GALAH PETIK BUAH MESTA (Fruit Harvester/Collector ) merupakan satu alat yang sering digunakan oleh pekebun dan pekerja apabila buah mesta telah masak. Buah Mesta (Garcinia mangostana) merupakan salah satu varieti manggis yang mana ianya didakwa lebih berharga atau lebih mahal kerana kualitinya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana tidak ramai orang Malaysia yang kenal akan buah mesta berbanding dengan buah manggis. Pada orang biasa akan dakwa buah mesta ini sama dengan buah manggis tetapi pada hakikatnya ada banyak perbezaan yang anda perlu tahu. Tulisan saya mengenai mesta dalam blog anim agro technology ini antara yang tebanyak di Malaysia untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Mesta merupakan sejenis tanaman yang menyerupai dengan tanaman manggis dan popular hanya di Negeri Pahang dalam beberapa daerah tertentu sahaja. Buah Mesta telah pun lama ada didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan (National Listing) pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian dengan No Daftar GA2. Dalam keterangan ringkas mengenai pendaftaran hanya dinyatakan buah ini didaftarkan berasal dari Pahang. Buah Mesta merupakan sejenis buah-buahan tropika daripada kumpulan Manggis. Buah Mesta ini mungkin tidak ramai kita yang kenal secara tepat kecuali petani pemilik pokok dan pegawai pertanian dikawasan Maran dan Temerloh di Pahang. Mesta sebenarnya berlainan dengan buah manggis dari beberapa ciri khusus. Sekilas pandang, mereka yang tidak kenal akan buah ini akan mengatakan bahawa buah yang digantung tersebut adalah manggis. Ini kerana warna, bentuk dan rasanya mungkin serupa bagi mereka yang tidak kenal akan buah ini. Buah mesta ini mungkin natif dari kawasan kampong tradisional sepanjang Sungai Pahang dan hingga kini belum disebar luas keseluruh negara. Antara cabaran dalam usaha memetik hasil mesta adalah kerana ia hanya boleh dipetik secara manual sahaja apabila buah telah masak ranum. Antara cara memetik mesta dengan panjant pokok dan petik daripada dahan yang kukuh, menggunakan galah buluh tradisional dan juga terkini menggunakan alat pemetik buah epal (Sila lihat foto diatas). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai Alat Pemetik Mesta dari adaptasi Alat Pemetik Buah Epal yang digunakan di kebun En Shuib, di Kampong Pasir, Maran, Pahang untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Alat Pemetik Buah Epal yang daripada Taiwan ini hanya diperkenalkan pada tahun 20l8 setelah pengusaha En Shuib menonton video dari Youtube. Beliau juga melihat bagaimana aktiviti memetik buah epal begitu mudah dengan alat tersebut dengan beberapa biji epal dikumpulkan didalam alat tersebut. Komponen alat pemetik ini adalah terdiri daripada galah kayu (yang kukuh), Kerangka Pemetik Buah Epal dan juga klip pengikat. Komponen kerangka ini diperbuat daripada dawai logam kukuh dengan mempunyai 6 jejeari bengkol 'L' untuk tujuan mengaut buah sebelum ianya ditarik kebawah (Sila lihat foto diatas). Kerangka ini diikat dengan kayu yang agak kuat menggunakan klip agar tidak mudah tanggal. Penulis blog yang cuba memetik mesta menggunakan alatan ini amat selesa dengan kayu galah yang kuat dan mudah menarik buah mesta masak jatuh kedalam kerangka. Sebanyak 4 - 10 biji buah mesta boleh dikumpulkan didalam kerangka ini dimana buah besar jumlahnya sedikit dan buah kecil banyak muatannya. Harga kerangka, klip dan galah adalah sekitar RM80 satu unit yang diimport daripada China. Penulis blog dapati alat ini mudah digunakan untuk memetik buah mesta dari bawah pokok yang dapat dilihat. Bagaimana pun kepada seseorang yang kali pertama menggunakannya agak sukar kendalikan alat ini dan perlukan kesabaran. Bukan mudah untuk mengintai buah mesta masak yang terselindung dicelah-celah daunnya. Penulis blog dapat 5 biji untuk percubaan pertama dan 3 biji untuk percubaan kedua (buah tidak kelihatan). Alat ini boleh dimodifikasi lagi agar ianya lebih cekap penggunaannya dengan gunakan galah yang ringan, warna kerangka yang mudah dilihat dan kukuh. Buah mesta masak yang jatuh ketanah biasanya akan rosak akibat jatuh.
