Support My Blog

Thursday, July 11, 2019

KAWALAN MONYET - ADA BANYAK CARA

MONYET, KERA atau BERUK merupakan sejenis haiwan mamalia yang hidup berkumpulan dan sering menjadikan hasil tanaman dan tanaman petani menjadi sasaran untuk mereka mendapatkan makanan. Monyet atau Kera (Macaca spp) merupakan haiwan primate daripada Superfamili Hominodea dan saripada keluaga Hylobatidae atau keluarga Hominidae. Jenis Kera dari famili Hylobatidae terdiri daripada haiwan seperti Monyet, Kera, Beruk, Lotong, Siamang, Gibbon yang lazinya bergayutan dipokok dan beberapa lagi .Sementara itu haiwan di bawah keluarga Homidae terdiri daripada Orang Utan, Chimpanze, Gorila dan Manusia yang lazimnya boleh berdiri dan berjalan. Penulis blog dapati monyet terdapat dalam pelbagai saiz ukuran badan daripada yang bertubuh besar sehingga yang sangat kecil (Marmoset pigmi yang sekecil 117 mm) sahaja. Ada pula monyet besar yang dikenali dengan nama Beruk Jantan yang besarnnya mencecah sehingga 1 meter dengan berat sebanyak 36 kilogram. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies monyet ini mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, daun-daun, bunga-bunga, telur dan haiwan kecil termasuk juga memakan serangga. Boleh dikatakan dimana semua monyet memang mempunyai mata yang memandang ke depan tetapi ada beberapa ciri organ lain yang berlainan. Kebanyakan monyet adalah hidup dalam keadaan liar atau hanya sebahagian kecil sahaja yang ada dipelihara terutama didalam Zoo untuk dipamerkan kepada umum keluarga mereka yang banyak spesis. Bagaimana pun setelah kita faham akan apa dia monyet dalam artikel kali ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi yang dicipta oleh sekumpulan siswa tempatan bagaimana untuk menghalau haiwan monyet sebagai satu teknologi yang boleh digunakan petani sebagai salah satu kaedah kawalan didusun untuk bahan rujukkan anda.

Memang kepada petani yang mempunyai kebun dikawasan yang berhampiran dengan habitan primat seperti kumpulan monyet dan kera menjadi ancaman kepada tanaman. Kehadiran spesis ini kini bukan sahaja diluar bandar akan tetapi telah memasukki kawasan penembatan dibandar seperti di kawasan rumah penulis di Melaka (Sila lihat foto disebelah). Habis sekumpulan haiwan primate ini datang dan mereka memakan semua buah mangga yang muda apa lagi yang masak yang ditanam dikawasan perumahan disini. Dalam penelitian penulis mendapati ada sekitar hampir 50 ekor kesemuanya yang datang pada waktu pagi dan petanii semasa musim buah mangga berbuah setiap musim. Dikebun pula haiwan ini akan menjadi ancaman kepada petani kerana ia merosakan tanaman sehinggakan petani perlu membuat pelbgai cara untuk menghalaunya. Pasti semua petani merasa tidak selesa dan sangat terganggu dengan adanya haiwan perosak tanaman dikebun milik mereka apalagi jika ia sukar dikawal.  Haiwan monyet atau kera antara yang digelar sebagai Haiwan Perosak Tanaman (HPT) dimana perlu ada pengetahuan dan modal bagi petani jika hendak mengawal haiwan perosak yang bijak ini.

Kaedah pertama yang saya hendak bincang kali ini adalah dengan kaedah Memasang Perangkap Monyet. Kaedah ini sama ada kita buat perangkap sendiei atau meminta bantuan daripada Jabatan Perhilitan agar mereka datang memasang perangkap dan membawa keluar daripada kediaman atau kebun kita. Perangkap monyet boleh dibuat sendiri dengan pelbagai ukuran asalkan ia kukuh dan tahan lama. Bagaimana pun perangkap berukuran 2 meter x 2 meter x 2 meter diperbuat daripada BRC atau besi atau kawat kukuh dengan tiang kukuh sesuai  dinina dengan ada lubang pintu masuk diatasnya dan dinding zink agar kera apabila masuk kedalam tidak noleh keluar lagi (Sila lihat foto disebelah). Pada bagian atas perangkap itu sebaiknya dibuat lubang dengan diameter lebih kurang 50 cm dan pastikan ada zink sekelilingnya yang menjulur ke bawah panjang lebih kurang 40 cm. Periksa dan pastikan perangkap ini kukuh dan dibuat sekuat mungkin sebab kekuatan kera yang banyak memang dijluar jangka kita. Letakkan perangkap dilaluan dimana si kera itu serang melaluinya untuk mencari makanan. Sebaiknya dibubuh umpan seperti buah-buahan (pisang, betik, nasi, epal dan sebagainya) untuk menarik mereka masuk dan makan umpan.   Apabia ia sudah masuk perangkap maka boleh dihantar kepada pihak berwajib atau di bawa keluar kelokasi lain yang berjauhan dengan kebun datau kawasan kediaman kita.

