Support My Blog

Tuesday, April 13, 2021

DAUN KETUM GORENG CELUP TEPONG

DAUN KETUM GORENG CELUP TEPONG merupakan satu lagi produk yang telah viral bermula tahun 2016 dimana ia dijadikan satu lagi pasaran baru. Kalau biasanya cara mengambil ketum dengan merbus dan meminumnya tetapi kini telah diadakan produk baru ini. POKOK KETUM (Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. Berita terbaru bagaimana penyeludup daun ketum dari Malaysia ke Thailand telah pun bertempur dengan pihak polis dimana dua orang anggota keselamatan telah terkorban ditembak penjenayah di Perlis pada 2020. Pokok Ketum merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu lagi produk iaitu daun ketum goreng celup tepung yang di pasarkan di Kedah dan Pulau Pinang menyamai dengan makanan snek daun bayam goreng tepong yang merupakan makanan tradisi untuk bahan rujukan pembaca semua.

Penulis blog beberapa kali telah menulis mengenai ketum, khasiatnya, potensinya, cakoroi dan banyak lagi artikel yang berkaitan dengan ketum. Walau pun s
ebelum ini daun ketum dijadikan air rebusan dan kemudian diminum untuk mendapatkan bahan Mitragynine ini akan tetapi sekarang daunnya telah digoreng pula dengan tepung. Air rebusan ketum selalu akan dimasukkan kedalam bekas lastik sebelum dijual dan diminum (Sila lihat foto disebelah). Penagih ketum pula sudah tahu dimana pihak berkuasa mudah mengenalpasti air rebusan ketum yang berwarna coklat dan mudah pula dibawa kemakmal untuk menmeriksa akan kandungannya. Pengusaha daun ketum telah mengubah rupabentuk produk mereka dengan mencelup daun ketum dalam tepung dan menggorengnya untuk dijadikan kerepek daun. Ia akan kelihatan nampak macam sedap pula akan tetapi pembaca blog jangan jangan gatal mencuba pulak. Mula-mula rasa enak dan kemudian terus ketagih tanpa mengetahui bahawa ia adalah daun ketum goreng salut tepong. Dilaporkan inilah cara terbaru untuk memasarkan daun ketum dimana ia bertujuan untuk meraih keuntungan. Kepada mereka akibat mencari wang daun ketum terlarang pun mereka hendak menjualnya.. Dari segi sejarah kegunaan daun ketum sebenarnya dijadikan bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Bagaimana pun bagi sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab akan menjadikan air rebusan daun ketum disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.  Air rebusan ketum biasanya boleh juga menjadikan seseorang tu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Disebabkan mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952, maka pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Jualan daun ketum goreng ni dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang dimana ada pihak yang menjual snek daun ketum kononnya sebagai seperti kerepek atau rempeyek daun bayam yang dijual di pasaran kini. Kaedah ini juga dikatakan dikhuatiri akan merebak ke kawasan lain terutama di Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara. Dilaporkan dimana produk baharu tu dikatakan diuji kaji dulu untuk mengetahui sama ada dapat permintaan tinggi atau tidak sebelum memasarkan ke kawasan lain.  AADK Negeri Kedah menyarankan kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum. Pihak Berkuasa masih tidak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam bukannya satu kesalahan.  Kalau memetik daun ketum barulah dikatakan satu kesalahan dimana salah satu taktik pengusaha ketum kan menggunakan individu lain yang hendak membeli ketum perlu memetik sendiri. Cara taktik licik macam itulah maka mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan.

Bernama melaporkan dimana b
agi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam. Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang. Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek. AADK khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini. Produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak. Pada masa yang sama adalah disarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum. Sekarang kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan. Ini adalah antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan. Dilaporkan oleh AADK dimana kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1). Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes dimana pesalah hanya akan didenda. 

