersebut juga menyebabkan toksik kepada manusia dan boleh menjejaskan kesihatan. Daripada pengalaman penulis blog yang berada dalam sektor pertanian lebih 38 tahun mendapati cili adalah diantara sayur yang selalu diperiksa dan ia mempunyai kadar residu racun minima yang berlebihan (MRL above the limit). Kejadian ini lebih kerap berlaku di musim hujan atau lembab dimana kulat tersebut akan cepat membiak pada cuaca tersebut. Petani lazimnya akan gunakan bahan kimia agar mereka dapat hasil yang dijangkakan. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penggunaan bahan trichoderma sebagai satu kaedah kawalan antraknos kepada tanaman cili.


Di Malaysia penyakit utama tanaman cili yang telah dikenalpasti adalah Antraknos atau Penyakit Bintik BerpusarPenyakit ini sering menyerang apabila musim hujan iaitu pada bulan November hingga Disember setiap tahun dimana ia menyebabkan harga cili pada waktu tersebut akan melambong tinggi sehingga berkali ganda daripada musim biasa. Agen yang menyebabkan antraknos ini dikenali sebagai Colletotrichum capsici iaitu sejenis kulat yang mana secara umumnya kulat ini cepat membiak melalui spora jika persekitarannya lembab. Diantara simptom serangan antraknos adalah terdapat bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili (Sila lihat foto disebelah) dan terdapat juga simptom bintik-bintik nekrotik pada daun. Bagaimana pun ada yang dakwa dimana serangan antraknos ini mudah dikawal jika kita memahami fisiologinya. Kini kebanyakkan pengusaha cili meracun kulat secara membabi buta dan bahkan ada yang melakukan semburan racun kulat seawal selepas memindahkan anak pokok kerana ketakutan akan serangan penyakit ini. Kawasan persekitaran kebun petani memang sudah ada spora antraknos ini akan tetapi ianya tidak aktif sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk ianya membiak dan menyerang tanaman. lazimnya penyakiy antraknos ini akan menyerang pada buah cili dimana  justeru itu penggunaan racun kawalan untuk antraknos hanya perlu dilakukan setelah pokok cili ada putik buah cili iaitu ia adalah sekitar 35 hari selepas anak pokok dipindahkan ke ladang atau polibeg. Bagi mencegah penyakit ini para petani dinasihatkan agar mereka perlu melakukan semburan racun kulat di dalam jangka masa 48 jam selepas hujan. Bagi pengusaha yang telah terkena serangan antraknos ini  maka sebaiknya buah yang terkena jangkitan perlu dibuang. cara membuang buah ini masukkan didalam bungkusan plastik dan buang di tempat pelupusan sampah iaitu ia jauh daripada kebun petani.


Sebagai amaran elakan agar petani jangan membakar atau membiarkan buah cili yang terkena jangkitan ini bersepah di kebun  kerana jangkitan antraknos bermula daripada spora. Jika punca penyakit atau spora masih ada di kebun petani sememangnya sia-sialah usaha mengawal serangan penyakit ini. Jika dibuat beberapa tindakan kawalan pun maka ianya tidak akan berkesan. amalan terbaik adalah selepas buang bahagian yang dijangkiti maka dengan segera lakukan sembur racun kulat yang disyorkan. Daripada bahagian pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia mereka syorkan racun seperti Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®), Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®) Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®), Trifloxystrobin (NATIVO®), Tebuconazole atau pun jenama (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®) serta racun jenis Azoxystrobin. Apa pyn yang mesti dilakukan petani sentiasa menjaga kebersihan kebunnya. Setelah semburan dibuat maka periksa simptom jika masih ada bintik berpusar berwarna hitam. Selain menyembur racun sebaiknya amalkan cara kawalan lain seperti membuang bahagian yang dijangkiti, menggunakan biji benihcili yang bebas penyakit, sentiasa menjaga kebersihan ladang dan juga lakukan aktiviti penggiliran tanaman
.

