Support My Blog

Thursday, August 27, 2026

KUCING DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KUCING
(Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Cactus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana  ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Dilaporkan memang ada terdapat banyak jenis baka kucing yang ada diseluruh dunia. Di Malaysia pula ada jenis kucing yang paling popular termasuklah kucing Parsi (Persian), British Shorthair, Maine Coon, Munchkin, Bengal, Baka Kucing kampung (Domestic Shorthair) dan sebagainya. 
Apa pun di kalangan peminat kucing dimana Jenis Kucing Parsi adalah baka yang paling popular sebab ia mempunyai bulu panjang, muka comel dan sifat tenang. Kucing Parsi atau 'Persian cat' ialah sejenis baka kucing yang terkenal dengan ciri bulu yang panjang, lebat, gebu, serta muka yang bulat dengan hidung yang pesek atau rata. Baka ini sangat popular sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja, tenang dan mesra tetapi dilapor ia memerlukan penjagaan rapi setiap hari supaya tidak kusut. Bahagian kepalanya bersaiz besar dan bulat, bermata besar yang ekspresif serta hidung yang pendek atau pesek (Sila lihat foto disebelah). Mempunai saiz badan sederhana hingga saiz besar, gempal dan berkaki pendek dengan perangainya adalah lembut, pasif, tidak terlalu aktif dan suka duduk dipeluk atau dibelai. Kucing ini bagaimana pun perlukan penjagaan rapi seperti kena mendandan bulu disikat bulu setiap hari untuk elakkan buku bulu (matting). Organ matanya ia mudah berair yang menjadikan pada bahagian muka dan sekitar mata perlu dibersihkan setiap hari. Kedua ada Jenis Kucing British Shorthair yang berbadan bulat, bermuka tembam dan berbulu pendek yang tebal. Kucing British Shorthair (BSH) ialah baka kucing popular dari Great Britain yang terkenal dengan rupa seakan 'teddy bear' dengan wajah bulat, pipi tembam, badan tegap, dan bulu pendek yang padat. Kepalanya besar dan bulat dengan pipi montel denga ada mata yang besar, bulat, dan cerah, biasanya berwarna tembaga atau emas. Ukuran saiz badannya sederhana hingga besar (3.1- 7.7 kg) dengan dada bidang serta berbulu pendek, tebal dan padat, datang dalam pelbagai warna (paling ikonik adalag warna blue atau kelabu kebiruan). Tabiatnya ia adalah rakan yang pendiam dan tidak terlalu aktif dan suka berdikari dan manja tetapi tidak menuntut perhatian melampau serta ia mesra dan sesuai untuk keluarga dan haiwan lain. Ketiga baka kucing yang popular adalah Jenis Kucing Maine Coon iaitu jenis baka besar, berbulu lebat, dan sangat ramah. Kucing Maine Coon ialah salah satu baka kucing peliharaan yang paling besar dan tertua di dunia, berasal dari negeri Maine di Amerika Syarikat. Ia terkenal dengan tubuhnya yang besar seperti anjing kecil, bulu tebal yang panjang, serta perangai yang sangat mesra sehingga dicanang sebagai 'The Gentle Giant' yang mana maksudnya adalah 'Gergasi Lembut'. Jenis ini ie bersaiz besar dengan berat jantan boleh mencapai sehingga 11 kg dan juga ukuran panjang hingga satu meter dari hidung ke ekor. Ia berbulu lebat dengan jenis bulu dua lapis yang kalis air dan ekor yang sangat lebat untuk bertahan dalam cuaca sejuk. Apa pun rupa dan bentuk muka yang agak petak dengan telinga berbulu di hujungnya. Ia manja dan lembut walaupun berbadan besar dimana sifatnya sangat penyayang, tenang, dan baik dengan kanak-kanak serta haiwan lain. Ia adalah jenis kucing yang bijak dan cepat belajar trik baru dan suka bermain air atau memanjat. Bagaimana pun ia lambat matang dimana kadar tumbesaran penuh mereka mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun iaitu ia tidak seperti kucing biasa yang matang dalam setahun sahaja.


