Support My Blog

Monday, August 31, 2026

KUDA LAUT - APA YANG UNIK (Part 2)

KUDA LAUT
(Seahorse) adalah sejenis ikan marin daripada genus Hippocampus yang unik kerana mempunyai kepala menyerupai kuda akan tetapi saiznya kecil dan kehadirannya adalah unik. Kuda laut ini ada ciri-ciri fizikal unik dimana ia seakan 'Berdiri' dan mampu berenang secara tegak dengan cara menggunakan sirip kecil di belakang. Paling unik sebab ia dilihat mempunyai ekor melilit untuk berpaut pada batu karang atau tumbuhan laut didalam arus air dan badannya adalah ia dilindungi oleh cincin tulang dan tidak bersisik. Beberapa spe
sies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5cm dan ada sebesar 35.5 cm dengan bahagian kepala dan muncungnya panjang berleher menyerupai kuda, begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan ada bermahkota dimana pada setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri dan juga dilihat yang kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah. Memang unik sebab ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu. Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa dimana setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri. Ada juga dalam beberapa laporan kajian di nyatakan jika ia ada keunikan cara pembiakan dimana kuda laut jantan yang mengandung dan melahirkan anak dan kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung si jantan untuk dieram. Kuda laut atau nama lainnya Unduk-unduk, tangkur kuda atau korek telinga ialah sejenis ikan laut dalam keluarga Syngnathidae. Kuda laut ditemukan di perairan-perairan laut dan muara yang sedikit payau, banyak lagi di lagun-lagun. Tahun akan fakta bagaimana cara pergerakan haiwan kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun seperti rumpai laut menggunakan ekornya supaya tidak dihanyutkan arus-arus lautan. Kadang-kadang dilihat yang kuda laut menumpang pada rumpai laut yang terapung membawa ke jarak yang jauh. Keunukannya adalah ia juga mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Fakta mengenai pemakanan kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut semua makanan di sekelilingnya. Artikel pada petang Jumaat ini dalamblog "Anim Agro Technology" saya kupas apa yang unik tentang KUDA LAUT (seahorse) untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Mungkin tidak ramai kalangan pembaca tahu atau faham akan Kitaran Hidup kuda laut dimana ia sangat unik dan menarik yang disebabkan oleh kerana kuda laut jantan yang bertanggung jawab mengandungkan dan melahirkan anak. Kitaran hidupnya ada sebanyak 5 Fasa atau Peringkat daripada mengawan sehingga peringkat dewasa. Pertama adalah Peringkat Memikat dan Mengawan dimana ia akan lakukan 'Tarian Pengenalan' bila kuda laut jantan dan betina akan menukar warna dan menari bersama selama beberapa hari sebelum mengawan. Kemudian akan berlaku proses 'Pemindahan Telur' dimana kuda laut betina akan memasukkan telurnya ke dalam kantung pengeraman (brood pouch) yang terletak di perut kuda laut jantan untuk proses hamil. Kedua adalah Peringkat Kehamilan (pada Kuda Laut Jantan) bila berlaku proses persenyawaan dimana telurnya disenyawakan di dalam kantung jantan dimana selalunya tempoh pengeraman oleh kuda laut jantan membawa telur selama 2 hingga 4 minggu (bergantung kepada spesies). Apa pun uniknya fungsi kantung jantan membekalkan oksigen, kawalan garam dan bekalkan nutrisi kepada embrio. Seterusnya ada Peringkat Kelahiran (Melontar Anak) atau pun 'Proses Bersalin dimana selalunya kuda laut jantan akan mengalami kontraksi otot untuk menolak anak-anak keluar dari kantungnya. Apa pun dilaporkan jumlah anaknya ia boleh melahirkan antara 100 hingga lebih 1,000 ekor anak kecil sekali gus. Keempat ada Peringkat Peringkat Bayi (Juvenil) iaitu proses untuk anaknya berdikari segera sebab anak kuda laut yang baru lahir (pemberat atau fry) bersaiz sangat kecil seakan 'plankton' dan mesti berdikari sendiri tanpa penjagaan ibu bapa. Ia akan 'hanyut' hanyut bersama arus plankton di lautan terbuka. Apa pun di laporkan ia mempunyai Kadar Kemandirian Rendah sebab didapati kurang daripada 0.5% anak kuda laut berjaya hidup sehingga dewasa kerana ada banyak ancaman pemangsa. Akhirnya ke lima adalah Peringkat Dewasa dimana ia akan menetap iaitu selepas beberapa minggu hanyut ia akan mencari kawasan yang ada perlindungan seperti rumput laut, rumpai laut atau terumbu karang. Dilaporkan dimana tahap kematangan seksual kuda laut ini akan mencapai tahap matang dalam masa beberapa bulan ke setahun dan bersedia untuk mencari pasangan sendiri dan kitaran hidupnya berulang.


