di hujung ekor yang mengandungi bisa. Tabiat kala jengking ini ia merupakan sejenis haiwan nokturnal (bergerk aktif pada waktu malam) dan suka bersembunyi di tempat gelap atau lubang pada waktu siang. Paling di geruni manusia dimana ada ancaman 'Bahaya Sengatan' dimana sebenarnya dimana kebanyakan spesies mempunyai racun yang tidak sampai tahap mengancam nyawa manusia akan tetapi kesannya sangat sakit, bengkak atau merah seperti disengat lebah dan serangga berbisa lainnya. Hanya sebilangan kecil spesies di dunia yang bisanya berbahaya atau boleh membawa maut kepada manusia terutamanya kepada golongan kanak-kanak atau orang tua. Merujuk sumber dimana jenis kala jengking yang boleh membawa maut biasanya mempunyai saiz yang kecil, penyengat kuat dan racun neurotoksin yang merosakkan sistem saraf. Spesies yang paling berbahaya di dunia adalah termasuk Jenis Deathstalker (Leiurus quinquestriatus) yang ia diitemui di Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai racun neurotoksin yang sangat kuat dan berbahaya kepada kanak-kanak serta orang tua. Kedua adalah Jenis Indian Red Scorpion (Mesobuthus tamulus) yang dianggap antara yang paling berbahaya di India dengan kadar sengatan yang mengancam nyawa. Ketiga ada Jenis Arizona Bark Scorpion (Centruroides sculpturatus) yang ditemui di Amerika Utara dimana tahap sengatannya boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lumpuh pernafasan jika tidak dirawat. Keempat ada Jenis Fat-tailed Scorpion (Androctonus species) iaitu dalam kelompok kala jengking ekor tebal di kawasan gurun Afrika dan Timur Tengah yang bisanya mampu menyebabkan kegagalan pernafasan. Apa pun risiko sengatan kala jengking ialah kecederaan apabila ekor kala jengking mencucuk kulit dan memasukkan racun dimana antara tanda-tanda sudah 'Kena Sengat' seperti rasa sakit yang kuat pada tempat disengat. kulit jadi merah dan bengkak, ada rasa kebas atau panas-panas dan jika racunnya sangat kuat maka ia boleh jadi pening, susah nafas atau berpeluh. Sebagai rawatan awal adalah dengan membasuh tempat luka dengan air dan sabun. Boleh letak ais atau kain sejuk atas tempat bengkak atau memakan ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu. Apa pun sebaiknya dapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital jika badan terasa lemah atau susah nafas. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting mengenai kala jengking sebagai bahan rujukkan semua.
Dilaporkan dimana Kala jengking boleh hidup dalam pelbagai habitat panas seperti padang pasir, hutan hujan, gua dan juga di kawasan rumput. Pada waktu siang dimana tabiat haiwan ini mereka suka bersembunyi di tempat yang sejuk dan gelap di bawah batu, kayu busuk atau dalam lubang tanah yang selesa bagi mereka. Kala jengking suka bersembunyi di tempat yang gelap, lembap dan terlindung seperti di bawah tumpukan batu, kayu, daun kering, celah dinding atau dalam kasut dan longgokan kain. Mereka aktif pada waktu malam untuk mencari mangsa seperti serangga lain sebagai makanannya. Fakta menarik dimana tempat bersembunyi utamanya jika di luar rumah adalah di kawasan ada rumpai tebal, tumpukan kayu, bata, pasu bunga lama dan lubang tanah sementara lokasi persembunyian di dalam rumah ia suka kawasan bersudut gelap seperti berada dibawah katil, almari jarang alih dalam kasut, dalam bilik air yang lembap dan berada di celah-celah retakan lantai. Ciri bagi tempat tinggalnya adalah mesti ia bersuhu panas dan ia suba berada di kawasan 'beriklim tropika' atau kawasan separa kering serta suka 'Tempat Gelap' di bawah batu, celah kayu, atau timbunan sampah. Kala jengking juga ia suka untuk 'Menggali Lubang' didalam tanah untuk elak panas matahari. Kala jengking ialah haiwan pemangsa yang makan haiwan kecil seperti serangga (cengkerik, lipas), labah-labah, cacing, dan kadang-kadang cicak atau anak tikus yang kecil. Haiwan ini mempunyai cara tersendiri dimana cara Kala Jengking Makan adalah menangkap mangsa guna penyepit dan kemuidan ia akan menyuntik racun atau venom jika mangsa yang di tangkap itu bersaiz agak besar atau mampu melawan. Bila mangsa sudah mati atau tidak boleh bergerak maka ia akan akan makan dan mencairkan badan mangsa guna cecair perut dan menyedut makanan bentuk cecair masuk ke dalam perut.
