Support My Blog

Friday, January 13, 2012

CILI BOH

CILI BOH adalah satu keperluan dalam penyediaan masakan di Malaysia yang disediakan daripada Cili Kering (Capsicum annum) yang diproses. Cili Boh lazimnya disediakan dalam bentuk PES (Paste) iaitu cili kering yang dikisar bersama air menggunakan mesin pengisar (buatan sendiri dirumah) atau menggunakan mesin pengisar (Chili Grinder) bagi pengeluaran secara komersil. Kita boleh mendapatkan bekalan cili boh dengan mudah di kedai runcit, pasaraya dan pasar basah dengan herga yang murah dan kualitii yang baik. Nama Cili Boh tidak dapat dipastikan asal usul kerana perkataan 'Boh' juga digunakan untuk Teh Boh. Artikel pagi ini saya postkan teknologi mengenai cili boh berdasarkan pengetahuan, pembacaan dan rujukan dari buku dan lamanweb.


Bahan utama untuk menyediakan cili boh secara komersil adalah Cili Kering. Bagi penggunaan cili boh sendiri di rumah untuk dimasak terus disediakan menggunakan cili besar segar atau pun cili kering. Kebanyakan cili kering di negara kita diimpot dari luar negara seperti dari China, India, Indonesia dan sebagainya dari beberapa varieti. Pengeluaran cili kering di Malaysia kurang dilakukan kerana harga cili segar jauh lebih mahal daripada harga cili kering impot. Walau pun ada beberapa varieti di Malaysia seperti Cili Bangi yang sesuai untuk dijadikan cili kering tetapi kos pengeluaran  masih tetap tinggi. Pemilihan cili kering yang sesuai dan tepat menentukan tahap kepedasan dan kualiti cili boh yang dihasilkan. Cili kering boleh disimpan lama sebelum diproses uuntuk dijadikan cili boh.


Bagi memproses cili boh dalam kuantiti yang banyak cili kering perlu di bersihkan sebelum dirandam dalam air. Air panas yang dituang kedalam bekas rendaman cili kering mempercepatkan proses melembutkan cili kering. Rendaman dibuat dalam masa sesuai dan jangan biarkan cili kering terlalu lembut. Masukkan cili tadi kedalam mesin pengisar yang mampu memproses dalam kuantiti banyak .Mesin Pengisar Cili Boh (Lihat foto) mampu mengisar sebanyak 10 -30 kg cili boh dalam satu hari (Berperingkat-peringkat). Cili yang dikisar pelu diperiksa kualitinya dengan menentukan kelikatan, saiz kisaran, kepekatan dan sebagainya. Ada juga usahawan yang masukkan bahan pengawet (Lazimnya seperti Asid Benzoik) dalam cili boh untuk mengekalkan ketahanannya. Cili boh akan di masukan dalam paket mengikut saiz dan jenama.


Kaedah Pembungkusan cili boh di negara kita ada berbagai bentuk. Ada usahawan yang menggunakan pembungkus cawan, botol tetapi yang paling popular adalah menggunakan plastik tebal (Lihat foto). Plastik yang tebal ini di cetak nama pengeluar, tarikh tamat tempoh, jenama dan maklumat asas lain. Ramai juga usahawan tempatan tidak memberikan sebarang maklumat dalam produk cili boh mereka. Cili boh yang dijual dipasaran tahan agak lama jika disimpan dalam peti sejuk. Jika diletakkan dalam suhu biasa hanya tahan beberapa hari sahaja.  


Bagi penyediaan kuantiti cili boh dirumah sendiri untuk setiap kali masakan hanya perlu kisar cili kering atau cili basah menggunakan mesin pengiosar (Blender) sahaja. Campurkan sedikit minyak masak (setengah camca teh) kedalam mesin pengisar untuk melembutkan lagi kisaran sehingga betul-betul lumat. Biasanya untuk menyediakan cili boh untuk menumis sayur atau buat asam pedas atau buat mee goreng akan dicampur dengan bawang merah, bawang putih, bilis dan sebagainya. Penyediaan bahan tumis untuk masakan berasaskan cili boh memang merupakan satu keperluan setiap hari untuk menu masakan di Malaysia. Ada juga yang sangat meminati Cili Boh yang diproses dengan menggiling atau dipanggil sebagai Cili Giling. Rasa masakan menggunakan cili giling adalah lebih sedap. Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada pembaca.  


CILI BOH...TENTU MERAH WARNANYA....
DIKISAR HALUS...MUDAH PROSESNYA...
MUDAH DIBELI...DIMANA-MANA SAHAJA...
SATU KEPERLUAN...MASAKAN DAN PERISA...


By,
M Anem
Room 101, Parit Buntar Inn,
Parit Buntar, 
Perak,Malayisa.
(17 Safar 1433H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...