Support My Blog

Sunday, August 30, 2026

KUDA LAUT - APA YANG UNIK (Part 1)

KUDA LAUT
(Seahorse) adalah sejenis ikan marin daripada genus Hippocampus yang unik kerana mempunyai kepala menyerupai kuda akan tetapi saiznya kecil dan kehadirannya adalah unik. Kuda laut ini ada ciri-ciri fizikal unik dimana ia seakan 'Berdiri' dan mampu berenang secara tegak dengan cara menggunakan sirip kecil di belakang. Paling unik sebab ia dilihat mempunyai ekor melilit untuk berpaut pada batu karang atau tumbuhan laut didalam arus air dan badannya adalah ia dilindungi oleh cincin tulang dan tidak bersisik. Beberapa spe
sies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5cm dan ada sebesar 35.5 cm dengan bahagian kepala dan muncungnya panjang berleher menyerupai kuda, begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan ada bermahkota dimana pada setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri dan juga dilihat yang kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah. Memang unik sebab ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu. Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa dimana setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri. Ada juga dalam beberapa laporan kajian di nyatakan jika ia ada keunikan cara pembiakan dimana kuda laut jantan yang mengandung dan melahirkan anak dan kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung si jantan untuk dieram. Kuda laut atau nama lainnya Unduk-unduk, tangkur kuda atau korek telinga ialah sejenis ikan laut dalam keluarga Syngnathidae. Kuda laut ditemukan di perairan-perairan laut dan muara yang sedikit payau, banyak lagi di lagun-lagun. Tahun akan fakta bagaimana cara pergerakan haiwan kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun seperti rumpai laut menggunakan ekornya supaya tidak dihanyutkan arus-arus lautan. Kadang-kadang dilihat yang kuda laut menumpang pada rumpai laut yang terapung membawa ke jarak yang jauh. Keunukannya adalah ia juga mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Fakta mengenai pemakanan kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut semua makanan di sekelilingnya. Artikel pada petang Jumaat ini dalamblog "Anim Agro Technology" saya kupas apa yang unik tentang KUDA LAUT (seahorse) untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kuda laut ialah sejenis ikan daripada genus Hippocampus tergolong dalam keluarga Syngnathidae yang mempunyai bentuk kepala menyerupai kuda dimana ia hidup meliar atau di pelihara didalam akuariu sebagai haiwan hiasan. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana di laporkan ada terdapat kira-kira 46 spesies kuda laut yang diiktiraf di seluruh dunia. Bagaimana pun akan dibincangkan beberapa jeni kuda laut yang utama dan agak mudah di kenali sebagai bahan rujukkan pembaca semua. Pertama adalah Jenis Kuda Laut Kuning atau 'Yellow Sea horse' dengan nama saintifiknya Hippocampus kuda yang mudah dikenali. Jenis ini ia sering dikenali sebagai kuda laut bertompok atau spotted seahorse, spesies ini banyak ditemui di rantau Indo-Pasifik termasuk perairan Malaysi
a. Kuda laut kuning ialah spesies ikan marin yang juga dikenali sebagai kuda laut biasa atau kuda laut muara dengan saiz panjang badan boleh mencapai antara 17 hingga 30 sentimeter dan ada warna yang mempamerkan pelbagai warna termasuk kuning cerah, perang, hitam atau bertompok-tompok. Ia juga mempunyai bentuk badan yang agak besar dan memanjang tanpa duri tajam dimana ia sebaliknya mempunyai tonjolan bulat yang licin (Sila lihat foto disebelah). Habitatnya ia suka tinggal di kawasan air cetek seperti rumput laut, paya bakau, lagun, dan terumbu karang di rantau Indo-Pasifik. Kedua ada Jenis Kuda Laut Rimau (Hippocampus comes) dimana jenis ini ia mempunyai jalur seperti harimau di badan dan spesies ini menghuni terumbu karang dan kawasan air cetek di Asia Tenggara.  Kuda laut rimau atau 'Tiger tail seahorse' adalah kerana corak jaluran kuning dan hitam pada bahagian ekornya yang menyerupai belang seekor harimau. Apa pun corak belang ini ia mempunyai kombinasi warna kuning dan hitam yang berselang-seli pada ekornya. Badannya pula biasanya berwarna gelap, coklat atau kekuningan dengan bintik-bintik halus dengan ukuran saiznya ia boleh membesar sehingga sekitar 15 hingga 18.7 cm. Ia mempunyai jenis kulit yang tidak bersisik sebaliknya mempunyai kulit nipis dan keras yang menyelaputi struktur gelang bertulang pada badannya. Apa pun habitatnya ia boleh ditemui di perairan tropika Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Selalunya jenis ini ia suka untuk tinggal di kawasan terumbu karang, taman span (sponge gardens) dan padang rumpai laut di kawasan air cetek. Jenis ini bersifat Nokturnal yang lebih aktif pada waktu malam untuk memburu makanan seperti udang kecil dan plankton sebagai makanannya. Status perlindungan atau konservasi kuda laut rimau kini dikategorikan sebagai spesies yang terancam akibat kemusnahan habitat terumbu karang disebabkan oleh aktiviti penangkapan melampau untuk tujuan perdagangan akuarium serta permintaan tinggi dalam industri perubatan tradisional. Ada dilaporkan di mana semenjak tahun 2004, hidupan ini telah disenaraikan di bawah Lampiran II CITES bagi mengawal dan memantau aktiviti eksport serta importnya di peringkat global.