Kini dilaporkan oleh media dimana m
emang ada dakwaan dimana telah ada mereka yang sudah menjadi 'jutawan' selain hidup mewah dengan hanya menanam dan menjual daun dan air ketum yang mendapat permintaan tinggi. Walaupun beberapa kali kita lihat dalam berita dimedia eletronik dan di program TV3 seperti Rancangan 999 dimana banyak serbuan dan tangkapan dilakukan kepada mereka yang terlibat dengan pengedaran, penjualan dan eksport daun ketum atau air ketum tetpi dilaporkan masih ada usahawan yang meneruskan usaha menanam ketum. Berita tempatan seperti sumber Bernama ada mennyatakan dimana menurut Ketua Polis Perlis iaitu Datuk Surina Saad ada mengakui pulangan besar penanaman ketum dan telah menyifatkan perkara itu tidak akan selesai selagi tiada undang-undang mengharamkan proses penanamannya. Menurutnya hukuman denda sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 langsung tidak lagi menakutkan pesalah ketum untuk terus melakukan aktiviti tersebut. Mereka ini menanam dilokasi yang agak sukar untuk dilihat oleh pihak awam atau pihak berkuasa kerana pokok ketum agak sukar dikenali oleh kebanyakan orang jika ditanam dengan secara tersembunyi. Selalunya bagi mendapatkan benih tanaman dan lokasi penanaman ketum tidakah sukar kerana pokok ketum boleh gunakan biji benih yang matang dan disemai seterusnya boleh ditanam dikebun. Proses penjagaan tanaman ketum yang lasak ini mudah kerana amat kurang serangan perosak dan penyakit semulajadi yang merosakkan tanaman. Proses untuk menuainya juga mudah dengan memetik daunnya sahaja dan menggredkannya sebelum dimasukkan kedalam guni atau diproses menjadi minuman air ketum. Produk baru daun ketum goreng salut tepong perlu dipantau selalu kerana jika sudah menjadi kesukaan masyarakat tempatan mungkin agak sukar dikawal. Bagaimana pun penulis blog terfikir bagaimana keberkesanan mitragynine dalam daun ketum yang digoreng sama ada ia masih menyamai dengan efek air rebusan ketum atau serbuk ketum (powder). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DAUN KETUM... DIREBUS AIRNYA...
DIMINUM PULA... KHAYAL RASANYA...
DICELUP TEPONG... DIGORENGNYA...
PRODUK BARU... BELUM UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Banda Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1442H).

Monday, April 12, 2021

DAGING RUSA - APA DIA?


RUSA
(Deer) merupakan sejenis haiwan 
dalam keluarga artiodactyl yang mempunyai lebih daripada 40 spesies diseluruh dunia. Jangkauan tempat tinggal mereka adalah pelbagai zon iklim iaitu daripada kawasan padang rumput kering sehingga kawasan sejuk di tundra Artik. Kawasan pembiakan rusa semulajadi dipercayai berada sekitar EurAsia dan Amerika sebelum manusia membawa rusa ke kawasan benua Australia dan New Zealand. Sejak dahulu dipercayai dimana daging rusa pernah digunakan untuk dijadikan industri daging rusa terutama daripada spesia rusa sika, rusa merah dan rusa roe. Antara kulineri yang sangat dihargai adalah daripada jenis daging rusa masihmuda yang diburu pada musim gugur dikawasan negara temperate. Dalam pada itu dilaporkan dimanan kandungan kalori daging rusa adalah 154 kcal per 100 gram daging. Daging Rusa atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'Venison' adalah sumber protein bermutu tinggi yang juga tepu atau tinggi dengan mineral (besi, kalium, fosforus, natrium, kalsium, magnesium) serta ia juga kaya dengan vitamin (PP, E, A, B1, B2), lipid dan bahan ekstraktif yang lain. Kajian menunjukkan dimana diantra beberapa ciri berguna daging rusa (venison) dimana ia adalah jenis daging untuk dijadikan makanan yang sangat baik oleh manusia dimana ia lebih berharga dan berkualiti dari daging bebiri, daging lembu, daging babi dan juga daging ayam. Ini disebabkan semasa hayatnya haiwan rusa ini tidak diserang oleh parasit dimana kesannya daging rusa boleh dimakan mentah. Memakan daging rusa dilaporkan mampu untuk mencegah kes anemia, hipertension, penyakit vaskular sklerotik, diabetes mellitus dan penyakit kardiologi (kalori). Daging rusa yang didakwa lebih mesra alam juga didakwa mampu untuk melindungi manusia dari karsinogen. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta mengenai daging rusa sebagai bahan bacaan dan rujukkan [embaca semua.

