Support My Blog

Monday, July 29, 2019

RAMBUTAN MUTIARA WANGI - UJIRASA

RAMBUTAN MUTIARA WANGI (Nephellium lappaceum) dari sampel yang diberikan oleh Dr Johari (Pengarah MARDI Negeri Johor) untuk ujirasa penilaian kualiti memang sesuai dan boleh dibanggakan kerana ia varieti baru. MARDI telah berjaya memperkenalkan 2 varieti baru Rambutan yang setanding malahan didakwa lebih baik daripada varieti Anak Sekolah (R196). Hasil kerja keras yang lama oleh penyelidik MARDI ini telah menghasilkan dua klon rambutan baru yang dikenali sebagai AG-28 dan GB-44. Dalam satu Majlis Pelancaran Varieti Rambutan Baru ini kedua-dua varieti telah diberikan nama varieti iaitu MUTIARA WANGI (AG-28) dan juga varieti MUTIARA MERAH (AG-44). Dari itu sejajar dengan nilai permintaan rambutan negara yang semakin meningkat, tanaman ini berpotensi untuk dieksport ke luar negara. Dalam pada itu buah rambutan yang dahulu pernah dilabelkan sebagai ''sunset industry'' kini mungkin boleh diperkukuhkan apabila dua varieti rambutan baru ini telah diperkenalkan. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai rambutan ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi artikel mengenai rambutan yang telah saya tulis sebelum ini. Pada masa ini nilai eksport rambutan negara pada tahun 2018 adalah sebanyak 3,184 tan metrik bersamaan nilai dagangan sebanyak RM5,796,872. Anda mungkin tertanya siapa dan bagaimana buah rambutan yang biasanya seakan tiada nilai dikalangan penduduk tempatan sebenarnya dieksport ke beberapa negara. Antara Negara pengimport utama buah rambutan Malaysia adalah Singapura, Thailand, Taiwan, Arab Saudi, Belanda dan Indonesia. Pada masa ini terdapat 64 varieti rambutan yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana hanya sekitar 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156 (Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Hanya 3 varieti yang paling luas ditanam dan dipasarkan adalah terdiri daripada varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Maklumat ini anda boleh akses dalam tulisan saya (Sila klik disini). Memang telah berpuloh tahun tidak ada temuan baru varieti rambutan sehingga pelancaran varieti Mutiara Wangi dan Mutiara Merah ini dilakukan. Kedua-dua varieti baru MARDI ini bagaimana pun masih perlu didaftarkan didalam senarai National Variety Listing di Jabatan Pertanian. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai ujirasa varieti baru rambutan Mutiara Wangi iaitu buah dari pihak MARDI untuk dijadikan bahan rujukkan.


Rambutan varieti baru kajian MARDI mengambil masa bertahun-tahun untuk di kaji. Diantara pencirian ringkas varieti Mutiara Wangi (AG-28) ini didakwa dimana ia adalah berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil tuaian yang tinggi. Rekod menunjukkan dimana purata berat buat klon ini adalah 35.7 gram sebiji. Varieti rambutan ini juga ada mempunyai tahap kelekangan isi lekang bertesta serta tekstur isinya yang kenyal-kering. Dari segi bentuk pula buah AG-28 adalah bujur berwarna merah gelap dengan warna rambut merah yang agak panjang menyamai bulu yang ada pada rambutan Anak Sekolah yang masak pada pokoknya (Sila lihat foto disebelah). Bulu yang panjang merupakan ciri amat baik bagi varieti tersebut untuk tahap penyimpanan yang lebih lama selepas dituai. Dari rekod didakwa hasil sepokok mampu mencecah 32.2 kg sepokok pada usia puncak. Dalam ujirasa yang penulis blog dan rakan-rakan lakukan semuanya amat suka dengan warna, saiz, easa kemanisan dan ciri penting kelekangan rambutan Mutiara Wangi ini. Kulitnya yang juga mudah dikupas ini mudah dikupas dengan saiz bijinya yang kecil