Seterusnya yang ke tiga ada Jenis Kuda Laut Katik atau di gelar sebagai 'Pygmy seahorse' yang merupakan kumpulan kuda laut yang sangat kecil (seperti Hippocampus bargibanti dan juga jenis Hippocampus pontohi) yang hidup berpaut pada karang lembut atau kipas laut. Kuda laut katek (atau pygmy seahorse) merujuk kepada kumpulan spesies kuda laut yang bersaiz sangat kecil, biasanya kurang daripada 2.7 cm. Apa pun majoriti spesies ini ditemui di kawasan Segitiga Terumbu Karang (Coral Triangle) dan ada termasuk perairan Malaysia dan Indonesia. DIlaporkan memang ada banyak spesis kuda laut katek yang paling terkenal di dunia antaranya adalah Jenis Kuda Laut Katek Bargibant (Hippocampus bargibanti) iaitu ia jenis kuda laut katek pertama yang ditemui dan ia hidup secara eksklusif di karang kipas (Muricella gorgonians). Antara kelebihan jenis ini ia memiliki bintil-bintil pada badan yang menyerupai polip karang untuk penyamaran sempurna. Kedua ada Jenis Kuda Laut Katek Denise (Hippocampus denise) yang berbadan lebih kurus, langsing dan bermoncong lebih panjang berbanding Bargibant dan ia menggemari untuk tinggal sekitar karang kipas di kawasan arus yang lebih kuat. Kelebihan: Boleh bertukar warna (seperti kuning atau jingga) mengikut warna karang tempat tinggalnya. Keempat ada Jenis 
Kuda Laut Katek Pontoh (Hippocampus pontoh) yang bersaiz sekitar 1.7 cm dengan warna keputihan dan tompok jingga/merah dan ia berbeza dengan yang lain sebab ia tidak hidup di karang kipas tetapi mendiami rumpai laut (Halimeda) atau alga. Ada juga dilaporkan Jenis Kuda Laut Katek Satomi (Hippocampus satomiae)Ciri: Kuda laut paling kecil di dunia dengan saiz kurang daripada 1.4 cm (lebih kecil daripada syiling) dimana jenis ini ia aktif pada waktu senja dan biasanya hidup di kawasan terumbu karang yang lebih dalam di lokasi. Seterusnya dilaporkan juga adalah Jenis Kuda Laut Katek Coleman (Hippocampus colemani) dimana ia berwarna putih kekuningan dengan corak garisan coklat halus dimana ia sering ditemui mendiami kawasan rumput laut. Haiwan-haiwan ini sangat bergantung kepada kesihatan terumbu karang untuk kelangsungan hidup kerana kemampuan berenang mereka yang lemah, menyebabkan mereka jarang beranjak dari perumah masing-masing. Seterusnya ada Jenis Kuda Laut Berperut Besar (Hippocampus abdominalis) iaitu ia adalah salah satu spesies kuda laut terbesar yang biasa ditemui di kawasan perairan sederhana dimana ia juga dikenali 'Big-belly seahorse dan ia adalah jenis kuda laut paling besar didunia dengan ia boleh membesar sehingga 35 cm (13 hingga 14 inci) panjang. Ia mempunyai bentuk perut yang bulat, buncit, dan besar menyerupai periuk. Jenis ini ia banyak ditemui di perairan pesisir pantai, kawasan berbatu, dan padang lamun, terutamanya di sekitar Australia dan New Zealand. Cara proses pembiakan sama seperti spesies lain, kuda laut jantan yang mempunyai kantung di perut akan mengandung dan melahirkan anak. Kelima ada Jenis Kuda Laut Berduri (Hippocampus histrix) dimana dilihat ada struktur duri yang ketara pada bahagian badan sebagai alat pertahanan diri daripada pemangsa. Kuda laut berduri dikenali dengan nama  'Spiny seahorse' iaitu ada duri yang panjang dan tajam di seluruh badan sebagai perlindungan daripada pemangsa. Habitat: Tinggal di kawasan perairan Indo-Pacific, terutamanya di kawasan terumbu karang, span laut, dan rumput laut. Status Pemuliharaan bagi jenis ini di Malaysia ia dilaporkan dan dikelaskan sebagai spesies terjejas (vulnerable) oleh IUCN.


