Support My Blog

Thursday, January 25, 2024

LIHAT HELANG TINGGI, AYAM DIREBAN DILEPASKAN

Peribahasa ini memang unik apabila ' MELIHAT HELANG MELAMBUNG TINGGI AYAM DIREBAN DILEPASKAN' dijadikan panduan untuk semua pembaca blog. Pada penulis blog mendapati peribahasa atau ungkapan ini menyamai dengan peribahasa 'Mendengar Guruh di Langit, Air didalam Tempayan di curahkan' cuma ia diambil dalam sudut berlainan agaknya. Merujuk kepada beberapa sumber rasmi dimana maksud peribahasa ini adalah 'Mengharap sesuatu yang tidak pasti' dan akhirnya kecewa. Memang perkara seperti ini jangan 'Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti perlu dijadikan panduan kalangan masyarakat. Pada penulis blog dimana apa yang perlu belajar hari ini ialah agar jangan mengharap pada sesuatu yang aku tidak mungkin akan dapat. Mengharap orang lain untuk mengembirakan orang lain memang ianya sebaiknya perlu dikikis kerana lazimnya individu itu sendiri yang perlu mencari kegembiraan tersebut tanpa perlu menunggu orang lain untuk lakukannya. Dalam pada itu kini kepada mereka yang 'tamak' akan cuba melibatkan diri dengan mencari duit dengan cara mudah seperti melabur yang kemudiannya akan jadi mangsa kepada 'scammer' yang menjadi isu hangat ketika ini. Bukan itu sahaja dalam alam pekerjaan dimana pada Oktober 2023 seramai 42 orang rakyat Malaysia tertipi dengan rankaian scammer yang tertipu dan berada di Peru selepas dilaporkan terlibat scammer yang menjanjikan pekerjaan bergaji besar. Kerajaan terpaksa campur tangan untuk membawa balik beberapa mangsa dimana ada ramai lagi yang tersangkut di negara tersebut. Bagai kata peribahasa 'melihat helang melambung tinggi, ayam di reban dilepaskan' boleh dijadikan panduan kepada semua agar tidak menjadi scammer yang sangat aktif didalam sosial media diseluruh dunia. Memang sudah jadi lumrah atau fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati dimana setiap orang perlu membantu diri sendiri untuk mengawal kehidupannya. Apa pun sebaiknya jangan terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri sendiri dan perkara tersebut tidak berlaku diman perkara ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa diatas untuk dijadikan bahan rujukan dalam aspek teknikal pertanian bagi rujukkan pembaca semua.

Burung Helang (Raptor atau Eagle) merupakan salah satu daripada haiwan burung yang terdapat di seluruh Malaysia iaitu ia  termasuk ada di Sabah dan Sarawak. Apa pun memang negara Malaysia juga merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut. Ramai orang pernah pergi atau berkunjung ke Langkawi dimana namanya adalah satu kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu 'Burung Helang'. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi dan antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ciri-ciri burung helang secara umumnya dimana helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia akan menjaga anaknya sehingga mampu terbang. Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor) dimana makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam (Ini yang orang dulu mencipta peribahasa - ayam di tambat disambar helang). Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh. Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Penulis blog akan kupas mengenai Industri Ternakan Ayam di Malaysia untuk dikaitkan dengan peribahasa ini dalam aspek pertaanian. Industri ini merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk di,ama antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai jenis unggas iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga BURUNG termasuk juga ternakan Burung Puyoh. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Apa pun dilaporkan penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1.5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia sejak tahun 2023 menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi yang perlu diimport.


AYAM PERCIK
merupakan makanan yang menggunakan daging ayam yang dibakar kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang enak dimakan terutama ketika panas lagi dimana ia pasti boleh ujirasa tidak seperti peribahasa diatas. Terdapat banyak resepi ayam percik daripadaa Ayam Percik Kelantan, Ayam Percik Melaka, Ayam Percik Pedas, Ayam Percik Putih dan bermacam jenama mengikut pencipta resepi dan juga lokaliti. Penulis blog memang amat meminati dengan makanan ayam percik resepi Melaka dimana ia mempunyai kombinasi semuanya iaitu manis, pedas, masam dan juga lemak (Sila lihat foto disebelah). Istimewanya Ayam Percik Melaka kerana warnanya kemerahan akan tetapi rasanya manis dan pedas berbanding dengan Ayam Percik Kelantan dan Ayam Percik Putih. Pendek kata ayam percik ini terus diratah selepas dibeli atau boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak dan pelbagai makanan lain. Apa yang pasti adalah keenakan ayam percik mengikut citarasa takyat Malaysia yang mana ada hidangan berasaskan ayam lain sepertu Ayam Goreng, Ayam KFC, Ayam Golek, Ayam Sate, Ayam Pencen, Ayam Ungkep, Ayam Masak Kicap, Ayam Rendang, Ayam Berempah, Nasi Ayam, Sup Ayam, Kaki Ayam, Kari Ayam dan banyak lagi. Ayam adalah makanan yang kaya dengan protin yang termurah di negara kita berbanding dengan protin daripada ikan, daging dan kacang soya. Memang ayam ini dimakan oleh semua gulongan masyarakat daripada yang muda seperti kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang berumur pun masih sukakan ayam. Berbeza dengan daging lembu dimana orang India tidak mengambilnya akan tetapi semua kaum ada memakan daging ayam. Pada penulis blog kepelbagaian kulinari berasaskan ayam memang luas dimana antara yang saya minat adalah sate ayam, ayam percik dan juga ayam bakar. Ayam percik paling mudah dibeli dari pasar malam dan Bazaar Ramadan kerana tidak kurang daripada satu atau dua gerai yang akan menjual ayam percik. Ia berbeza harga bergantung kepada bahagian ayam yang dibeli sama ada ianya peha, dada, rusuk, kepak dan sebagainya. Lazimnya yang paling diminati dengan harga mahal sedikit adalah bahagian peha ayam (drumstick) kerana seekor ayam hanya ada dua kaki sahaja. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

HELANG TERBANG TINGGI... ITU TABIATNYA...
AYAM DILEPASKAN... DI LUAR GEMBIRANYA...
TINDAKAN BAHAYA...JANGAN LAKUKANNYA...
YANG TAK PASTI ADA.. KECEWA KEMUDIANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhi1 1445H).

Wednesday, January 24, 2024

SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN (Part 2)

SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN
wujud adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar. Penulis blog ada belajar secara mendalam akan organ ini semasa belajar di universiiti dan ada dirujuk dalam usaha membuat kerja-kerja penulisan dan pengembangan pertanian. Dilaporkan dimana struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian lain pada tumbuhan. Dalam pada itu ada struktur Xilem pula tang mana ia boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular (Sila lihat rajah diatas). Xilem adalah bahagian yang berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan. Dilaporkan dimana didalam tumbuhan pembuluh, xilem atau pembuluh kayu ialah sejenis tisu pengangkut yang berfungsi untuk menyalurkan air dan nutrien daripada bahagian akar (yang menyerap) kepada tumbuhan. Tisu ini juga memberi kekuatan kepada pokok untuk tegak dan terus hidup. Sel xilem banyak mengandung lignin dan merupakan pembentuk kepada bahagian utama dari apa yang kita kenali sebagai kayu. Mudahnya untuk memahami perkara asas dimana pasangan bagi xilem ialah floem. Menyentuh mengenai struktur ada terdapat tiga faktor yang menyebabkan air dan nutrien dapat naik dari akar ke daun iaitu disebabkan oleh faktur Tarikan Transpirasi, Tekanan Akar dan juga Tindakan Rerambut. Bagi jenis 'Xilem Primer' dimana ia terhasil semasa pertumbuhan pertama prokambium. Bagi jenis 'Xilem Sekunder' pula ia terbentuk semasa pertumbuhan kedua daripada kambium vaskular. Xilem jenis ini lazim diapati dalam dua kelompok spesies tumbuhan jenis konifer (Coniferae) atau pokok berkayu dan juga didapati pada pokok-pokok famili kayu lembut (softwood). Xilem terhasil dari pokok famili ini dijadikan kayu keras (hardwood). Secara umum boleh dinyatakan dimana Xilem dan Floem merupakan sistem pengangkutan tumbuhan dan memainkan peranan penting dalam kehidupan tanaman atau ia sama seperti kepentingan jantung dan sistem peredaran darah dalam kehidupan haiwan. Dalam beberapa cara, kedua-dua sistem ini memainkan peranan yang sama. Xylem dan floem adalah dua organ berbeza dalam tanaman, tetapi mereka biasanya terdapat bersama dalam sesuatu yang dipanggil bundel vaskular (vascular bundle). Bundel vaskular adalah seperti lebuh raya super cepat di mana penumpangnya adalah pelbagai bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Ia mudah melihat bundel vaskular sebagai titik-titik kecil dalam batang sayur saderi. Xylem dan floem boleh diibaratkan sebagai tiub kosong, tidak berbeza dengan jerami minuman, yang melalui tanaman. Mereka lebih kompleks daripada ini, tetapi analogi tiub kosong adalah senang untuk digambarkan. Artikel pada malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sistem pengangkutan tumbuhan dan kepentingan memahami xilem dan filem untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Pada penulis blog sesuai jika dapat dibincangkan akan apakah dia asas apakah dia ciri p
erbezaan Xilem  dan Filem. Xilem dan floem adalah jaringan pembuluh pada tumbuhan. Keduanya agak sama atau mirip tetapi sebenarnya ia  mempunyai fungsi berbeza.  Apa pun menyentuh mengenai perkataan Xilem yang berasal dari bahasa Yunani iaitu “xylon” yang bermakna 'kayu' iaitu ia berkaitan dimana xilem terdapat di dalam silinder batang kayu. Sedangkan perkataan 'floem' berasal dari bahasa Yunani iaitu perkataan 'phloios' yang bermaka sebagai kulit kayu. Apa pun keduanya berkaitan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan dimana floem merupakan salah satu pembentuk kulit kayu. Fungsi Xilem adalah sistem pengangkutan pembuluh yang berfungsi mengangkut air dan nutrisi yang diserap akar ke seluruh bagian tumbuhan. Apa pun dinyatakan dimana bagi 
floem yang terdapat pada tumbuhan berpembuluh fungsinya adalah mengangkut zat organik hasil dari proses fotosintesis (pembuatan makanan  bagu tumbuhan) dimana ia menghasilkan pbahan termasuk gula dari daun dan di edarkan keseluruh bahagian tumbuhan. Lokasi Xilem berada di dalam tumbuhan iaitu tepat berada di bahagian tengah vaskular pada akar, batang dan juga daun. Sedangkan floem pula ia berada pada sisi luar vaskular pada akar, batang, daun, buah dan biji. Sel penyusunnya sistem pengangkutan xilem terdiri atas pembuluh xilem, serat yang panjang dan kuat serta trakeid. Sistem pengangkutan xilem tersusun atas sel-sel mati dengan dinding sel yang tebal, melalui jaringan parenkim adalah satu-satunya sel hidup yang berada pada xilem. Adapun floem terdiri atas serat, sel yang berdampingan, tabung saringan dan parenkim floem. Jaringan xilem terdiri dari sel berdinding nipis dan kebanyakan adalah sel hidup kecuali serat floem. Tabung saringan xilem terbentuk dari sel-sel berlubang yang menjadi tempat zat organik saat diangkut. Arah laluan sistem pengangkutan Xilem adalah dilihat sebagai proses pengangkutan satu arah sahaja di mana air dan nutrien akan selalu dihantar dari bawah ke atas iaitu dari bahagian akar ke bahagian tumbuhan yang lebih tinggi secara terus-menerus. Kelebihan air yang diangkut oleh xilem lazimnya ia tidak kembali ke bahagian akar akan tetapi ia akan diruapkan ke udara oleh stomata. Floem adalah agak lain dimana proses pengangkutannya melibatkan dua arah. Selalunya semua makanan hasil fotosintesis terus diangkut ke mana saja dalam bahagian tumbuhan. Floem selalunya dapat mengangkut makanan secara berluasa di seluruh tumbuhan sama ada arah ke atas atau arah ke bawah serta bergerak dari satu bahagian ke bahagian lainnya. Jumlah atau kuantiti Xilem dalam tumbuhan selalunya memang sangat banyak terdapat pada tumbuhan dibandingkan jaringan floem yang kurang sedikit. Pada penulis blog memang boleh di fahamkan jika sistem pengangkutan tumbuhan bagi xilem adalah ia jadi sebahagian besar sistem jaringan pengangkutan bagi tumbuhan dengan ia menyusun pada tumbuhan terutama dibahagian kayu yang keras dan kukuh.


Pada tumbuhan ada yang di namakan sebagai 
Tisu Vaskular dimana ia adalah berfungsi sebagai untuk keperluan bagi pengangkutan dalam tumbuhan. Tisu ini akan mengangkut air dan garam mineral untuk melakukan proses fotosintesis pada daun hijau tumbuhan sehingga kemudian menghasilkan tenaga dan makanan. 
Kemudian semua hasil fotosintesis ini akan di gunakan untuk proses pertumbuhan sehingga pokok membesar. Tisu vaskular pada tumbuhan juga akan dapat mengangkut produk fotosintetik ke bahagian tanaman yang lain atau di simpan. Ia berfungsi juga sebagai kaedah mengangkut air untuk keperluan sel-sel tumbuhan dan sokongan. Vaskular ini juga selalunya akan juga mengangkut asid organik dalam tumbuhan serta ia akan mengangkut fitohormon dalam tumbuhan untuk tindak balas. Paling tidak dilupakan dimana tisu vaskular pada tumbuhan juga akan mengangkut air di dalam tumbuhan untuk tujuan disejukkan. Sebenarnya sistem pengangkutan dalam tumbuhan dilakukan dengan tisu vaskular yang terdiri daripada Tisu Xilem iaitu ia mengangkut air dan garam mineral dari akar ke pucuk. Bagi jenis Tisu floem pula ia mengangkut produk fotosintetik dan bahan organik lain dari pucuk ke bahagian lainTisu xilem mengandungi saluran xilem dan trakeid sebagai saluran pengangkutan utama, sedangkan tisu floem mengandungi tiub saringan dan sel rakan sebagai saluran pengangkutan utama. Apa pun secara umumnya dimana ciri persamaan antara tisu xilem dan tisu floem adalah dimana kedua-duanya adalah sebagai tisu vaskular berfungsi sebagai mengangkut bahan dalam semua tumbuhan dimana ia mempunyai sel parenkima dan serat dalam tisu vaskular.


Sistem pengangkutan tumbuhan sangat berkait dengan Proses Fotosintesis. Proses 
Fotosintesis (Photosynthesis) adalah satu proses dimana tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma menggunakan tenaga daripada matahari untuk tujuan bagi menghasilkan gula melalui sel-sel semulajadi yang manjadikan bahan tenaga kepada hidupan. Penukaran tenaga matahari tersebut kepada bentuk tenaga lain melalui sel hijau pada tumbuhan yang dikenali sebagai Klorofil (chlorophyll). Lazimnya proses fotosintesis memerlukan air dan juga ia akan mengeluarkan gas oksijen untuk mempastikan bahawa manusia hidup dengan menyedut oksijan setiap masa. Proses fotosintesis juga menyerap Karbon dioksida (CO2) untuk ditukar kepada oksijan. Hasil daripada proses ini juga tumbuhan menghasilkan makanan daripada tumbuhan sebagai bahan sumber tenaga manusia. Bertapa pentingnya proses fotosintesis dalam pusingan kehidupan manusia. Dilaporkan dimana proses Fotosintesis mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama adalah Proses Tindakbalas Cahaya (Light Reactions) dimana cahaya matahari diterima dan diserap oleh sel daun yang menghasilkan sumber tenaga. Proses kedua adalah dimana berlakunya tindakbalas kimia yang berlaku ketika tidak ada cahaya matahari dipanggil Proses Tindakbalas Tanpa Cahaya Matahari (Dark Reactions) dimana unsur karbohiderat dipecahkan untuk menjadi sumber tenaga. Semua proses tersebut hanya berlaku dalam stomata dimana Tindakbalas Cahaya berada di dalam Grana sementara Tindakbalas Tanpa cahaya Matahari berlaku didalam Stromata iaitu kedua-duanya didalam Kloroplas. Proses Fotosintesis merupakan satu proses penting dalam kehidupan manusia dan tumbuhan. Proses ini selalu mempastikan bahawa bekalan oksijan dan makanan dapat dihasilkan untuk kesinambunagn hidup manusia. Perimbangan gas karbomn dioksida dan oksijan dalam udara berlaku pada waktu siang dan malam hari. Ramai diantara kita tidak memahami secara langsung proses fotosintesis yang berlaku pada daun tanaman kita dan tumbuhan hutan setiap hari. Tumbuhan yang mendapat semua keperluan untuk hidup iaitu cahaya matahari, udara (oksijen), nutrien, air dan mempunyai sistem pengangkutan baik mampu tumbuh dengan baik sehingga ratusan atau ribuan tahun. Bagaimana pun semua komponen didalam tumbuhan daripada nahagian akar dalam tanah, batang dan daun serta semuanya amat perlukan persekitaran baik untuk terus hidup. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua prmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN...APA....
ADA XILEM DAN FILEM... APA BEZANYA PULA...
MENGANGKUT AIR, NUTRIEN... EDAR SEMULA...
MEMBACA ARTIKEL...AGAK SUKAR FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
*24 Jamadilakhir 1445H).

