POKOK BUAH DELIMA (Punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga ketinggian mencapai 5 - 8 meter daripada keluarga Lythraceae. Ada dakwaan dimana asal usul pokok buah ini berasal daripada negara Iran tetapi sejarah menunjukkan tanaman ini telah dikembangkan dengan biakbaka dikawasan negara-negara Mediteanian. Terkini dilaporkan tanaman ini menjadi tanaman penting di negara China serta dikawasan Asia Tenggara. Tanaman ini walau pun berasal dari Timur Tengah telah ditanam dikawasan beriklim tropika dan lebih baik lagi jika ditanam dikawasan sub-tropika. Ia mampu hidup dengan baik pada tanah subur dari kawasan tanah rendah sehinggi kepada ketinggian sehingga 1,000 meter dari paras laut. Ia memerlukan kawasan tanah yang gembur serta tidak lokasi yang tidak terendam air dengan air tanah yang tidak dalam. Delima sering ditanam di kebun-kebun sebagai tanaman komersil walau pun di negara kita Malaysia aia ada ditanam sebagai tanaman hiasan atau tanaman ubatan dimana apabila berbuah ia akan dapat dimakan. Dari segri marfologi penulis blog dapati dimana bentuk pokok adalah pokok kecil (shrub) dengan batang berkayu, ranting bersegi, cabang atau dahan yang banyak, lemah, berduri pada ketiak daunnya, coklat ketika masih muda dan hijau kotor setelah tua. Daun pokok delima adalah tunggal, bertangkai pendek dan susunannya adalah terletak secara berkelompok. Bentuk daun adalah lonjong atau lanccealate dengan pangkalnya tajam dan hujungnya bundar, bahagian tepi adalah rata, dilihat permukaan dan berkilat. Saiz ukuran daun sekitar 1 - 9 cm panjang dan 0.5 - 2,5 cm lebar dengan semuanya hijau. Bila dilihat bunganya pula biasanya bertangkai pendek serta tunggal dimana ia akan keluar di hujung ranting atau di ketiak daun yang paling atas. Lazimnya ada 1 - 5 bunga, warnanya merah, putih, atau ungu serta berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk bulat dengan ukuran garispusat 5- 2 cm, warna kulitnya beragam daripada warna hijau keunguan, putih, coklat kemerahan atau ungu kehitaman. Kadang kala ada bintik-bintik yang agak menonjol berwarna lebih tua. Buah delima ada banyak biji bersaiz kecil dimana bentuknya bulat panjang yang bersegi-segi agak pipih, keras, tersusun tidak beraturan, warnanya merah, merah jambu, atau putih. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai hebatnya buah delima untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Buah delima kini ada bermacam jenis dan varieti daripada Delima Putih, Delima Merah atau Delima Ungu yang mana tanaman ini boleh dibiakan melalui kaedah Keratan atau Tut. Agak jarang petani menanam dengan menggunakan bijinya kecuali untuk tujuan biakkbaka (plant breedings). Benih boleh dibeli daripada nurseri yang mempunyai pengesahan jenis mana yang hendak dibeli (Sila lihat foto disebelah). Pokok delima kini ditanam sebagai tanaman diatas tanah atau pun didalam pasu atau pot yang saiznya sesuai. Pengurusan tanaman juga agak mudah dilakuka jika ditanam didalam pasu dimana pengairan, pembajaan dan juga kawalan perosak mudah dijalankan. Tanaman ini akan berbuah daripada 2-3 tahun selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman tersebut. Lazimnya anak pokok yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih. Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia. Pembajaan biasanya dijalankan menggunakan baja tumbesaran NPK 15:15:15 bersama baja organik mengikut jadual pembajaan. Pembajaan untuk menghasilkan bunga dan buah dijalankan pada tahun ke 3-4 dengan baja NPK 12:12:17:2. Kawalan musuh dan penyakit dijalankan mengikut kadar serangan. Terdapat sejenis rama-rama dimana ianya gemar bertelur pada daun dan ulatnya akan mengorek buah delima. Serangga penghisap daun juga menjejaskan kualiti hasil dan perlu dikawal dengan racun kimia atau kawalan secara bersepadu. Kulat Antraknos (Collectotricum spp) juga menyerang bahagian buah dan daun pokok delima. Buah delima yang masak perlu dipetik apabila telah cukup masak. Buah yang tidak masak adalah masam dan tidak boleh dimakan segar atau dijual kecuali ada permintaan. Kajian ahli saintis makanan mendapati setiap 100 gram bahagian buah delima mengandungi 78% air, 14.5% karbohiderat, 1.6% protin, 0.1% lemak, 5.1% serabut, 0.7% mineral, vitamin dan juga tenaga. Buah delima mengandungi bahan TANIN dan ASID CITRIK yang mana ia mempunyai sifat antioksidan dan juga dipercayai mempunyai kesan anti-tumor. Kandungan vitamin C yang tinggi dan Asid Borik menyebabkan buah ini ada kesan antiseptik yang baik untuk kesihatan manusia.
