RAMBUTAN (Nephelium lappaceum L) merupakan sejenis buah-buahan tropika penting dari keluarga Sapindaceae yang ditanam untuk buah segar dinegara kita semenjak dulukala. Pokok rambutan ditanam di keliling rumah dan tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim dengan jumlah yang banyak. Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan seluas 24,749 hektar tanaman rambutan ditanam pada 2011 dengan penghasilan sebanyak hampir 80,000 metrik tan. Kawasan utama tanaman rambutan adalah di Kelantan, Johor, Perak, Kedah, Pahang dan juga Terengganu. Artikel pagi Ahad ini saya minat menulis dalam "Anim Agro Technology' satu tajuk teknologi sistem penanaman rambutan komersil untuk pengetahuan semua pembaca yang masih berminat untuk menanam rambutan.
Penyediaan kawasan tanaman rambutan dimulakan dengan membersihkan kawasan dan membajak serta menyediakan prasarana asas. Kawasan tanah rendah yang sering tenggelam perlu digali perparitan sempurna. Anak benih disahkan dari varieti yang disyorkan perlu disediakan seperti Varieti R3 (Gula Batu), R156 (Gading Mas Muar), R170 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Sediakan lubang penanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm dan diisikan dengan CIRP (200 gram) bersama 10 kg tahi ayam iaitu seminggu sebelum menanam. Jarak penanaman yang disyorkan untuk pokok rambutan adalah 9 meter x 9 meter dengan beberpa sistem penanaman seperti SISTEM PENANAMAN TIGASEGI SAMA, EMPAT SEGI SAMA dan SESIKU KELUANG. Kepadatan dan susunan kaedah menanam rambutan akan dibincangkan.
Sistem Tanaman Tiga Segi Sama (Foto diatas) menanam dengan jarak 9m x 9m dimana memberikan kepadatan agak banyak iaitu sebanyak 142 pokok sehektar berbanding dengan sistem empatsegi sama. Lubang penanaman diatur dengan bentuk segitiga sama seperti rajah diatas dan tidak perlu disesuaikan dengan kedudukan sinaran matahari kerana pembahagian pokok yang seimbang dalam kebun.
Sistem Tanaman Empat Segi Sama adalah dengan menyusun lubang penanaman dengan jarak 9m x 9m dalam susunan empat segi sama (Lihat rajah diatas) yang akan memberikan sebanyak 123 pokok sehektar. Penanaman kaedah ini pelu disesuaikan dengan pancaran matahari utara-selatan bagi mempastikan kedudukan pokok rambutan seimbang. Kaedah penanaman cara ini memudahkan aktiviti pengurusan kebun seperti kerja memotong rumput, mengawal perosak tanaman dan aktiviti menuai hasil. Cara ini paling banyak diamalkan oleh ramai petani yang menanam rambutan di Malaysia.
Sistem Tanaman Siku Keluang agak berbeza kerana sistem ini mengamalkan Pokok Kekal dan juga Pokok 'Filler' dengan jarak tanaman 9m x 9m empatsegi sama. Sistem ini memberikan kepadatan tanaman sebanyak 246 pokok sehektar dimana pokok filler akan dibuang apabila mencapai umur 12 tahun atau apabila kanopi pokok rambutan tersebut telah hampir bercantum. Sistem ini memberikan hasil rambutan perigkat awal dengan lebih banyak dan cepat berbanding dengan dua jenis sistem diatas.
Sistem Pemangkasan pokok rambutan bagi ketiga-tiga sistem penanaman tersebut diatas adalah sangat penting untuk dibuat. Cantasan Pembentukan dilakukan pada tahun pertama penanaman dengan kaedah cantasan ;Terbuka Tengah'. Dahan utama dipotong setinggi 0.5 meter dari paras tanah untuk membenarkan 4 - 5 dahan baru keluar di pilih yang kedudukannya adalah seimbang. semua tunas-tunas air yang keluar hendaklah dibuang. Cantasan Penjagaan perlu dijalankan berterusan sehingga pokok bersedia untuk berbunga dan berbuah. Dahan yang terlalu rapat, dahan berpenyakit dan yang kering perlu dibuang menggunakan gergaji cantasas atau alatan lain yang sesuai. Pokok rambutan mula berbuah selepas 3 tahun ditanam bermuola dengan hasil sekitar 2,000 kg sehektar dan terus meningkat sehingga 9,000 kg sehektar mengikut peningkatan umur pokok.
Buah rambutan lazimnya perlukan masa sekitar 120 -130 hari daripada masa keluar bunga sehingga cukup matang untuk dipetik. Tanda masak setiap jenis atau varieti rambutan adalah berbeza seperti rajah diatas. Rambutan selalunya masak serentak dan seragam dimana perlu dipetik untuk dipasarkan sebelum terlewat dimana buah rambutan yang terlalu masak tidak tahan lama kerana terlalu berair dan agal lembut serta mudah rosak. Potong menggunakan pengunting buah rambutan dan elakkan dari jatuh ketanah kerana buah akan pecah dan kotor. Buah rambutan digredkan sebelum dimasukkan kedalam bakul plastik untuk dipasarkan. Harga rambutan segar di peringkat ladang sekitar RM 0.50 - RM 1.50 sekilogram bergantung kepada musim dan kualiti buah. Kini buah rambutan seolah-olah tidak menarik minat petani untuk menanam secara komersil kerana kurang menguntungkan.
TANAMAN RAMBUTAN...ESMPATSEGI SAMA....
JARAK TANAMAN...9MX9M PERLU DIGUNA....
BUAH DAH KELUAR....NAK JUAL DIMANA....
HARGA MURAH...DAH RAMAI TIDAK SUKA...
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(4 RabiulAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.