Support My Blog

Saturday, August 29, 2026

KUCING DAN FAKTA PENTING (PART 3)

KUCING (Felis catus) atau 'Cat' adalah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) didapati di seluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mana ia mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan jenis kucing dilaporkan ia juga merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis Cactus dipercayai merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikampong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung yang berada didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang mana  ia ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara ciri dan kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka dahulu adalah kemampuannya memburu tikus dirumah dan kemudian membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Kucing sekarang yang ada agak kurang mahu untuk menangkap tikus lagi sebab ia sudah di berikan makanan khas kucing yang menyebabkan kucing tidak memburu dan kini membela tikus sudah jadi industri hebat. Konsep ini kini sudah tidak sama dengan peminat yang pelihara kucing zaman moden ini sebab yang pelihara kucing dikawasan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat sakitkan hati jiran. Bagi penulis blog keperihatinan jiran yang memiliki atau membela kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak kemudian menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" tenghari ini saya mengupas akan beberapa fakta penting mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua. 


Haiwan kucing mempunyai penyakit biasa yang kerap menyerang termasuklah ancaman Feline Panleukopenia Virus (Parvo) yang akan menyebabkan muntah dan cirit-birit teruk, jangkitan saluran pernafasan, masalah buah pinggang, kurap atau jangkitan kulat kulit serta beberapa masalah iaitu kencing tidak lawas atau batu karang. Bagi haiwan kucing dimana beberapa penyakit berjangkit dan virus utama adalah Penyakit Parvo (Panleukopenia) dimana terdapat virus sangat berjangkit yang akan menyebabkan lemah, muntah dan cirit-birit berdarah (Sila lihat foto disebelah)Penyakit virus parvo ialah jangkitan yang sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Ia menyerang sistem pencernaan serta sumsum tulang haiwan seperti anjing (Canine parvovirus) atau haiwan kucing (Feline parvovirus). Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat. Tanda-tanda utama serangan adalah seperti hilang selera makan dan badan jadi lemah, muntah yang kerap, cirit-birit teruk yang mungkin bercampur darah, demam panas dan juga hilang air dalam badan (dehidrasi) dengan cepat. Cara mencegah dengan kaedah memberikan suntikan vaksin mengikut jadual kepada haiwan peliharaan, jauhkan anak haiwan daripada tempat kotor atau haiwan yang sakit, mencuci kawasan rumah dengan cara pembasmi kuman yang kuat. Kedua ancaman FIV dan FeLV iaitu sejenis virus yang melemahkan sistem imun dan mudah menjatuhkan kesihatan kucing. Penyakit FIV dan FeLV adalah dua jenis jangkitan virus berbahaya pada kucing yang akan menyerang sistem imun badan. Walaupun sering diuji secara bersama dimana ia adalah penyakit yang berbeza dan tidak boleh berjangkit kepada manusia. Sebenarnya FIV (Feline Immunodeficiency Virus) yang juga sebagai 'AIDS Kucing' akan menyerang dan melemahkan sistem pertahanan badan kucing secara perlahan-lahan. Ia berjangkit melalui luka gigitan yang dalam semasa bergaduh dimana kucing yang sihat kelihatan normal bertahun-tahun sebelum jatuh sakit. Sementara itu FeLV (Feline Leukemia Virus) yang juga ia dikenali  sebagai virus leukemia kucing akan menyebabkan barah (seperti limfoma), anemia dan kerosakan teruk pada sistem imun. Ia berjangkit melalui sentuhan rapat, air liur, berkongsi mangkuk makanan, atau dari ibu kepada anak. Selalunya jangka masa hayat kucing lebih pendek selepas dijangkiti berbanding FIV. Ketiga adalah Penyakit Selsema (ISPA) dengan tanda bersin atau hidung berair, dan mata berhingus pada kucing. Penyakit  Selsema kucing atau yang sering disebut sebagai ISPA (Infeksi Saluran Pernafasan Atas) atau 'Cat Flu' adalah jangkitan pada hidung, tekak, dan sinus kucing. Penyakit ini sangat mudah berjangkit antara kucing tetapi tidak berjangkit kepada manusia. Punca penyakit adalah Feline Herpesvirus (FHV-1) iaitu sejenis virus utama yang menyebabkan jangkitan teruk dan boleh tinggal dalam badan kucing selamanya. Ada juga jenis viris Feline Calicivirus (FCV) iaitu sejenis virus lazim yang sering menyebabkan luka di dalam mulut kucing. Keempat ada Penyakit Bakteria Sekunder seperti Chlamydia atau jangkitan lain yang memburukkan lagi keadaan dimana gejala utama bersin berulang kali, hidung berair atau berdarah atau mukus pekat, mata berair, merah atau berpusar seakan tanda 'conjunktivitis', hilang selera makan, demam dan lemah badan (lethargy) serta suara serak atau batuk. Cara Rawatan dengan membawa jumpa doktor haiwan untuk ubat tahan sakit, ubat titik mata atau antibiotik jika ada jangkitan bakteria. Perlu dibersihkan lendir di hidung dan mata kucing iaitu dengan cara mengg kain lembut yang suam. Pastikan kucing terus makan dan minum (suapkan makanan basah yang berbau harum jika ia hilang selera) dan mengsingkan kucing yang sakit daripada kucing lain di rumah. 


