Support My Blog

Friday, July 26, 2019

AYAM BAKAR STATION, PORT DICKSON

AYAM BAKAR STATION yang terletak di KM5, Kg. Tanjung Pelanduk Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan kini merupakan sebuah restoren yang penulis blog singgah. Tarikan asap dari jalan utama membolehkan pemandu yang melalui restoren ini akan menjadi tertarik dan ramai pelancong tempatan serta juga pengguna jalanraya. Ayam Bakar Station ini juga telah menggunakan warna oren atau pun warna jingga iaitu diguna sebagai trademark kedai mereka dan konsep kedai makan ini lebih kepada santai dan layan diri. Apa yang bagus pada Gerai Ayam Bakar Station ini sudah tentulah menu utamanya yang didakwa memang sedap dan sudah meletop. Makanan yang ada dihidangkan tentunya makanan berasaskan ayam bakar, kambing bakar dan beberapa hidangan menu lain yang berasaskan 'grill' yang dianggap makanan sihat. Selain daripada itu di Ayam Bakar Station ini ada juga mereka menyediakan menu masakan kampung yang enak selalunya dihidangkan pada waktu makan tengahari. Dan apa yang pelanggan dakwa  paling istimewa di Ayam Bakar Station ini ialah owner kedainya yang dikenali sebagai Encik Mat mengamalkan konsep "berniaga sambil bersedekah". Memang lokasi kedai yang idak jauh daripada pantai yang ramai menarik minat pelancong yang lapar selepas beriadah dipantai PD. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai sebuah kedai makanan Ayam Bakar Station yang boleh dijadikan lokasi persinggahan anda ketika di Port Dickson kelak.


Ayam Bakar kini merupakan menu adalah makanan yang disukai daripada semua golongan masyarakat di Malaysia. Sama ada yang datang utu pelanggan berumur tua, dewasa, remaja, kanak-kanak daripada pelbagai kaum memang akan makan ayam sama ada Melayu, Cina, India dan kaum lain. Orang Malaysia bertuah kerana banyak pilihan makanan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan berkualiti serta berkhasiat. Makanan yang berasaskan ayam ini ada yang dijadikan Ayam Goreng, Ayam Goreng Berempah, Sate Ayam, Ayam Percik, Ayam Sambal Pedas, Ayam Bakar, Ayam Ungkep, Ayam Masak Lemak, Ayam Asam Pedas. Ayam Bakar Madu dan banyak lagi produk yang mudah dibeli dimana-mana premis. Apa pun di Ayam Bakar Station di Port Dickson ini mereka menghidangkan makanan nasi putih, ayam bakar, hirisan timun dan pakej minuman sejuk yang dipilih oleh pelanggan (Sila lihat foto disebelah). Apabila perut lapar akibat mandi manda dipantai tentunya perut lapar dan kedai makanan ini yang terletak ditepi jalan amat mudah untuk dikunjungi.


Penulis blog bagaimana pun lebih suka dengan makanan nasi putih dihidangkan bersama Kambing Bakar (Sila lihat foto disebelah). Nasi putih dan kambing berempah yang dibakar memang enak dimakan segera setelah dihidangkan. Memang potongan daging kambing bakar (biasanya ada beberapa ketul tulang kambing masih melekat) pada daging enak dimakan ketika pnas lagi. Sos lada hitam juga ada dihidang dalam mangkuk kecil untuk menambah keenakan makanan kambing bakar. Bersama hidangan tersebut adalah sayur salad dan timun bagi menambah keceriaan hidangan. Walau pun disertakan sudu dan garfu akan tetapi pada penulis blog basuh tangan dengan sabun dahulu pada sinki disediakan kemudian meratah daging kambing bakar yang berempah ini dengan perlahan-lahan. Keenakan daging kambing bakar ini memang tidak terkata apabila ia dibakar tidak terlalu garing. Biasanya pemilik restoren ini akan perap dulu daging kambing mentah tersebut selama beberapa jam untuk mesrakan antara rempah dengan daging Kambing. Ia akan dipotong nipis agar mudah masak dan lebih senang digigit.


Tempat membakar ayam dan kambing ini berada dibahagianhadapan restoen ini dan dapat dilihat jelas oleh sesiapa yang memalui jalan tersebut. Daging ayam dan kambing akan dibakar diatas bara api yang menggunakan arang batu. Pekerja dan pemilik gerai silih ganti membakar dan pusingkan daging ayam dan kambing beberapa kali sehingga masak keseluruhannya (Sila lihat foto disebelah). Daging bakar yang siap dibakar akan diletakkan dalam satu dulang dan bergantung sama ada perlu dipoting lebih kecil lagi. Makanan ayam bakar ini memang enak semasa panas lagi dengan nasi panas dan beberapa potongan timun atau salad. Bergantung kepada masa kadang-kadang pelanggan perlu berbaris panjang untuk mendapatkannya. Terdapat banyak meja dan kerusi makan direstoren ini yang boleh memuatkan ebih dari 50 orang setiap masa. Harga ditawarkan antara ayam bakar dengan kambing bakar sedikit berbeza dan memang ramai mampu menikmatinya. Kepada mereka yang memang ada kesempatan berkelah di pantai Port Dickson boleh mencuba makan ayam bakar di Ayam bakar Station yang mudah dicari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!...
AYAM BAKAR STATION... ADA DIMANA...
PORT DICKSON... OREN PAPANTANDA...
MAKANAN ENAK... DIBAKARLAH CARA...
MEMANG MURAH... SEMUA KENA CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ayam Bakar Station, Kg. Tanjung Pelanduk 
Si Rusa, Port Dickson, 
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(7 Dzulkaedah 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...