Support My Blog

Friday, July 5, 2019

CODEX ALIMENTARIUS - PIAWAIAN MAKANAN

CODEX ALIMENTARIUS atau “Buku Makanan” atau senang kita panggil sebagai 'Book of Food' dimana ia adalah satu kumpulan piawaian (standard) yang diterima diseluruh dunia. Ia mengandungi Kod Amalan, Panduan dan Rekomendasi lain yang berhubung dengan Piawaian makanan (food standards), Pengeluaran makanan (food production) dan Keselamatan makanan (food safety). Dari segi sejarah nama ini berasal piawaian ini adalah dari Codex Alimentarius Austriacus. Buku-buku laporan awal dikembangan dan dikedalikan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius (Codex Alimentarius Commision) iaitu sebuah badan bebas yang ditubuhkan awal November 1961 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) dan kemudian ia bergabung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan Jun 1962 diman ia kemudian mengadakan mesyuarat pertamanya pada bulan Oktober 1963. Tujuan utama organisasi ini adalah untuk melindungi kesihatan pelanggan dengan mempastikan pemgamalan yang adil didalam sistem perdagangan bahan makanan seluruh dunia. Kini Codex Alimentarius ini digunapakai oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) sebagai bahan rujukkan antarabangsa untuk menyelesaikan perselisihan mengenai keselamatan makanan dan perlindungan kepada pelanggan. Seterusnya pada tahun 2012 telah ada sebanyak 186 negara yang menjadi ahli kepada Suruhanjaya Codex Alimentarius. Negara ini terdiri daripada 186 negara anggota dan satu organisasi anggota Kesatuan Eropah (EU). Selainitu juga terdapat 215 pengamal Codex terdiri dari 49 organisasi jabatan krerajaan, 150 NGo dan dan 16 Pertubuhan dari PBB. Semua program dan objektif itu selalu dikemaskini dengan sedemikian rupa dengan piawaian yang lebih baik daripada piawaian sebelumnya. Piawaian ini juga ada sesetenah blog negara tertentu atau organisasi yang juga menggunakannya untuk isu-siu perdagangan diantara region dan negara. Artikel pagi ini dari Amara Grand Hall, Hotel Smara, Singapura saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai CODEX ALEMANTARIUS bagi memberi info berguna kepada semua pembaca untuk bahan rujukkan dan bahan bacaan.

Sejarah Pembentukan Codex Alimentarius berlaku setelah peritiwa dan berakhirnya Perang Dunia II dimana banyak orang telah kelaparan dan kurus terutama yang berada di dalam tahanan dipenjara-penjara. Perkara ini kemudian dianggap sebagai satu peganiayan atau kejahatan terhadap prikemanusiaan (Human right). Ia kemudian telah ditetapkan keperluan membentuk satu piawaian atau standard kesihatan untuk manusia dicetuskan oleh negara British serta USA. Akhirnya telah ditunjuklah sebuah industri kimia dan ubat-ubatan dari Jerman yang bernama IG Farben dimana perusahaan IG Farben adalah bekas konglomerat industri kimia Jerman yang terkenal akibat perananya selama berlakunya Holocaust. Kilang ini nama asalnya adalah singkatan dari perkataan 'Interessen-Gemeinschaft Farbenindustrie AG'  yang berkait dengan industri bahan pewarna. Perusahaan IG Farben adalah perusahaan kimia terbesar di dunia pada masa itu. Era pemerintahan Nazi berkuasa Jerman maka IG Farben dimasukkan dalam berbagai antara industri menyumbang kejahatan dalam perang selama Perang Dunia II. Ini disebebkan kilang kimia ini mengeluarkan bahan Zyklon B ddengan kuantiti banyak iaitu gas maut untuk membunuh jutaan orang Yahudi dan tawanan perang lainnya di kem tahanan semasa Holocaust. Kajian menunjukkan bahan Zyklon racun kimia berasaskan asas Cyanide yang dijumpai saintis awal tahun 1920-an.  Akhirnya perusahaan IG Farben ini berhenti beroperasi setelah Nazi Jerman kalah pada tahun 1945. Penduduk dunia kini terus bertambah meningkat dari 6.8 billion sebayak 1.3% setahun dan akan menjadi 9 billion. Ada dakwaan dimana Codex Alimentarius adalah satu program dari puluhan atau bahkan ratusan program yang terdapat dalam agenda 21 Zionisme atau lebih dikenali sebagai “New World Order”. Ada dakwaan pihak tertentu dimana program ini adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia secara terancang. bagigaman pun terkini program Codex Alimentarius adalah program PBB dibawah FAO dan WHO. Kini buku rujukkan Codex Alimentarius digunakan sebagai piawaian makanan diseluruh dunia. 