Menyentuh mengenai potensi dan kulineri daging r
usa dalam masakan memang boleh dipelbagaikan kerana lazimya daging rusa atau venison mempunyai rasa manis dan warna kecoklatan tertentu. Dagingnya padat dan keras dan sebaiknya sebelum ia memasak adalah disarankan untuk diperap dengan beberapa jenis herba dan perasa yang sesuai dengn menu masakan. Pada penulis blog untuk memangang daging rusa (roested) sebaiknya diperap dengan repah yang sesuai sehingga ianya sebati sebelum memanggangnya menjadi ;steak daging rusa' yang enak dan lazat serta berkhasiat. Di Malaysia memang ada beberapa restoren yang menawarkan hidangan steak daging rusa ini dengan harga berpatutan untuk ujirasa (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog memang beberapa kali dapat makan steak ini dalam beberapa majlis rasmi dan juga pernah pergi kerestoren yang ada menghidangkannya. Sebenarnya daging rusa boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan dimana kalangan masyarakat tempatan mereka masak kari, rendang, panggang. masak kicap dan sebagainya. Diperingkat antarbangsa pula daging rusa ada yang diproses menjadi sosej atau pun menjadi bebola daging (calorizator). Ia juga memang boleh dibakar, direbus, di goreng atau di panggang. Lazimnya dging rusa akan dimakan dengan nasi, kentang, mee, roti, sayur-sayuran, dan bijirin dan lain-lain. Daging rendang rusa merupakan diantara masakan terbaik yang penulis blog pernah nikmati diikuti dengan daging rusa panggang yang dimakan dengan nasi semasa berkunjung kerumah rakan yang ada menternak rusa di Jorak, Muar, Johor beberapa tahun lalu. Beliau menternah sekitar 25 ekor rusa dikawasan halaman rumahnya dan menjadikan aktiviti peenternakan rusa sebagai hobi yang membawa keuntungan juga.

Kepada mereka yang handal menikmati makanan berasaskan daging memang akan berkata dimana d
aging rusa adalah daging yang sangat lazat dan luar biasa untuk dinikmati. Daging Rusa sebenarnya memang mempunyai struktur yang agak kaku dimana untuk mendapatkan satu  hidangan yang enak maka sebaiknya ia perlu mengikuti beberapa peraturan untuk memasak dan memerap daging dalam perapan khas. Bahan untuk perapan ini pelbagai kombinasi daripada jenis rempah biasa sehingga kepada bahan yang mesra alam beberapa jenis daun pokok renek. Daun dari tumbuhan ini mampu merangsang proses pengeluaran Asid linoleat dalam tubuh individu yang didakwa mempunyai kemampuan untuk melindungi manusia dari kesan berbahaya bahan karsinogenik dan toksik. Semasa daging rusa dimasak atau menjalani rawatan panas biasanya ia dapat mengekalkan citarasa aslinya yang tidak terdapat pada daging lembu atau daging babi. Di negara Rusia daging rusa atau venison merupakan sejenis tisu otot dari rusa liar yang mana ia merangkumi beberapa haiwan yang dagingnya digunakan sebagai produk makanan termasuk rusa, rusa roe, rusa fallow dan juga Elk. Daging daging rusa memang sangat padat dimana ia tidak mengandungi lapisan lemak dan ia dilaporkan mempunyai rasa manis dan bau yang khas. Lazimnya daging rusa yang diperoleh dari binatang masih muda hasil berburu pada separuh pertama musim gugur memang sangat bernilai dimana di hemispiar utara haiwan seperti ini ada juga yang dijadikan perusahaan industri ternakan komersil. Daging rusa mempunyai komposisi makanan seperti vitamin dan zat mineral tinggi termasuk uunsur K, P, S, Na, Zn, Se dan Ca. Di antara unsur mineral ini dilaporkan dimana unsur zat besi (Fe) adalah mempunyai jumlah yang banyak. Kandungan asid lemak dalam daging rusa juga menambah nilai kualiti daging rusa dipasaran. Daging rusa yang mana kandungan kalorinya rendah amat baik kepada mereka yang berlebihan berat badan serta da masaalah pada ginjal dan hati. Daging rusa segar diperlukan untuk atlet yang berusaha membina otot dengan mendedahkan badan kepada beban yang berat. Ada laporan lain menyatakan dimana menggunakan daging rusa dengan cara betul dalam makanan membantu mengurangkan risiko terkena penyakit sistem kardiovaskular. Ia juga didakwa membantu mengurangkan kolesterol darah sehingga dapat melindungi terhadap terjadinya aterosklerosis.