Kelima ada 
Masalah Organ dan Organ Kronik antaranya seperti Penyakit Buah Pinggang dimana ia kerap berlaku pada kucing tua dengan tanda ia akan minum banyak dan susut berat badan. Sakit buah pinggang kucing ialah keadaan apabila organ buah pinggang kucing rosak dan gagal menapis toksin dalam darah dengan baik. Ia kerap berlaku pada kucing tua dan boleh dikesan melalui perubahan sikap serta fizikal haiwan. Tanda-tanda biasa penyakit ini termasuk kucing akan minum air dengan banyak, ia kerap kencing atau buang air kecil di luar bekas biasa, hilang selera makan dan berat badan turun, kelihatan lemah, lesu atau kurang aktif, mulut berbau busuk dan muntah. Penyakit Kencing Manis (Diabetes) Kucing dimana kes kencing tidak normal, selera makan naik tetapi badan kurus sebab berlaku sumbat saluran kencing dan jenis kucing jantan sukar kencing yang merupakan kecemasan maut.  Seterunya adalah masalah Luaran dan Masaalah Kulit seperti Serangan Kurap (Ringworm) dimana ada tompok botak, kulit bersisik dan gatal. Ada juga ancaman Kutu dan Cacing dimana serangan oleh parasit darah atau cacing dalam perut akibat makan kotor.  Dalam pada itu musuh utama kucing termasuk anjing, ular, burung pemangsa besar dan sesama kucing yang berebut kawasan. Tikus sebenarnya adalah mangsa kepada kucing. Haiwan Anjing ia sering bertarung kerana perbezaan sifat dan wilayah sementara bagi Ular  (snake) pula ia adalah haiwan pemangsa berbahaya di kawasan semak atau luar bandar. Ancaman oleh Burung Hantu atau Burung Helang dimana ia boleh menyambar anak kucing atau kucing saiz kecil dan akhir sekali musuhnya adalah sesama kucing yang mana mereka akan berkelahi kerana perebutan kawasan atau pasangan.


Paling ingin di kongsikan adalah kes bagi 
Membela Kucing sebagai satu hobi yang semakin popular di Malaysia dan diseluruh dunia. Aktiviti memelihara kucing ialah hobi yang sangat popular di seluruh dunia. sebab ia dilaporkan akan memberi ketenangan, mengurangkan tekanan dan menjadi teman setia di rumah. Diantara jenis aktiviti berkaitan hobi ini termasuk ada Aktiviti Pertandingan Kucing termasuk adakan pameran baka kucing paling cantik, aktiviti bagaimana cara penjagaan dan dandanan iaitu cara menjaga bulu dan kesihatan kucing. Ada juga aktiviti Membuat Alat Mainan Kucing seperti cara bagi menghasilkan kraftangan atau rumah kucing dan aktiviti 'Sukarelawan' dalam membantu pusat perlindungan haiwan. Dalam beberapa dakwaan dimana antara kelebihan dalam hobi Memelihara Kucing adalah ia akan mengurangkan kes tekanan dengan ia menjadikan fikiran lebih menenangkan, sebab di laporkan yang fikiran kucing boleh 'membaca' hati tuannya juga. Ia akan meningkatkan tahak kesihatan Mental dan Emosi dengan mengurangkan tekanan (stress) bila didakwa yang dengkuran kucing akan tenangkan jiwa, ia juga akan menghilangkan penat serta menjadi teman setia selepas kerja dimana kucing adalah haiwan yang kurang sedih serta ia adalah haiwan periang dan manja. Aktiviti penjagaan kucing adalah ia mudah sebab ia sangat bersih dimana kucing rajin cuci badan. Kucing juga kurang bising seperti anjing atau angsa dimana ia sesuai tinggal di rumah kecil serta amat sesuai dirumah dan tidak perlu bawa jalan setiap hari. Memelihara kucing membawa beberapa ancaman kesihatan, kebersihan, dan sosial jika tidak diurus dengan betul. Antara ancaman utamanya ialah jangkitan penyakit seperti jenis iaitu toksoplasmosis daripada najis, masalah bau serta kotoran di kawasan rumah jiran, dan risiko cakar atau gigitan. Ada yag akan membuat rumah khas kucing' untuk kelihatan lebih menarik lagi (Sila lihat foto disebelah). Kes Toksoplasmosis ia adalah sejenis parasit dalam najis kucing bahaya untuk ibu mengandung dan boleh sebabkan masalah pada bayi. Pemilik kucing perlu faham akan aspek kebersihan dan persekitaran dengan pastikan najis kucing di letakkan diluar kawasan sebab kucing kerap buang kotoran di halaman atau pasu bunga jiran. Memang bela kucing akan ada 'Bau Kurang Senang' berpunca dari air kencing kucing berbau kuat jika litter box tidak cuci selalu. Ada juga di laorkan dimana ada ancaman kutu dan parasit yang boleh melompat dan gigit manusia dalam rumah. Penulis blog banyak kali ada konflik jiran yang membela kucing dimana menjejaskan hubungan kejiranan seperti ujud gangguan bunyi, bulu bersepah atau rosakkan harta benda jiran boleh timbulkan rasa marah dan paling menyakitkan hati sebab kucing jiran berak najisnya di dalam kasut dan pintu rumah.