Tuesday, January 23, 2024

SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN (Part 1)

SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN
wujud adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar. Penulis blog ada belajar secara mendalam akan organ ini semasa belajar di universiiti dan ada dirujuk dalam usaha membuat kerja-kerja penulisan dan pengembangan pertanian. Dilaporkan dimana struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian lain pada tumbuhan. Dalam pada itu ada struktur Xilem pula tang mana ia boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular (Sila lihat rajah diatas). Xilem adalah bahagian yang berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan. Dilaporkan dimana did
alam tumbuhan pembuluh, xilem atau pembuluh kayu ialah sejenis tisu pengangkut yang berfungsi untuk menyalurkan air dan nutrien daripada bahagian akar (yang menyerap) kepada tumbuhan. 
Tisu ini juga memberi kekuatan kepada pokok untuk tegak dan terus hidup. Sel xilem banyak mengandung lignin dan merupakan pembentuk kepada bahagian utama dari apa yang kita kenali sebagai kayu. Mudahnya untuk memahami perkara asas dimana pasangan bagi xilem ialah floem. Menyentuh mengenai struktur ada terdapat tiga faktor yang menyebabkan air dan nutrien dapat naik dari akar ke daun iaitu disebabkan oleh faktur Tarikan Transpirasi, Tekanan Akar dan juga Tindakan Rerambut. Bagi jenis 'Xilem Primer' dimana ia terhasil semasa pertumbuhan pertama prokambium. Bagi jenis iaitu 'Xilem Sekunder' pula ia terbentuk semasa pertumbuhan kedua daripada kambium vaskular. Xilem jenis ini lazim diapati dalam dua kelompok spesies tumbuhan jenis konifer (Coniferae) atau pokok berkayu dan juga didapati pada pokok-pokok famili kayu lembut (softwood). Xilem terhasil dari pokok famili ini dijadikan kayu keras (hardwood). Secara umum boleh dinyatakan dimana Xilem dan Floem merupakan sistem pengangkutan tumbuhan dan memainkan peranan penting dalam kehidupan tanaman atau ia sama seperti kepentingan jantung dan sistem peredaran darah dalam kehidupan haiwan. Dalam beberapa cara, kedua-dua sistem ini memainkan peranan yang sama. Xylem dan floem adalah dua organ berbeza dalam tanaman, tetapi mereka biasanya terdapat bersama dalam sesuatu yang dipanggil bundel vaskular (vascular bundle). Bundel vaskular adalah seperti lebuh raya super cepat di mana penumpangnya adalah pelbagai bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Ia mudah melihat bundel vaskular sebagai titik-titik kecil dalam batang sayur saderi. Xylem dan floem boleh diibaratkan sebagai tiub kosong, tidak berbeza dengan jerami minuman, yang melalui tanaman. Mereka lebih kompleks daripada ini, tetapi analogi tiub kosong adalah senang untuk digambarkan. Artikel pada malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sistem pengangkutan tumbuhan dan asas kepentingan memahami xilem dan filem untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Ramai pembaca blog ini ada yang pernah dengar mengenai 'Xilem' 
sebagai struktur yang bertanggungjawab untuk mengangkut air dari akar ke seluruh bahagian tanaman. Air dan mineral terlarut melalui membran luar akar dan kemudian mengalir ke pusat akar. Dari sana kemudian air memasuki xylem dan memulakan perjalanan naik ke atas tanaman (Sila lihat rajah di sebelah). Proses yang berlaku adalah apabila air hilang dalam daun maka ia seterusnya mencipta penurunan tekanan di dalam xylem yang menyebabkan lebih banyak air bergerak naik melalui tiub. Sistem ini hanya menyokong lalulintas satu hala. Air yang disembur (foliar spray) pada daun dapat diserap sedikit oleh daun tetapi air ini tidak dipindahkan ke seluruh bahagian tanaman. Apabila tanaman memerlukan air lazimnua ia mesti diserap oleh akar yang berada dalam tanah atau media tanaman lain. Penyiraman air kepada tanaman akan membolehkan air di bekalkan dan akan dierap oleh tumbuhan melalui akar dan di hantar kebahagian lain tumbuhan melalui xilem. Sistem pengangkutan tumbuhan ada yang di namakan sebagai 'Floem' iaitu struktur tiub pengangkut untuk bahan Mineral dan lain-lain dalam tumbuhan. Floem berfungsi mengangkut karbohidrat, mineral, asid amino, hormon dan bahan lain yang dihasilkan oleh tanaman ke kawasan lain. Lalulintas dua hala ini selalunya berlaku dalam floem dimana molekul di mana-mana bahagian tanaman boleh mengalir ke mana-mana bahagian lain iaitu dengan menggunakan tiub floem. Sistem ini agak kompleks dan tanaman mengawal pergerakan molekul. Ada jenis molekul yang lebih mudah dipindahkan daripada yang lain. Contohnya adalah bahan kalsium dianggap “tidak bergerak”(immobile) dan tidak mudah bergerak di seluruh tanaman. Molekul lain seperti gula adalah “bergerak”(mobile) dan mudah dipindahkan ke mana-mana bahagian tanaman. Apa yang penulis blog tahu dimana sistem pengangkutan xilem dan floem adalah komponen penting dalam biologi tanaman bertujuan memastikan sumber daya dan bahan kimia penting dapat bergerak ke seluruh tanaman dengan efisien. Seperti manusia yang mana ia memerlukan sistem peredaran darah untuk mengalirkan nutrien dan oksigen dimana bagi tanaman memerlukan sistem ini untuk kehidupan dan pertumbuhan mereka. Penulis blog percaya dengan memahami fungsi ini maka semua pembaca akan dapat memahami dengan lebih baik kehidupan tanaman di sekeliling kita.


