Support My Blog

Sunday, August 24, 2014

UBI UWI - KENALKAN ANDA?

JENIS UBI UWI (Dioscorea spp) merupakan tumbuhan jenis umbisi yang liar terdapat dikawasan tropika termasuk di Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia dan kampong saya di Muar, Johor mereka mengatakan ubi ini sebagai 'Ubi Uwi' atau di Indonesia sebagai 'Uwi-uwian' sahaja. Dalam beberapa perbincangan saya dapati nama-nama yang sering dikaitkan dengan kumpulan ubi liar ini adalah seperti Ubi Akob atau Ubi Akub (Dioscorea orbiculata), Ubi Badak/Butung (Dioscorea alata), Ubi Cina (Dioscorea opposita), Ubi Gadong/Gadung (Dioscorea hispida), Ubi Pasir (Dioscorea penthaphylla), Ubi Tuba (Dioscorea piscatorum) dan sebagainya. Tumbuhan ini jarang dibincangkan di Malaysia kerana ia bukan daripada jenis tanaman penting dari segi umbisi. Dalam penulisan saya sebelum ini pun ramai bertanya akan jenis ubi seperti ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Walau pun kurang popular ia merupakan jenis tanaman umbisi yang telah dikomersilkan dibeberapa negara sebagai sumber makanan. Ketahanan bekalan bahan makanan yang tersedia memang sentiasa tidak cukup terutama dinegara ramai penduduknya seperti di Indonesia. Bukan semua orang ada kemampuan untuk membeli beras dan memakannya setiap hari. Terdapat ramai golongan miskin yang menggunakan tanaman ubi seperti ini sebagai makanan penting termasuk juga dibeberapa negara di benua Afrika. Oleh itu mereka akan mengambil jenis ubi liar ini atau ditanam dikawasan rumah mereka untuk dijadikan bahan makanan terutama dikawasan pendalaman (remote area). Artikel kali inji saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis ubu liar dinamakan ubi uwi (uwi-uwian) yang boleh dimakan untuk bahan bacaan anda.

Harga bahan makanan dunia semakin meningkat saban tahun menmyebabkan ada kalangan orang yang tidak mampu membelinya. Penduduk luar bandar yang menjadi petanian pindahrandah dikawasan pendalaman perlukan bahan makanan yang cukup daripada sumber disekelilingnya. Kalau kita yang tinggal dibandar besar dan bandar kecil di Malaysia pergi sahaja ke Pasaraya, Pasar Basah atau Kedai Runcit dengan duit uuntuk membeli apa juga yang dikehendakki. Mereka dipendalaman agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan. Tanaman ubi uwi dikatakan satu daripada warisan yang masih relewan untuk dibincangkan. .Ketika berlaku bencana seperti banjir dan kemarau yang menjejaskan penghasilan bahan makanan, beberapa alternatif perlu difikirkan untuk penduduk dipendalaman mendapatkan bekalan makanan berasaskan tanaman saradiri dikalangan penduduk luarbandar. Tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, jagung, keledek, keladi, padi huma, jagung, kelapa, sayur-sayuran boleh menjamin kekurangan makanan akibat pelbagai bencana alam.  terjangkau dan tersedia. Tanaman ubi uwi (Dioscorea sp) merupakan tanaman sumber karbohidrat dan sudah dikenali lama penduduk Indonesia tetapi agak kurang di Malaysia. Uwi-uwian (Dioscorea) secara semulajadi bersifat toleran hidup dibawah naungan dan kekeringan serta boleh hidup merayap dan menghasilkan umbisi di dalam tanah. Sebagai tanaman makanan tradisional, ubi uwi juga berpotensi sebagai bahan makanan berfungsi menggantikan nasi. Umbisi Dioscorea ini mengandungi bahan lendir kental yang terdiri dari Glikoprotein dan Polisakaride yang larut air. Glikoprotein dan polisakaride ini merupakan bahan bioaktif yang berfungsi sebagai serat yang larut air dan bersifat hidrokoloid yang bermanfaat untuk menurunkan kadar glukosa darah dan kadar total kolesterol, terutama kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein).

