Support My Blog

Monday, July 15, 2019

BUKU MAKLUMAT RESIDU RACUN PEROSAK


BUKU RINGKASAN MAKLUMAT RESIDU RACUN PEROSAK pada taaman makanan yang penulis rujuk kali ini amat berfaedah dijadikan bahan rujukkan (Sila lihat foto diatas). Buku Edisi ke dua yang diterbitkan semula pada tahun 2018 disemak semula dan diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja yang mengandungi banyak maklumat berguna boleh dirujuk dilamanweb. Apa yang penulis blog baca didapati banyak maklumat berkenaan residu racun perosak yang memang merupakan maklumat penting yang perlu dikuasai oleh semua pegawai terutama pegawai pengembangan Jabatan Pertanian dalam usaha untuk memberikan khidmat nasihat yang tepat dan efisien kepada golongan sasar Jabatan Pertanian iaitu petani bagi masalah dan isu yang berkaitan residu racun perosak.  Justeru itu, Jabatan Pertanian mengambil inisiatif dengan menerbitkan Buku Ringkasan Maklumat Residu Racun Perosak untuk menjadi sumber rujukan kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkaitan. Diantara maklumat yang terkandung dalam buku ini adalah pengenalan kepada residu racun perosak, jadual senarai MRL (Kebangsaan, Interim, CODEX, ASEAN Harmonisation), penalti bagi semua pelanggaran MRL serta peranan semua pihak yang memang berkepentingan dalam isu residu racun perosak. Secara umumnya penulis blog dapati dimana memang buku ini dapat membantu semua pihak untuk lebih memahami maklumat berkaitan residu racun perosak dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam aktiviti pengembangan pertanian di negara ini. Walau pun bagi mereka yang belum biasa dengan istilah-istilah tekjikal didalamnya tetapi ia banyak membantu jika dibuat pertanyaan lanjut kepada pegawai yang pakar dalam bidang ini di Jabatan Pertanian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis dalam mengenai isi kandungan sebuah buku iaitu mengenai maklumat residu racun perosak dalam makanan untuk dijadkan bahan rujukkan dan bacaan.

RESIDU RACUN PEROSAK di dalam tanaman makanan adalah salah satu elemen penting yang wajib diberi perhatian dalam penghasilan makanan yang selamat dimakan seiring mencapai visi dan misi jaminan bekalan makanan yang mencukupi bagi rakyat Malaysia. Ini didakwa diantara denyut nadi utama Jabatan Pertanian serta Kementerian dan Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memastikan program dan aktiviti pengembangan pertanian sentiasa dilaksanakan kepada kumpulan sasar utama dalam bidang pertanian. Kini bagi merealisasikan matlamat ini maka wujud usaha yang menyeluruh perlu dilgemblengkan dan dipergiatkan dalam program pengembangan pertanian tersebut yang melibatkan masalah berkaitan residu racun perosak seperti apa yang perlu difahami iaitu perlanggaran Maximum Residue Limit (MRL) racun perosak melalui aktiviti pemantauan serta khidmat nasihat yang tepat kepada pengusaha pertanian. Terkini aktiviti penyampaian maklumat yang tepat hanya akan terlaksana sekiranya semua pihak terutama agen perngembangan tanaman (APT) Jabatan Pertanian sudah pun dilengkapkan dengan maklumat serta kemahiran komunikasi dan rundingan yang betul dan berkesan iaitu berkenaan residu racun perosak kepada petani. Penerbitan  Buku Ringkasan Maklumat Residu Racun Perosak edisi kedua ini memang diharapkan agar ianya dapat membantu serta memudahkan semua pihak berkepentingan dalam bidang residu racun perosak dalam menyampaikan khidmat nasihat yang berkesan bagi menyelesaikan masalah residu racun perosak yang dihadapi oleh pengusaha pertanian. Sekaligus ianya dapat dalam usaha menyelesaikan masalah perlanggaran nilai MRL bagi produk domestik dan eksport.