Beberapa portal ada menulis artikl seperti dalam kompas.com dimana artikel bertajuk '
Fungsi Xilem dan Penjelasannya, Fahami Juga Pengertian serta Anatominya' sesuai di jadikan bahan rujukan dan ditulis semula. Dilaporkan dimana fungsi xilem bagi tanaman adalah penting untuk proses penyaluran nutrisi ke seluruh bagian tanaman. Xilem adalah jenis jaringan yang ditemui pada tanaman vaskular yang memainkan peran penting dalam pengangkutan air dan nutrisi ke seluruh tanaman. Xilem adalah jaringan sel yang kompleks yang memanjang dari akar ke daun dan batang dimana ia bertanggung jawab atas pergerakan air ke atas dan mineral terlarut dari akar ke bagian atas tanaman. Fungsi xilem yang utama adalah untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke bahagian atas tanaman, termasuk batang, daun dan bunga. Proses ini dikenal sebagai transpirasi dimana ia terjadi melalui serangkaian mekanisme fizikal dan kimiawi yang akan bekerja sama untuk menciptakan aliran air dan nutrisi yang terus menerus ke seluruh tanaman. Mekanisme fizikal ini adalah proses transpirasi akibat dari sifat air yang memiliki kecenderungan untuk berpindah dari satu lokasi dengan kadar kepekatan cecair tinggi ke kawasan lokasi yang kepekatannya rendah. Ketika air memasuki akar tanaman selalua ia dengan segera mengalami gradien konsentrasi dimana konsentrasi air yang lebih tinggi di dalam akar daripada di luar. Selain itu dilaporkan peranannya dalam mengangkut air dan nutrisi dimana fungsi xilem juga adalah penting untuk beberapa perkara dalam tumbuhan yang lain. Xilem adalah jaringan khusus yang berada pada tanaman bervaskular yang mana ia bertanggung jawab untuk pengangkutan air dan mineral terlarut dari akar ke bahagian atas tanaman, termasuk batang, daun dan bunga (Sila lihat foto disebelah). Ini terdiri dari dua jenis sel, trakeid dan elemen pembuluh yang selalu akan membentuk jaringan kompleks tabung yang selalu ia saling berhubungan yang membentang di seluruh tanaman. Dinding sel-sel ini sangat lignifikasi, memberikan kekuatan dan dukungan pada jaringan xilem. Xilem (xylem) sangat penting untuk pertumbuhan, perkembangan, dan kelangsungan hidup tanaman, karena memungkinkan pengambilan dan distribusi air dan nutrisi yang diperlukan untuk fotosintesis dan proses metabolisme lainnya. Menyentuh mengenai anatomi Xilem yang mana ia adalah jaringan kompleks dengan anatomi spesifik yang memungkinkannya mengangkut air dan mineral terlarut ke seluruh tumbuhan. Ini terdiri dari dua jenis sel: trakeid dan elemen pembuluh. Trakeid adalah sel-sel panjang dan sempit yang membentuk serangkaian tabung yang saling berhubungan di seluruh tanaman. Mereka dicirikan oleh ujung yang meruncing dan dinding sel sekunder yang tebal, yang sangat lignifikasi untuk memberi kekuatan dan dukungan pada tanaman. Trakeid memiliki lubang, yang merupakan area kecil berdinding tipis di sisinya yang memungkinkan air berpindah dari satu sel ke sel lainnya. 


Dalam 
pada itu ada elemen pembuluh yang lebih lebar dan lebih pendek dari trakeid dan memiliki dinding ujung berlubang yang disebut pelat saringan yang memungkinkan aliran air lebih besar. Unsur-unsur ini juga sangat lignifikasi dan memiliki lubang di sisinya, tetapi tidak memiliki ujung trakeid yang meruncing. Perforasi di dinding ujung elemen pembuluh memungkinkan pergerakan air dan mineral terlarut secara efisien melalui jaringan xilem. Apa pun jaringan xilem dikelilingi oleh lapisan sel parenkim, yang merupakan sel hidup yang memberikan dukungan dan penyimpanan bagi tanaman. Lapisan ini disebut floem, dan berfungsi sebagai lapisan pelindung jaringan xilem. Jaringan xilem dibagi menjadi dua wilayah utama: xilem primer dan xilem sekunder. Xilem primer terbentuk selama tahap awal pertumbuhan tanaman dan terdiri dari sel-sel berdinding tipis yang lebih kecil. Xilem sekunder terbentuk kemudian dalam kehidupan tumbuhan dan memiliki dinding yang lebih tebal dan lebih banyak mengalami lignifikasi. Ini bertanggung jawab atas sebagian besar transportasi air dan mineral pada tanaman yang lebih tua. Sebenarnya menyentuh mengenai anatomi xilem meliputi trakeid dan elemen pembuluh, yang saling berhubungan membentuk jaringan tabung yang mengangkut air dan mineral terlarut ke seluruh tumbuhan. Jaringan ini dikelilingi oleh lapisan sel parenkim dan terbagi menjadi daerah xilem primer dan sekunder, dengan yang terakhir bertanggung jawab atas sebagian besar transportasi air dan mineral tanaman. Dalam pada itu dilaporkan dimana fungsi Xilem yang utama adalah untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke bagian atas tanaman, termasuk batang, daun, dan bunga. Proses ini dikenal sebagai transpirasi, dan terjadi melalui serangkaian mekanisme fisik dan kimiawi yang bekerja sama untuk menciptakan aliran air dan nutrisi yang terus menerus ke seluruh tanaman. Proses mekanisme fizikan seperti proses transpirasi berdasarkan pada sifat air yang dilihat ia memiliki kecenderungan untuk berpindah dari bahagian dalam tumbuhan dengan kadar konsentrasi tinggi ke bahagian lain tumbuhan dengan konsentrasi rendah. Ketika air memasuki akar tanaman, ia segera mengalami gradien konsentrasi, dengan konsentrasi air yang lebih tinggi di dalam akar daripada di luar. Hal ini menyebabkan air berpindah dari akar ke jaringan xilem, yang kemudian diangkut ke atas melalui tanaman. Mekanisme kimia transpirasi melibatkan proses penguapan, yang terjadi ketika air terkena udara. Semasa air bergerak melalui jaringan xilem, ia terpapar ke ruang udara di daun dan batang yang mana ini menyebabkan beberapa molekul air meruap. Penguapan ini menciptakan tekanan negatif di dalam sistem pengangkutan xilem dima ia akan menarik lebih banyak air dan melarutkan mineral dari akar. Selain peranannya dalam mengangkut air dan nutrien dimana xilem juga berperanan sebagai penyokong bagi struktur tumbuhan. Dinding sel xilem yang sangat kuat dengan lignifikasi akan memberikan kekuatan dan stabiliti kepada tanaman dan mamu menahan kekuatan angin dan tekanan graviti. Secara keseluruhan dilihat dimana fungsi xilem memainkan peranan penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan kelangsungan hidup tanaman vaskular dengan mengangkut air dan mineral terlarut ke seluruh tanaman dan memberikan dukungan struktur. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua prmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN...APA....
ADA XILEM DAN FILEM... APA BEZANYA PULA...
MENGANGKUT AIR, NUTRIEN... EDAR SEMULA...
MEMBACA ARTIKEL...AGAK SUKAR FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
*24 Jamadilakhir 1445H).

Monday, January 22, 2024

DAUN KELADI DIMANDIKAN

Peribahasa yang ini macam hendak gelak pun ada kerana peribahasa 'DAUN KELADI DIMANDIKAN' memang kerja orang tidak betul kerana menyiram atau 'memandikan daun keladi' yang lazimnya air tidak melekat walau daun keladi basah. Ramai mungkin kalangan pembaca blog ini yang mungkin sudah tahu akan sifat daun keladi yang tidak basah selepas hujan di kawasan rumah. Semua titisan air hujan akan jatuh ketanah tanpa ianya dapat membasahkan kepada permukaan atau daun keladi. Kiasan dalam peribahasa '
Daun keladi dimandikan' sebenarnya ia membawa maksud sebagai 'Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia'. Dalam cuba memahami peribahasa ini dimana maksud mencurah air ke daun keladi adalah seperti pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar. Selalunya kes ini merujuk dimana apabila diberikan nasihat atau pengajaran dimana ia tidak masuk dalam fikiran atau diterima. Penulis blog percaya dimana asal usul peribahasa adalah daripada pemerhatian orang-orang tua pada zaman dahulu dengan memerhatikan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka atau situasi dipersekitaran mereka. Penulis blog pernah berkunjung ke Terengganu untuk melihat bagaimana usahawan batik chanting melakukan kerja-kerja melukis batik. Mula-mulanya kain putih akan dilukis dahulu dimana ada pelbagai rekabentuk dan motif yang di lukis sebelum ia di alirkan cairan lilin sebagai sempasan. Lilin cair memang tidak akan larut dalam air dimana semasa proses mewarna dilakukan akan terhasil corak-corak batik yang cantik dan indah dimana peranan lilin ini boleh juga ia diibaratkan 'daun keladi dimandikan'. Ini adalah kerana bahagian atas setiap daun keladi dilitupi oleh satu lapisan kalis air yang dinamakan sebagai 'kutikel berlilin'. Lapisan ini menghalang peresapan air keluar dan masuk melaluinya. Kutikel merupakan lapisan bukan sel yang akan menyelaputi beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun dan batang pokok. Lapisan ini mampu menghalang kehilangan air melalui proses penyejatan. Lapisan ini tidak berwarna dimana cahaya matahari masih dapat untuk ia menembusinya. Lapisan ini tidak membenarkan bahan gas melaluinya dan sebaliknya gas akan keluar dan masuk melalui bahagian bawah daun. Selain itu struktur daun ini membantu untuk melindungi daun tersebut daripada serangan serangga perosak. Penulis blog dapati dimana terdapat pelbagai jenis pokok keladi namun pokok keladi yang dimaksudkan adalah dari jenis Keladi Cina yang mudah dilihat ditanam dan mempunyai daun yang kalis air. Selalunya saiz daun keladi memang ia lebar dan besar dengan ada struktur urat daun akan menyokong daun keladi supaya berada dalam susunan bentuk yang sesuai bagi memastikan ia menerima jumlah cahaya matahari. Maka akan berlaku proses fotosintesis bagi menghasilkan tenaga dan sebagainya. Urat juga berfungsi menghalang daun keladi dari menjadi layu. Uniknya ada sifat lilin yang tidak larut dalam air dan keadaan kutikel berlilin pada permukaan daun yang sebenarnya adalah punca daun keladi tidak basah walau sebanyak mana air sekalipun dicurahkan padanya. Begitulah juga maksud peribahasa ini iaitu seperti melakukan perbuatan yang sia-sia sahaja seolah-olah seseorang yang tidak mahu berubah setelah sudah berkali-kali memberikan nasihat kepadanya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas secara teknikal mengenai bagaimana daun keladi tidak basah bagi ia menjelaskan peribahasa diatas.


