Support My Blog

Tuesday, July 16, 2019

NANGKA TEMERLOH 'TERBANG' KE LONDON

Siapa sangka Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) kini boleh diterbangkan ke London sebagai satu komoditi yang boleh dibanggakan dari Malaysia?. Begitulah tajuk beberapa buah akhbar tempatan yang dipetik daripada  Bernama pada 17 Julai 2019. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang amat berbangga dengan kenyataan media ini selepas beberapa promosi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang yang terletak di Temerloh dilaksanakan ini mencapai tahap yang menbanggakan. Artikel bernama bertajuk "Nangka Temerloh 'terbang' ke London" pada penulis blog amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Kenyataan ini diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang iaitu Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak (foto diatas - kanan) bersama Pengarah Pertanian negeri Datuk Zahimi Hassan (tengah) mendengar penerangan pemilik Ladang Nangka Dimensi Sejahtera Sdn Bhd iaitu En Yussof Buyamin. ushawan tersebut berumur  62 tahun ketika melihat nangka yang akan dieksport ke England pada pelancaran 'From Lanchang To London' di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, hari ini. Dalam pada itu dilaporkan kemanisan dan tekstur rangup nangka keluaran sebuah ladang di Lanchang di sini telah berjaya menembusi pasaran Kota London sejak dua tahun lalu. Hasil tani oleh usahawan Yussof Buyamin yang juga beliau adalah pemilik Syarikat Dimensi Sejahtera Sdn Bhd itu berjaya dihantar ke beberapa pasar raya di London dengan menggunakan kargo udara setiap minggu. Dilaporkan dimana projek penanaman nangka di kawasan seluas 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini bermula kira-kira 11 tahun lalu dimana asalnya sebelum 'menerokai' pasaran London pada 2017 ada menjual di pasaran tempatan sahaja. Dakwanya diantara kriteria nangka yang dieksport dijaga dengan begitu teliti. Hanya nangka terbaik daripada segi saiz, kerangupan, kemanisan dan ketahanannya yang layak untuk dieksport bagi menjaga kualiti. Kini pada setiap minggu dilaporkan syarikat yang menguruskan hal eksport datang ke ladang membeli buah dengan jumlah kira-kira 20 tan metrik sebulan.  Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Pelancaran Dari Lanchang ke London di TKPM di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak dan turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian negeri Datuk Zahimi Hassan.  Artikel malam ini blog "Anim Agro Technology"  saya paparkan satu laporan Bernama bagaimana ada usahawan tempatan menghantar 20 mt buah nangka ke London dan beberapa perkara berkaitan dengan laporan Bernama untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Tanaman nangka di TKPM Lanchang merupakan salah satu projek Mega yang menumpukan buah nangka sebagai komoditi yang mampu menjana pendapatan usahawan dan peserta di TKPM ini. Antara kenyataan oleh seorang pekerja yang juga anak pemilik Ladang Nangka Dimensi Sejahtera Sdn. Bhd. bernama Danial Zikri Yussof yang berumur 20 tahun sentiasa akan memeriksa nangka untuk di eksport ini. Bagi memastikan buah itu berkualiti dan segar sebelum dieksport ke England ketika pelancaran 'From Lanchang To London' di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Pahang ia dibersihkan, digred dan dirawat mengikut SOP yang disediakan. Dalam pada itu usahawan tersebut kini amat  berbangga dengan ladangnya yang berkeluasan 40 hektar dan ia matang setelah diusahakan sejak 11 tahun lalu dimana kini berjaya menembusi pasaran Eropah dengan permintaan 20 tan metrik setiap bulan. Dakwa Yussof  dimana untuk pasaran eksport nangka itu dijual pada harga RM3.50 sekilogram dan beliau faham dimana harga nangka beliau akan melonjak kira-kira RM30 sekilogram di London. Dalam pada itu dakwanya lagi dimana bagi tujuan pasaran tempatan buah nangka beliau akan dijual dengan harga sekitar RM2.50 sekilogram dan beliau boleh memperoleh pendapatan bulanan antara RM70,000 - RM90,000 dimana ia bergantung kepada jumlah pengeluaran dan permintaan. Kini lazimnya berlaku kadar permintaan agak berkurangan sedikit pada Mei hingga Julai disebabkan buah nangka perlu bersaing dengan buah bermusim seperti durian, mangga harum manis dan rambutan. Dakwanya lagi untuk tanaman nangka, faktor terpenting ialah pengairan kerana jika kemarau atau kurang air, buah berisiko untuk bantut. Ladang beliau ditanam dengan sebanyak 5,000 batang pokok nangka dari varieti Tekam Yellow (J33) yang dikenalpasti Jabatan Pertanian sebagai varieti premium bagi tanaman nangka. Sementara itu, Mohd Soffi berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bantuan kepada pengusaha nangka lain yang mahu menerokai pasaran luar, kerana potensi besar produk tani itu. Beliau berkata setakat ini ada terdapat 46 pengusaha individu dan 40 syarikat menanam nangka di TKPM, namun hanya satu yang berjaya menembusi pasaran Eropah. 