Tanaman ubi uwi adalah tumbuh dengan melilit pada kayu keras dan lazimnya ia mula tumbuh pada musim hujan dan pada musim kemarau mulai dituai. Bagaimana pun ia sebenarnya tidak selalu ada hasil di setiap musim. Secara umum yang membezakan satu spesis dengan sub-spesis lainnya adalah arah lilitan batang, bentuk batang, ada tidaknya duri pada batang, bentuk dan jumlah helaian daun, ada atau tidaknya buah di atas atau biasa disebut “katak” atau “aerial bulbil”. Jenis ubi uwi yang masih terdapat di pasar tempatan yang saya tinjau khususnya di Pulau Jawa adalah Ubi Gadung, Ubi Gembili dan Ubi Uwi dengan nama tempatan yang pelbagai. Ubi Gadung biasanya dijual dalam bentuk keripik sedangkan ubi uwi dan ubi gembili dijual dalam bentuk umbisi masih segar. Pernah dilaporkan di Indonesia galakan menanam ubi uwi dilakukan pada tahun 1980-an ketika berlakunya krisis bekalan makanan. Kini  sebahagian besar masyarakat tempatan telah beralih makan nasi dan nahan ubi uwi semakin jarang dimakan kecuali kerepek gadung masih dijual. Tanaman ubi uwi perlu dijadikan bahan kajian untuk kegunaan lain melalui penyelidikan dan analisa makmal akan khasiat sebenar. Foto dibawah adalah beberapa varieti tanaman ubi uwii yang direkodkan dinegara jiran untuk makluman kita.

Kita di Malaysia perlu mengumpulkan pelbagai spesis ubi jenis ini di pusat pertanian atau MARDI atau FRIM untuk dijadikan pusat penyimpanan janaplasma negara. Koleksi janaplasma dari jenis ubi ini akan dijadikan sumber rujukan dimasa akan datang. Penyimpanan koleksi ini boleh menunjukkan adanya kelainan antara spesis dari segi bentuk daun, bentuk hujung daun, warna daun, warna tulang daun, warna tangkai daun, warna tepi daun, bulu pada daun dan permukaan daun. Tidak kurang pentimg adalah bentuk umbisi, warna isi dan juga kandungan setiap jenis umbisi tersebut. Dari penncirian dan marfologi batang, daun dan umbisi boleh direkod bagi spesis dari Dioscorea esculenta, Dioscorea alata dan Disoscorea hispida. Selain itu juga kajjian boleh dilakukan pada jenis umbisi seperti Dioscorea bulbifera, Dioscorea pentaphylla dan Dioscorea nummularia. Keragaman ciri tumbuhan ubi uwi ini boleh dilihat pada arah lilitan batang (searah pusingan jarum jam atau berlawanan arah jarum jam), batang ada yang berduri dan tidak berduri, bentuk dan ukuran daun beragam, serta ada tidaknya buah di atas (aerial bulbil). Tanaman ini saya fikir boleh dikategorikan sebagai tanaman nadir kerana ia semakin jarang dijumpai dalam hutan dan semakin pupus jika tidak ada usaha untuk menyimpannya. Wasallam!.

JENIS UBI... UBI UWI NAMANYA...
TUMBUH LIAR... HUTAN ADANYA...
ADA MENANAM... DI INDONESIA...
MAMBACA BLOG... KENAL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Wonosobo, Jogjakarta DIY,
Jawa Tengah,
Indonesia.
(Lawat pada Oktober 2013)

Saturday, August 23, 2014

MEMBUAT MADU TIRUAN

MADU TIRUAN (Artificial Honey Bee) merupakan jenis madu yang seakan sama dengan Madu Asli yang banyak dijual dipasaran dinegara kita. Menurut seorang pakar mengenai industri lebah dan madu yang saya temui, beliau mendakwa bahawa madu lebah tiruan di Malaysia memonopoli pasaran tempatan antara 60 - 65% dengan jenama yang terkenal dan yang dijual dimerata lokasi lain. Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia dan pengguna tidak dapat membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan. Ada yang kata madu lebah tiruan juga dipanggil sebagai Madu Lebah Sintetik kerana ia dibuat oleh manusia bukannya lebah madu. Kempen kesedaran untuk tidak membeli madu lebah tiruan mungkin perlu dilakukan dengan rapi oleh pihak tertentu dan agensi penguatkuasaan oleh iaitu KPDNKK. Ini perlu dilakukan bagi memeriksa madu lebah tiruan (jika ada) menggunakan teknik yang khusus dipremis-premis jualan. Dari segi rupa, madu lebah tiruan memang menyerupai madu lebah asli dan jika dibotolkan dengan baik dengan label menarik, pengguna pasti tidak menyangka bahawa ia adalah madu lebah tiruan. Penjual madu lebah di pasar malam atau digerai tepi jalan mungkin tahu sama ada madu lebah yang dijual itu asli atau tiruan bergantung kepada sumber bekalan madu tersebut. Penjual madu lebah ini akan meletakkan kom-kom lebah madu (ada kalanya menggunakan kom lebah Lebah Tualang) bagi mereka mempengaruhi pengunjung dan pembeli. Bagaimana pun saya fikir mereka yang menjual madu lebah ini adalah penjual madu lebah asli kerana mereka bertahan menjual madunya sejak bertahun-tahun dulu. Kita mungkin kurang tahu teknik untuk membuat madu lebah tiruan. Dalam mencari maklumat tentang perkara ini pun tidak banyak maklumat yang saya diperolehi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik membuat. madu tiruan dan beberapa aspek mengenai madu lebah 