Venison adalah sejenis daging dilaporkan mengandungi unsur protein yang sangat baik terutama pada rusa muda. Laporan dari beberepa negara didapati baiwan rusa yang menjadi penghuni hutan yang belum mencapai usia enam bulan mempunyai daging yang lebih lembut dan mudah diproses sedangkan daging rusa yang diperoleh dari haiwan lebih dewasa mempunyai tekstur yang lebih keras atau kaku dengan warna dagingnya lebih merah. Dilaporkan dimana rusa liar mengambil m
akanan utama iaitu lichen (sejenis lumut) yang mempunyai kemampuan untuk menghilangkan parasit dari tubuh manusia (Sila lihat foto disebelah). Ini menunjukkan bahawa haiwan rusa ini hampir tidak mempunyai cacing dan parasit lain didalam tubuhnya dimana oleh itu perlu diketahui dimana semasa menyediakan hidangan atau memasak dagingnya tidak perlu melakukan rawatan panas yang menyeluruh. Daging rusa sesuai dimakan dengan selamat untuk dimakan mentah seperti sushi dan sudah djadikan amalan kepada menu makanan athlet yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan. Daging rusa atau venison mempunyai keupayaan untuk membuang sebatian karsinogenik seperti garam logam berat dan bahan toksik dari badan. Penggunaan daging rusa secara berkala dalam diet menguatkan kekebalan dan imunisasi serta dapat membantu melawan virus, jangkitan dan kulat. Telah juga terbukti secara ilmiah dimana daging rusa dapat melindungi seseorang dari ancaman penyakit kanser (barah). Adalah tidak mustahil untuk menyingkirkan tumor sepenuhnya akan tetapi adalah berkemungkinan ia berpotensi untuk mencegah peningkatan metastasis. Kandungan antioksidan dalam daging rusa akan melambatkan proses penuaan semula jadi. Daging rusa membantu dalam sintesis enzim disebabkan ia lebih mudah dicerna. Hidangan dari daging rusa memang digalakan untuk diberikan kepada mereka yang pernah menjalani pembedahan atau penyakit berjangkit. Venison mampu melindungi tubuh dari kesan negatif alkohol dan produk tembakau serta dari kesan rawatan dengan ubat kuat. Ada dakwaan dimana daging rusa digunakan untuk tujuan dijadikan serbuk yang banyak digunakan dalam bidang kosmetologi. Berdasarkan kajian ini mereka menghasilkan krim anti-penuaan dan produk pelindung sinar matahari yang menyuburkan kulit dan melindunginya dari kesan berbahaya sinar ultraviolet. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TERNAK RUSA... GUNA DAGINGNYA...
HARGANYA MAHAL... HEBAT RASANYA...
DIPANGGANG ENAK... RENDANG JUGA...
PELBAGAI KHASIAT... ARTIKEL DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 627, Suite Room,
Hotel Sabah, Sandakan,
Jalan Utama, Sabah,
Malaysia.
(28 Syaaban 1442H).