Memang tidak banyak diketahui akan kegunaan kuda laut akan tetapi dilaporkan kuda laut banyak digunakan dalam perubatan tradisional (terutamanya perubatan tradisional Cina) dan sebagai ikan hiasan. Pertama adalah kegunaan Kuda Laut Dalam Kaedah Perubatan Tradisional dimana kuda laut kering sering diproses menjadi ubat atau tonik kerana dipercayai mempunyai sebatian aktif. 
Kuda laut yang dikeringkan didakwa ia biasanya dijadikan sebagai bahan perubatan tradisional (terutamanya Perubatan Tradisional Cina atau Traditional Chinese Medicine) dan juga sebagai cenderamata atau hiasan. Kuda laut dikeringkan dan diproses menjadi serbuk, kapsul, atau direbus di dalam sup untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Ia dilaporkan akan Meningkatkan Tenaga sebab ia dipercayai turun-temurun dapat menguatkan stamina, tenaga batin (mati pucuk) dan kesihatan buah pinggang. Ia juga di laporkan mampu merawat penyakit lain sebab ramai yang juga percaya ia membantu merawat asma, radang sendi (artritis), batuk dan melancarkan peredaran darah. Umumnya selain dapat meningkatkan tenaga, stamina, dan vitaliti badan ia juga akan membantu merawat masalah mati pucuk atau kesuburan. Ia didakwa juga akan membantu mengurangkan simptom asma dan masalah pernafasan dan juga membantu melegakan sakit sendi atau artritis. Kuda Laut juga di Jadikan Hiasan dan Cenderamata dengan cara iaitu mengeringkan kuda laut untuk dijadikan suvenir, hiasan dinding atau digantung di rumah kerana dianggap unik. Produk cenderamata dan hiasan kuda laut dikeringkan selalu merujuk kepada bangkai kuda laut yang telah diawet dan dikeringkan secara semula jadi atau komersial untuk dijadikan barangan hiasan, perhiasan diri, atau kraftangan. Oleh sebab bentuk fizikal kuda laut yang unik dan menyerupai bentuk 'kuda kecil' dimana ia sering dieksploitasi untuk pasaran pelancongan.  Beberapa bentuk produk cenderamata dan hiasan kuda laut kering yang biasa ditemui seperti Produk Gantungan Kunci dan Magnet Peti Sejuk dalam replika plastik jernih atau resin dan dijadikan cenderamata. Ada hiasan bagi Bingkai Gambar dan Seni Dinding dimana susunan kuda laut kering bersama kulit kerang lain di dalam bingkai kaca sebagai hiasan dinding rumah. Ia di jadikan Barangan Hiasan Meja bila Kuda laut diletakkan di dalam balang kaca kecil yang estetik sebagai perhiasan serta di jadikan Bahan Kraftangan (DIY) dan ia dijual secara pukal kepada pembuat kraf untuk menghasilkan hiasan bertemakan marin atau pantai. AKhir sekali Kuda Laut Dalam Akuarium dan Diperdagangkan dengan ia ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan di dalam akuarium air masin. Dijual sebagai barangan aneh atau cenderahati.


