Support My Blog

Friday, July 19, 2019

ISI MANGGIS YANG LUTSINAR

ISI MANGGIS YANG LUTSINAR merupakan satu masaalah kepada kualiti buah mangggis. Buah Manggis (Garcinia mangostana) adalah sejenis buah tempatan tropika daripada famili Clusiaceae yang semakin popular apabila buah ini tiba musimnya di Malaysia. Semasa membeli buah manggis memang perlu berhati-hati kerana apabila sampai dirumah baru tahu sama ia adalah manggis berkualiti dengan isi manis putih segar atau buah manggis yang telah busuk akibat lama dipetik dan kulitnya pun sudah keras. Buah Manggis memang agak berbeza dengan buah Mesta seperti tulisan saya sebelum ini untuk dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Terdapat beberapa sebab kualiti buah manggis ini kurang baik seperti kejadian Gamosis, Buah Busuk dan juga berlaku isi manggis yang lutsinar. Kejadian isi manggis yang lutsinar adalah salah satu faktor yang mengurangkan kualiti buah manggis. Simptom ini banyak berlaku pada bahagian karpel atau segmen yang besar yang mengandungi biji yang segar. Pada penelitian penulis blog ada mendapati dimana isi manggis tersebut bertukar dari warna putih kepada warna lutsinar dan dari tekstur isi yang lembut kepada tekstur yang pejal, agak rangup dan kurang manis. Ianya amat sukar untuk kita dapat mengenalpasti simptom kejadian isi lutsinar dari luar kulit.  Kejadian lutsinar pada isi manggis berlaku pada peringkat pembentukan dan pembesaran buah serta pada peringkat kemasakan buah. Kejadian lutsinar dirangsang oleh sebab kehadiran air hujan yang melebihi 20mm/sehari selama 2 ke 3 hari. Tekanan air (terutamanya selepas kemarau) akan meningkatkan pembentukan lutsinar pada isi manggis. Penyerapan air hujan berlaku melalui perikap iaitu pada kulit manggis. Artikel subuh ini selepas melihat gerhana bulan jam 5.45 pagi pada 17 Julai 2019 dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kes isi buah manggis yang lutsinar untuk dijadikan bahan bacaan teknikal anda. 

Penulis blog membuat beberapa rujukan saintifik dan membuat temubual dengan petani yang menanam manggis di Pahang (Temerloh) dan Johor (Segamat) mengai kejadian buah lutsinar ini akan tetapi tidak mendapat jawapan yang konkrit. Dalam satu laporan dinyatakan dimana istilah 'specific gravity' pada buah manggis yang mempunyai isi lutsinar adalah melebihi 1.0 jika hendak dibandingkan dimana bagi buah manggis yang normal mempunyai 'specific gravity' kurang dari 1.0. Ini bermakna buah yang mempunyai isi lutsinar mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding buah yang normal. Maka dengan fakta tersebut didakwa dimana buah manggis yang mempunyai isi yang lutsinar akan tenggelam dan buah normal akan timbul. Ini mungkin disebabkan oleh kandungan air didalam buah yang lutsinar secara teorinya adalah tinggi berbanding dengan buah biasa. Kaedah ini membolehkan teknologi pengasingan buah manggis yang mempunyai isi yang lutsinar berbanding buah yang normal dapat dilakukan dengan lebih tepat. Sebenarnya isu 'specific gravity'  ialah jisim atau berat sesuatu bahan yang dibandingkan dengan jisim air pada suhu 4 darjah celcius. Specific gravity air ialah 1.0 dimana ia adalah digunakan sebagai penanda aras terbaik. Dari segi teori kejadian musiam hujan berlebihan ketika proses pemasakan buah didakwa boleh menyebabkan kejadian isi buah lutsinar manggis tinggi (Sila lihat rajah disebelah). Bagaimana pun teori ini belum ada kajian saintifik lagi kerana faktur cuaca yang tidak menentu menyebabkan temuan ini masih belum dapat disahkan.

Menyentuh mengenai masaalah Gamosis pula pada buah manggis sebenarnya ia bukan sejenis penyakit yang berpunca dari Kulat atau Bakteria. Gamosis adalah keadaan dimana apabila pokok manggis mengeluarkan sejenis gam atau getah berwarna KUNING yang boleh merosakkan dahan dan buah manggis. Buah yang rosak juga mengeluarkan gam dimana buah akan menjadi keras dan isinya berasa PAHIT. Saya beberapa kali terjuma buah manggis yang ada masaalah gamosis ketika membuat lawatan kekebun petani di Daerah Segamat, Johor dahulu. Daripada kajian dan temubual dengan petani, kejadian gamosis ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersebtuh secara mekanikal. Angin kencang adalah yang menyebabkan buah muda tersentuh dengan sendiri. Masaalah ini lebih ketara apabila getah kuning terda[at didalam buah yang matang. Apa yang saya perhatikan, gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah yang nampak elok sahaja. Buah yang rosak tidak sesuai untuk dijual dan kualitinya adalah 'reject quality'. Masaalah Gamosis pada buah manggis akan menyebabkan kualiti buah menurun dan ini akan menjejaskan pendapatan petani. Gamosis ada masaalah dimana buah manggis menjadi eras dan boleh dibaca artikel berkaitan dengan membuat link saya seperti diatas. Kajian penulis mendapati masaalah memetik hasil manggis merupakan cabaran utama dalam industri tanaman manggis. Kerja memetik buah manggis sukar terutama pokok dewasa yang tinggi dan besar. Pemerhatian penulis mendapati hanya 40-60 % sahaja buah yang dapat dipetik jika pokok terlalu tinggi dan besar dan yang lainya akan dibiarkan kering. Harga ladang di Segamat biasanya antara 10-20 sen sebiji dan dijual kepada pengguna dengan harga RM 30-50 sen sebiji atau RM 3.00 - RM 6.00 sekilogram. Buah manggis tahan tidak lebih 3-5 hari selepas dipetik dan akan rosak jika terdedah.


Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis perlu difahami oleh petani terutama untuk mendapatkan tahap tepat memetik buah. Tanaman manggis dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila umur pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali. Lazimnya buah manggis akan mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25 C - 30 C. Dalam pada itu pemerhatian penulis mendapati cara pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan. bagi pengendalian di ladang selalunya buah-buah yang dipetik akan dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu. Sementara itu di Pusat Pembungkusan lazimnya buah dipilih dimana buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MANGGIS... ENAK RASANYA...
ISI LUTSINAR... KURANG KUALITINYA...
BUAH YANG TENGGELAM... ITU DIA...
KAEDAH PILIH...IA ADA PETUANYA...

By,
M Anem,
Room 802, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...