Dalam pada itu beberapa tahun lepas (2017) dimana penulis blog ada menggunakan galah pemetik menggunakan buluh kering konvensional. Komponen bagi alat petik mesta tradisional ini yang diperbuat daripada buluh kering perlu di pecahkan kepalanya menjadi ruang memetik mesta dan diikat dengan kawat untuk sentiasa terbuka dibahagian atasnya (Sila lihat foto disebelah). Pada hemat penulis blog, galah buluh konvensional ini adalah murah, ringan dan mudah dibawa kemana-mana berbanding dengan kerangka logam yang baru digunakan ini. Bagi pekerja dan pemetik buah mesta sedia ada mereka lebih suka gunakan jenis buluh ini ketika memetik daripada bawah dan juga panjat pokok tersebut. Setiap kali menjolok buah mesta akan boleh mengisi 1 biji (buah besar) atau sebanyak 3 biji (buah sedang) dan 4 biji (buah kecil). Penggunaan galah untuk memetik buah mesta perlu dilakukan kerana jika buah mesta ini jatuh ketanah maka ia akan menjejaskan kualitinya seperti buah pecah dan cepat busuk. Bagaimana pun penulis blog ada mengutip buah mesta yang gugur ini dan membukanya masih tetap elok kalau ia jatuh dalam hari yang sama mengutipnya. Pemetik Buluh ini boleh dibuat sendiri dengan mencari rumpun buluh dan memotong dan kemudian pilih batang yang lurus sehingga kering. Gunakan parang panjang untuk membuat jejarinya dan kawat untuk mengikatnya. Pekebun boleh membuat beberapa banyak pemetik buluh ini da disimpan didalam setor apabila tidak digunakan.
Buah mesta musim tahun 2019 ini didapati agak baik penghasilannya dengan Encik Shuib menjangka akan mendapat sekitar 15 - 18 metrik tan. Buah yang telah dipetik ini akan dikumpulkan di pondok cum pusat penggredan dikebun tersebut untuk diasingkan mengikut saiz dan tahap kematangan. Ia kemudian dimasukkan dalam bakul berasingan mengikut saiz, tahap kematangan dan destinasi penghantaran (Sila lihat foto disebelah). Buah gred 'A' lazimnya mencapai sekitar 70%, Buah Gred 'B' sekitar 20% dan Gred 'C' 10% pada musim kali ini. Purata harga ladang buah mesta sekitar RM6.00 sekilogram dimana ini menjadikan anggaran kasar RM90,000 jika cuaca dan kecukupan pemetik buah tidak bermasaalah. Ini kerana kadag-kadang pemetik buah tidak mencukupi bilangannya ketika buah memuncak masak diatas pokok. Pokok yang berumur 17 tahun ini diihat memang subur kerana pemilik kebun ini mengamalkan amalan agronomi yang baik seperti penggunaan baja yang berkualiti (seperti Yara Milla), Baja Chitosan, Pengapuran dan juga kawalan musuh serangga dan penyakit yang baik. Selain daripada menanam mesta, Encik Shuib juga menanam durian Musang King (D197) untuk menambahkan lagi penghasilan buah-buahan berkualiti dari Negeri Pahang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BERBUAH... POKOK MESTA...
GALAH PETIK EPAL.. ADA DIGUNA...
CEPAT DAN MUDAH...SENANG BAWA...
LEBIH PRAKTIKAL... CEPAT TUAINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2111, Suite Floor,
Hotel Zenith,
Jalan Putra Square 6, Putra Square,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(26 Julai 2019).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.