Penulis blog buat sedikit tinjauan akan harga seekor kuda laut untuk akuarium biasanya berkisar antara RM150 - RM360 satu ekor (kira-kira $35 hingga $100 USD) bergantung kepada saiz, jenis spesis dan sama ada ia dibiakkan di dalam tangki. Apa pun antara faktor Harga Kuda Laut bergantung kepada Spesis Kuda Laut dimana selalunya jenis biasa seperti Hippocampus kuda lebih murah, manakala spesis jarang seperti Zebra Snouted atau Slender boleh mencecah melebihi RM500 seekor sebab ia cantik dilihat (Sila lihat foto disebelah). Harga jug ditentukan oleh Saiz dan Juga Pasangan apabila jenis kuda laut saiz dewasa atau yang dijual secara berpasangan (pairing) biasanya dijual sekitar RM360 sepasang. Ada faktur Kos Penyelenggaraan dimana ada jenis yang memerlukan akuarium air masin khas yang kos persediaannya agak tinggi berbanding ikan air tawar biasa. Berlainan pula dengan harga produk kuda laut di Malaysia berbeza-beza mengikut jenis produk seperti Bagi Jenis Kuda Laut Kering dijual dengan harga sekitar RM25.00 hingga RM26.00 sepeket dan ia biasanya digunakan untuk ubatan tradisional. Bagi Jenis Produk Minyak Kuda Laut ia akan di jijual pada harga sekitar RM49.00 hingga RM75.00 sebotol, bergantung kepada jenama dan keaslian. Akhir sekali bagi  Produk Kesihatan atau Kapsul (seperti Kuda Double X) ia selalunya di jual sekitar RM19.90. Beberapa Mitos mengenai kuda laut sering merujuk kepada makhluk mitologi bernama Hippocampus atau kepercayaan tradisional tentang khasiat perubatan haiwan ini. Pertama ada Mitos Hippocampus (Kuda Laut Mitologi) iaitu sebagai haiwan 'Makhluk Separuh Kuda' dimana didalam mitologi Yunani, Hippocampus mempunyai bahagian atas badan seperti kuda dan bahagian bawah seperti ekor ikan. Kedua ada Mitos Kenderaan Dewa apabila haiwan atau makhluk ini digambarkan sebagai penarik kereta kuda bagi Dewa Laut Poseidon. Ketiga ada Mitos Simbol Kekuatan apabila ia akan melambangkan kepantasan, keberanian dan kekuatan. Apa pun mitos dan fakta Kuda Laut Sebenar ada dalam Kaedah Perubatan Tradisional apabila didalam perubatan tradisional Cina, kuda laut dipercayai ia berkhasiat untuk menambah tenaga batin lelaki dan menguatkan buah pinggang. Aa Mitos Kuda Laut Adalah Jenis  Jantan Mengandung bila terdapat fakta unik yang dianggap pelik tetapi benar, iaitu kuda laut jantan yang "hamil" dan melahirkan anak. AKhir sekali ada mitos ia sebagai 'Haiwan Setia' dimana kuda laut dikenali sebagai pasangan yang setia dan bersifat monogami kepada pasangannya. 


