LOKAN (Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan Famili Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal dalam lumpur air payau. Hidupan ini terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir. Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu atau dikawasan khusus yang ada menghasilkan lokan. Artikel pagi ini saya minat menulis mengenai lokan berdasarkan beberapa rujukan dan melihat penjual lokan di pasar pagi tadi.
Lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna puih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya hidup. Saiz lokan diantara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. Setiap biji lokan boleh di buka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut (Lihat foto sebelah). Isi lokan ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang. Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama.
Saya belum pernah dengar ada usahawan yang berjaya menternak lokan secara komersil kerana teknologi berkaitan menternak lokan belum begitu lengkap. Kebanyakan lokan adalah hidup secara semulajadi terutama dikawasan paya bakau tepi laut dan mereka yang berminat akan mencarinya dengan masuk hutan bakau dan mengutipnya. Walau pun mencari lokan tidak semudah mengutip kerang tetapi hanya mereka yang pakar sahaja yang mampu mencari lokasi tersebut pada masa yang sesuai (Lihat foto sebelah). Lokan segar dikutip dengan tangan dan dimasukkan kedalam bakul sehingga mendapat kuantiti yang cukup. Basuh lokan dari kekotoran tanah dan lumpur sebelum di bawa balik untuk dimasak sendiri atau dijual.
Kaedah makan lokan memang bermacam cara. Kepada mereka yang memang suka memadai dengan meletakkan lokan segar diatas zinc dan dibakar menggunakan kayu api (Lihat foto). Apabila cukup masak buka kulit cengkerang dan terus makan tetapi lebih enak kalau di makan dengan kicap, sambal atau sos perisa. Lokan juga sangat enak di masak sambal pedas, ditumis atau pun dimasak dengan kuah berair. Khasiat lokan sama seperti jenis kerang yang lain tinggi dengan zat Kalsium, Magnesium dan juga protin. Mungkin rasa kerang lebih sedap daripada rasa lokan berdasarkan kepada citarasa masing-masing.
Harga pasaran lokan tidak menentu bergantung kepada masa dan kualiti. Kalau kerang dijual dengan harga RM 0.80 - RM 1.00 sekilogram atau RM 4.00 setiap 5 kg tetapi harga lokan 3-4 kali ganda lebih tinggi (itu pun kalau ada musim). Lokan boleh dikategorikan sebagai hasilan laut eksotik yang mungkin akan semakin pupus jika tidak di kawal dan dibiakan dengan sempurna. Pihak berwajib perlu mengadalan kajian sewajarnya bagaimana untuk mengekalkan hidupan ini agar tidak terus pupus untuk generasi akan datang. Kawasan habitat semukajadi perlu dijaga dan mungkin masaalah pencemaran air akan menjejaskan kualiti lokan dinegara kita. Berusahalah agar lokan akan terus ada pada masa akan datang.
KULIT BERCENGKERANG...NAMA LOKAN....
KULIT KERAS...SEDAP JUGA DIMAKAN...
SUKAR DITERNAK...TEKNOLOGI DIPERLUKAN...
MEREKA BERMINAT...CARI SENDIRIAN...
By,
M Anem
Kucing Airport, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(13 Safar 1433H)

Masakan lokan di Kuching...sedap!!! |
By,
M Anem
Kucing Airport, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(13 Safar 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.