Manfaat delima tersebut basanya boleh didapati melalui pelbagai cara sama ada dimakan segar, dijadikan jus arau dimakan bijinya atau dijadikan bersama pasta, sirap atau pun pekatan delima. Apa pun secara tradisional biasanya buah delima ada digunakan untuk membersihkan kulit muka atau diguna sebagai bahan untuk mengurangkan radang pada kulit. Jus buah delima juga didakwa membantu mengurangkan masaalah sakit tekak, merupakan bahan anti oksidan yang dapat membantu mencegah kurangkan kolesterol jahat dalam badan. Khasiat buah delima didakwa mampu tambah tahap kesihatan dimana diantara lain dapat merawat masaalah seperti masaalah sakit perut, masaalah jantung, kanser, gigi, reumatik, kekurangan darah dan juga masaalah diabetis. Apa yang dilaporkan oleh jurnal perubatan dari USA didakwa minuman jus delima berkhasiat dimana satu gelas jus delima lebih banyak kandungan antioksidannya dibandingkan dengan satu gelas red wine, green tea atau jun oren. Di USA juga ada dakwaan dimana produk pati buah delima yang dikenalpasti menjadi trend sebagai minuman kesihatan yang sangat popular. Dari kajian makmal didakwa dimana ekstrak jus buah delima amat kaya dengan bahan seperti ion Kalium (potasium), Vitamin A, C dan E serta Asid Folik. Daripada bahagian 100 gram bijinya yang dapat dimakan ia mengandungi bahan Kalium (259 mg/gr), Tenaga (63 kalori) dan juga sebanyao 30 mg vitamin C. Komponen ini dianggap sangat penting bagi kesehatan jantung. Ekstrak buah delima juga tinggi kandungan flavonoid iaitu atu jenis antioksidan kuat yang penting perannya untuk mencegah berlakunya sel radikal bebas di dalam badan dimana ini sekaligus mampu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Ia didakwa mampu dalam memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung, kanser kulit dan kanser prostat. Antioksidan yang terkandung didalamnya membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri disebebkan oelh oleh kolesterol. Ada laporan kajian dimana jika meminum jus 3 kali atau lebih dalam seminggu ia akan dapat menurunkan risiko terkena masaalah alzheimer hingga 76% dibandingkan orang yang tidak minum jus sama sekali.
Dalam akhbar Sinar Harian bertajuk "Ajaibnya Buah Delima" pada 23 Hanuari 2019 dipaparkan memgenai kehebatan buah delima!. Buah dan pokok delima telah pun ada digariskan pengambilannya didalam Islam terutama kelebihan makan dan minum jus buah delima (Sila lihat footo disebelah). Bagaimana pun perlu juga berhati-hati dengan kandungan gula tinggi dalam produk berasaskan jus delima. Doktor ada menasihatkan para pesakit jantung dan darah tinggi menjarakkan masa ketika makan ubat dan buah dilema. ini kerana kandungan gula dalam produk yang menggunakan buah dilema boleh mengundang kesan buruk ke atas tubuh badan seseorang. Kini disebalik dakwaan dengan 1,001 kebaikan akhbar tersebut nyatakan beberapa lagi perkara anda perlu umum tahu. Daripada banyak lambakan penyelidikan yang telah dilakukan berkenaan delima ada temuan dimana bukan sahaja ia menjadi bahan kajian pengkaji tempatan malahan di Barat. Kedua-dua blok ini memang tidak menafikan kebaikan buah delima sebagai banyak khasiat yang hebat. Kehebatan buah delima tidak hanya meniti di bibir manusia akan tetapi buah delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! dimana dudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini. Menurut seorang ahli farmasi yang memang berpengalaman, Rahman Baco menulis bahawa delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang. Kajian terbaharu juga temuan mendapati dimana amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.
Dalam beberapa artikel lain menyatakan dimana buah delima didakwa mampu merawat Kanser Prostat. Ini berdasarkan kepada ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya dalam mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon. Ia juga didakw mampu menurunkan paras kolesterol dimana ada kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau. Apa yang didakwa dimana buah delima juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian saintis mendapati dimana kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat dalam usaha mengurangkan tekanan darah tinggi. Khasiat ke 4 dimana ia didakwa mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Ini berdasarkan kajian terhadap tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik. Buah delima juga merupakan sumber nutrisi dengan memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E. Seterusnya buah ini merupakan bahan baiki kulit kerana sumber asid folate dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. melahirkan anak sihat dan cerdas. Buah ini juga baik untuk ibu mengandung. Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.
Bagaimana pun terdapat kesan negatif jika makan buah ini tidak dikawal terutama pesakit mengambil ubat khususnya rawatan penyakit jantung dan darah tinggi. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum amalkan jus buah delima setiap hari. Makan buah atau minum jus delima juga boleh meningkatkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat Fluoxetine, Codeine dan Ondansetron. Semasa memilih buah yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah. Buah delima boleh tahan 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Untuk produk berasaskan delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula. Menurut kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Buah delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang. Ada para penyelidik menunjukkan terdapat faedah lain rawatan delima demam tinggi, sakit kepala, penglihatan, di mana jus delima digunakan pada kadar dua cawan sehari, dan yang mengendalikan masalah hidung dan mengaktifkan saraf dan kes keletihan dan menahan kesakitan. Antara kelebihan Jus Delima Asli dimana khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia. Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet. Buah delima juga didakwa mampu mengurangkan Berat Badan. Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Terkejut jika ada yang mendakwa buah deliman mampu memberi dan merangsang tenaga batin. Jus Delima yang kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima. Buah delima didakwa mampu mengurangkan risiko Penyakit Kencing Manis. Ini kerana Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.” Ada mendakwa oa melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung dengan meminum Jus BuahDelima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
Buah Delima didakwa mampu melawan Kanser Payudara dimana ada kajian dan mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Juga didakwa ia mampu melawan Penyakit Jantung. Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser. Ia juga akan mengurangkan Batuk dan Asthma disebabkan kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah. Didakwa juga buah delima akan membantu menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya. Buah delima juga didakwa membantu merendahkan Tekanan Darah dimana bahan mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok. Semuga anda semua mendapat info terkini dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.