Support My Blog

Saturday, August 8, 2026

KACANG DAL DAN FAKTA PENTING (PART 2)

KACANG DAL
(Cajanus cajan) atau dikenali sebagai 
 dikenali sebagai Kacang dal juga dikenali sebagai kacang dhal, parpu (atau paruppu), kacang parpu dan lentil. Dari segi nama botani atau nama tempatan lama dimana ia juga dipanggil 'Kacang Gude' atau 'Kacang kayu' atau 'Pigeon Pea' adalah sejenis tumbuhan kekacang tropika yang sering dibincangkan dalam penulisan pertanian seperti blog 'Anim Agro Technology' oleh Dato' Mohd. Anim Hosnan. Apa pun biji kacang dal ia memang kaya dengan protein dimana ia lama dijadikan makanan manusia seperti kuah dal, kueh dal dan pelbagai resepi lain serta untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Penulis blog kongsikan fakta sebenar dimana ada terdapat banyak jenis kekacang di dunia ini dimana ia sudah terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Jenis Kekacang Kering atau dal (beans/legumes) yang biasa dimasak dan Jenis Kekacang Keras (nuts) yang biasa ia akan dijadikan snek atau kudapan. Apa pun bagi beberapa jenis Kekacang Lembut dan Masakan (Legumes) termasuk Jenis Kacang hijau, Kacang merah, Kacang dal (Lentil), Kacang soya dan juga Kacang Panjang. Bagi jenis Kekacang Keras dan Snek (Nuts) terdiri dari Jenis Kacang tanah, Kacang Badam (Almond), Kacang Gajus, Kacang Walnut, Kacang Pistachio dan beberapa lagi. Bagi jenis kacang dal dimana ciri-cri utamanya adalah ia dihasilkan dari sejenis tumbuhan renek berkayu yang boleh hidup subur di kawasan panas. Pokok kacang dal ia selalunya mempunyai jenis batang tegak dengan daun tiga helai atau 'trifoliate leaves' dan bunganya yang berwarna kuning. Bila di tanam dimana tanaman ini akan menghasilkan buah pod yang mengandungi biji benih kekacang dal yang di tuai dan diproses sehingga menjadi salah satu makanan berasaskan bijirin di seluruh dunia. Dalam aspek kegunaan paling utama di jadikan Makanan iaitu digunakan biji kering kacag dal yang dikupas dan dimasak menjadi dal kuah untuk roti canai, roti titab atau tosai atau rotip prata. Apa pun dalam sektor pertanian dilaporkan ia juga amat sesuai sebagai tanaman selingan atau penambah nutrien nitrogen dalam tanah secara semula jadi. Dalam kes lain di laporkan kacang dal adalah salah satu sumber sebagai jenis makanan haiwan apabila biji atau sisa pokoknya digunakan sebagai makanan ternakan haiwan ruminan dan bijinya untuk makanan burung. Penulis blog dapati di Malaysia adalah negara pengimport mutlak kacang dal dengan hampir 100% bekalan kacang dal dari luar negara kerana faktor iklim dan geografi yang tidak sesuai untuk usaha penanaman secara komersial. Jumlah rekod kuantiti dan nilai spesifik untuk kacang dal tidak didedahkan secara terperinci sebagai satu kategori tunggal oleh Department of Statistics Malaysia (DOSM). Bagaimana pun penulis blog dapati negara sumber utama kacang dal Malaysia dari India dan Australia iaitu dengan jenis popular di pasaran adalah Jenis Kacang Dal Malavi (India) dan Jenis Kacang Dal Australia. Penulis blog dapati dimana harga pasaran semasa dimana harga runcit nasional bagi Kacang Dal Australia ialah sekitar RM5.25 sekilogram sementara purata harga runcit bagi Kacang Dal Biasa dari India mencecah harganya antara RM7.90 - RM9.90 sekilogram bergantung pada premis dan gred. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan hebat akan beberapa fakta penting tentang kacang dal untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta penting berkaitan k
acang dal (dhal) yang telah dianggap sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia dan ianya terdapat dalam pelbagai warna iaitu dalam warna hitam, kuning, hijau, coklat dan warna oren. Walaupun saiznya kecil sahaja akan tetapi ia sangat kaya dengan vitamin dan mineral. Banyak kajian dan laoran dimana kacang dal ini ia amat kaya dengan serat laut yang membentuk bahan seperti gel dalam saluran penghadaman dimana ia akan membantu dalam menghapuskan dan akan mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Ia juga di laorkan akan dapat mengurangkan sembelit dan juga kacang dal juga ia mempunyai kandungan 'flavones' dengan cirri-ciri antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Ciri khasiat yang paling penting dimana kacang dal sangat terbukti untuk kesihatan jantung kerana ia menghalang masalah koronari jantung. Serat dalam dal akan mengurangkan tahap kolestrol darah dan membentuk plak pada dinding arteri yang dapat menghapuskan risiko strok atau lain-lain penyakit kardiovaskular. Seterusnya kajian dapati jika kacang dal aka meningkatkan tahap tenaga dengan akan menambahkan semula kandungan zat besi. Ia juga didakwa mengandungi Asid folik dan Magnesium yang penting untuk mengurangkan tahap berbahaya untuk jantung dan arteri dinding. Ia juga mengalakkan pengaliran darah serta peredaran oksigen dan nutrien ke organ-organ badan. Kemuidan kehadiran Vitamin E yang terdapat dalam kacang membantu mencegah risiko penyakit termasuk masaalah Penyakit Parkinson (lupa ingatan). Penulis blog dapat tahu jika hanya individu yang ada JENIS DARAH AB DAN A SAHAJA yang sesuai untuk mengambil kacang dal. Apa pun kacang dal kaya dengan protein tumbuhan, bahan serat tinggi serta zat rendah lemak. Ia membantu mengekalkan tenaga serta akan melancarkan sistem penghadaman, mengawal paras gula dalam darah dan menyokong kesihatan jantung.  