Membuat madu tiruan boleh dilakukan sendiri di makmal dengan menggunakan bahan kimia. Dalam mencari info saya terjumpa video teknik membuat madu lebah dari luarnegara. Ia dibuat dengan cara menggunakan bahan-bahan terdiri daripada 150 ml air suling dicampur dengan 40 ml larutan Asid Citrik dan dilarutkan dalam 70 gram gula. Bahan-bahan ini dimasukan dalam bikar dan dimasak selama 60 minit sambil sentiasa dikacau rapi (Sila lihat foto disebelah). Kacau sehingga kesemua campuran larutan tersebut menjadi pekat dan akhirnya ia akan mula membentuk cecair seakan madu asli. Madu tiruan ini akan mempunyai rasa manis seperti madu asli cumanya ia tidak mempunyai aroma dan tekstur seperti madu asli jika kita ada pengalaman. Dalam video tersebut juga ditunjukkan cara bagaimana membuat ujian antara madu asli dengan madu lebah tiruan. Teknologi ini dilakukan dengan mengambil 5 ml Larutan Amidon dan madu dalam dua gelas yang mana satu adalah madu asli (A) dan satu lagi adalah madu tiruan (B). Kemudian panaskan kedua-duanya diatas api sehingga kedua-duanya mencapai suhu 40 Celcius pada bacaan jangkasuhu. Selepas beberapa minit masukkan sekali lagi jangkasuhu bagi mempastikan suhu mencecah 40 Celcius. Kemudian masukan Larutan Betaisodona kedalam larutan dan kacau rata. Campuran larutan madu lebah tiruan akan menjadi warna BIRU GELAP sementara campuran dari larutan madu asli mempunyai warna KUNING sahaja (Sila lihat foto dibawah). Teknik ini merupakan salah satu daripada cara mempastikan ketulinan madu lebah di makmal.



Itu cerita di makmal. Bagaimana kalau kita hendak buat madu lebah sendiri dirumah?. Bolehkah kita membuatnya?. Adakah ia susah untuk dibuat?. Selamatkan dia untuk dimakan?. Bagaimanakah rasanya dan adalah ia salah dari segi undang-undang?. Dalam isu ini terdapat beberapa maklumat yang saya boleh kongsi berdasarkan beberapa rujukan. Madu tiruan ini amat mudah untuk dibuat. Jika dirumah sendiri dan mahu mencubanya boleh juga tetapi jangan 'Berniaga' madu tiruan pula selepas itu. Kena tangkap sebab menjual madu tiruan oleh penguatkuasa adalah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Dagangan dan terpaksa bayar denda atau duduk dalam 'rumah aman' atau jel. Bahan-bahanya terdiri daripada Gula Pasir,  Air dan sedikit perahan jus Lemon (Citrus lemon). Cara penyediaan dimulakan dengan gula pasir tanpa air dipanaskan dalam bekas diatas api. Apabila gula ini bertukar kepada kramel (berwarna coklat) maka kita boleh memasukkan air mineral sebanyak kadar yang sama sukatan dengan gula. Kemudian ia kita masak gula tersebut sehingga pekat. Seterusnya kita perlu perahkan air lemon kedalam air gula dan kacau sehingga sebati. Lazimnya apabila air gula ini sejuk ia akan menjadi keras bentuknya. Bagaimana pun perkara ini dielakkan dan menjadikan air gula ini tidak keras akibat kesan air jus lemon memainkan peranan. Hasilnya campuran ini akan terus cair dan jadilah ia sama sama seperti madu asli yang sebenarnya adalah MADU TIRUAN. Mudah bukan?. Dalam kita hendak mengetahui petua lazim mengenai Madu Lebah, dikatakan bahawa Madu Lebah yang asli semut tidak hinggap tetapi bagi jenis madu dari gula pasir ia berbeza. Jika ia didedahkan maka semut akan datang makan atau ambil madu sehingga puas nanti. Madu asli juga sukar untuk larut dalam air tetapi madu tiruan ini kalau kita masukkan masukan dalam air ia terus larut. Bagaimanakah pendapat anda selepas membaca artikel ini?. Adakah anda akan mencubanya... Wasallam!.