Bagaimana pun saintis masih meneruskan kajian bagaimana mengawal serangan oleh antraknos menggunakan kaedah biologi. Kalau menggunakan racun pun dari jenis Biopisticide yang mesra alam dan selamat digunakan. Salah satu yang disyorkan adalah penggunaan Trichoderma iaitu sejenis kulat yang hidup bebas dalam tanah. Tricoderma dilaporkan sebagai agen mengawal semulajadi biologi atau Biological Control Agent (BCA) tetapi ia juga akan membantu tumbuhan hidup lebih subur dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan. Serbuk seperti bedak kini telah banyak dibangunkan oleh banyak syarikat termasuk oleh CiliBangi (Sila lihat foto disebelah). Produk ini didakwa mengandungi Trichoderma yang mana didakwa boleh membantu untuk mengawal serangan antraknos dikawasan penanaman cili. Banyak kajian dan testimoni dilakukan dimana penggunaan bahan trichorderma ini berjaya mengawal serangan antraknos pada cili. Kejadian serangan amat kurang bagi pokok cili yang menggunakan trichoderma berbanding dengan pokok yang tidak menggunakannya.Cara mengguna boleh dengan rawatan biji benih, pada tanah (soil drenching), dicampur dengan baja kompos tahi ayam atau pun boleh juga digunakan sebagai semburan foliar pada tumbuhan. Pada penulis blog mengesyirkan penggunaan trichoderma seawal peringkat semaian benih dan peringkat awal penanaman dikebun dan berterusan

Dalam pada itu penulis blog sempat juga untuk berkunjung kekebun seorang penanam cili yang sudah berpuluh tahun dia menggunakan bahan trichorderma dari negara jiran. BEliau menunjukkan sebuah bekas dengan tulisan Siam tetapi ada perkataan 'TRICHODERMA' didakwa sebagai bahan perawat Kulat 100% Organik. Seterusnya dia mendakwa dimana ia merupakan inokulinan mikrob yang mengandungi Trichoderma koningii sebagai bahan aktif yang berfungsi untuk mengawal penyakit kulat pada tanaman terutamanya untuk cili. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman sama ada diusahakan secara sistem fertigasi dalam polibag atau tanaman atas tanah. Petani ini sempat menceritakan bagaimana dia menggunakan bahan ini dan ada 2 kaedah penggunaan. Cara pertama yang lazim dia lakukan adalah dengan cara 'Bancuhan cair'. Caranya dengan membancuh 100gm ke dalam 1 liter air tanpa klorin dan biarkan selama 5 jam untuk proses pengaktifkannya. Kemudian diambil larutan 1 liter Tricoderma dan masukkan ke dalam 10 liter air dan disemburkan pada seluruh pokok cili dan media didalamnya (kalai didalam pilibeg cara fertigasi). DAwkanya dengan cara penggunaannya pada setiap 2-3 minggu sekali ianya akan menjadikan tanaman selamat dan bebas dari serangan kulat. Kaedah ke 2 adalah dengan menggunakan jenis serbuk. Caranya dengan mengmbil 15gm serbuk tersebut dan tabur pada permukaan media sama ada dalam polibeg atau pasu dan ia pelu kemudian di gaul media sehingga sebati sekitar kedalaman 3 inci dari permukaan. seterusnya perlu siram air tanpa klorin selama 3 hari untuk mengaktifkannya dan ia mampu melawan kulat jahat secara efektif. Ia juga boleh dicampurkan dengan baja organik yang mempunyai microb supaya media tanaman yang digunakan kembali subur dan selamat untuk pokok. Pada penulis blog yang penting adalah meneliti kos yang terlibat. Produk ini dijual runcit pada harga sekitar RM65 bagi bungkusan 1 kilogram atau RM35 (500 gram0 atau pun paling murah dibungkus dengan harga RM20 mengandungi 250 gram (tidak termasuk kos penghantaran). Apa pun pada penulis blog boleh nyatakan dimana penggunaan trichorderma semakin popular dikalangan petani kerana pengguna lebih pintar membeli cili yang bebas dari racun kimia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
PENYAKIT ANTRAKNOS... MERBAHAYA...
TANAMAN CILI... PALING SELALU JUMPA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARANYA...
BACA ARTIKEL... SUDAH TAHU CARANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...