Antara perkara unik pasal kuda laut adalah Kaedah P
embiakan dimana telur-telur yang disenyawakan oleh si betina pasangan dimasukkan ke dalam kantung perut si jantan yang bertisu lembut.  Tahukah pembaca blog anim agro technology jika kuda laut jantan akan hamil dan melahirkan anaknya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun cara luar biasa ini dimungkinkan oleh struktur khusus yang dipanggil kantung induk yang terletak di perut kuda laut jantan. Semasa mengawan dimana kuda laut betina memasukkan telurnya ke dalam kantung ini di mana jenis jantan kemudian menyuburkannya. Dia dengan tekun mengeram embrio yang sedang berkembang dan akan membekalkannya dengan oksigen dan nutrien seperti rahim mamalia. Tempoh kehamilan boleh berbeza-beza bergantung pada spesies iaitu berlaku dari beberapa minggu hingga lebih sebulan dengan kuda laut jantan membawa beberapa dozen hingga ribuan bayi kuda laut kecil yang akan di keluarkan apabila tiba masanya. Selalunya jenis kuda laut jantan mengalami pengecutan otot dan ia seterusnya akan mengusir kuda laut kecil yang sudah terbentuk sepenuhnya ke dalam air terbuka. Ia merupakan pemandangan yang benar-benar menakjubkan dan unik sebab selalunya ia akan menyerupai letupan kecil kehidupan yang baru dihasilkan. APa pun di laporkan yang strategi pembiakan unik ini dipercayai membolehkan betina menghasilkan lebih banyak telur dengan lebih pantas, sekali gus meningkatkan kadar pembiakan keseluruhan spesies kuda laut dian perlu disesuaikan deng habitatnya. Perlu di ketahui jika anak-anak kuda laut ini ia akan menetas dalam kantung yang dikawal tahap kemasinannya agar dapat dibiasakan dengan air laut secara beransur-ansur. Selepas keluar dari kantung si jantan maka anak-anak kuda laut boleh diancam bahaya dimakan ikan-ikan besar lain kerana saiz kecil seperti plankton saiznya dan anak-anak kuda laut ini akan turun ke dasar laut apabila cukup membesar dalam beberapa hari hingga beberapa minggu ikut spesies ke spesies. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
KUDA LAUT... ATAU 'SEAHORSE' IA SAMA...
SAIZ KECIL....MACAM PLANKTON DIA..
LIMA JENIS UTAMA....APAKAH DIA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...