MADU ASLI .... MADU TIRUAN...
BUATNYA SENANG... 3 BAHAN...
DIMASAK ...LIMAU DIPERAHKAN...
JADU MADU...BAKAL USAHAWAN...

By,
M Anem,
Senior Apiarist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(22 Syawal 1435H)

Friday, August 22, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7)

PENANAMAN BULUH BETONG (Dendrocalamus asper L) atau Buluh Kuning merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh betong sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda. 


Ramai orang di Malaysia kenal dengan nama Buluh Betong kerana ada satu filem klasik yang berjudul "Anak Buluh Betong" yang berulang kali ditayangkan di TV. Buluh Betong (Dendrocalamus asper) mempunyai beberapa nama tempatan di Indonesia sebagai bambu petung, buluh betung, bulu jawa dan betho. Pokoknya tumbuk menegak dan mampu mencapai ketinggian sehingga mencapai 20 - 30 meter dari paras tanah. Ia mempunyai jenis batang yang berbulu tebal dengan warna kulit batang seakan coklat tua. Ketebalan dinging batang bulih betong sekitar 11 - 36 mm dengan jarak anatara ruas (nodes) pula sekitar 10 - 20 cm iaitu jarak ruas pada batang bawah dan sejauh 30 - 50 cm pada ruas berada dibagaian atas (pucuk pokok). Ia sesuai tumbuh pada tanah rendah hingga ketinggian 1,500 m dan paling ideal pada ketinggian sekitar 400-500 m. Kawasan yang menerima kadar hujan tahunan sekitar 2,400 mm atau digenari oleh buluh jenis ini. Ia boleh tumbuh di semua jenis tanah tetapi paling baik di tanah yang mempunyai saliran yang baik.

Belum ramai yang ingin mengusahakan tanaman Buluh Betong (Dendrocalamus asper) di Malaysia secara monokrop komersil. Mereka ada menanam sebagai tanaman hiasan atau untuk dijadikan bahan asas batang buloh secara kecil-kecilan dipenjuru kebun. Jarak tanaman disyorkan adalah  sekitar 8m x 4m memberikan kepadatan sebanyak 312 rumpun sehektar. Pemberian baja asas semasa menanam sangat digalakan untuk meningkatkan pertumbuhan pokokl. Kadar pemberian baja NPK setiap tahun adalah sekitar 100 - 300 kg/ha dengan menggunakan baja NPK 15:15:15. 


Dari beberapa rujukan mendapati batang buluh betong boleh dituai setelah tanaman berumur 3 tahun walau pun sebenarnya puncak penghasilan bila pokok berumur 5 - 6 tahun. Kutipan hasil rebung buluh betong (antara jenis buluh yang rebungnya paling enak) perlu dilakukan satu minggu setelah rebung muncul ke permukaan tanah. Dalam satu tahun lazimnya setiap rumpun dewasa menghasilkan antara 10 - 12 batang buluh. Jika terdapat sebanyak 400 rumpun dalam kebun sehektar maka ia mampu untuk menghasilkan sebanyak 4,500 - 4,800 batang sehektar. Kajian dibeberapa lokasi mendapati kadar produktiviti rebung buluh betong 10 -11 mt rebung sehektar daripada sebanyak 400 rumpun dengan ada kes dimana ia mampu mencapai hasil rebung sehingga  20 mt rebung. Rebung buluh betong antara yang dari jenis ini adalah rebung yang terbaik dengan rasanya yang manis dibuat untuk sayuran. Batangnya boleh digunakan untuk bahan bangunan (perumahan dan jambatan), peralatan memasak, bahkan juga untuk penampung air. Buluh ini juga banyak digunakan untuk pmembina rumah tradisional, atap dengan disusun secara tumpang-tindih dan bahagian dinding rumah dengan cara dipecah. Buluh Betong merupakan antara jenis buluh paling sesuai ditanam diantara jenis buluh lain. Wasallam!.


MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETONG.. SAYA CERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Thursday, August 21, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 6)

BULUH ANDUNG (Gigantochloa pseudoarundinacea L) merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok pada dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Betung Hitam (Gigantochloa atroviolacea), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea).   Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi dan potensi tanaman Buloh Andong sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.


Jenis Buluh Andung (Gigantochloa pseudoarundinacea) memang jenis buluh yang agak kurang dikenali di Malaysia jika hendak dibanding dengan Indonesia.  Buluh ini adlah jenis buluh yang tumbuh menegak dalam rumpun dimana dalam keadaan semulajadi ia akan mampu mencecah ketinggian antara 7m - 30 m. Batang buluh andong mempunyai batang yang berbulu tebal. Analisa ketebalan isi buluh ini sekitar 2 cm dengan ketebalan pada ruas adalah sekitar 5 -13 cm. Sementara itu jarak antara ruas buloh ini sekitar 40- 45 cm. Buluh ini mempunyai warna batang saka ada hijau atau warna kehijau-kuningan atau hijau muda. Antara tempat pertumbuhan sesuai buluh andong adalah pada tanah liat berpasir atau tanah berpasir dengan ketinggian hingga 1,200 m di atas permukaan laut. Sebaiknya kawasan ini menerima jumlah hujan sebanyak 2,350 - 4,200 mm setahun dan suhu persekitaran antara 20 - 32 Celcius dengan kadar kelembaban relatif sekitar 70%. Kawasan penanaman buloh sebaiknya menerima cahaya matahari yang banyak. Buluh merupakan jenis tanaman yang perlukan air yang banyak dan bahan humus atau baja organik untuk menjadikan ia subur dan cepat matang.


Buloh andung untuk ditanam menggunakan menggunakan bijibenih yang disemai atau menggunakan keratan rizom. Lazimnya jarak tanaman 8 meter x 8 meter. Pemberian baja organik atau pun baja kompos pada awal penanaman sangat berguna sekali bagi peningkatan pertumbuhan. Adalah digalakan agar aktiviti untuk dilakukan pembersihan rumpai dilakukan dan juga aktiviti penggemburan tanah. Bekalan air yang mencukupi mampu mempercepatkan kadar proses pertumbuhan. Pembersihan dipangkal perdu dan juga membuang rumpun tua menggalakkan pertumbuhan batang baru. Hasil buluh andong boleh dituai bila pokok berumur 3 tahun dengan memotong batang buluh yang sesuai. Kerja memotong dilakukan pada paras tanah dan sebaiknya waktu menuai paling sesuai adalah pada musim kering. Terdapat petua dimana bagi mempercepatkan lagi regenerasi batang baru disyorkan agar menggali lubang bekas tuaian dan ditutup dengan plastik. Kadar penghasilan buluh daripada sebanyak 275 rumpun sehektar mampu mencapai sebanyak 1,650 batang/ha atau kadar 6 batang/rumpun. Kegunaan buluh ini adalah untuk dijadikan bahan bangunan seperti rumah, peralatan muzik, pencungkil gigi, lidi sate, bekas nasi atau makanan dan sebagainya. Penulis mendapati hasil rebung buloh ini enak dijadikan sayuran. Semuga artikel ini boleh menjadi bahan rujukan anda. Wasallam!.




MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH ANDUNG.. SAYA CERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Wednesday, August 20, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 5)


BULUH BETUNG HITAM (Gigantochloa atroviolacea Linn) merupakan satu buluh yang boleh ditanam dalam usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung adalah satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang berpotensi menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Betung Hitam (Gigantochloa atroviolacea), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong Besar (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh betong hitam sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.