Tujuan Asal bagi penggunaan Codex Alimentarius antaranya adalah seperti untuk mengawal kandungan nutrisi didalam makanan serta mengawal penggunaan bahan kimia didalam makanan tersebut. Ia juga digunakan didalam piawaian didalam penggunaan racun kimia (pesticide) yang digunakan untuk pertanian. Lazimnya akan ditambahbaik piawaian atau standard dalam peraturan baru dalam sistem keselamatan dan juga tahap kebersihan makanan yang hendak dimakan manusia. Codex ini digunakan juga dalam menyusun produk bio-teknologi makanan (GMO) dan seterusnya sentiasa kemaskini piawaian prosedur makanan. Pertama kewujudan CODEX ini digunakan untuk mengawal nutrisi didalam makanan dengan agar pengguna mendapat zat yang diperlukan yang diperlukan tubuhmanusia. Makanan ini ada dipaparkan anlias nutrisi permakanan pada label seperti kandungan Tenaga, Protin, Serat, Karbohiderat, Bahan Mineral, Vitamin, air dan banyak lagi didalamnya. Ada laporan dimana jika berlaku kekurangan makanan atau kekurangan zat makanan tertentu akan menyebabkan akan ujud pelbagai jenis penyakit dan masaalah kesihatan. Antara kesan ini seperti masaalah kekurangan zat makanan, kehilangan imuniti badan dan juga menurunkan tahap kecergasan individu. Sebagai contoh kini ada diiklankan bagaimana pengggunaan susu formula bagi bayi (susu lembu) dimana ia sangat dianjurkan oleh WHO dan FAO. Alasannya adalah untuk meningkatkan nutrisi bayi terutama di negara Asia. Iklan dan promosi susu formula di Asia juga begitu gencar. DInegara maju mereka berkempen untuk amalkan susu ibu bagi bayi mereka. Bagaimana pun susu formula ini kalau dibaca pada label mengandungi banyak unsur nutrisi yang memang baik untuk bayi.