Pada penulis blog peribahasa ini menyamai dengan peribahasa lain iaitu 'Bagaikan mencurah air kedaun keladi' yang memberikan kata-kata kiasan yang tersirat dengan pengertian yang agak kompleks dan meluas. Ia terbit hasil dari pemerhatian orang-orang Melayu zaman dahulu terhadap persekitaran mereka dan kemudian telah mencari erti dalam bahasa pertuturan seharian bagi menyampaikan maksud tertentu. Sama dengan sifat keladi dimana ia adalah satu sindiran terhadap orang yang tidak mahu mendengar atau menerima nasihat atau pengajaran yang disampaikan. Ia selalu digunakan kepada anak-anak yang enggan mengikut nasihat orang tua mereka. Jadi apakah yang telah diperhatikan hingga terbawa akan kes atau fenomena air di atas daun keladi ini untuk disamakan berkenaan orang yang tidak mendengar ajaran atau pun tunjukajar orang lain. Foto disebelah di lihat dimaa titisan air ini hanya duduk degil di atas daun akan tetapi ia tidak diserap atau membasahi daun keladi tersebut. Malah titisan air itu ‘bergumpal’ dan mengekalkan bentuk sferikal ketika berada di permukaannya. Dari segi sains didapati dimana fenomena ini dipanggil 'hidrofobik' (istilah yang berasal dari perkataan 'hydro atau air dengan perkataan 'phobia' atau takut). Ia juga seakan benda yang merujuk orang yang takut air dimana ciri hidrofobik dalam konteks ini merujuk kepada permukaan yang tidak menyerap air. Titisan air berbentuk sfera yang jatuh pada dipermukaan atasnya boleh bergolek dan jatuh ke tanah tanpa meninggalkan kesan basah atau lembapan pada permukaan daun keladi tadi. Perkara ini beoleh berlaku sebab Daun Keladi (Caladium spp) adalah sejenis tubuhan dari keluarga Araceae yang banyak terdapat di negara Malaysia juga. Selalunya dilihat pokok keladi tertentu mempunyai saiz daun yang lebar dan mempunyai mekanisme membersihkan diri sendiri (self-cleaning). Apabila dilihat secara mikroskopik dimana terbukti yang bahagian permukaan daun keladi ini mempunyai struktur-nano yang kasar (rough). Struktur-struktur kasar pada permukaan daun ini memerangkap udara di liang-liang yang sangat halus yang mana ia akan menjadikan luas permukaan yang bersentuhan antara cecair-kepada-pepejal menjadi amat rendah. Apabila ini berlaku maka ia akan menyebabkan daya lekatan air berkurangan dimana ini akan membolehkan daya tarikan permukaan air berupaya membentuk sfera. Kemudian ttisan air ini bagaikan terapung di atas permukaan daun dan mudah bergerak. Malah ia boleh bergolek-golek bagaikan bola bila ditiup angin. Ciri inilah yang dicerap oleh orang zaman dahulu apabila melihatnya dan kemudian menyatakan andaian titisan air yang bergolek itu adalah seperti nasihat yang diberikan dan daun keladi adalah orang yang degil tidak mahu menerima nasehat.  


Penulis blog suka membawa kepada satu perbincangan ini dengan anatomi dan beberapa c
iri-ciri khas yang terdapat pada tumbuhan tertentu bagi ia dapat untuk tumbuhan ini melindungi dirinya daripada sebarang ancaman luar. Semua hidupa didunia ini ada ancamannya termasuk tumbuhan. Agak tidak keterlaluan dikatakan dimana tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman yang kebiasaannya dilakukan oleh Manusia dan Haiwan (terutama haiwan ruminan). Tumbuhan biasanya akan dimusnahkan atau dimakan oleh pelbagai jenis haiwan seperti lembu, kambing, bebiri dan ruminan pemakan daun. Banyak jenis tumbuhan menghasilkan buah, daun, umbusu, bunga dan komponen lain yang digunakan oleh manusia sebagai sebagai sumber makanan dan bahan mentah yang kemudian boleh dimakan segar atau dimasak sebelum dimakan. Oleh itu secara semulajadi ada beberapa jenis tumbuhan yang dilihat ia mempunyai ciri-ciri khas yang tertentu untuk melindungi dirinya daripada sebarang ancaman yang dinyatakan diatas. Penulis blog dapati dimana diantara beberpa ciri-ciri khas tumbuhan dalam mengatasi ancaman ia mempunyai sistem pertahanan seperti Duri, Getah, Duri Halus, Racun, Bau Busuk dan juga Cara Melipat Daun. Bagaimana pun ini tidak termasuk daun keladi yang tidak basah apabila terkena air. Bag sesetangah tumbuhan ia mempunyai struktur DURI (thorn) pada batang, ranting dan daunnya. Duri tajam boleh menyakiti atau mencederakan musuh yang mendekatinya dan ada yang menyebabkan kegatalan serta lebih malang jika ianya beracun. Manusia atau haiwan yang mendekati tumbuhan ini akan tercucuk duri dan kesan sakit tersebut akan menjauhkan dari mendekati pokok tersebut. Ada banyak jenis pokok yang mempunyai suri sama aa durinya bersaiz kecil, sederhana atau besar. Antara tumbuhan yang dikenali banyak duri adalah Pokok Kaktus (Cactus) serta pokok semalu. Strategi pertahanan tumbuhan yang kedua adalah GETAH (latex) dimana geah ini berada  pada daun, buah atau batang dan kadang kala pada buahnya dimana jika terkena kepada mangsa maka ia memang boleh menyebabkan musuh berasa gatal aatau kesakitan apabila tersentuh. Ia boleh menyebabkan rengsa, keradangan apa lagi kalau luka dan masuk kedalam darah boleh menyebabkan kes lain pula. Ada banyak tumbuuhan yang mengeluarkan getah antaranya adalah pokok keladi, pokok nangka, betik dan beberapa lagi. Ketiga adalah BULU HALUS dimana bulu halus boleh menyebabkan kegatalan apabila disentuh terutama pada kulit. Bulu halus ini ada yang melekat pada pakaian atau bulu binatang yang menyebabkan rasa iaitu ketidakselesaan. Diantara tumbuhan yang ada bulu halus adalah pokok buuh dan pokok tebu. Bagaimana pun boleh gunakan baju lengan panjang dan sarung tangan bagi mengelakkan kena bulu halus. Keempat adalah apa yang dikenali sebegai RACUN (Poison) yang terdaat paa sesetengah tumbuuhan untuk melindunginya. Ini merupakan bahan yang peling merbahaya dari tumbuhan kerana ia boleh menyebabkan maut kepada mangsanya. Diantaranya adalah termasuk Pokok Ipoh dan Pokok Pong-pong (pokok pelir anjing). Dikalangan masyarakat asli dipendalaman dimana getah pokok ipoh diambil untuk digunakan bagi sumpit untuk mendapatkan haiwa buruan didalam hutan. Kelima adalah tumbuhan akan mengeluarkan 'BAU BUSUK' dimana bau ini akan dibebaskan yang dibebaskan menyebabkan musuh akan menjauhi tumbuhan tersebut. Antara tumbuhan tersebut termasuk Pokok tembakau dan pokok Rafflesia. Bagaimana pun yang ini agak unk iaitu kebolehan 'MELIPAT DAUN' apabila ia di sentuh. Lasimnya daun akan menguncup dengan serta merta dan haiwan ruminan yang cuba mendekati pada tumbuhan ini akan takut untuk mendekatinya atau tidak nampak daun tersebut untuk dimakan. Contoh tumbuhan tersebut adalah Pokok Semalu yang juga ia berduri, cepat membiak dan sudsah untuk dimusnahkan.


