ULAT GONGGOK (Narceus spp) merupakan sejenis serangga dari Kelas Diplopoda iaitu kategori Serangga Anthropods yang ujud di negara kita dan juga seluruh dunia. Dalam bahasa Inggeris ianya dipanggil sebagai Centerpede atau Milipede bergantung kepada spesis. Terdapat sebanyak 160 spesis ulat gonggok diseluruh dunia dengan pelbagai warna, saiz, habitat dan juga marfologi yang berbeza. Lazimnya di negara kita memang semenjak kecil lagi saya terjumpa ulat gonggok di kawasan kebun atau dalam rumah dan apabila disentuh maka dengan segera ulat gonggok akan cepat bergulung menjadi satu bulatan untuk beberapa lama. Kemudian ianya akan membuka semula dan bergerak kembali dengan pantas. Di kawasan Putrajaya semenjak tahun April 2010 - Ogos 2011 terutama di Presint 11 dan Taman Rekreasi Bukit Saujana memang terdapat banyak ulat gonggok di merata tempat merayap pada siang hari. Kadang-kadang sedang baring di ruang tamu pun akan terkejut kerana ulat gonggok lalu dan merayap dikeliling badan kita!. Artikel petang ini saya menulis mengenai ulat gonggok untuk bacaan semua yang terjumpa dengan artikel ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Ciri marfologi ulat gonggok adalah berbeza-beza mengikut habitat semulajadinya. Dikawasan kebun dan rumah saya lazimnya ulat gonggok berwarna coklat dengan ukuran panjang sekitar 4 - 10 cm. Ulat ini mempunyai banyak pasang kaki yang ujud pada setiap segmen dan digunakan untuk bergerak dengan pantas kehadapan dan membelok kekiri dan kekanan dengan cepat. Terdapat sepasang sesungut dihadapannya dan sepasang mata jenis mudah dibahagian kepala dengan sesungut yang berwarna coklat kehitaman. Organ untuk merasa (sensory organ) ulat gonggok pula yang dipanggil sebagai 'Tomosvary Organ' berfungsi untuk mengesan tahap kelembapan dan haba disekelilingnya. Badannya mempunyai banyak segmen dimana setiap segmen mempunyai sepasang kaki. Kulit ulat gonggok adalah licin, berkilat dan tidak mudah basah serta agak keras macam plastik.
Pemerhatian saya mendapati ulat gonggok yang terdapat dikampong iaitu di Muar, Johor (kawasan tanah gambut) merupakan haiwan sangat cekap untuk mengorek lubang dalam tanah gambut dan juga dibawah rimbunan daun getah serta kayu-kayu. Ulat gonggok merupakan sejenis hidupan jenis HERBIVOR yang makan bahan tumbuhan yang sedang reput dan juga tanah disekeliling habitatnya. Terdapat juga spesis yang Carnivor dengan memakan serangga kecil lain, cacing dan sebagainya. Lazimya makanan akan terus dimasukkan melalui mulut dan dihadamkan dalam perut ulat gonggok yang mengeluarkan cecair untuk proses penghadaman. Dalam sistem ekologi terutama dikawasan hutan atau dikawasan kebun peranan ulat gonggok adalah sangat penting dalam membantu proses mereputkan sisa tumbuhan dan kesannya akan menjadikan banyak humus dan organan terbentuk untuk menyuburkan tanah pertanian.
Kebanyakan ulat gonggok adalah tidak merbahaya kepada manusia kerana ianya tidak menyengat, tidak beracun dan tidak menggigit. Bagaimana pun daripada bacaan mendapati ada juga spesis yang beracun terutama yang terdapat dalam hutan belantara sebagai sistem pertahanan. Sifat unit ulat gonggok adalah ianya akan BERGULONG dengan cepat dimana kakinya akan dilindungi ditengah dan bahagian belakangnya dijadikan pelindung dengan bulatan yang kuat. Ini menunjukkan ulat gonggok merupakan sejenis serangga unik yang sangat SAYANGKAN KAKINYA berbanding serangga lain. Memang betul dari kajian saya jika salah satu kakinya patah atau cedera maka perjalanan ulat gonggok akan terencat dan tidak laju lagi. Ini kerana gerakan kaki ulat gonggok sangat unik seakan ada gelombang dibawahnya. Walau pun kita golek-golekkan ulat gonggok ini dan campakan atau jatuhkan beberapa kali tetapi ianya tidak akan cedera.
Pembiakan ulat gonggok berlaku dengan ulat gonggok jantan dan betina berkopulasi dimana ovari genital betina yang terdapat pada segmen ketiga akan menerima sperma dari ulat jantan disimpan (Lihat foto sebelah). Setelah itu ulat gonggok betina akan bertelur diatas tanah dengan bilangan sebanyak 10 - 300 biji telur setiap kali bertelur. Telur ini lazimnya akan menetas dalam 1-2 minggu dimana anak ulat gonggok kecil ini mempunyai 3 segmen dan 6 pasang kaki untuk bergerak. Semasa proses pembesaran segmen-segmen badan ulat gonggok akan bertambah mengikut masa dan habitat disekeliling serta keadaan cuaca. Kajian oleh saintis menunjukkan umur ulat gonggok agak lama iaitu antara 1 tahun sehingga 10 tahun mengikut spesis. Jenis yang ada di sekitar Putrajaya mungkin hidup untuk beberapa bulan atau 1 tahun sahaja.
Mungkin belum banyak kajian mengenai spesis ulat gonggok dijalankan di negara kita dari segi kegunaannya sebagai jenis serangga yang berguna untuk perubatan dan kesihatan. Apa yang orang ramai mungkin faham adalah peranannya sebagai agen pereputan (decomposition agent) bagi bahan organan dan humus yang sangat penting dalam sektor pertanian dan perimbangan sistem persekitaran dalam ekosistem kita. Di kawasan alam sekitar yang belum tercemar akan kita dapat lihat keujudan hidupan ini merayap dengan aktif. Jika ianya sudah tiada lagi dikawasan tersebut bermakna ekosistem dikawasan tersebut sudah berubah. Terdapat banyak spesis ulat gonggok yang perlu dikaji dinegara kita untuk dibuat kajian dan kemungkinan untuk diternak bagi tujuan tertentu. Semuga artikel ini memberikan pengetahuan kepada pembaca semua. Wassalam.
ULAT GONGGOK....MEMANG BANYAK KAKI...
BERGERAK LAJU...CEPAT TANPA HENTI...
KALAU DISENTUH..BERGULUNG SENDIRI...
DAUN DAN TANAH...MAKANAN DICARI...
PENTING SANGAT...ALAM SEMULAJADI...
By,
M Anem
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(10 Safar 1433 H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.