Bagaimana pun ada juga dikalangan petani yang akan menangkap seekor monyet (sebaiknya ketua mereka) dan mengecatnya dan melepaskannya kepada kelompok mereka. Anda bolehlah pasang perangkap dan tangkap satu atau pun beberapa ekor monyet atau monyet yang selalu datang mengganggu dan merosak tanaman dikebun. Monyet yang ditangkap ini kemudian bolehlah disembur dengan cat warna MERAH (atau lain lain warna seperti putih, biru terang, kuning dan sebagainya) ikut suka. Bagaimana pun daripada petua orang tua-tua hanya warna merah dilaporkan amat menakutkan kelomppok monyet tersebut sebab ia seakan warna darah. Kalau hendak lebih canggih lagi anda boleh sapukan minyak wangi seperti minyak atar, minyak tanah atau minyak lain yang kuat baunya kepada badan monyet ini. Kemudian dilepaskan monyet tersebut ketempat asal atau di kawasan kebun yang mana kumpulannya duduk. Dilaporkan apabila kita berjaya mewarnakan cat merah pada seluruh badan monyet tersebut maka kumpulan kawannya tersebut akan ketakutan dan lari menjauh jika saling berjumpa sebab mereka takut dan mengira bahwa ini bukanlah dari ahli kumpulan mereka. Daripada laporan belakulah keadaan sehingga mereka saling berkejaran-kejaran dan tidak sempat lagi untuk memakan atau merosakkan tanaman  dalam kebun. Kemungkinan jika kumpulan tersebut marah mereka akan membunuh keran yang dicat merah tersebut akhirnya. 

Dibeberapa kawasan kebun di Pulau Jawa seperti di Kabupaten Wonogiri terdapat petani disana yang akan meletakkan tahi ayam atau najis ayam yang berbau dilaluan monyet. Caranya adalah dengan membubuh kotoran tahi ayam segar yang masih basah yang boleh diambil dari reban ternakan ayam. Taburkan kotoran ayam yang masih basah di laluan diamna ia selalu dilalui oleh gerombolan monyet. Hasilnya adalah dimana monyet ternyata tidak menyukai bau kotoran ayam ini kerana baunya yang busuk. Perkara ini sama dengan kita eanggangtung belacan (Shrimp paste) dimasukkan didalam botol atau kain kasa dilaluan sering monyet melaluinya. Didakwa memang monyet tidak suka bau-bauan busuk dan akan mejauhinya. Ada juga sebahagian petani menyatakan monyet yang memijak pada tahia ayam atau kotoran ini tidak suka datang di lokasi yang sama. Anda boleh memilih bahan bauan lain yang kuat dikawasan ada serangan monyet untuk mencubanya.


Pemasangan pagar letrik dikawasan kebun juga menjadi salah satu kaedah kawalan monyet. Penggunaan pagar letrik yang disambung terus dengan bekalan TNB (Jika ada) atau dengan bateri kereta atau dengan menggunakan bekalan kuasa Solar (Sila lihat foto disebelah) didakwa mampu menghalang monyet dan lain haiwan seperti babi dan sebagainya. Sistem Pagar letrik mempunyai komponen seperti Bateri, Regulator, Dawai Pagar, Energizer, Solar Panel dan tiang pagar akan dipasang sepanjang keliling kawasan kebun. Lazimnya kuasa letrik sekitar minima 6 joule akan melalui pagar tersebt dan apabila ada sentuhan pada dawai letrik maka ia memberikan apa yang dinamakan 'electric shock' kepadanya. Kejutan eletrik ini akan menyebabkan monyet tersebut akan takut dan ia akan lari meninggalkan kawasan kebun. Bagaimana pun ada oekebun yang memasang kuasa letrik yang tinggi sehingga ia boleh terus membunuh monyet tersebut akan tetapi tidak digalakkan kerana ia juga merbahaya kepada manusia dan haiwan peliharaan yang lain. Bagaimana pun teknik dalam pemasangan pagar letrik ini memerlukan kos agak tinggi berbanding cara lain mengawal monyet dan lama kelamaan monyet ini akan mengelakkan pagar ini atau dia akan juga melompat sahaja daripada mana-mana pokok yang ada dikeliling kebun.