Seterusnya baka kucing pupular ke empat adalah Jenis Kucing Munchkin yang berkaki pendek dan comel. Apa pun Kucing Munchkin ialah baka kucing yang terkenal dengan ciri unik berbadan panjang dan berkaki pendek akibat mutasi genetik semula jadi, sering digelar sebagai 'Kkucing Dachshund' iaitu versi fline. Ia berkaki pendek dengan kaki hadapan dan belakang jauh lebih pendek daripada kucing biasa, tetapi kukuh. Ia mempunyai gaya Hidup Aktif walaupun berkaki pendek dan ia sangat lincah, pantas berlari dan suka bermain. Ia juga bersifat Manja, peramah, mudah mesra dengan haiwan lain dan suka mendekati manusia. Dalam aspek penjagaan dan aspek kesihatan ia perlukan kawalan pemakanan supaya tidak terlalu gemuk bagi mengelakkan tekanan pada sendi. Jangka Hayat baka ini adalah sekitar 12 hingga 15 tahun jika mendapat penjagaan veterinar yang baik. Kelima ada Jenis Kucing Bengal dengan mempunyai corak bulu macam harimau bintang dan aktif (Sila lihat foto disebelah). Kucing Bengal ialah baka kucing hibrid hasil kacukan antara kucing bela jinak dengan kucing batu Asia (Asian Leopard Cat). Ia terkenal kerana mempunyai rupa bentuk fizikal dan corak bulu berbintik atau rosset yang menyerupai harimau bintang liar, tetapi memiliki sifat yang manja serta mesra. Apa pun ciri kucing ini ia mempunyai rupa eksotik sebab ia mempunyai corak bulu unik seperti rosettes atau bintik serta badan yang tegap, berotot, dan aktif dan ia sangat aktif dan juga pintar, bijak, bertenaga tinggi, suka memanjat dan juga ia meminati air akan tetapi walay pun manja 'Tetapi Bising' dimana selalunya di lihat seakan 'Suka berbual' atau suka mengeluarkan suara serta rapat dengan penjaga mereka. Seterusnya ke enam ada Jenis Kucing Kampung atau jenis kucing biasa tempatan yang mana ia sangat lasak dan bijak. Kucing kampung ialah kucing biasa yang hidup bebas di persekitaran tempatan tanpa baka atau keturunan rasmi. Ia sangat kuat, mudah dijaga, dan cerdik. Ia berbulu pendek serta ia mudah urus dan tidak mudah kusut. Ia juga ada pelbagai warna seperti ada warna oren, hitam, putih, kelabu, atau belang dan berbadan tegap dimana ia sesuai dengan cuaca tempatan. Kelebihan Kucing Kampung adalah sejenis kucing yang 'Tahan lasak' dan ia jarang sakit dan kuat untuk melawan penyakit. Ia pandai berdikari serta cekap didalam menangkap tikus dan haiwan kecil lainnya serta ia cepat mesra dan amat setia kepada pemilik walaupun diambil dari jalanan. Akhie sekali yang kurang popular adalah Jenis Kucing Liar (Wild Cat) iaitu spesis haiwan daripada keluarga kucing yang hidup bebas di alam semula jadi tanpa bergantung kepada manusia, atau kucing rumah yang telah menjadi liar (feral) dan hidup di luar. Spesies asli seperti jenis kucing hutan, kucing congkok atau kucing tulap yang memang tinggal dan memburu di dalam hutan. Ada kategori iaitu Jenis Kucing Terbiar (Feral) iaitu sejenis kucing asal peliharaan yang dibuang atau lahir di jalanan, tidak mesra dengan manusia, serta gerun atau takut apabila didekati. Kucing jenis ini ia takut pada orang dan selalunya elakkan daripada bertembung dengan manusia. Jenis ini ia sangat pandai cari makanan sendiri seperti tikus dan burung di luar dengab mempunyai jenis badan lebih berotot dan lebih agresif berbanding kucing rumah yang manja.