Buluh Betong Hitam (Gigantochloa atroviolacea Widjaja) memang kena dengan namanya kerana ia merupakan satu-sayunya buluh yang batangnya seakan berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Buluh ini mempunyai warna batang menarik dan sering digunakan sebagai tanaman hiasan dilokasi-lokasi tertentu. Nama lain spesis buluh ini adalah seperti Buluh Hitam, Buluh Wulung dan Hitam Kilat yang tumbuh menegak dari perdu rumpun yang besar. Buluh ini mampu naik setinggi lebih 2 meter bergantung kepada umur, kesubiran tanah dan penebangan pokok. Ia merupakan jenis buluh besar sama seperti buluh betung biasa. Batangnya seperti kelihatan berbulu tipis atau halus dengan warna berkilat dan upih. Ketebalan isi buluh ini dalam kategori jenis tebal iaitu sekitar sehingga 8 mm. Ketebalan ruas pula adalah 6-8 cm dan jarak antara ruas adalah 40-50 cm, Jika dilihat dari jauh batangnya seakan berwarna hitam tetapi sebenarnya ia berwarna hijau-coklat tua-keunguan atau memang betul-betul hitam. Buluh ini juga mampu tumbuh dikawasan tropika terutama dikawasan tanah rendah yang lembab dan kawasan tepi sungai. Ia perlukan kawasan tanah subur berpasir dengan keperluan curahan hujan setahun mencapai 1,500,-,3,700 mm. Kawasanyang mempunyai kelembaban relatif sekitar 70% dan suhuu antara 20-32 Celcius sangat sesuai untuk pertumbuhan buluh ini. Ia juga dapat tumbuh di tanah kering berbatu atau tanah merah. Jika ditanam di tanah kering berbatu selalunya warna ungu pada batang akan kelihatan semakin jelas.

Di Malaysia kita amat jarang mendengar orang menanam buluh betung hitam sebagai tanaman komersil. Oleh kerana ia merupakan jenis buluh yang bersaiz besar sama seperti buluh betong maka jarak tanam disyorkan adalah sekitar 8 m x 7 m (memberikan kepadatan tanaman sebanyak 200 rumpun/ha). Jika ditanam secara komeril maka selalu perhatikan tentang aspek pengairan, pembersihan rumpai dan aktivitii penggemburan tanah secara terus-menerus selama 2-3 tahun daripada awal peringkat penanaman. Pembersihan dibawah rumpun tua dan penggalian berulang tanah akan meningkatkan pengeluarani rebung. Alat seperti 'terjah' atau parang panjang sering digunakan ketika memetik rebungnya. Kajian penyelidikan menyatakan penuaian hasil buluh betong Hitam dapat dimulai setelah tanaman berumur 4-5 tahun. Anggaran penghasilan bagi sebanyak 20 batang per 3 tahun (atau purata dengan 200 rumpun/ha dapat menghasilkan sekitar 4,000 batang/ha dalam 3 tahun). Manfaat buluh betung hitam  selain dijadikan tanaman landskap yang menarik juga diambil rebungnya untuk dijadikan sayuran. Selain itu bahagian batang buloh sering digunakan untuk bahan pembuatan alatan muzik seperti alat Angklung, Gambang dan Celempung. Juga berfungsi untuk bahan industri kraftangan dan pembuatan perabut. Rebungnya dapat dimanfaatkan sebagai sayuran. Sesiapa berminat menanam rebung ini cuba dapatkan Info lebih terperinci. Wasallam!.

MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETUNG HITAM.. DICERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Tuesday, August 19, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 4)

PENANAMAN BULUH TALI (Gigantochloa apus L) adalah merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh tali sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.

Nama Buluh Tali (Gigantochloa apus J.A ; J.H. Schultes Kurz) merupakan sejenis buluh tempatan yang juga seringkali diberi nama sebaga9 buluh apus, pring apus dan peri. Seperti jenis buluh lain, buluh tali akan tumbeu menegak dan berumpun dengan ketinggian mencapai 8 -30 meter. Lazimnya dilihat pada bahagian batang ia berbulu tebal dengan tahap ketebalan dinding batang sekitar 1.5 cm. Buluh ini mempunyai ketebalan pada ruas batang diantara 4 -13 cm dan panjang ruas adalah 20 - 75 cm. Ia mempunyai warna batang iaitu hijau kelabu dan cenderung kuning berkilat. Selaput atau kelopak batang berwarna coklat berbulu menutupi ruas batang (Sila lihat foto sebelah). Tempat tumbuh yang sasuai untuk buluh tali dikawasan dataran rendah atau pun dataran tinggi (tanah berbukit-bukit) sampai dengan 1m500 meter dari paras laut. Sering juga buluh ini dapat tumbuh di tanah liat berpasir.