Menarik dalam portal bharian.com kisah 'Ubat kuda laut penawar mujarab' untuk kisahnya dikongsikan. Dari Gelang Patah, Johor dilaporkan usaha unik iaitu pemuliharaan spesies kuda laut di Tapak Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) perairan Sungai Pulai dan Merambong di sini merintis usaha kepada penyelidikan secara komprehensif terhadap haiwan marin itu. Apa pun selain memastikan kuda laut atau nama saintifiknya Hippocampus kuda terus bertahan di kawasan perairan Johor dimana aktiviti penyelidikan itu juga akan membabitkan akan kegunaan haiwan itu dalam bidang perubatan. Sebatian kuda laut juga dilihat berpotensi untuk membantu merawat kanser , ketumbuhan, mati pucuk, pembekuan darah, penyaktoksik buah pinggang, asma, rawatan kulit, antipenuaan sebatian anti-fatigue (anti kelesuan), sistem hormon ketahanan badan serta saraf dimana dengan keluasan 15.37 hektar serta sejumlah lima spesies rumput laut masih ramai juga tidak mengetahui ia menjadi habitat kesukaan kuda laut. Faktor pemanasan global serta keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan mengakibatkan kuda laut berhadapan ancaman kepupusan apatah lagi jika tiada sebarang usaha melindungi hidupan ini. Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) tampil menjadi agensi pertama yang akan menjalankan penyelidikan konservasi kuda laut dan ekosistem persekitarannya sejak tahun 2008. Rancangan penyelidikan biodiversiti yang dirangka dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu membuka lembaran baru dalam program konservasi marin di Johor yang merangkumi elemen penyelidikan dan komersial. Pembangunan dan juga penyelidikan konservasi kuda laut fasa pertama yang sedang dilakukan adalah penyelidikan saintifik komprehensif menerusi program pembiakan dan asuhan, ternakan secara semulajadi sesuai persekitaran tiruan dan pemulangan semula kepada kawasan habitat asal. Fasa kedua membabitkan penyelidikan hiliran iaitu usaha mengekstrak sebatian bioaktif dalam kuda laut bagi tujuan perubatan dan klinikal yang sedang diusaha dan dibangunkan. Sejak tahun lalu, sebanyak 200 kuda laut disempurnakan pelepasannya oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Santuari Kuda Laut pertama diwujudkan di negara ini seluas 40.97 meter persegi dimana ia adalah satu generasi induk yang menjalani ternakan secara persekitaran di Pusat Pembiakan Kuda Laut yang terletak di Bangunan Penyelidikan Marikultur J-Biotech di Gelang Patah sebelum dilepaskan di santuari selama sebulan dan kemudian diletakkan semula ke habitat asal/ Bagi ahli Biologi J-Biotec berkata kelainan Pusat Pembiakan Kuda Laut di sini adalah dari segi kejayaan menghasilkan formulasi pemakanan terbaik untuk mendapatkan anak kuda laut berkualiti. Kebiasaannya makanan kuda laut adalah udang geragau tetapi di sini pada peringkat anak iaitu usia satu hingga 30 hari, ia adalah peringkat kritikal kelangsungan (kemampuan untuk hidup) dan makanan yang terbaik adalah dalam bentuk plankton kultur.  Pada tempoh pramatang (30 hingga 60 hari) kami akan memberi Artemia Spesis (udang air garam) iaitu boleh didapati dalam bentuk telur yang kemudiannya saintis dan penyelidik di sini akan formulasikannya supaya ia menjadi makanan sihat untuk kuda laut. Matlamat utama penyelidikannya kini adalah bagi memastikan tahap peratusan kelangsungan kuda laut dapat ditingkatkan setiap tahun apabila dilepaskan ke habitat asalnya di Sungai Pulai. Pada tahun pertama menyaksikan lima peratus tahap kemampuan untuk hidup, seterusnya 10 peratus pada tahun kedua dan terbaru, daripada 200 yang dilepaskan ke habitat asal pada 7 Januari lalu, ia (kuda laut yang mampu hidup) meningkat sehingga 20 peratus. Dalam pada itu tiga daripada lapan spesies kuda laut Malaysia terdapat di perairan Johor dimana jangka hayat adalah satu hingga tiga tahun. Ia ada kulit yang memiliki tiga warna iaitu coklat, kuning dan merah dimana kuda laut jantan akan melahirkan anak dengan menghasilkan sehingga 700 anak dalam tempoh sekali penghasilan anak. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
KUDA LAUT... ATAU 'SEAHORSE' IA SAMA...
SAIZ KECIL....MACAM PLANKTON DIA..
LIMA JENIS UTAMA....APAKAH DIA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

SELAMAT MENYAMBUT
HARI MERDEKA KE 69
MALAYSIA 2026!...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...