Sunday, April 11, 2021

TAUHU DAN TAUHU KERING -ADA CERITA


APAKAH DIA TAUHU KERING DAN TAUHU?.  TAHU KERING
merupakan satu produk proses berasaskan kacang soya (Glycine max) yang digunakan sebagai bahan masakan khususnya sup, sayuran campur dan lain-lain kegunaan makanan. Tahu kering juga dipanggil sebagai 'Kembang Tahu' atau 'Yuba' di Indonesia yang diproses daripada air kacang soya yang dipanaskan pada suhu 80-90 darjah celsius diatas bara api yang kemudian akan membentuk satu lapisan seakan membeku dibahagian atas cecair dan diambil seterusnya adalah untuk dikeringkan. Lapisan ini yang berwarna kuning kecoklatan merupakan satu tindakbalas kompleks air kacang soya diantara protin dan lemak susu yang membeku. Lapisan yang terbentuk ini diangkat berhati-hati agar boleh digantung diatas tempat masak sehingga kering. Pemerhatian saya melawat projek membuat tahu kering bumiputra di Kg Tambak Paya, Melaka Tengah minggu lepas mendapati sebanyak lapan (8) kali pengutipan hasil dapat dijalankan setiap kali air soya dimasak. TAUHU pula merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kacang soya dan sangat popular sebagai makanan yang berkhasiat di Malaysia dan Indonesia. Ada yang panggil ia sebagai 'Tahu' sahaja dimana makanan ini merupakan bahan asas penting untuk dijadikan makanan seperti Tahu Goreng, Tahu Bakar, Rojak Tahu, Sayur Tumis, Tahu Sumbat dan banyak lagi. Tahu merupakan sejenis makanan yang berasal daripada negar China seperti juga Kicap (Soy souce) dimana kini ia merupakan satu bahan makanan sangat digemari oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Daripada wikipedia menyatakan yang tahu berasal dari bahasa Hokkien (Tauhu) yang bermakna 'Kacang Soya yang ditapaikan'. Tahu merupakan makanan yang telah sangat lama dicipta dan dimakan iaitu semenjak 2,200 tahun dahulu semasa pemerintahan Dinastai Han di China. Di negara Jepun pula makanan ini lebih dikenali sebagai 'Tofu' sahaja. Kini 'tahu' telah terkenal diseluruh dunia terutama di kawasan Asia dan juga dimana ada komuniti bangsa China tinggal. Saya pun memang amat suka makan tahu goreng segar yang dicecah dengan sambal kicap. Selain daripada keenakannya, tahu merupakan sejenis makanan yang dapat memberikan khasiat kesihatan yang baik kepada manusia kerana kandungan protin yang tinggi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai lagi beberapa berita mengenai tauhu kering dan tauhu daripada media tempatan dan sumber lain untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Berita dari Melaka bertajuk 'Kilang tauhu kering menggunakan logo halal adalah meragukan' sesuai dirujuk. Di Melaka ada s
ebuah kilang pemprosesan tauhu kering atau fucuk di Jasin telah diserbu pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri kerana disyaki menggunakan logo halal yang meragukan. Dalam Ops Halal yang disertai pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Melaka semalam itu dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam berhubung status halal produk makanan yang turut dipercayai diedarkan di pasaran tempatan itu. Pengarah KPDNHEP negeri iaitu Norena Jaafar berkata hasil daripada pemeriksaan mendapati kilang terbabit menggunakan logo halal dengan cara yang mengelirukan. Dilaporkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1,225. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM500,000 bagi kesalahan berikutnya. Dilaporkan sejak 1 Januari 2020 lalu hingga semalam, sebanyak 17,400 premis perniagaan diperiksa. Kini pihak KPDNHEP negeri turut menerima sebanyak 775 aduan rasmi yang secara keseluruhannya berkaitan harga barangan. Dilaporkan juga sehingga semalam dimana sebanyak 216 kes dihasilkan membabitkan jumlah nilai rampasan sebanyak RM636,206.85 yang terdiri daripada semua akta dan undang-undang di bawah KPDNHEP dan pada masa sama, sejumlah RM114,050 kompaun dan RM187,500 denda dikeluarkan membabitkan semua kesalahan. Pengguna boleh membuat laporan jika berlaku sebarang salah laku berkaitan kesalahan perdagangan dan isu kepenggunaan dengan menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP Melaka di talian 06-2345869 dan ECC KPDNHEP Putrajaya (03-88826088) yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Beria Harian dengan artikel bertajuk 'Kilang Tauhu Kootor diarah tutup 12 hari' juga perlu dikongsi dalam artikel kali ini. Di Kuala Lumpur dilaporkan dimana kilang yang berbau
 busuk dan dipenuhi lipas telah diperiksa. Itu adalah keadaan sebuah kilang memproses tauhu di Cheras ketika penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat pemeriksaan sanitasi di premis tersebut. Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi itu, lima anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL turut menemui hurungan lipas di kilang berkenaan. Beliau berkata bahagian lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki. Pijak pengendali pula tidak memakai kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan, selain kilang itu didapati tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual  Sehubungan itu, Nor Hisham berkata, premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berkuat kuasa hari ini. Jika didapati masih kotor, notis penutupan baharu akan dikeluarkan dan kilang itu berkemungkinan akan dibatalkan lesen. Beliau menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembuatan makanan supaya menjaga kebersihan dan mutu produk. DBKL akan memerangi habis-habisan pengeluar yang kotor seperti ini.