Penanaman buluh ini sebaiknya dilakukan antara bulan Desember samapai March iaitu pada musim hujan untukk cepatkan kadar pertumbuhn awal. Anak benih boleh diambil daripada rizom pokok atau biji benih yang disemai. Jarak tanaman yang sesuai diantara 3.5 m x 3.5m dengan kadar kepadatan pokok diantara 400 - 800 pokok sehektar. Bagi meningkatkan produktivitinya maka disyorkan agar dapat diberikan baja kompos atau baja sebatian kimia. Penuaian buluh ini boleh dilakukan selepas 1-3 tahun terutama  pada musim kering (antara April sampai Oktober) pada batang yang sudah berumur lebih dari 2 tahun. Kajian dibeberapa lokasi mendapati kadar produktiviti dalam satu rumpun adalah 6 batang dimana kadar penghasilan setahun dianggarkan sekitar 1,000 batang/ha. Biasanya buluh ini sesuai untuk digunakan sebagai tanaman pagar sebagai hiasan. Batangnya juga dapat dipakai sebagai alat pemegang payung, peralatan memancing (Joran), kraftangan (rak buku), industri pulpa dan kertas serta penghalang angin kencang (wind-breaker). Semua artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH TALI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Monday, August 18, 2014

TANAM BULOH - BULOH BATU (Part 3)

PENANAMAN BULOH BATU (Dendrocalamus strictus L) merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang dijangka menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan akhir sekali adalah jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman Buloh Batu sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.


Buluh Batu (Dendrocalamus strictus Roxb.) Nees merupakan sejenis buluh yang nudah dijumoai di Malaysia dan Indonesia. Pokok buluh ini tumbuh menegak pada rumpun yang besar dengan tahap ketinggian mampu mencapai 8-16 meter. Ia mempunyai jenis batang berbulu tebal terutama pada pokokk yang matang batangnya. Batannya juga adalah jenis yang tebal dindingnya iaitu sehingga 1 cm dengan jarak antara ruas adalah sekitar 2.5 -12.5 cm panjang. Batangnya berwarna hijau dengan sedikit warna kekuningan dan jika dilihat sepintas lalu seakan ianya pucat (Sila lihat foto sebelah). Dalam keadaan semulajadi lazimnya buluh batu akan tumbuh dalam banyak jenis tanah tetapi paling sesuai diatas tanah liat berpasir dengan saliran baik baik dengan sratus pH 5.5-7.5. Buluh ini mampu tumbuh subur sehingga paras ketinggian dari permukaan laut sampai dengan 1,200 dengan curahan hujan optima 1,000 - 3000 mm setahun. Iklim dan jenis tanah menentukan pertumbuhan pokok buluh bati dan hasil tanaman ini. Jika tanahnya kurang unsur nutrien atau terlalu kering atau kena penyakit akan mempengaruhi tahap elastisik (elasticity) buluh ini atau ia akan mudah patah. Ia juga akan menyababkan daun buluh akan menjadi gugur jika cuaca kering dan panas. Suhu sekeliling sesuai di antara 20 - 30 darjah Celcius (minima 5 C dan maksima 45 C). Aplikasi baja dengan betul memang boleh menyuburkan buloh ini adalah baja sebatian NPK 15:15:15 dengan kadar disyorkan 200 kg/ha). Agak pelik mendengar kita membaja pokok buluh tetapi iany menjadii penting jika menanam buloh secara komersil.


Kawasan untuk tanaman buluh batu perlu dibersihkan. Benih buluh boleh didapati daripada biji benih yang disemai atau daripada benih rizom yang diambil daripada pokok indur. Pemerhatian penulis mendapati jarak tanaman buluh batu yang sesuai adalah sekitar  3-5 meter x 3-5 meter dimana ia akan memberikan 400 -1,000 rumpun sehhektar. Peringkat awal penanaman benih perlu disiram dan disulam jika ada yang mati. Walau pun tidak direkodkan terdapat jenis penyakit dan perosak tanaman buluh ini tetapi pemeriksaan masalah reput akar dan anai-anai boleh berlaku. Daripada beberapa tinjauan saya ketima melawat Indonesia beberapa kali saya dapati yang buluh batu boleh mula dituai hasilnya (ditebang batangnya) setelah 3 - 4 tahun penanaman. Cara kita melakukan penuaian hasil adalah dengan memotong batang buluh sekitar 30 cm di atas tanah dengan mempastikan ia melepasi jarak buku atau ruas ke dua. Produktiviti tahunan buluh batu dari penanaman 400 rumpun boleh mencapai sekitar 3.5 tan batang buluh atau dengan 200 rumpun boleh mencapai sebanyak 2.8 tan batang buluh. Kayu buluh batu adalah jenis berkualiti tinggi dimana ia sesuai digunakan dalam industri membuat industri pulp dan kertas, kayu lapis, lantai serta dinding bangunan, anyaman, peralatan pertanian dan peternakan. Daunnya boleh digunakan untuk makanan ternakan dan rebungnya memang menjadi sumber sayuran yang berharga. Wasallam!/