Hobi memelihara kala jengking sebagai haiwan eksotik memerlukan bekas tertutup yang selamat, perlu penjagaan kelembapan yang betul serta pemberian makanan seperti serangga kecil secara berkala. Langkah keselamatan tinggi amat penting kerana sengatannya juga ia beracun dan boleh memudaratkan kesihatan jika pemiliknya di sengat dri jenis jengking berbisa. Ada beberapa petua dan panduan adas berkaitan hobi belia kala jengking dan aspek penjagaannya. Pertama adalah Aspek 'Bekas Kurungan' dimana kena di pastikan menggunakan jenis bekas atau akuarium kaca bertutup rapat ada pengudaraan sempurna. Jenis akuarium kaca ini membolehkan pemiliknya dapat melihat akan kala jengking didalamnya dan kala jengking lazimnya tidak boleh memanjat kaca pada akuariun tersebut. Didalamnya perlu di berikan habitat sesuai dengan meletak pasir atau tanah lembap di dalam bekas mengikut jenis spesies kala jengking yang di bela. Bagaimana pun kalau di bubuh pasir dalam dan jenis jengking suka mengorek dan tinggal dalam pasir agak sukar dapat melihatnya. Berikan makanan seperti dari jenis serangga kecil seperti cengkerik hidup yang di masukkan kedalam akuarium akan tetapi jangan gunakan tangan sendiri kalau ia dari jenis kala berbisa. Sebagai langkan keselamatan perlu elakkan dari menyentuh dengan tangan kosong untuk cegah risiko sengatan kala yang di bela. Apa pun lain dulang lain kaki, lain orang lain hati bagi peminat orang dalam memiliki haiwan peliharaan berbisa ini. Mambela spesies 'mikro' dari keluarga Araknida termasik jenis kala jengking untuk dijadikan koleksi atau haiwan kesayangan adalah unik. Apa pun dalam beberapa pendapat kalangan peminatnya bagi yang berhasrat ingin memulakan hobi menyimpan atau memelihara koleksi serangga berbisa ini maka pemain baru boleh cuba mendapatkan spesies seperti pertama Jenis 'Asian Forest Scorpion' atau dikenali sebagai Heterometrus longimanus atau 'The Black Emperor' dimana ia dilaporkan boleh hidup sehingga lapan tahun dalam kotak simpanan bertutup. Selalunya spesies ini dikatakan lebih 'tenang' berbanding spesies lain akan tetapi masih berbahaya dan boleh menjadi menyengat apabila terkejut. Racunnya juga ia diketahui lebih buruk daripada sengatan lebah dan boleh menyebabkan kerengsaan (bengkak dan disusuli sakit berdenyut) selama beberapa hari. Apa pun disebabkan ciri kelakuan yang agresif sebenarnnya ia tidak digalakkan melepaskan bebas atau diletakkan dalam bekas terbuka. Kala jengking ini hidup dalam suhu bilik iaitu di antara 21 hingga 32 darjah celsius dengan kelembapan sekitar 80 - 90 peratus dimana didakwa spesies ini boleh membesar sehingga 13 sentimeter sesuai untuk peminat kala jengking saiz besar. Kedua boleh bela Jenis Emperor Scorpions dimana jenis ini ia sesuai dengan namanya spesies kala jengking ini antara terbesar di dunia dan sangat popular dalam kalangan peminat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Faktanya dimana apa yang membuatkan spesies ini sesuai dengan mereka yang baru berjinak untuk pelihara kala jengking ialah racun lebih ringan sebab ia digambarkan bisa sengatan kala jengking ini setara dengan sengatan lebah. Jenis Emperor Scorpions boleh hidup sehingga lapan tahun dan berasal dari Afrika Barat iaitu iklim panas. Bagaimanapun, habitat perlulah dalam lubang atau tindihan batu yang redup dengan suhu ideal 24 - 27 darjah Celsius dengan