Dalam pada itu bagi varieti Mutiara Merah (GB-44) ia mempunyai ciri utama seperti kemampuannya untuk berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Direkodkan juga dimana rambutan ini mempunyai kualiti isinya beraroma, rangup dan kering serta lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Ia mampu mempunyai purata berat buat klon ini adalah 37.2 gram sebiji dengan buahnya berbentuk bujur berwarna merah dengan warna rambut kehijauan. Dipusat kajian dilaporkan jenis rambutan ini mampu memberikan hasil sepokok sehingga mencecah 26.2 kg pada pokok usia puncak produktivitinya sepokok. Sebenarnya untuk semua jenis buah bermusim jika boleh melakukan aktiviti kutipan hasil di awal musim mampu memberikan harga yang baik serta tinggi sebelum puncak musim utama pengeluaran buah rambutan. Apa pun tidak banyak yang didedahkan mengenai ciri-ciri lain seperti dimana untuk mendapatkan benih, ketahanan terhadap penyakit dan perosak, kaedah amalan agronomi, potensi pasaran dan sebagainya yang belum didedahkan oleh pihak berkaitan. Bagimana pun penulis blog berfikir maklumat lanjut dan infomarsi berkenaan klon rambutan ini boleh hubungi Pihak MARDI sendiri. Benih tanaman pun masih dibekalkan oleh pihak MARDI dengan jumlah yang masih terhad jumlahnya.

Dua klon baru rambutan hasil dari inovasi Institut Pertanian Malaysia (MARDI) telah dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub. Apa yang penulis blog tertarik adalah dimana dua klon baru rambutan itu dinamakan 'Mutiara Merah' dan 'Mutiara Wangi'. Antara ciri klon rambutan tersebut adalah pokoknya yang lebih rendang, mampu berbuah awal daripada klon popular lain, mempunyai isi yang tebal, manis dan lekang serta mempunyai aroma ketara. Kini diharapkan industri rambutan di Malaysia akan lebih berdaya saing dan rambutan mampu menjadi antara eksport utama pada masa hadapan dimana ini sekaligus memberikan keuntungan kepada pengusaha dan produk-produk rambutan. Pengisytiharan klon tersebut adalah bukti komitmen MARDI dalam memberikan hasil terbaik bagi membangunkan sektor pertanian negara. Kini dalam usaha untuk membangunkan kedua-dua klon rambutan tersebut maka sebanyak 10,000 biji rambutan generasi kedua telah disemai yang kemudian dinilai dan dipilih hingga mendapat 30 baka baharu yang berpotensi. Dimaklumkan daripada 30 baka baharu ini inilah kedua-dua klon ini dipilih berdasarkan ciri-ciri yang baik dan dikehendaki industri. Sebagai tambahan dua klon baharu tersebut mempunyai isi yang tebal dan manis serta harum selain lebih lekang berbanding klon popular lain seperti rambutan anak sekolah. Keistimewaan rambutan mutiara merah antara lain berbuah awal musim dan mengeluarkan hasil yang tinggi manakala mutiara wangi berbuah awal musim, hasil tinggi serta isi beraroma, rangup dan kering selain lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Harga jualan bagi dua klon ini juga sangat bagus dan kemungkinan harga jualan di ladang adalah antara RM3 hingga RM4 sekilogram. Memang rambutan Mutiara Wangi yang diuji rasa amat manis, lekang dan sungguh berkualiti sehingga sesuai untuk pasaran domestik dan eksport. Terimakasih Dr Johari. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
RAMBUTAN MANIS...NAMA MUTIARA WANGI...
IA VARIETI BARU... PENYELIDIKAN MARDI...
SAMPEL UJIRASA... DARIPADA DR JOHARI...
JUAL TEMPATAN...BOLEH KELUAR NEGERI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 218, Hotel Aloha,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(27 Julai 2019).
Hadir Ekspo Tani Johor 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...