Menarik kisah dalam utusan.com yang bertajuk '
Suami dilema, isteri pengotor, pemalas' untuk dikaitkan dengan isu peribahasa 'daun keladi dimandikan' untuk ditulis semula. Ia laporkan seorang suami bernama Abu dimana dakwanya kini rumah bukan lagi syurga tetapi umpama neraka. Selama lima tahun pertama dalam alam perkahwinan adalah fasa paling menduga dan mencabar. Ini berlaku apabila ia merupakan waktu suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, bermasam muka, merajuk dan sebagainya. Baginya hanya kekuatan iman dan mereka yang benar-benar memahami tujuan perkahwinan sahaja bagi mereka mampu bertahan. Di sinilah juga fasa paling paling digeruni iaitu masing-masing mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Sisuami yang masih buntu memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah rumahtangganya yang berpunca daripada sikap isteri yang pemalas dan juga pengotor. Jika mahu bercerai akan tetapi dia juga bimbang memberi gangguan kepada pembesaran anak-anak. Kalau sebelum ini dia bertahan dengan perangai buruk isteri namun sejak akhir-akhir ini dia seolah-olah tidak lagi boleh baginya untuk bertoleransi dan sabar. Dia semakin tawar hati apabila sudah tidak lagi rasa bahagia dalam rumah tangga. Apa pun memang isterinya dikahwini atas dasar cinta sejak empat tahun lalu. Memang perkara itu nampak remeh akan tetapi hal itulah jugalah selalu menjadi punca mereka bergaduh. Apa pun suami ini tidak berhasrat membuka aib sesiapa, namun lebih kepada luahan dirinya yang buntu memikirkan jalan keluar kepada masalah dihadapi. Perihal isteri malas, pengotor bukan sahaja berlaku dalam drama akan tetapi ia benar-benar wujud seperti dilaluinya sekarang. Selain malas mengemas rumah dia dakwa isterinya juga memang tidak pandai memasak dan pengotor. Sudah banyak kali dia sebagai suami memberi teguran dan menasihati isterinya tentang hal-hal urusan rumah tangga akan tetapi ibarat 'mencurah air ke daun keladi' atau 'daun keladi di mandikan' sahaja perilakunya. Selau juga dia terpaksa 'pejam mata' apabila melihat keadaan dalam rumah berselerak, tidak tersusun dan kotor dimana ia sampai satu tahap dia berasa tidak tahan lagi. Walau pun pada awalnya diberikan alasan yang isterina penat bekerja seharian akan tetapi itu bul=kan alasan ia berleku berterusan dimana dia mengamati itulah rupanya sikap sebenar isterinya. Pada hari bekerja isteri mungkin penat akan tetapi pada hujung minggu isteri masih tidak berbuat apa-apa dan terus bersantai di depan televisyen sambil menonton TV dan bermain HP. Dia berharap isteri mempunyai masa untuk mengemas dan memasak setiap kali dia balik kerja tetapi memang apa diharapkan tidak pernah berlaku. Situasi itu menyebabkan rumah mereka yang kotor dan dia rasa malu jka ada tetamu datang terutama ibu bapa dan mentua atau rakan sekerja. Apa yang lebih merisaukan Zack adalah sikap malas dan pengotor isteri, mempengaruhi pembesaran dua anaknya mereka yang berusia 3 tahun dan setahun. Dia sedar mamang ada kekurangan dan kelemahan pasti wujud termasuk dirinya sendiri. Semuga artikel ini boleh memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anm agro technology kali ini. Wasallam!!!....
DAUN KELADI... KALIS AIR CIRINYA...
DISIRAM MANDI... TAK BASAH JUGA...
MEMBERI NASEHAT... HANYA SIA-SIA...
CARA MENDIDIK... BETUL CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1445H).
Posted from:
Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Sunday, January 21, 2024

ISU GUNA MONYET PETIK KELAPA DI THAILAND

ISU BERUK MONYET
 membantu memetik kelapa di Thailand telah dijadikan satu isu peringkat antarabangsa terutama dari kalangan aktivis pencinta haiwan.
Thailand adalah pengeluar kelapa terbesar keenam(6) di dunia dengan meteka mampu untuk menghasilkan 1.85 juta metrik tan produk berasaskan kelapa setahun. Pada masa ini dilaporkan ada seluas 216,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Thailand dengan menghasilkan 845 juta buah kelapa setahun. Pada penulis blog dimana isu lokal Monyet Pemetik Buah Kelapa yang adalah merupakan sejenis haiwan yang dilatih khas khusus untuk memetik buah kelapa secara profesional dan dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Jenis monyet atau kera atau beruk yang digunakan perlu dilatih di tepat yang dikenali sebagai 'Sekolah Beruk Kelapa' 
di negara Thailand dan negara ASEAN yang lain dipanggil sebagai 'Monkey-Picking Coconut School'. Ini merupakan satu keperluan bagi kawasan penanaman kelapa kerana aktiviti untu menuai kelapa memerlukan satu kaedah lain selain daripada memanjat pokok atau pun menuai dengan menggunakan galah panjang. Pokok kelapa yang telah tua dengan ketinggian mencecah lebih 50 kaki amat sukar untuk dituai (senile tree) dimana penggunaan galah atau kaedah memanjatnya agak sukar. Pokok kelapa merupakan sejenis tanaman industri yang penting di banyak negara tropika termasuk di Thailand, Malaysia dan Indonesia serta Filipina dimana kepelbagaian kegunaan tanaman ini berbagai dari semua bahagiannya sehingga tanaman ini digelar 'Plant Of Life'. Selain buah kelapa yang di kutip untuk digunakan menjadi pelbagai produk sehingga kepada komponen batang, daun dan bunganya ada kegunaannya tersendiri. Buah kelapa mengandungi perahan santan, air kelapa, minyak, sabut, tempurung dan sebagainya yang boleh digunakan terus atau diproses. Lazimnya buah kelapa akan matang setelah 12 bulan berlaku lengkap proses penting iaitu pendebungaan. Satu bulan setiap pokok kelapa matang yang subur akan mengeluarkan satu mayang (bunga) yang mana ia akan menghasilkan setandan buah kelapa. Bergantung kepada varieti kelapa, umur pokok, lokasi tanaman, amalan agronomi (pembajaan, kawalan perosak dsb) maka setandan kelapa boleb mempunyai 1 biji sehingga lebih 25 biji. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis mengenai isu monyet pemetik kelapa di Thailand oleh pihak masyarakat antarabangsa untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Merujuk kepada laporan dari portal AFP yang bertajuk 'PETA dakwa petani di Thailand aniaya monyet pemetik kelapa' diantara isu yang di war-warkan. Portal tersebut memetik sumber dari Bangkok dimana dilaporkan ada para pengeluar produk santan di Thailand menggesa kerajaan mengupah pelobi bagi menangkis dakwaan dibuat Organisasi Hak Asasi Binatang (PETA) berhubung isu penganiayaan monyet oleh petani tempatan seperti berita asal dari laporan Bangkok Post. Bagaimana pun dilaporkan dimana gesaan dibuat berikutan timbulnya kebimbangan mengenai reputasi santan Thailand sejak kempen PETA dianjurkan pada Julai 2020. Dalam kes lain dimana sebelum ini pihak PETA mengulangi dakwaannya di Twitter bahawa anak monyet diculik dan dipaksa memetik kelapa dalam industri makanan di Thailand. Perkara ini mengakibatkan produk santan buatan Thailand dialihkan dari rak kedai serbaneka dan pasar raya di negara Barat seperti dinegara  Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Satu sumber lain ada mendedahkan isu dimana industri santan Thailand mengalami kerugian besar apabila negara itu sudah kehilangan 80 peratus pasaran global. Bagaimanapun cubaan menonjolkan penggunaan mesin memunggut kelapa dan memperkenalkan persijilan 'Monkey Free Plus' tidak berjaya dalam menampung kerugian dalam industri tersebut. Apa pun kemudian didalam satu pengumuman baru-baru ini oleh pihak penyedia makanan di USA dimana pihak 'HelloFresh' memutuskan menghentikan pembelian produk kelapa dari Thailand. Dilaporkan dimana pihak PETA turut menggesa pengeluar dan peruncit lain menghentikan pembelian santan dari Thailand sambil mereka menekankan kebimbangan mengenai dakwaan berterusan eksploitasi monyet dalam industri makanan di Thailand. Apakah tindakan oleh pihak PETA ini hanya berasaskan kepada isu perdagangan dari pihak negara maju kepada negara lain sebagai satu lagi strategi mereka seperti kempen memboikot minyak kelapa sawit?. 



