KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluaarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Pokok Kelulut (Urena lobata) pula merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang mudah didapati dikawasan tanah terbiar dimana antara khasiat buah kelulut untuk perubatan sakit gigi, rabuan ubat periok dan juga untuk permainan. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak. Tidak ramai usahawan di negara kita yang mempunyai teknologi untuk menternak kelulut kerana ianya masih dianggap sebagai serangga liar yang hidup dalam habitat semulajadi. Artikel subuh ini saya menulis mengenai teknologi mengenai Kelulut dan maklumat berkaitan dengannya.
Walau pun saya mengajar mengenai teknologi penternakan Lebah Keran (Apis cerana) semenjak berbelas tahun dulu tetapi saya dapati ilmu mengenai penternakan Kelulut masih kurang. Kebanyakan kelulut yang terdapat secata natural bersarang di dalam lubang kayu pokok, dalam rongga batu batan, pada dahan pokok, rongga dalam tanah, di celah2 gelegar rumah, tong sampah lama dan gelodog terbiar. Pintu masuk kesarang kelulut adayang satu atau dua sahaja dengan tidak ada bentuk atau kadang-kadang berbentuk seperti bulatan (Seperti foto). Saiz koloninya juga tidak banyak sekitar 50 - 200 ekor sahaja. Istimewanya kelulut ini adalah ianya tidak menyengat atau menyerang musuh (termasuk manusia) yang datang mengganggunya. Ini tidak seperti lebah keran, tabuan, lebah tualang yang akan menyengat apabila musuh mendekatinya. Bagaimana pun tabiat kelulut di kawasan rumah saya mengigit apabila didekati tetapi gigitannya cuma rasa gatal-gatal sahaja (Gigitan Kerengga lagi bisa).
Kelulut bersaiz kecil berwarna hitam dan kelabu dengan sepasang kepak, mata jenis kompaun berukuran kurang 1 cm panjang ( 4-6 mm sahaja). Terdapat 3 segmen iaitu Bahagian Kepala, bahagian Badan (Thorax) dan Abdomen dan 3 pasang kaki. Sepasang sesungut kelulut agak berbulu begitu juga di bahagian atas thoraxnya yang juga berbulu. Kakinya mempunyai bulu halus yang mampu melekatkan debunga (pollen) dari bunga tumbuhan dalam proses pendebungaan oleh kelulut. Oleh kerana saiz serangga ini yang halus dan ringan jadi liputan kawasan penerbangan pada habitat disekelilingnya juga tidak jauh seperti Lebah Keran, Lebah Eropah dan Tebuan. Kebanyakan koloni kelulut terbang disekitar kawasan sarang dalam 200 - 300 meter radius.
Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga 'Bee Bread' iaitu campuran antara pollen dengan madu , air liur dan cairan dari perut lebah yang berkhasiat untuk mengatasi masaalah pencernaan dan fermentasi. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit 'MASAM' dan warnanya adalah lebih cerah. Walau pun kuantiti madu kelulut yang dihasilkan setiap koloni sedikit berbanding dengan Lebah Madu biasa tetapi kelulut adalah serangga yang aktif sepanjang tahun. Koloni biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau masam kerana kandugan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semuklajadi. Terdapat beberapa usahawan di Malaysia yang menternak kelulut dan memasarkannya dalam botol kecil tetapi harganya memang agak mahal juga (Lihat botol madi kelukut diatas). Tinjauan saya tidak mudah untuk mendapatkan Madu Kelulut di negara kita.
Kandungan Propolis yang dihasilkan oleh Kelulut merupan satu kelebihan. Propolis berfungsi sebagai Anti-Bakteria, Anti-Fungus dan juga Anti-Radang serin digunakan sebagai bahan pentik untuk Bahan Kosmetik dalam bentuk Krim dan Tablets. Khasiat madu kelulut dan propolis didakwa membantu dalam mencegah dan mengubati Penyakit kanser, Strok, Diabetes, HIV/AIDS, Batu Karang dan Hipertensi. Kandungan madu kelulut mampu menuruskan kadar glukos pengidap diabetis jika dijadikan amalan (Kajian oleh Prof Dr Siti Amrah dari USM) dan mengelakan Gout dan Kanser. Kajian mengenai khasiat madu dan prppolis kelulut perlu di eksploitasi lagi oleh mereka yang berkenaan agar khasiat sebenar dimenafaatkan. Harga produk kelulut juga mahal kerana kesukarannya untuk proses penghasilan.
Kaedah menternak Kelulut di Malaysia masih belum maju lagi kerana masih menggunakan jenis kelulut tempatan semulajadi. Di Australia kelulut diternak menggunakan haif lebah seakan menternak lebah madu biasa. Laporan di Australia mendapati satu koloni Kelulut Australia (Trigona carbonana) mampu menghasilkan hanya kurang 1 kg setahun berbanding dengan Lebah Madu yang mampu menghasilkan madu sebanyak 75 kg setahun. Seorang penternak kelulut bernama En Razip di Kg Petani, Sering, Kota Bahru di Kelantan dilaporkan oleh Utusan Malaysia menghasilkan sebaanyak 200-300 gram madu setiap haif setahun. Kotak haif berukuran 20 cm x 70 cm diletakan dikawasan sesuai dan koloni kelulut di biarkan membiak secara semulajadi dengan pengurusan yang baik. Sebanyak 30 haif mampu menghasilkan sebanyak 10 kg madu kelulut setahun. Harga madu keluku dijual sehingga RM 90.00 sekilogram.
SERANGGA KELULUT...KECIL SAIZNYA...
WARNA KEHITAMAN...TIADA SENGATANNYA...
HASILKAN MADU...SANGAT MAHAL HARGANYA...
ADA KHASIAT...BANYAK PENYAKIT DIUBATINYA....
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.