kelembapan 60 -75 peratus. Jenis Emperor Scorpions jarang menggunakan penyengat walaupun ketika diberi makan kerana ia mempunyai pengepit yang sangat kuat. Ketiha sesuai di bela adalah Jenis Desert Hairy dimana ia mempunyai warna kala jengking ini sesuai dengan persekitaran padang pasir. Spesies kala jengking ini berasal dari Amerika Utara dan dalam lima tahun kebelakangan ini popular sebagai serangga peliharaan. Hayat kala jengking Desert Hairy boleh hidup sehingga 20 tahun dan sangkar atau kotak simpanan perlulah tertutup dengan persekitaran iaitu dari 80% pasir dan 20% tanah liat kerana ia suka membuat lubang dan jangan gunakan pasir sahaja sebaliknya gunakan batu dan kulit kayu atau kayu hanyut. Kelembapan juga rendah sekitar 50 hingga 55 peratus dan boleh tinggal dalam suhu bilik 24 hingga 32 darjah Celsius. Keempat ada Jenis Flat Rock iaitu jenis kala Jengking dari spesies ini pilihan yang baik jika pemilik yang baru memiliki hobi memelihara kala jengking langsung tidak memegangnya. Ini disebabkan karakter spesies kala jengking ini agak pemalu dan cenderung melarikan diri daripada sentuhan manusia dimana ia lebih cenderung untuk tidak menggunakan ekor mereka (sama dengan Emperor Scorpion) dan makan dengan mengepit mangsa menggunakan penyepit yang kuat. Spesies yang berasal dari Afrika Selatan juga hanya boleh hidup hingga tujuh tahun, sekali gus menjadikan kala jengking ini paling singkat hayatnya. Tahap kelembapan sekitar 50 sahaja dengan suhu 24 hingga 26 darjah Celsius. Racun Flat Rock Scorpion adalah ringan dan tidak menyebabkan banyak kerengsaan.
Memang ramai orang takut akan haiwan Kala Jengking secara semulajadi dan akan terkejut bila terserampak dengannya. Apa pun haiwan ini mempunyai Mitos Kala jengking tersendiri dimana paling popular adalah Mitos Kala Jengking Jika Ia Masuk rumah sering dikaitkan dengan pertanda buruk, sihir atau gangguan makhluk halus, serta lambang kesialan kepada pemilil rumah tersebut. Dari sudut pandang sains dan realitinya apa pun sebenarn jika ada kehadiran haiwan berbisa ini sebenarnya hanyalah pencarian tempat berlindung akibat gangguan habitat, cuaca panas, mencari makanan atau ujud habitat kawasan rumah yang lembap sesuai sebagai habitatnya. Kedua dimana ada Mitos Kala Jengking Sebagai Pertanda Sial dimana masih ujud kepercayaan tradisional menganggap kemunculannya membawa malapetaka atau akan membawa musibah kepada penghuni rumah tersebut. Ketiga dimana Mitos Ada Jaringan Mistik atau Sihir diamana kalangan masyarakat ada yang mendakwa ia dihantar oleh musuh atau petanda wujud unsur sihir di kediaman. Keempat agak unik dimana Mitos Kala Jengking Bagi Dapatkan Nombor Ekor dimana didalam kalangan masyarakat tertentu ia dikaitkan dengan nombor ramalan bertuah untuk perjudian dan sebagainya. Faktanya dimana kehadiran kala jengking merupakan saah satu tindakan keselamatan mereka mencari perlindungan dimana kala jengking menyukai tempat yang gelap, lembap dan ia suka berselindung di bawah timbunan kayu atau kasut lama. Apa pun faktanya dimana ia Bukan Sengaja Mendekati Manusia dan ia juga tidak berniat jahat akan tetapi ia akan menyengat jika terpijak atau diusik. Cara mengatasinya adalah dengan abil dan gunakan penyapu atau pengepit untuk berusaha dan mengalihkannya keluar dan JANGAN sentuh dengan tangan kosong dan dipastikan kebersihan rumah dijaga.