Sering di bincangkan dimana antara fakta akan kebaikan utama Kacang Dal adalah ia menjadi salah satu sumber protein dari tumubuhan yang akan membina dan dapat membaikpulih tisu badan. Ia kaya dengan serat (fiber) yang membuatkan iaitu rasa kenyang lebih lama dan akan dapat mengelakkan kes-kes sembelit. Selain itu kebaikannya ia mempunyai nilai rendah Indeks Glisemik dimana makanan ini ia bagus untuk kawalan gula pesakit kencing manis dan mengandungi tinggi vitamin dan zat mineral seperti Zat besi (Fe), folat, Magnesium (Mg) dan Kalium (K). Dilaporkan secara saintifik kacang dal ialah sejenis makanan yang kaya dengan protein, serat dan zat besi dan ia berguna untuk memasak hidangan kuah dal atau kari yang mampu memberikan tenaga, melawaskan perut serta akan mengawal gula dalam darah. Penulis blog sudah banyak kali ujirasa makanan berasaskan kacang dal seperti makanan Kuah dal untuk makan dengan roti titab, roti canai atau roti lain, masakan Dalca Dal bersama sayur dan daging dan juga pernah ujirasa Sup Dal juga. Walau pun disenariak akan kebaikan dan kehebatan khasiat kacang dal akan tetapi masih ada ancaman dan risiko memakannya. Sesiapa yang m
akan kacang dal secara berlebihan atau bagi individu tertentu boleh membawa beberapa ancaman kesihatan seperti masalah perut kembung, gangguan pencernaan, risiko peningkatan berat badan akibat kalori tinggi, serta alahan yang teruk bagi mereka yang sensitif. Ada ancaman masalah Penghadaman dan Perut atau kes Kembung perut berpunca dari kandungan serat dan gula kompleks (oligosakarida) yang tinggi boleh menghasilkan gas berlebihan dalam usus. Ancaman kes seperti Ketidakhadaman juga ia boleh memburukkan lagi keadaan bagi individu yang mempunyai masalah gastrik atau radang lambung. Ada ancaman seperti berlaku  Gangguan penyerapan mineral dimana kacang dal mengandungi asid phytic yang boleh mengurangkan penyerapan mineral penting seperti zat besi, zink dan kalsium. Risiko lain adalah seperti kes Alahan Makanan iaitu reaksi alahan boleh berlaku pada sesetengah orang yang akan menyebabkan gatal-gatal, bengkak atau sesak nafas dalam kes teruk.