Dalam akhbar lain bertajuk "RM30 sekilo, nangka Lanchang sampai London" dimana berita yang dipetik dari Temerloh menyatakan bagaimana En Yussof Buyamin (dua, kiri) bersama-sama memasukkan nangka ke dalam lori untuk dieksport ke England di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang, Temerloh, Pahang. Kemanisan dan tekstur rangup nangka keluaran sebuah ladang di Lanchang di sini, berjaya menembusi pasaran Kota London sejak dua tahun lalu. Hasil tani oleh usahawan Yussof Buyamin yang juga pemilik Syarikat Dimensi Sejahtera Sdn Bhd itu, dihantar ke beberapa pasar raya di London, dengan menggunakan kargo udara setiap minggu. Katanya, projek penanaman nangka di kawasan seluas 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini bermula kira-kira 11 tahun lalu, sebelum ‘menerokai’ pasaran London pada 2017. Kriteria nangka yang dieksport dijaga dengan begitu teliti. Hanya nangka terbaik daripada segi saiz, kerangupan, kemanisan dan ketahanannya yang layak untuk dieksport bagi menjaga kualiti. Kini setiap minggu, syarikat yang menguruskan hal eksport datang ke ladang membeli buah dengan jumlah kira-kira 20 tan metrik sebulan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Pelancaran Dari Lanchang ke London di TKPM di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak dan turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian negeri Datuk Zahimi Hassan. Yussof berkata untuk pasaran eksport nangka itu dijual pada harga RM3.50 sekilogram dan beliau difahamkan, harganya akan melonjak kira-kira RM30 sekilogram di London. Manakala bagi pasaran tempatan, buah itu dijual RM2.50 sekilogram dan beliau boleh memperoleh pendapatan bulanan antara RM70,000 hingga RM90,000, bergantung kepada jumlah pengeluaran dan permintaan. Permintaan agak berkurangan sedikit pada Mei hingga Julai, kerana nangka perlu bersaing dengan buah bermusim seperti durian, mangga harum manis dan rambutan. “Untuk tanaman nangka, faktor terpenting ialah pengairan kerana jika kemarau atau kurang air, buah berisiko untuk bantut,” katanya yang mempunyai 5,000 batang pokok nangka. Sementara itu, Mohd Soffi berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bantuan kepada pengusaha nangka lain yang mahu menerokai pasaran luar, kerana potensi besar produk tani itu. Beliau berkata setakat ini, terdapat 46 pengusaha individu dan 40 syarikat menanam nangka di TKPM, namun hanya satu yang berjaya menembusi pasaran Eropah.