CODEX juga amat sesuai bagi dirujuk untuk menentukan kawalan penggunaan bahan kimia dalam makanan. Kini banyak ada terdengar nama-nama seperti Flouride, Monosodium / Monoatrium Glutamat (MSG), Aspartame dan lainnya dalam produk makanan yang diambil pengguna. Ada dakwaan dimana ada kandungan bahan kimiaw ini tersebut adalah bahan yang sangat berbahaya bagi tubuh kita. Antaranya seperti bahan pemanis buatan, pewarna buatan, perasa buatan dan pengawet buatan. Anda boleh baca penggunaan Asid Cysylamate dalam buah nanas baby yang merbahaya dari negara jiran (Sila klik disini). Kini bahan kimia seperti ini dilaporkan boleh jadi penyebab kepada berbagai penyakit yang menagancam kehidupan dan kesihatan manusia. Penyakit seperti kanser, kegagalan buah pinggang, rosak hati, dan stroke banyak didakwa berpunca dari mengambil makanan yang ada bahan kimia merbahaya. Banyak negara yang sudah menolak makanan yang mana ia mengandungi bahan kimia yang tidak mengikut piawaian Codex pada masa kini. Ada dakwaan dimana pengusaha makanan mencampurkan bahan-bahan seperti Flouride, Monosodium atau Monoatrium Glutamat (MSG), Aspartame dan lainnya tersebut ke dalam produk makanan yang bahaya kepada tahap kesihatan. Penggunaan bakan kimia seperti pestiside menyebabkan kesan sisabaki (Residual Effect) kepada produk hasil tanaman jika petani tidak mengawal penggunaanya. Racun yang toksik akan membunuh perosak tanaman dan jika tidak dikendalikan dengan baik masih berada dalam hasil dikeluarkan (terutama racun jenis sistemik). Isu kawalan kadar MRL yang melebihi piawaian minima didapati tidak diikuti dimana ini akan menyebabkan kualiti tanaman kurang selamat dimakan. Penggunaan racun yang berlainan perlu dijalankan apabila patogen perosak tanaman semakin kebal setelah beberapa kali digunakan. Kesan bahan aktif racun ini jika tidak dituai mengikut jangkamasa menuai (post-harvest interval) betul akan ada didalam hasil tanaman yang memberi kesan buruk kepada pengguna jika tidak dibersihkan. Ada yang menyebabkan kesan toksik lama berada didalam tanay yang akan diserap akar tumbuhan lain. Jika rumput yang tumbuh dimana rumpai yang ada menyerap racun apabila disembelih maka daging dan susu lembu tersebut akan terkandung bahan toksik tersebut.


Kewujudan sistem Codex ini dibangunkan dengan pendekatan terkini bagi menjamin keselamatan makanan dan kebersihannya serta kualiti produk tanaman. Aktiviti buat semakan dan mengemas kini piawaian Codex dibuat oleh pasukan pakar dimakmal diseluruh dunia bagi mengesan kesan sisabaki dalam hasil pertanian secara berkala. Teknologi amalan pertanian secara komersil dan mendapat sijil MyGAP boleh menjamin bahawa hasilan tanaman adalah selamat untuk dimakan. Ada dilaporkan dimana penggunaan tanaman GMO juga menjadi satu cabaran kepada manusia dimana dinyatakan pokok GMO juga mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia ataau makanan haiwan. Ada juga kemungkinan ancaman bahaya ini disebabkan oleh DNA tumbuhan dan haiwan yang berubah dari standard genetik sedia ada. Codex Alemantarisu menetapkan kandungan mini bahan kimia yang dibenarkan diman jika melebihi kadar tersebut makan ia menjejaskan pengguna. Sebagai contoh untuk kandungan bahan Dinofuran dalam mangga adalah sebanyak minima 0.5 mg/kilogram bermakna jika mangga lain mengandungi 0.8 mg/kg maka mangga tersebut sudah tidak selamat dimakan. Setiap 100 gram buah mangga yang boleh dimakan sebaiknya mengandungi sekitar 60 kcal, 0.4 gram lemak, 168 gram kaliam, 1% Kalsium, 15 gram karbohiderat, 14 gram gula, 1.6 gram serat, 21% Vitamin C dengan keperluan diet mangga sebanyak 2,000 kalori sebgai diet yang sihat. Nilai permakanan seperti ini ada dinyatakan dalam setiap produk makanan proses dimana ia membantu pengguna dalam mengakses makanan mereka. Sebenarnya aktiviti penilaian makanan ini bermula sejak mula menanam, amalan agronomi, penuaian, pemprosesan hasil sehingga sedia dihidangkan diatas meja untuk dimakan. Walau masih ada kontroversi dalam persepsi penggunaan piawaian Codex Alemantarius ini sebagai mandatori akan tetapi ia merupakan salah satu kaedah terbaik dalam menentukan kualiti makan dari segi keselamatan makanan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
CODEX ALEMANTARIUS...APA DIA...
PIAWAIAN MAKANAN... SATU DUNIA...
ADA NILAI KHUSUS... DI TERIMA...
MAKANAN SELAMAT... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Amara Ballroom, 3rd Floor,
Amara Hotel, 165, Jalan Tg Pagar,
Singapore.
(30 Syawal 1440H).
Hadir ASWGC Meeting 2019. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...