Dalam mengetahui apakah peranan oleh Jabatan Pertanian didalam menangani isu residu racun perosak memang jelas ditulis didalam fungsi sedia ada. Jabatan Pertanian perlu mengambil sampel hasil pertanian di ladang untuk tujuan bagi pemantauan residu racun perosak. Aktiviti ini dilakukan dengan sampel ini akan dihantar kemakmal untk dikaji kandungan residu racun didalamnya. Kini pegawai di jabatan ini akan memberi khidmat nasihat kepada petani tentang penggunaan racun perosak secara berhemah berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau kini lebih mudah dikenali dengan sistem akreditasi ladang MyGAP. Jabatan Pertanian akan terus menjalankan penilaian ke atas maklumat saintifik kajian residu racun perosak yang akan didaftar di Malaysia serta mencadangkan nilai MRL yang sesuai berdasarkan penilaian tersebut. Jabatan Pertania adalah menjadi urusetia kepada Mesyuarat Ahli Kumpulan Kerja Penetapan MRL Racun Perosak Dalam Komoditi Makanan. Kepakaran dibentuk melalui program khas dan pegawai mesti menyertai kursus dan perbincangan di peringkat antarabangsa berkenaan residu racun perosak seperti mesyuarat CODEX Committee on Pesticide Residues (CCPR) dan ASEAN Expert Working Group on Pesticide MRLs Harmonisation. Peranan didalam  menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya diperkukuhkan melalui operasi dan pemerika=saan berjadual kepada semua sasaran strategik. Ia juga bagi memastikan racun perosak yang berdaftar dalam negara di bawah Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) adalah berkesan dan selamat digunakan pada hasil pertanian. Hanya dengan mengguna jenis-jenis racun berdaftar dan petani menggunakannya setelah membaca apa yan dinyatakan pada label yang terdapat pada botol racun tersebut. 

Dalam menengani isu residu racun perosak dalam produk tanaman yang hendak dijual kepada pengguna, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil sampel-sampel pertanian di ladang, pasar dan pintu-pintu masuk utama negara bagi produk yang diimport ke dalam negara. Oerlu umum tahu dimana KESALAHAN ATAU PENALTI SEKIRANYA MELEBIHI MRL RACUN PEROSAK adalah tertakluk dibawah Kesalahan dan Keterangan di bawah Akta Makanan 1983. Dinyatakan dimana dibawah Seksyen 13, Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan
keada mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya boleh ia memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000) ATAU penjara selama tempoh tidak melebihi 10 TAHUN (Sepuluh tahun) atau kedua-duanya. Dinyatakan kadar penalti di bawah Peraturan 397, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 dimana mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap PeraturanPeraturan ini yang mana tiada apa-apa penalti diperuntukkan oleh Akta apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit (RM5,000) ATAU penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. Dalam pada itu Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja nyatakan dimana residu racun perosak dalam hasil-hasil pertanian dikawal di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini telah dijelaskan dimana nilai MRL racun perosak bagi setiap tanaman yang dibenarkan tersenarai di bawah Jadual 16, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983. Ia juga berkait dengan aktiviti Penguatkuasaan residu racun perosak oleh KKM dilaksanakan berdasarkan kepada Peraturan 41, Akta Makanan 1983. Buku ini pada penulis blog amat berguna dan selalu menjadi rujukkan untuk saya mendapatkan info yang dikehendakki. Terlalu banyan angka didala jadual menunjuukan bahawa data tersebut adalah tulis dan berwibawa. Semuga anda pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna untuk diamalkan dan disebarkan. Wassalam....!...
NAMA RESIDU RACUN... MERBAHAYA?...
KANDUNGAN TINGGI.. ADAKAH SENGAJA...
ASEAN MERBINCANG... 10 NEGARA ADA...
HALANGAN DAGANGAN... ELAKKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1330, Tingkat 13,
Hotel Hatten, Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(8 Julai 1040H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...