Menarik kongsikan fakta tentang Mitos Kucing untuk di kongsikan kisahnya. Mitos ini ialah cerita atau kepercayaan lama tentang kucing yang tidak betul dari segi sains, seperti anggapan kucing ada sembilan nyawa atau bawa sial jika warna hitam. Pertama adalah tentang Mitos Kucing Haiwan Yang Ada 9 Nyawa sebab sebenarnya mitos ini memang salah dan faktanya kucing hanya ada satu nyawa tetapi selamat kerana badan yang sangat lentur dan cekap mengimbangkan diri ketika jatuh. 
Kucing tidak mempunyai sembilan nyawa sebab itu hanyalah mitos lama. Kucing hanya ada satu nyawa seperti haiwan lain dimanan anggapan ini timbul kerana kucing sangat lincah, badan yang lentur dan pandai menyelamatkan diri ketika jatuh dari tempat tinggi. MItos ia ada 9 nyawa sebab cara badan yang lentur seakan tulang belakang kucing sangat fleksibel serta ia mempunyai 'jenis refleks pantas' seperti ia boleh berpusing di udara untuk mendarat atas kaki. Kucing adalah jenis haiwan yang ada ciri keseimbangan tinggi dimana sistem badan kucing bantu ia stabil. Fakta sebenar adalah kucing tetap boleh cedera atau mati jika jatuh dari tempat sangat tinggi diman jika dijaga keselamatan dengan baik ia tahan hidup lama. MItos lain adalah Mitos Dimana Kucing Hitam Akan Membawa Malang iaitu kisah purba mengaitkan kucing hitam dengan nasib buruk atau sihir padahal perangai kucing hiram ini ia sama seperti kucing lain. Apa pun kucing hitam ialah kucing biasa dengan bulu gelap akibat faktor genetik dan ramai suka bulu hitam iaitu haiwan yang manja, taat dan membawa pelbagai fakta unik. Seterusnya ada Mitos Kucing Selalu Takut Air dimana faktanya adalah kuicng tidak semua baka benci air sebab ada jenis kucing yang suka main air atau pandai berenang. Ada juga mitos positif seperti Mitos Jika Ada Kucing Datang Ke rumah bermakna ia membawa rezeki iaitu ia sebagai satu kepercayaan tradisional dimana menganggap kehadiran kucing liar sebagai petanda baik, walaupun hakikatnya ia hanya lapar atau sekadar ia mencari  perlindungan. Penulis blog akan kongsikan hasil tinjauan dimana harga kucing di Malaysia bergantung pada baka dan beberapa sebab lain. Kucing kampung atau biasa adalah percuma hingga RM100 manakala kucing baka popular seperti Parsi, British Shorthair, Munchkin dan Maine Coon berharga antara RM800 hingga RM12,000 mengikut gred, umur serta status vaksinasi. Dalam merujuk sumber rasmi dilaporkan harga Baka Kucing Popular di Malaysia dimana bagi Jenis  Kucing Kampung dari diberi Percuma sehingga berharga RM100 sementara bagi Jenis Kucing Parsi berharga sekitar  RM800 - RM5,000 seekor. Bagi Jenis Kucing British Shorthair dijual dengan harga RM1,200 - RM12,000 seekor, bagi Jenis Kucing Jenis Munchkin dijual sekitar RM1,400 - RM9,800 seekor dan bagi Kucing Scottish Fold berharga RM850 - RM12,800 seekor dan akhir sekali bagi Jenis Kucing Bengal dijual sekitar harga RM900 - RM5,000 seekor. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...

HAIWAN KUCING...RAMAI SUKA BELA...
BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK...PELBAGAI FAKTANYA...
MEMBACA... ILMU SANGAT BERGUNA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...