Merujuk kepada portal lain di United Kingdom (UK) dimana isu ini dikaitkan dengan berita '
Produk Berasas Kelapa Dari Thailand Diboikot Gara-Gara Dakwaan Guna Monyet Petik Buah' agak menarik dikongsikan. Bagaimana pun di pihak Thailand mereka sangkal dakwaan seksa monyet dalam industri kelapa mengenai kenyataan aktivis haiwan yang mendakwa negara itu menyeksa monyet untuk memetik buah kelapa dan juga sebagai tarikan pelancongan. Dilaporkan dimana Menteri Perdagangan Thailand iaitu Jurin Laksanawisit telah menolak tuduhan tersebut dan seterusnya  menjelaskan ia bukanlah aktiviti utama industri itu. Terdapat perbezaan antara penuaian kelapa menggunakan monyet kerana tradisi atau untuk pelancongan dan cara pengambilan kelapa dalam industri. Dilaporkan dimana memang ia tidak memberi keuntungan untuk menggunakan monyet di dalam industri ini kerana dikalangan penanam kelapa mereka sudah mempunyai alat dan kaedah untuk memilih kelapa yang efisien dan mampu beri lebih keuntungan. Sebelum ini dilaporkan dimana sejumlah besar rangkaian pasar raya Britain dilapor telah bertindak mengecualikan kesemua produk Thailand yang berasaskan daripada kelapa untuk dijual di premis mereka. Tindakan tegas boikot berkenaan dilakukan setelah terbongkar laporan bahawa Thailand selama ini eksploitasi monyet sebagai buruh paksa di ladang negara itu untuk petik buah tropika tersebut. Hasil penyelidikan sebuah organisasi kebajikan haiwan dikenali sebagai PETA Asia dimana spesies primat itu malah turut dikerah berlatih bagi panjat pokok kelapa dan kupas kulit buahnya. Pengusaha ladang kelapa komersial terbabit dipercayai berjaya untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran berkualiti tinggi untuk dieksport ke Barat termasuk berbentuk santan, tepung dan minyak. Apa pun setakat ini, jaringan pasar raya Waitrose, Ocado, Co-op dan Boots telah menarik balik produk Thailand itu, manakala Sainsbury’s dan Asda pula bakal berbuat demikian dalam masa terdekat. Mereka berharap agar pembekal produk kelapa dapat patuhi standard pengeluaran sepanjang masa dan tidak tolak ansur sebarang jenis salah guna haiwan dalam rantaian bekalan. Begitu juga dengan Tesco dan Morrison’s yang sudah beri jaminan bahawa semua barangan berasaskan kelapa dihasilkan itu bebas tanpa penggunaan secara paksa buruh daripada monyet. Apa pun menurut PETA Asia ada beberapa petani kelapa yang disiasat mengaku monyet digunakan hasil produk jenama Aroy-D dan Chaokoh, dua pengeluar santan utama Thailand. Hasil dari siasatan badan amal itu mendapati bahawa kera jantan tersebut diculik sejak usia kecil dari induknya di hutan secara haram sebelum dirantai dan dilatih bekerja di ladang kelapa tertentu. Haiwan mamalia ini dikerah mengutip sehingga 1,000 biji buah berkenaan setiap hari berbanding keupayaan manusia normal hanya 80 biji serta dikurung di kandang sempit yang agak kotor.


Dalam portal lain seperti oleh portal berita Agency yang bertajuk '
Tidak betul Thailand guna monyet untuk petik kelapa' sesuai dikongsikan faktanya. Dilaporkan dari Thailand dimana seorang pelatih monyet di selatan Thailand sudah menafikan dakwaan ada menggunakan monyet untuk memetik buah kelapa bagi tujuan eksport. Bagi jurulatih monyet tempatan dikenali sebagai Nirun Wongwanich (52) yang melatih monyet untuk mengambil kelapa di sebuah “sekolah monyet” di wilayah Surat Thani nyatakan kebanyakan kelapa yang digunakan untuk eksport dipetik dengan menggunakan tenaga manusia. Dilaporkan hanya beberapa ladang di selatan Thailand sahaja yang menggunakan monyet untuk memanjat pokok kelapa yang lebih tinggi, katanya yang mempertikaikan laporan aktivis yang telah menyebabkan beberapa pasar raya terutama di Britain melarang produk kelapa dari Thailand. Ia adalah tidak benar kerana dia bersama monyet selama lebih dari 30 tahun adalah mempunyai ikatan serta hubungan dengan haiwan tersebut. Biasanya dia akan melatih 6 - 7 ekor monyet dalam setahun. Dilaporkan sebelum ini ada beberapa peruncit Britain menarik produk kelapa Thailand setelah laporan oleh People for Ethical Treatment of Animals (PETA) mendakwa kelapa yang dipetik di Thailand dilakukan oleh monyet. Ini kerada ada dakwaan oleh PETA yakin hampir semua kelapa dari Thailand dipetik oleh monyet. Bagaimanapun kemudian Kerajaan Thailand menafikan dakwaan PETA dan menyatakan isu penggunaan monyet sebagai buruh hampir tidak wujud. Menurut pihak Menteri Pertanian Thailand iaitu Mananya Thaiset mendakwa kini ada seramai 200,000 penanam kelapa menggunakan buruh manusia dan mesin semasa memetik buah kelapa dengan meluas. Perlinya meskipun jika dikira  semua populasi monyet di dalam seluruh hutan di dunia masih belum mencukupi untuk industri memetik kelapa yang ada di Thailand. Isu ini dilihat sebagai satu komplot perdagangan oleh pihak tertentu bagi kepentingan mereka sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ISU MINYET... BANTU MEMETIK KELAPA...
US DAN UK.. BOIKOT PRODUK OLEH PETA...
MONYET DI LATIH...HANYA SEDIKIT SAJA...
NEGARA THAILAND... MENJADI MANGSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilawal 1445H).
Published
10 Rajab 1445H