TKPM Lanchang di Temerloh, Pahang merupakan sebuah Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang paling luas di Malaysia dan paling banyak tanaman pokok nangka di Malaysia dalam satu kawasan. Kenyataan ini dinyatakan semasa taklimat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Dato Salahuddin Ayub sempena program 'Walkabout' YB Menteri ke projek tersebut. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pertanian Malaysia Dato' Mohd Anim Hosnan, Pegawai Kanan Negeri dan peserta projek TKPM. Lawatan ini pada 16 April 2019 adalah satu pengiktirafan kepada peserta di TKPM Lanchang kerana mereka dapat menyatakan beberapa masaalah dan cadangan menmbah baik TKPM disini. Dalam taklimat dinyatakan dimana TKPM Lanchang, Pahang telah pun mula dirancang pada tahun 2002, dan merupakan kawasan tanaman buah-buahan setempat yang terbesar dalam negara dengan keluasan 3,600 hektar dengan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian. TKPM ini memfokuskan tanaman buah-buahan yang tidak bermusim seperti nangka, betik, pisang dan nanas dengan 80 peserta. Sehingga kini sebanyak 50,370.93 metrik tan hasil pengeluaran TKPM Lanchang telah berjaya dikeluarkan semenjak tahun 2005 sehingga sekarang dengan nilai pengeluaran sebanyak RM86,421,311.00. Terdapat dua konsep perlaksanaan dalam TKPM ini iaitu konsep Ladang Peserta Swasta dan Konsep Peserta Usahawan. Peserta swasta diberikan tanah secara pajakkan dengan kadar RM250 sehektar pada keluasan 40 hektar dan pembangunan dalam ladang tersebut dimajukan syarikat terpilih. Bagi Usahawan pula diberikan kawasan seluas 8 hektar dengan kadar sewaan RM250 sehektar dan kawasan tanah telah siap dibersihkan dan peserta hanya terua menanam tanamannya. Pada peringkat awal dinyatakan dimana keseluruhan kos pembangunan infra seperti utama jalanladang, bekalan eletrik dan air, kolam disediakan oleh kerajaan persekutuan dengan kos RM30 juta.

Laporan media Pahang Daily bertajuk "Kajian Saintifik, Pemasaran Nangka Madu Akan Di Tingkatkan" memetik berita dari Temerloh dimana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memfokuskan kepada usaha mengembangkan pemasaran dan aktiviti kajian saintifik tanaman nangka madu J33. Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata nangka jenis itu mempunyai potensi pasaran yang luas kerana rasanya lebih enak dan berkhasiat. "Kadar eksport dan permintaan nangka dari negara ini amat tinggi khususnya daripada negara-negara Eropah. Kementerian akan terus memfokuskan kepada penanaman nangka J33,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, di sini hari ini. Untuk rekod, tahun lepas negara mengeksport 266.5 tan nangka madu bernilai kira-kira RM799,500 ke negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Sementara itu, Salahuddin berkata kementerian juga bercadang memperkenalkan produk buah laici tempatan menggunakan dua klon variasi rambutan iaitu Mutiara Merah dan Mutiara Wangi yang diperkenalkan tahun lepas. Terdahulu, Salahuddin dibawa melawat ladang nangka dan kolam ikan Suhan Movie yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor sebelum menghadiri sesi dialog bersama lebih 60 pemilik ladang TKPM itu.Turut hadir,  Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Datuk Mohd Anim Hosnan. TKPM diperkenalkan pada 2001 menerusi Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk tujuan mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan projek pertanian berskala besar. TKPM Lanchang mempunyai kira-kira 80 pengusaha ladang membabitkan usahawan dan syarikat swasta. . Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
TKPM LANCHANG... MENANAM NANGKA...
SUDAH DITUAI... BANYAK JUMLAHNYA...
PADA MEI - JUN.... KELONDON DIJUALNYA...
SATU KEJAYAAN... USAHAWAN BERJAYA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Aras 8, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP HQ),
Jalan Sultan Sahalahuddin,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(15 Julai 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...