Saya juga ada menulis beberapa artikel mengenai tauhu dan tahu kering untuk dibaca bersama dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. 
Tahu Kering ini memang sangat popular di hasilkan oleh Negara Taiwan dan Hong Kong semenjak beratus tahun dahulu. Negara tersebut memproses dan memang ada menghasilkan tahu kering dengan menggunakan teknologi moden yang kebanyakanya sama ada semi automatik atau sepenohnya automatik yang bersih dimana boleh diekspot keluar negara. Terdapat 3 kaedah moden yang mereka gunakan iaitu Teknologi Na-Alginat, Teknologi Pengeringan Drum (Drum drying) dan Teknologi 'Belt Drying'. Pemprosesan tahu kering di Malaysia dan juga di Indonesia kebanyakannya di pelopori oleh Kaum Cina secara tradisional menggunakan teknologi mudah dengan kayu api dan agak kurang hygenik. Jumlah pengeluaran tahu kering di negara kita tidak ada maklumat rasmi yang dikeluarkan tetapi saya membuat anggaran sekitar 3 - 5 metrik tan setahun. Pembuat tahu kering ini kebanyakannya merupakan 'family business' yang tidak didaftarkan dan cara pemasaran serta teknik pembungkusan hanya untuk keperluan domestik sahaja. Mereka membuat kilang kecil dalam rumah atau dibelakang rumah menggunakan tempat masak dari takung zink yang mampu memproses antara 300 - 500 liter air sehari tahu mengikut kemampuan pengusaha. Tahu Kering pada saya sesuai dimasak untuk Sambal Goreng , Masakan Lemak Lodeh, Sayur Campur, Masak Lemak Cili Api Peria dan macam-macam lagi. Di kalangan masyarakat Cina pula mereka suka jadikan tahu kering dibuat ramuan masakan sup. Kandungan tahu kering yang sangat tinggi dengan protin juga sangat baik untuk mereka yang 'Vegetarian' sebagai pengganti kepada daging atau ikan. Sup tahu kering yang suam panas dicampur dengan beberapa ramuan lain amat menyelerakan jika dimakan dengan nasi putih. Resepi Sambal Goreng Jawa untuk nasi ambeng memang disediakan oleh kalangan masyarakat jawa di Johor (Sila lihat foto dibawah sekali). Sambal goreng ini mempunyai komponen utama tahu kering bersama dengan ramuan lain seperti cili, soon, kobis, dimasak untuk dimakan tengahari atau semasa kenduri kahwin dikampong. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TAUHU BASAH... ASALNYA SOYA...
TAUHU KERING... NIPIS SAHAJA....
MASA MEMBELI...ADA JAMINANNYA...
MAKANAN BERASAL... OORANG CINA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1442H).
Bersamaan 7 Febuari 2021).