Saturday, January 20, 2024

LAKSANA ASAM DENGAN GARAM

Peribahasa atau perumpamaan lama 'LAKSANA ASAM DENGAN GARAM' memang masih relevan sehingga hari ini dalam masyarajat moden. Kedua-dua bahan makanan ini memang sangat penting didalam menjadikan semua makanan terutama kuliner Malaysia menjadi enak untuk di makan. Bayangkan jika makanan yang dihidangkan tidak ada garam dan juga bagi sesetengah makanan tiada asamnya. Dalam mencari makna kiasan peribahasa ini yang masih relevam dengan kehidupan masyarakat harian sebenarnya maksud 'Laksana asam dengan garam' adalah bermaksud sebagai bagaimana 'Persahabatan yang tidak dapat dipisahkan atau berkekalan' yang amat mudah difahami.  Banyak contoh ayat yang berkaitan dengan ungkapan ini contohnya 'Lelaki yang bernama Abu dan perempuan bernama Aishah memang rakan karib sejak lama dulu walaupun tingal berjauhan akan tetapi kalau ada jodoh tetap akan berkahwin juga akhirnya laksana asam dengan garam' sahaja. Persahabatan memang penting dijaga agar kekal lama dan saling memahami. Sahabat 
adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan. Sahabat juga mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban dimana mereka selalunya akan sentiasa melindungi. Apa pun kini sudah ada dalam kalangan mereka yang sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat yang sejati. Antaranya seperti perbuatan menipu, mengaibkan hal peribadi sahabat karibnya, menjatuhkan maruah dan pelbagai lagi sehingga ada yang sanggup pecah amanah terhadap sahabatnya itu. Penting memilih sahabat yang baik sehinggakan baginda Rasulullah menyebut di dalam hadisnya: Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kesulitan serta menjaganya (membelanya) dari belakang - [HR Abu Daud 4272]. Dalam Islam ada beberapa faktor dalam memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima akan padahnya. Pemilihan sahabat dunia akhirat sangatlah penting kerana mereka yang akan sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan. Jika tersalah memilih sahabat maka binasalah seseorang itu. Antara tip untuk memilih sahabat yang baik ialah pertama Pilih Sahabat yang Bertaqwa kerana jika ingin persahabatan baik memerlukan kepada kepercayaan. Apa pun asas kepercayaan pula tidak akan terhasil melainkan dengan rasa takut kepada Allah jua. Sifat inilah yang akan menjaga seseorang daripada melakukan pecah amanah, tidak menyuruh kita melainkan kepada ketaatan dan mencegah kita daripada melakukan maksiat. Kedua adalah Pilih Sahabat dengan Keperibadian yang Lembut dan Baik kerana aspek keperibadian yang lembut ialah dari sudut pergaulan yang baik, cermat, mudah dan berkasih sayang sesama manusia, hati dan jiwa yang lembut dan baik akhlaknya. Ketiga adalah Pilih sahabat yang dapat Menjaga Keaiban kerana secara sedar tidak sedar kadang-kadang segala masalah dan keaiban kita diceritakan kepada sahabat karib kita. Ini kerana kepercayaan yang diberikan kepada mereka terlalu tinggi tetapi ada antara mereka yang sanggup membuka keaiban sahabatnya itu tanpa memikirkan hubungan mereka yang telah lama terjalin. Keempat adalah Pilih sahabat yang Susah Senang Bersama kerana kawan ketika senang mudah dijumpai tetapi kawan ketika kita berada di dalam kesusahan itulah yang susah dicari.Kebanyakan kawan-kawan yang ada hanya berada dengan kita semasa kita mempunyai sesuatu sama ada jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dan mereka akan meninggalkan kita jika kita kehilangannya. Kelima adalah pilih sahabat yang Suka Berterus Terang kerana seorang sahabat yang sejati akan sentiasa berterus terang kepada sahabatnya dan tidak bercakap di belakang supaya dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada sahabatnya itu. Bercakap belakang tidak mendatangkan sebarang faedah atau penyelesaian bahkan memufliskan kita di akhirat kelak. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa laksana asam dengan garam yang boleh dibuat rujukkan pembaca semua.


Tanaman Asam Jawa (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae yang mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Penulis blog merujuk sumber dimana Malaysia ketika ini mengimport lebih kurang 60 - 80 peratus asam jawa dari luar negara terutamanya dari negara India kerana jumlah pengeluaran asam jawa tempatan adalah sangat kurang. Sebenarnya apa yang penulis bloh faham dimana pokok tumbuhan ini adalah sangat mudah dan cepat untuk ianya dibiakkan. Ia mampu membiak secara tampang atau penyebaran biji benih. Ia memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai asam jawa untuk dibaca dengan membuat pautan (Sila klik disini). Jika ditanam secara tampang selalunya ia akan berbuah selepas 3 - 5 tahun ditanam. Jika ia ditanam secara biji benih pula sellunya ia akan mula berbuah selepas 6 - 8 tahun. Menurut kajian di negara pengeluar dimana pokok asam jawa terbesar di dunia berada di India yang mana buahnya yang masak biasanya akan dibiarkan di atas pokok sehinggalah kandungan airnya berkurangan sehingga 20 peratus. Selain itu dilaporkan pokok yang matang juga boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 150 - 200 kg buah pada masa setahun. Apa pun sebelum dipetik, dahannya akan digoncang terlebih dahulu untuk tujuan membiarkan buahnya yang telah masak secara semula jadi gugur dan dikutip di tanah. Untuk tujuan pasaran segar pula, buahnya akan dipetik dengan menggunting tangkainya supaya ia tidak mudah rosak. Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Lazimnya juga mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok asam jawa mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan. Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang. Bunga asam jawa selalunya mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Citrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium.


Garam Makan (Salt)
juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar juga merupakan satu bahan mineral adalah hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk garam makan iaitu GARAM KASAR, GARAM HALUS dan GARAM BERIODIN dalam pasaran. Biasanya garam makan terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut atau kelabu pucat dimana ia di perolehi dari sejatan air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk garam kasar atau garam halus. Secara semula jadi sebenarnya garam merangkumi bukan hanya Natrium Cloride (Nacl) tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral. Garam merupakan mineral yang memang diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup termasuk manusia dan haiwan. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Sila baca salah satu tulisan saya iaitu mengenai garam dengan membuat pautan disini (Sila Klik Disini). Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas dalam makanan manusia dimana tanpa garam apalah rasa makanan kita yang tawar. Kes kemaruk garam mungkin boleh disebabkan oleh kekurangan galian seulajadi ini dan juga kekurangan natrium klorida itu sendiri. Memang kepentingan bahan garam amat penting dimana garam diperlukan untuk terus banyak hidupan untuk teruskan hidup. Apa pun pengambilan yang banyak dan berlebihan akan boleh meningkatkan masaalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dimana kes ini jugaberkait dengan genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan juga selalunya garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.


Menarik kisah dalam bharian.com yang bertajuk 'Selepas 48 tahun, dua rakan bertemu kembali' yang berkait dengan tajuk artikel kali ini. Dilaporkan oleh BH bagaimana Hamdan Daud (63) dan Maziah Kamaruddin (63) teruja berjumpa semula selepas 48 tahun berpisah ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jerantut. Dua rakan sekolah ketika kanak-kanak hingga awal remaja, terkejut dan teruja dapat berjumpa semula selepas 48 tahun berpisah. Hamdan berasal dari Kampung Ulu Cheka dan Maziah berasal dari Felda Jengka 24 telah ditakdirkan duduk sebaris ketika menunggu giliran suntikan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin ( PPV ) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi(ADTEC). Mereka bersekolah sama selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Pawang Nong, Ulu Cheka dari 1965 sehingga 1970. Apa pun persahabatan mereka kekal hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Jerantut pada 1973. Selepas itu kami berpisah mengikut nasib dan haluan masing masing Hamdan tidak sangka dapat bertemu semula di PPV kali ini. Dia yang mulanya tergerak hati untuk menegur wanita di sebelahnya sebaik sahaja petugas memanggil nama Maziah untuk memberi nombor giliran menunggu. Mereka berada di tempat sama akan tetapi sebelum itu dia tidak mengenalinya kerana perubahan fizikal dan wajah diindungi pelitup muka dan memakai tudung. Dia teruja dan gembira kerana melalui suaranya dan kemudian pasti dia Maziah iaitu rakan sekolah dahulu kerana suaranya tidak berubah. Selepas belajar bersama hingga Tingkatan Tiga mereka dilaporkan tidak berjumpa selama 48 tahun dan kini bertemu secara tidak sengaja selepas masing-masing sudah ada cucu. Seterusnya dinyatakan dimana Maziah menjadi ketua kelas dari Darjah Satu hingga Darjah Enam di SK Pawang Nong, manakala dia pula sebagai penolong. Apa pun ketika belajar di sekolah menengah, kami juga sekelas dan dia menjadi ketua kelas yang aktif serta mesra rakannya. Maziah turut gembira dapat berjumpa rakan sepermainan ketika kanak -kanak yang meninggalkan banyak kenangan walaupun kini semuanya sudah berubah. Mazian bersyukur dapat berjumpa semula kawan sepermainan. Selepas 1973, dia berpindah ke beberapa daerah seperti Pekan, Temerloh dan Lipis mengikut bapa yang bertukar tempat bertugas. Ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan orang Jerantut juga dan kini menetap di Felda Jengka 24 sebagai peneroka. Dia juga bercadang membawa suami dan anak-anak menziarah Hamdan bagi mengeratkan silaturahim sambil melihat kembali tempat bermain semasa kanak-kanak dahulu di Ulu Cheka. Apa pun kisah ini menyamai dengan peribahasa 'laksana asam dengan garam' sahaja ceritanya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna krpada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM RASA MASAM.... SELALU DIGUNA...
GARAM MASIN... MEMBERIKAN CITARASA...
PERSAHABATAN BAIK...CARA BAGAIMANA...
MEMBACA ARTIKEL... MAKLUMAT DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...