Support My Blog

Monday, January 2, 2012

KOMPOS

KOMPOS (Compost) merupakan sejenis bahan seperti tanah dan merupakan sejenis baja yang kaya dengan nutrien hasil proses pereputan dari sisa tumbuhan dan najis haiwan. Kompos meningkatkan kesuburan tanah, proses pengambilan baja dengan lebih lama, meningkatan kelembapan tanah, dapat menjimatkan penggunaan air dalam tanah dan juga mengurangkan masaalah serangan penyakit dan perosak tanaman. Penggunaan baja kompos dapat meningkatkan cara pengurusan pembajaan dan juga amat baja organik adalah mesra dengan alam sekitar. Penggunaan baja kimia kompoun yang berterusan juga untuk jangkamasa yang lama akan menurunkan kesuburan tanah dengan masalah kemasaman tanah dan sebagainya. Kombinasi penggunaan baja kompos dengan baja kompoun di dapati lebih berkesan dengan meningkatkan kesuburan tanah dan hasil tanaman. Artikel pagi ini saya menulis mengenai teknologi penyediaan kompos dan penggunaan kompos bagi pengetahuan semua.


Kenapa kita perlu tahu mengenai kepentingan Kompos didalam aktiviti pertanian kita?...Memang penting semua petani tahu mengenai ilmu membuat kompos kerana semua bahan untuk membuat kompos telah sedia ada dikawasan kebun seperti sisa tanaman, tahi haiwan, air, ruang untuk aktiviti membuat masa serta 'Masa' untuk membuat kompos. Keujudan mikroorganisma semulajadi yang ada dikawasan kebun juga membantu mempercepatkan proses pereputan untuk membuat kompos dikawasan ladang atau kebun kita. Hanya ilmu dan kemahuan sahaja yang diperlukan oleh kebanyakan petani kita untuk meningkatkan pengurusan ladang yang cekap dengan menggunakan sumber semulajadi dan faedah dari kompos yang sangat berguna.


Agaknya bagaimana kompos boleh dihasilkan? ... Secara saintifik aktiviti membuat kompos merupakan satu proses Pereputan AEROBIK iaitu proses peleraian biologi bahan2 organan. Hasil sampingan proses pereputan ini adalah Karban dioksida, Haba dan Air. Proses pereputan tanpa oksijan pula berlaku dimana ini di panggil sebagai Pereputan ANAEROBIK untuk menghasilkan kompos. Dalam proses ini pula hasil sampingan dalam bentuk  Gas Methana, Alkohol, Asid Organic dan juga Karban dioksida. Dalam keadaan biasa dikawasan kebun proses pereputan Aerobik adalah lebih sesuai untuk dijalankan kerana tidak mengeluarkan bau busuk (Gas Methana) dan juga mudah untuk dijalankan. Proses membuat kompos melalui 5 peringkat Asas iaitu Peringkat PENYEDIAAN BAHAN KOMPOS (Feedstock preparation), KOMPOSTING (Composting), PENJAGAAN (Curing), SARINGAN (Screening) dan PENYIMPANAN (Storage).


Penyediaan Bahan Kompos dijalankan dengan mengumpulkan bahan-bahan untuk proses pereputan dan dipisahkan bahan yang boleh reput dan bahan yang tidak boleh reput. Bahan seperti logam, batu, kayu keras, kaca dan sebagainya dikeluarkan. Hanya bahan sisa tumbuhan dan sisa produk proses serta najis haiwan sahaja yang akan direputkan dan akan menentukan kualiti kompos yang dibuat. Bahan ini perlu dimampatkan atau dipadatkan sebarapa padat menggunakan alatan pemampat. Bahan sisa disusun mengikut beberapa lapisan diantara sisa tumbuhan, najis haiwan dan kapor serta ruang udara mencukupi untuk proses pereputan aerobik. 


Lapisan tompokan bahan kompos perlu di tutup atau diletak dibawah struktur berbumbung untuk elakan sinaran terus matahari dan curahan air hujan yang akan mengganggu proses pereputan. Lapisan kompos sebaiknya berukuran 2m x 2m x 1.5 m perlu di gaulkan dan di terbalikan untuk mengeluarkan panas berlebuhan, masukan udara segar, menambah air, proses meratakan dan menghancurkan bahan kompos kepada saiz lebih kecil. Proses pembalikan perlu dibuat dengan kekerapan air tidak kurang dari 50%. Gengam kompos dari bahagian dalam kompos dengan tangan yang kuat dan jika tiada aair keluar dari gengaman maka perlu ditambahkan air. Sebaliknya jika air banyak keluar lakukan terus proses mengaulkan kompos hingga sekata.


Pengalaman penulis mendapati setelah 30-40 hari biasanya suhu dalam kompos akan mula turun dan mengurang. Pada masa ini warna kompos akan menjadi coklat kehitaman atau coklat tua dengan tekstur yang hancur dan agak halus. Proses membuat kompos akan selesai 14 hari selepas ini. Proses Saringan baja kompos dijalankan dengan mengasingkan baja kompos yang telah betul-betul hancur dengan residu yang belum habis proses pereputan dan masih kasar. Asingkan menggunakan penapis khas yang sesuai.


Kompos yang siap diproses dimasukkan kedalam bungkusan yang sesuai sama ada menggunakan Plastik, Guni, Kontena dan sebagainya. Terdapat teknologi untuk menambah baja kompoun NPK dan butrien lain kedalam kompos untuk menambahkan kualiti baja kompos dan boleh dijual dengan harga lebih tinggi. Lawatan saya ke Pusat SPAT, Surabaya, Indonesia berpeluang melihat bagaimana baja kompos ini di proses menjadi bentuk 'Granule' dan 'Pellet' untuk pasaran khusus. Guni baja komppos disimpan dalam setor sebelum dijual atau diedarkan atau digunakan terus keladang.  


MEMBUAT KOMPOS...MUDAH SEKALI....
BAHAN BUANGAN...NAJIS MEMANG JADI...
MIKRORGANISMA...PERANANNYA PASTI...
TANAH JADI SUBUR...HASILNYA BERKALI...


By,
M Anem
Ipoh City Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia
(8 Safar 1433H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...