Adakah kala jengking ini berharga?. Dilaporkan dimana ia ada dijual dimana harga kala jengking bergantung kepada jenis dan apa yang ada dijual. Jika ia melibatkan bisa (racun) kala jengking dimana harganya boleh mencecah sekitar USD10 juta 0 USD39 juta (kira-kira RM42 juta hingga RM165 juta) bagi setiap liter kerana ia adalah cecair paling mahal di dunia. Jika ia dijual sebagai haiwan peliharaan (pelihara) pula dimana harga pasaran biasa di Malaysia untuk spesies seperti kala jengking hutan (Asian Forest Scorpion) adalah jauh lebih murah iaitu ia biasanya sekitar RM20 - RM80 seekor mengikut saiz dan jenis. Dilaporkan dimana faktor yang akan menentukan harga Bisa Kala Jengking mahal sebab ia amat berguna dalam perubatan bila bisa ini yamg mengandungi protein dan peptida khas untuk kajian rawatan kanser serta penyakit moden di perlukan di pasaran. Venom ini amat sukar untuk diperoleh bila seekor kala jengking hanya mengeluarkan jumlah bisa yang sangat sedikit pada setiap pemerahan. Apa lagi sebab ia perlu melalui proses amat rumit dimana proses ekstraksi atau mengambil racunnya dilakukan secara manual dan berbahaya. Di beberapa negara jiran Asia Tenggara seperti di Vietnam dan Thailand dimana kala jengking dijual sebagai makanan jalanan (seperti digoreng garing), bahan herba dalam sup tradisional, dicampur dalam wain, atau dipelihara sebagai haiwan kesayangan. Apabila dimasak dimana haba tinggi meneutralkan bisanya yang mana ini akan menjadikannya selamat untuk dimakan dengan rasa seperti keropok atau serangga panggang walau pun penulis blog tidak pernah ujirasa semasa kesana. Kegunaan dan Jualan Kala Jengking sebagai Jenis 'Makanan Eksotik' dilaporkania ada dijual sebagai snek goreng di negara seperti China dan Thailand dimana ia sering dijadikan tarikan pelancong. Dalam aspek perubatan tradisional dimana kala jjengking ini ada ia digunakan dalam perubatan herba Cina (seperti sup) untuk merawat angin, kekejangan, atau tekanan darah tinggi. Apa pun sebagai 'Haiwan Peliharaan' ada spesies jinak seperti Emperor Scorpion atau Asian Forest Scorpion dijual di kedai haiwan. Membuat rujukkan dimana kala jengking goreng ialah sejenis makanan eksotik atau snek jalanan yang popular dijual di negara seperti Thailand (contohnya di Khao San Road atau pasar malam Bangkok) dengan tawaran harganya biasanya sekitar 80 hingga 100 Baht (kira-kira RM10 hingga RM13) bagi setiap seekor atau cucuk (Sila lihat foto disebelah). Ramai pelancong membeli sebab rasa 'ingin tahu' sahaja. Didakwa ia adalah selamat dimakan bila kala jengking dimasak secara goreng kilas (deep-fried) pada suhu tinggi. Proses haba ini meneutralkan bisanya (toksin) dan ini akan menjadikannya selamat untuk dimakan. Ada ramai yang mencubanya dan menyatakan ia mempunyai tekstur yang sangat rangup dengan rasanya sering disamakan dengan kerinting udang, ketam lembut, atau kekacang panggang dengan perisa tambahan seperti serbuk lada putih dan kicap sebagai tarikan pelancong atau cabaran makanan ekstrem berbanding makanan harian penduduk tempatan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.