Penulis juga kongsikan fakta berkaitan isu Mitos Kacang Dal dimana sesiapa memakannya dengan rutin akan ada isu Kenaikan Berat Badan iaitu satu mitos sangat popular mengenai kacang dal (atau parpu) dimana ia dilarang keras untuk pesakit yang mempunyai masalah Gastrik atau masaalah Penyakit Gout kerana dianggap penyebab utama sakit sendi. Bagaimana pun fakta sebenar tentang Kacang Dal yang mempunyai zat semulajadi banyak ini selalunya ia akan dapat di hadan atau diproses dengan selamat sebab protin dari tumbuhan adalah selamat oleh badan dan mempunyai kesan yang sangat kecil terhadap kenaikan paras gastrik berbanding bahan dari haiwan. Faktanya dimana kacang dal ini ia kaya dengan khasiat dan tinggi dengan kandungan serat, protein dan zat besi yang membantu menurunkan kolesterol serta mengenyangkan perut lebih lama. Apa pun dilaporkan dimana punca Sebenar Penyakit Gout adalah berlaku jumlah atau berlaku lonjakkan Asid Urik dalam darah dengan lebih kerap berpunca daripada makanan tinggi purin seperti ikan, udang, sotong dan ketam (seafood) dan makann seperti daging merah, organ dalaman haiwan (hati, limpa dan sebagainya). Penulis amat suka makan Kuih Tradisional Tumpi Kacang Dal terutama semasa Jamuan Hari Raya Puasa (Sila lihat foto disebelah). Ia lebih selamat berbanding dengan makan jenis tumpi kacang tanah yang juga enak tetapi boleh sebabkan jerawat pula.


Dilaporkan antara makanan berasaskan kacang dal adalah Resepi Kuah Kacang Dal yang mana ia di makan dengan banyak jenis makanan termasuk Roti Canai, Roti Prata, Martabak Daging atau Martabak Ayam, Roti Titab, Roti Biasa dan sebagainya. Penulis blog boleh dikatakan saban minggu akan kekedai roti canai untuk sarapan pagi atau makan malam dengan hidangan roti canai kosong, roti sardin, roti tisu, martabak daging atau martabak ayam yang semuanya di pasangkan dengan kuah kacang dal atau kuah jenis lain. Sesekali juga ada memasak kuah kacang dal dan dalca dimana b
ahan-disediakan termasuk 1 cawan kacang dhal (direndam dan direbus hingga empuk), 1 biji ubi kentang (dipotong dadu), sedikit sayuran (lobak merah, terung, atau tomato), 3 biji bawang merah (dihiris), 2 ulas bawang putih (dihiris), 1 sudu kecil halba campur atau biji sawi, 1 tangkai daun kari, 1 sudu besar serbuk kari daging, sedikit serbuk kunyit, garam dan air secukup rasa. Cara membuatnya dengan merebus kacang dhal yang telah dicuci sehingga betul-betul lembut dan hancur dan kemudian dimasukkan kentang dan sayuran pilihan ke dalam rebusan dhal tadi sehingga empuk. Seterusya di masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari dan di biarkan meruap seketika. Dalam kuali berasingan dipanaskan sedikit minyak lalu tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, dan halba campur hingga wangi dan kekuningan. Kemudian boleh dituang bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk kacang dhal dan selepas mendidih boleh di matikan api dan sedia untuk di hidangkan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!.. 
KACANG DAL ...DI IMPORT DARI INDIA...
BANYAK JENIS...RIM9.90/KG HARGANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMASAKAN DI GUNA...
BACA ARTIKEL...SUDAH DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...