MENANAM BULUH... ADA CARA...

PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH DURI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, 
Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Sunday, August 17, 2014

TANAM BULOH - BULOH MINYAK (Part 2)

PENANAMAN BULOH MINYAK (Bambusa vulgaris L) atau Buluh Kuning merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae (dulu Graminae) untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia.  Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea)Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman Buloh Minyak / Buloh Kuning sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda. 


Buluh Minyak (Bambusa vulgaris Schrader ex Wendland) atau di Indonesia ia dipanggil sebagai pring ampel, bambu ampel, haur adalah jenis pokok buluh yang mana ketinggiannya mampu mencapai 10 -20 meter dari pangkal tanah. Ia mempunyai jenis batang agak berbulu sedikit dan sangat tipis. Jika dilihat tentang ketebalan dinding batang adalah sekitar hanya 7-15 mm sahaja (sangat nipis) berbanding dengan buluh lain. Selain itu ia mempunyai ukurlilitan batang sekitar 4 -10 cm dengan jarak antara ruas (nodes) pula sekitar 20 - 45 cm. Ia mempunyai warna batang yang terang iaitu kuning muda bergaris jalur hijau tua (Sila lihat foto sebelah). Buloh ini mudah hisup di dataran tanah rendah hingga ketinggian tanah sehingga 1,200 meter. Ia juga tumbuh dengan tahap marginal di sepanjang sungai dan di tanah yang mudah tenggelam air. Tanah yang mempunyai tahap keasidan atau pH 5.0 - 6.5 merupakan sesuai untuk pertumbuhan buloh ini sama ada untuk tujuan penghasilan batang buluh, rebung atau sebagai tanaman landskap sahaja.


Buluh Minyak sesuai ditanam dikebun menggunakan rizom atau anahbenih yang diambil daripada pokok induk. Jarak tanaman yang sesuai adalah sekitar 8 meter x 4 meter yang memberikan kepadatan sebanyak 312 rumpun/ha). Pastikan kawasan kebun tidak ada tanaman lain kerana lazimnya ia akan kalah dengan pokok buloh. Adalah baik untuk memberikan baja organik dan baja asas semasa menanam. Pemberian baja NPK juga mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman buluh. Kadar disyorkan adalah 20-30 kg N, 15 kg P, 10 -15 kg K dan 20 - 30 kg Si (Silika). Pembersihan batang pokok kering pada pangkal perdu rumpun tua akan meningkatkan penghasilan batang buluh dan ia akan memudah proses menuai hasil. Cara menuai hasil adalah dengan menebang batang buluh pada pangkal perdu apabila okok telah berumur 3 tahun. Kajian  penulis mendapati buluh minyak mengeluarkan hasik tertinggi apabila berumur umur 6 - 8 tahun. Rebung buluh minyak pula boleh dikutip dalam masa 1 minggu setelah keluar dari permukaan tanah. Satu rumpun buluh mampu untuk menghasilkan diantara 3 - 4 batang baru atau rebung buloh setiap musim. Pokok buluh minyak yang sihat mampu untuk menghasilkan sekitar 2,250 batang buluh atau sekitar 20 mt berat kering/ sehektar. Kegunaan batang buluh minyak selain daripada dijadikan buluh landskap adalah untuk dijadikan bahan binaan rumah tradisional, pagar, rakit, kilang kertas, jembatan dan banyak lagi. Air rebusan rebung muda buluh kuning dimanfaatkan untuk mengubati penyakit hepatitis. Begitulah hebatnya dan uniknya buluh minyak atau buluh kuning yang boleh dijadikan tanaman yang boleh dimajukan. Wasallam!.
Barisan buloh minyak di taman bunga.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH DURI.. SAYA BERCERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...