Manarik kongsikan fakta akan Kitaran Hidup Kucing yang mana ia bermula dari Fasa peringkat anak kecil (kitten) dan ia akan membesar menjadi Fasa Remaja, Fasa dewasa sehingga ke Fasa Umur Tua. Secara purata dimana di laporkan yang jangkahayat kucing peliharaan adalah antara 12 - 18 tahun. Pembiakan kucing ialah proses mengawan kucing jantan dan betina untuk ia dapat menghasilkan anak dimana tempoh bunting kucing biasanya sekitar 60 hingga 65 hari sebelum melahirkan anak. Apa pun dalam proses pembiakan kucing pastinya kucing betina capai usia matang dan akan memasukki dalam musim mengawan dan proses mengawan berlaku dimana tempoh mengandung bermula sehingga anak kucing dilahirkan. Asasnya dimana peringkat atau Fasa Kitaran Hidup Kucing yang awal adalah Fasa Anak Kucing (umur 0 - 6 bulan) bila anak yang baru lahir dalam keadaan mata tertutup dan telinga tuli serta ada gigi susu mula tumbuh dan mereka mula aktif bermain serta cergas. Anak kucing ialah kucing muda atau juvana yang baru lahir. Pada peringkat awal dimana mereka sangat kecil yang dilahirkan dengan mata tertutup serta telinga terlipat dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu untuk membesar sebelum mula aktif meneroka persekitaran (Sila lihat foto disebelah). Anak kucing mempunyai mata tertutup ketika lahir dan ia akan mula celik selepas 7 hingga 14 hari. Ia bergantung pada haba badan ibu dan susu. Selalunya ia banyak tidur sehingga 18-20 jam sehari untuk proses tumbesaran. Kedua Fasa 
Remaja (umur 6 bulan - 2 tahun) iaitu kucing ini mencapai kematangan seksual, saiz badan membesar sepenuhnya, gigi kekal tumbuh, dan mula menunjukkan sikap teritorial. Kucing remaja ialah kucing berumur antara 6 bulan hingga 2 tahun (atau sekitar usia 15 tahun mengikut tahun manusia). Pada fasa ini, badan mereka membesar dengan cepat dan mula aktif menjelajah. Ia amat bertenaga tinggi dengan suka berlari, melompat dan bermain sepanjang masa. Semua gigi susu sudah tukar menjadi gigi kekal yang kuat dimana kucing jantan atau betina akan mula berminat mencari pasangan atau menandakan kawasan. Ia juga lebih berdikari dan kurang bergantung kepada ibu dan lebih berani mencuba perkara baru. Fasa Kucing Dewasa (umur 3 - 6 tahun) apabila ia berada di kemuncak kesihatan dan kekuatan fizikal dengan personaliti yang stabil dan matang. Kucing dewasa berumur satu tahun ke atas yang mempunyai badan mereka sudah stabil, gigi kekal lengkap, dan saiz badan mencapai bentuk fizikal penuh. Ia mempunyai gigi putih bersih atau mula ada sedikit kuning. Selalu fasa ini ia bersaiz badan tegap, stabil dan berotot dengan tiada lagi ciri gigi susu yang kecil dan tajam dimana berat badan lebih konsisten dan padat. Tingkah Lakunya adalah lebih tenang dan matang serta sudah kurang bermain lasak berbanding anak kucing. Ia sedia mengawan (mencapai kematangan seks) dan akan menanda kawasan (bagi kucing jantan yang tidak dikasi). Akhir sekali ada Fasa Kucing Matang atau Kucing Tua (berumur 7 tahun ke atas) dimana ia mulai kurang aktif, banyak tidur, dan berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan seperti buah pinggang atau sendi. Kucing tua ialah kucing yang sudah berumur 10 tahun atau lebih dimana pada peringkat ini, badan dan perangai mereka mula berubah keranafaktor usia. Kucing Tua dilihat ia kurang aktif dan banyak tidur, berbulu jadi kasar atau beruban, berbadan yang menjadi lebih kurus, kurang selera makan dan ia suka untuk menyendiri atau berbunyi lebih kerap. Antara faktor yang boleh mempengaruhi Jangka Hayat Kucing adalah tempat tinggal kucing yang tinggal di dalam rumah (indoor) selalunya hidup lebih lama kerana selamat daripada bahaya di luar. Faktor 'Baka kucing' dimana jenis kucing baka kacuk atau kampung (domestic shorthair) selalunya lebih tahan lasak. Aspek kesihatan bila ia di vaksin, ambil jenis makanan yang sihat dan diberikan lawatan rutin ke klinik haiwan sealunya ini membantu memperpanjangkan akan usia kucing.


Habitat kucing bergantung kepada jenis kucing sama ada kucing peliharaan (domestik) atau kucing liar. Secara amnya apa yang penulis bloh lihat dimana kucing boleh hidup di pelbagai tempat kerana daya adaptasi mereka yang sangat tinggi. Bagi habitah untuk Jenis Kucing Peliharaan (Domestik) yang suka tinggal di rumah manusia atau tinggal di dalam rumah, bilik, atau bangunan bersama pemilik selalunya bersih dan umurnya juga panjang. Ia akan bergerak di kawasan sekitar rumah seperti di halaman, garaj kereta atau lorong taman-taman perumahan disekitar rumah. Kedua habitat bagi Jenis Kucing Liar (Feral atau Semula Jadi) ia boleh berada di kawasan bandar dan kampung: Hidup di sekitar kawasan manusia, lokasi tempat pembuangan sampah, atau bangunan kosong. Habitat kucing juga boleh di lihat di Hutan dan belukar seperti dalam hutan hujan tropika, padang rumput, atau kawasan semak-samun bagi spesies seperti kucing hutan atau kucing batu. Kucing berguna sebagai haiwan kesayangan di rumah, pemburu semula jadi untuk mengawal populasi tikus, penawar tekanan dan sokongan kesihatan mental, serta peneman setia yang memberi ketenangan kepada pemiliknya. Ia juga berguna sebagai Haiwan Untuk Kawalan Perosak sebab kucing kampong selalunya akan menangkap dan menghalau tikus serta serangga di sekeliling rumah. Kehadiran kucing dalam rumah akan mengurangkan ancaman oleh haiwan itikus dan haiwan lain juga. Kucing juga ada yang dapat Menjaga kawasan sekitar pemiliknya daripada haiwan kecil perosak dan paling penting peranannya dimana kucing peliharaan akan memberikan kesihatan Mental dan Emosi iaitu ia akan dapat mengurangkan rasa sunyi dan memberi hiburan khusus melalui telatah lucu. Kehadiran kucing apa yang penulis blog faham ia akan dapat menurunkan tahap stres dan juga kes kebimbangan apabila dia mengelus bulunya di kaki pemilik sebaik sahaja pemuliknya pulang rumah. Ia juga di aporkan akan bantu menstabilkan emosi dan membuatkan mood harian jadi lebih baik. Kucing akan membantu menurunkan tekanan darah tinggi melalui belaian lembut dan bunyi dengkuran serta ia mampu untuk menguatkan sistem imun kanak-kanak yang membesar bersama haiwan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
HAIWAN KUCING...RAMAI SUKA BELA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK...PELBAGAI CERITA...
MEMBACA... ILMU SANGAT BERGUNA....

By,
M Anem,

Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...