Dalam pada itu memberi umpan makanan monyet dengan ada racun juga ada dilakukan oleh petani. Menurut laporan akhbar Sinar Harian bertajuk "Bangkai Kera di temui bergelimpangan" menarik dibuat rujukkan. Berita daripada Taiping menyatakan sebanyak 38 bangkai kera ditemui bergelimpangan di kaki Bukit Larut dipercayai mati akibat diracun pada pada Khamis. Kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 9 pagi ketika mahu melakukan aktiviti pendakian di bukit terbabit. Difahamkan pemeriksaan awal dijalankan oleh Zoo Taiping mendapati terdapat kumpulan kera terbabit diracun di sebuah lokasi lain sebelum dibuang ke kawasan peranginan itu memetik sumber Sinar Harian. Menurut wakil pengurusan Zoo Taiping memaklumkan dimana kera jenis ekor panjang ini adalah haiwan yang dilindungi dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM3,000. Akbat tersebut laporkan dimana mereka telah membawa balik dua bangkai kera ini untuk tujuan bedah siasat dan akan memaklumkannya kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut. Didapati, hidung, mulut dan telinga kera berkenaan berdarah kesan ia diracun,” katanya. Bagaimana pun itu adalah laporan akhbar dimana ada lagi petani dikawasan jauh dipinggir hutan yang dipercayai ada melakukannya.


Aktiviti memburu dengan menembak monyet adalah satu kaedah kawalan yang paling lazim dilakukan terutama kepada pemilik dudun durian. Lazimnya cara ini mengajak petani dan orang yang suka berburu untuk berburu monyet secara minima untuk tahap pertama sekali dalam tiga hari. Aktiviti seterusnya mungkin sekali memburu dalam seminggu dan juga mugkin selanjutnya boleh dibuatsekali dalam sepuluh hari mengikut keperluan dan kebenaran daripada pihak tertentu. Jika monyet itu mulai datang semula maka boleh juga dilakukan aktiviti memburu lagi. Daripada beberaa laporan termasuk pihak tertentu didapati monyet akan takut apabila ada pemburuan dan mereka akan bersembunyi apabila bau belerang daripada senapang atau bunyi senapang meletop. Ini menghindarkan monyet daripada datang menyerang tanaman dan merosakkan tanaman. Pemilik dusun durian lazimnya mempunyai senapang patah sendiri untuk memgurangkan kerosakan buah akibat serangan monyet. Ada juga kumpulan monyet untuk bersembunyi dengan cara memanjat ke pokok yang tinggi dan mendiamkan diri. Ada juga pemburu menggunakan khidmat anjing bagi memburu monyet yang bersembuni didalam semak atau memasukki libang didalam tanah ketakutan. 


Dalam pada itu teknik yang ada dilakukan dibeberapa negara jiran dimana mereka menggunakan pancing. Ini kali pertama penulis blog tahu mengenai cara ini kerana biasanya monyet ini amat senang dengan buah-buahan yang manis. Maka petani akan meletakkan mata pancing yang sudah diberi benang pancing sekitar panjang 40 cm pada buah-buahan yang sengaja akan diletakkan di sekitar tempat biasa monyet tersebut datang berkumpul. Didakwa dengan menggunakan buah pisang atau buah betik yang sudah kita potong. Mereka akan lakukan dimana benang pancingnya tidak di ikatkan akan tetapi dibiarkan saja tidak terikat. Monyet akan membawa buah tersebut boleh untuk dibawanya memanjat pokok atau lari jika mereka berebut-rebut atau juga terkejut. Kemudian nanti jika buah tersebut dimakan oleh sang monyet tersebut maka mata pancing tersebut akan nyangkut di mulut atau pun sangkut di tenggolok monyet tersebut. Akibatnya adalah dimana monyet tersebut akan sibuk menarik-narik benang pancing yang telah nyangkut di mulutnya tersebut dan tidak akan datang menganggu tanaman dikebun lagi. Apa yang penulis blog berikan hanyalah beberapa petua mengawal haiwan perosak tanaman iaitu monyet atau kera yang boleh dijadikan panduan. Bagaimana pun kesemua kaedah kawalan diatas boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) dalam kaedah kawalan tertentu yang boleh didenda jika melanggar peraturan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MONYET DATANG... SERANG TANAMAN....
PETANI BINGUNG... BAGAIMANA KAWALAN...
PELBAGAI CARA.. DUDAH DITERANGKAN...
SEMUGA ANDA... ILMU DIMANAFAATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Dzulhijjah 1440).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...