RESIDU RACUN PEROSAK telah semakin banyak diperkatakan dan dibincangkan didalam media massaa setelah larangan pengimportan produk Cili Besar (Capsicum annum) dari Vietnam awal tanun 2019 ini. Ini lanjutan daripada pemeriksaan dimana cili tersebut didapati melebihi kandungan Residu Racun Perosak atau didalam bahasa Inggeris dipanggil Maximum Residual Limit (MRL) yang dibenarkan mengikut piawaian makanan yang ditentukan. Residu racun perosak adalah racun perosak yang mungkin tertinggal dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun perosak untuk mengawal perosak tanaman. Residu racun perosak dalam tanaman makanan dikawal melalui penetapan nilai Had Maksima Residu (MRL) racun perosak. MRL (Maximum Residue Limit). Nilai maksimum residu racun perosak yang dibenarkan terdapat dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun perosak tersebut berdasarkan pada Amalan Pertanian Baik (APB). Dinyatakan dalam unit mg/kg. Penetapan adalah secara saintifik berdasarkan data kajian residu hasil penggunaan racun perosak yang mana ia dijalankan ke atas tanaman yang berkenaan. Spesifik untuk setiap kombinasi racun perosak dan tanaman. Kadar kandungan bahan aktif racun yang ada didalam produk tersebut telah ditentukan had maksimanya kerana jika berlebihan akan membahayakan kepada kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa lama. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian dan pihak Kementerian Kesihatan ada beberapa jawatankuasa khusus yang melihat perkara ini demi menjaga keselamatan dan kualiti makanan negara. Apa yang penulis blog tahu di kementerian terlibat ada mengetahui dimana tahap penggunaan racun perosak pada tanaman merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan. Ia sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Bagaimana pun secara teorinya, terdapat kemungkinan sisabaki racun perosak akan kekal pada tanaman yang disembur dengan racun perosak semasa proses amalan teknologi yang tertentu. Bagi mengatasi masalah ini maka pihak berkuasa telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses. Biasanya analisis residu racun perosak ini melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya dianalisis ditentukan dengan cara menggunakan Kromatografi gas (GC). Di kedua-dua pihak kementerian ini mereka makmal residu racun perosak di yang mana ia dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD untuk mengkaji kandungan residu racun didalam makanan. Artikel petang Sabtu ini sementera menunggu penerbangan MH624 dari Singapura ke Kuala Lumpur sempat saya menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai Residu Racun Perosak dari SATS Premier Lounge 2 untuk bahan rujukan anda semua.
Penulis blog merujuk juga Buku Ringkasan Maklumat Residu Dalam Tanaman Makanan yang diterbitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia iaitu oleh Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja di Kuala Lumpur. Buku ini diberikan nombor rujukkan BK 186/10.18/100 ISBN 978-983-047-248-5 iaitu untuk Cetakan Pertama 2018 bagi Edisi Kedua (Sila lihat foto disebelah). Apa yang menarik penulis blog memahamkan akan definisi berdasarkan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 iaitu apakah dia Racun Makhluk Perosak iaitu apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya. Definisi seterusnya adalah mengenai Perawis Aktif (dalam bahasa antarabangsa sebagai 'Active ingredient') iaitu sesuatu perawis, sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Racun Makhluk Perosak 1974, yang mempunyai sifat-sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat kepada racun makhluk perosak kepada suatu bahan, benda, persediaan atau campuran, dan perawis itu merupakan satu daripada juzuk dalam bahan, benda, persediaan atau campuran itu. Definisi umum Racun perosak adalah satu bahan atau campuran bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengawal perosak samada secara membunuh, memusnah, mencegah, mengusir, mengurangkan dan lain-lain. Dijelaskan juga dimana antara kebaikan penggunaan racun perosak adalah seperti ia membantu petani mengawal/menghapuskan perosak tanaman, meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, menghasilkan produk pertanian berkualiti dan dapat menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dah keempat adalah untuk memastikan bekalan makanan mencukupi. Bagaimana pun dinyatakan juga akan beberapa risiko penggunaan racun perosak diantaranya adalah ia boleh mencemarkan alam sekitar, menjejaskan kehidupan organisma berfaedah, menyebabkan kes keracunan dalam makanan, berlaku kes bunuh diri, menimbulkan masalah residu berlebihan dalam makanan dan akhirnya akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat sebab harga racun yang tinggi.
Mungkin dikalangan orang biasa tidak tahu bagaimana Tahap Residu Racun (MRL) ini ditetapkan atau dianalisa. Terdapat 4 terminologi yang dikaitkan dengan isu ini iaitu NOAEL, ADI, ARID dan MRL yang kita kena tahu. Pertama adalah singkatan kepada NOAEL (No Observable Adverse Effect Level) dimana lazimnya tahap kuantiti racun perosak tertinggi yang tidak menyebabkan kesan yang berbahaya. Sekiranya residu racun perosak melebihi paras in maka ianya menunjukkan risiko ke atas manusia. Perlu tindakan segera menghentikan penjualan komoditi berkenaan. Faktor sekurang-kurangnya 100 digunakan sebagai faktor untuk keselamatan bagi mendapatkan ADI daripada nilai NOAEL = 10 (intraspecies uncertainty) x 10 (interspecies uncertainty). Kedua adalah ADI (Acceptable Daily Intake) iaitu kadar atau kuantiti residu racun perosak yang boleh diambil oleh manusia secara harian sepanjang hidup berdasarkan kajian toksikologi tanpa mendatangkan kesan yang berbahaya kepada kesihatan. Ke tiga adalah ARD (Acute Reference Dose) iaitu kadar atau kuantiti residu racun perosak yang boleh diambil oleh manusia dalam satu hari berdasarkan kajian toksikologi tanpa mendatangkan kesan yang akan berbahaya kepada kesihatan Sekiranya residu racun perosak melebihi paras ini, ianya menunjukkan risiko ke atas manusia. Perlu tindakan segera menghentikan jualan komoditi berkenaan. Ke empat yang paling selalu didengar adalah MRL (Maximum Residue Level) atau paras residu racun perosak yang dibenarkan pada komoditi makanan Sekiranya residu racun perosak melebihi paras ini, ianya adalah tidak dibenarkan untuk tujuan perdagangan namun ianya tidak semestinya menunjukkan risiko ke atas manusia. Paras residu yang sebenar berdasarkan kajian residu adalah dibawah paras MRL yang ditetapkan.
Menjadi peranan Jabatan Pertanian (DoA) didalam menangani isu MRL di Malaysia diperingkat pengeluaran ladang sehingga kepada pennuaian sebelum dipasarkan. Kementerian Kesihatan pula akan mengambil sampel makanan (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dipremis akhir sebelum dibeli oleh pengguna. Jabatan Pertanian bertanggung jawab didalam mengambil sampel hasil pertanian di ladang untuk tujuan pemantauan residu racun perosak. DoA juga akan membberi khidmat nasihat kepada petani tentang penggunaan racun perosak secara sistematik dan wujud Jawatankuasa ASEAN Expert Working Group on Pesticide MRLs Harmonisation untuk menjadi forum yang sesuai. Pegawai di Jabatan Pertanian sentiasa menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ia adalah bagi mempastikan racun perosak yang berdaftar dalam negara di bawah Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) adalah berkesan dan selamat digunakan pada hasil pertanian. Penulis blog beberapa kali hadir msyuarat mengenai MRL di peringkat Nasional dan Antarabangsa mengenai perkara ini bagi mempastikan keselamatan makanan dinegara kita dan yang dieksport mematuhi peraturan MRL. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.