Teknologi yang direkacipta oleh syarikat ini hasil daripada adaptasi teknologi yang sama dari Jerman. Syarikat ini mendakwa penggunaan konsep Sistem Organik Akua (Aqua Organic System) dimana air baja yang ada nutrien akan disalirkan kedalam paip yang bersambungan (Jumlah panjang dikira sejauh 5 kilometer) yang mana bersambungan sehingga tidak ada pembaziran langsung dari segi penggunaan air, ruang dan nutrien. Pengaliran air baja yang sekata sepanjang 24 jam sehari ini membolehkan sayur tersebbut akan dapat dituai mengikut jangkamasa yang diatturkan serta tetap dan tidak ada masaalan serangan serangga perosak atau masaalah cuaca. Bagaimana pun perkara paling kritikal untuk teknologi yang dijalankan oleh Citiponic adalah bekalan eletrik. Jika bekalan letrik terputus makan pam air akan tidak dapat berfungsi dimana ini akan menyebabkan tanaman pokok layu dan akan mati untuk satu jangkamasa agak lama. Penanaman sayuran daun terutama Georgina Lettuce (Salad) dan Kale adalah menggunakan benih yang telah dibuat kajian kesesuaiannya oleh syarikat ini dengan suhu tropika yang panas, lembab dan berangin telah disiapkan. Benih dimasukkan dengan jarak sesuai diatas media tanaman (batu lava dibakar atau pebles) yang dirawat (Sila lihat foto disebelah). Air yang dipam akan terus mengalir daripada bahagian atas dan turun kebawah secara graviti. Mereka tidak menggunakan sebarang racun kimia. Didakwa tidak ada pembaziran dari projek ini kecuali hanya bahagian akar sayur yang dituai sahaja selepas aktiviti pembungkuasan dengan bertujuan menjimatkan ruang dan tenaga. Akar tanaman iani akan dipotong dan dibuang walau pun jumlahnya tidaklah banyak sangat. Ketahanan PVC dan sistem yang dipasang Citiponic ini didakwa sehingga 8 - 7 tahun bergantung kepada peyelenggaraan.

Dilaporkan dimana penuaian pertama oleh Citiponic pada April 2019 dimana ini telah menjadikan bukti konsep pertanian rooftop atau pertanian bumbung ini berjaya menghasilkan produk organik yang berkualiti dan selamat dimakan. Menteri tersebut dalam upacara penuaian pertama menyatakan bahawa projek ini adalah 'By Community, In the Community and For the Community'. Slogan seperti ini menjadikan penduduk keliling boleh mendapatkan belakan sayur daun organik atau membeli dibeberapa rantaian pasaraya disekitar kedai disekitar rumah mereka. Penulis blog juga di berikan sekotak salad yang dibungkus dalam bekas plastik dengan berat bersih 80 gram dijual dengan harga runcit SGD4.99 (RM15.00) satu (Sila lihat foto disebelah). Bungkusan sayur Georgina Lettuce ini yang menarik ini dinamakan Lutwill (Longevity) mempunyai logo HACCP, 'Love Singapore Farm Produce' dan ditulis 'Washed and Ready To Eat' (Telah dibasuh dan boleh terus dimakan). Produk yang dikeluarkan oleh Citiponic Pte Ltd ini diedarkan oleh Syarikat Farmpluz Pte Ltd dengan alamat yang ditulsi adah Blk 700, Ang Mo Kio Ave 6, Singapore 560700. Penggguna dan residen yang telah mendapatkan produk segar memberikan maklumbalas dimana ia enak dan segar dimakan. Disasarkan lebih ramai orang tua atau pesara dan pelajar yang berminat untuk mendapatkan pengalaman mengenai projek ini. Pelajar diberikan ruang membuat lawatan bagi menanam minat mengenai teknologi yang sedang digunakan. Inilah diantara beberapa kebun sayur yang penulis blog perlu naik lif ke tingkat 6 dan naik satu tingkat lagi dengan anaktangga untuk ke tingkat 7 dimana ada penanaman sayur dibumbung bangunan yang berskala besar dan komersil. Ia akan dikembangkan lagi mengikut pengurus syarikat Mr Teo Hwa Kok dimana teknologi ini telah dibangunkan juga di negara China dengan 2 buah projrk komersil yang sama. Semuga anda pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna mengenai rooftop farming kali ini. Wasallam!!!...
TINJAUAN TEKNOLOGI... DISINGAPURA...
ROOFTOP FARMING...KEBANGGAAN DIA...4 TAN SEBULAN... JUMLAH HASILANNYA...
TEKNOLOGI MODEN...MAKANAN DIJANA ...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 908, Amara Hotel Singapore,
165, Tanjung Pagar Road,
Singapore.
(5 Julai 2018).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.