MADU LEBAH merupakan sejenis produk dari Lebah Madu yang banyak khasiat untuk meningkatkan tahap kesihatan kita selain dari produk lebah madu lain seperti Propolis, Lilin, Royal Jelly dan sebagainya. Lebah Madu yang diternak di Malaysia adalah jenis Lebah Keran (Apis cerana) dan juga Lebah Impot (Apis melifera). Lebah Tualang (Apis dosrsata) pula merupakan sejenis lebah liar yang memlilih pokok tualang atau tumbuhan hutan lain untuk bersarang dan menghasilkan madu yang premium. Lebah Madu yang dijual di pasaraya dan dikedai secara komersial kebanyakannya adalah madu impot daripada China, Australia, Vietnam dan beberapa negara lain. Ramai telah mendakwa mereka memakan madu untuk tujuan kesihatan tetapi tidak berapa ramai pula yang tahu bagaimana hendak makan madu lebah dengan BETUL?. Artikel petang ini saya menulis mengenai cara makan lebah madu yang betul berdasarkan kepada pengalaman, pembacaan dan rujukkan daripada beberapa laman website.
Madu Lebah adalah cairan manis yang agak pekat (Kandungan air sekitar 15%) dan mengandungi banyak zat seperti Fruktos, Sukros, Maltos, Glukos dan banyak zat mineral serta vitamin dan juga air. Warna madu lebah lazimnya kuning , kuning kemerahan, kuning gelap atau kehitaman bergantung kepada jenis lebah dan sumber nektar tumbuhan disekelilingnya. Madu Lebah merupakan bahan antioksidan yang membantu dalam meningkatkan imuniti badan terhadap serangan penyakit. Ramai pengguna juga tidak ada kemahiran untuk membezakan antara Madu Asli (Tulin) dengan Madu Sintetik (Tiruan) yang dibeli ditepi jalan, dipasar atau dipasaraya. Rujuk artikel saya bertajuk Madu Lebah (Klik disini) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Keterangan mengenai apa itu madu lebah ada dijelaskan dalam artikel tersebut yang dipostkan pada 7 November 2011 lepas.
Secara amnya cara paling mudah untuk minum madu lebah adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah asli menggunakan sudu plastik (Elakkan menggunakan sudu besi, logam dsb) dan terus masukkan kedalam mulut kemudian minum air putih segelas. Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya. Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti dibawah:-

"Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"
Bagi mereka yang menghadapi masaalah Gastrik, Kencing Manis dan Tekanan darah tinggi dinasihatkan agar makan 2 sudu besar madu lebah sebelum sarapan, 2 sudu besar sebelum makan tengahari dan dua sudu besar sebelum tidur malam. Untuk mengatasi masaalah demam pula ambil 2 sudu besar madu lebah dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .Masaalah kanser usus boleh disembuhkan dengan gunakan madu lebah yang dimakan sebanyak 3 sudu besar dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu besar dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu madu lebah dengan segelas air putih sebelum tidur malam. Bagi kes cirit birit pula kita campurkan 2 sudu madu lebah dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. Amalan minum madu lebah juga dapat mengatasi masaalah pencernaan perut, Tiroid, masaalah sembelit, Resdung, Ketagihan Kopi (Caffein) dan juga menguatkan tenaga batin. Didapati kita perlu mengetahui cara memakan madu lebah dengan kuantiti yang betul, masa yang tepat dan kaedah yang betul untuk mendapatkan khasiatnya. InsyaAllah amalan ini akan memberikan kesihatan kepada kita. Amin!
MAKAN MADU LEBAH...JADI AMALAN....
MAKAN MADU LEBAH...JADI AMALAN....
MADU LEBAH ASLI ...ELAKAN TIRUAN...
IKUT ATURAN...TINGKAT KESIHATAN...
JANGAN LUPA...BAGAIMANA NAK MAKAN...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Room 101, Parit Buntar Inn,
Parit Buntar,
Perak,
Malaysia.
Perak,
Malaysia.
(16 Safar 1433)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.