Saturday, April 10, 2021

TINJAUAN NANAS MD2 DI KG RUNGUS, SABAH

PROJEK TANAMAN NANAS MD2
di Kg Rungus, Botition, Beluran, Sabah memberikan pengalaman baru kepada penulis blog dalam aktiviti penanaman nanas. Tinjauan ini dilakukan bersama Pengerusi LPNM dan beberapa pegawai kanan LPNM sempena perjumpaan kunjung hormat LPNM dengan Ketua Menteri Sabah di Sandakan. Projek tanaman nanas MD2 (Ananas comosus) di kampung ini di berikan bantuan asas oleh Jabatan Pertanian Sabah sebagai salah satu projek perintis tanaman nanas MD2 yang mana tanaman nanas sedang dipromosikan dalam negara sebagai tanaman dibawah Skim Kekayaan Baru (SKB) negara. Ketibaan para rombongan yang diketuai oleh Pengerusi LPNM iaitu YB Dato Dr Sharudin Jamal disambut oleh Yang Berhormat Samad (kampung beliau) dan beberapa petani yang terlibat dengan projek penanaman perintis nanas MD2 dikampong tersebut seramai sekitar 6 orang. Tinjauan ini dilakukan mengikuti SOP Covid19 seperti pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan juga penggunaan pencuci tangan setiap masa. Projek tanaman nanas ini merupakan salah satu daripada beberapa projek tanaman nanas MD2 di Sabah yang terus berkembang luas untuk pasaran domestik. Dari penjelasan ketua projek dimana memaklumkan bagaimana bermulanya projek bagi tanaman nanas MD2 ini dimulakan hujung 2019 dengan bantuan anakbenih sulur diberikan oleh Pejabat Pertanian Daerah dan juga bantuan input serta khidmat nasehat. Bagaimana pun kebun tersebut adalah merupakan tanah bercerun dimana ada beberaa penyediaan batas tanaman yang tidak mengikuti amalan teknikal baik dimana ia boleh ditambahbaik. Penyediaan batas dari atas kebawah cerun yang tidak betul oleh beberapa peserta menyebabkan berlaku kejadian hakisan tanah yang serius sejal lebih setahun lalu. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai hasil tinjauan teknologi aktiviti penanman nanas MD2 di Kg Rungus, Sandakan Sabah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Bantuan berupa penyediaan kawasan, input pertanian (Sulur benih, plastik silvershine, baja dan juga racun) dibawah program khas tanaman nanas MD2 oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Penulis blog ucapkan taahniah kepada Jabatan Pertanian dan juga Ahli Yang Berhormat diatas inisiatif penanaman nanas MD2 sehingga berjaya menuai hasilnya semasa lawatan kami. Sehingga artikel ini ditulis Agensi LPNM masih belum wujud di Sabah dimana industri tanaman nanas di Sabah masih dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri. Menteri Pertannian dan Industri Makanan (MAFI) telah pun membuat kenyataan media di Laman Nanas, MAEPS Serdang pada Mac 2021 dimana menyatakan bahawa LPNM akan beroperasi di Sabah tidak lama lagi setelah kerajaan negeri pada dasarnya juga telah bersetuju demi memajukan industri nanas yang sangat baik dan berpotensi tinggi di Wilayah Sabah. Penulis blog mendapati penanaman nanas komersil yang agak luas berada di Keningau (sekitar 70 ekar) dimana ia diusahakan oleh Usahawan ikonik Datok Yap yang juga pengeluar susu segar terbesar di Sabah dengan varieti nanas Keningau Diamond (Sila klik disini). Berlainan dengan cara penanaman nanas oleh pekebun keci di Kg Rungus ini yang dikategorikan sebagai petani kecil yang menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian. Ketua Projek memaklumkan dimana Jabatan Pertanian menyediakan benih nanas MD2 sebanyak 18,000 sulur dalam 3 peringkat penghantaran. Kerja-kerja untuk penyediaan tanah seperti membersihkan tanah, membuat batas dan memasang plastik silvershine disiapkan secara manual dan berperingkat mengikut jadual bekalan anakbenih sulur nanas MD2. Bagaimana pun aktiviti penanaman nanas ini berjaya disiapkan untuk kesemua benih yang dihantar kepada kelompok nanas di sini dimana peserta bekerjasama dalam menanamnya. Tanah dibersihkan dan dibina batas kemudian dipasang plastik silvershine walau pun ada kalangan petani menanam terus atas tanah tanpa batas dan plastik silvershine. Kini sebahagian besar pokok sudah mula berbuah dengan aktiviti menghormon dilakukan secara berperingkat untuk memudahkan jadual pemasaran.

Tanaman nanas di kampung Rungus ini diatas tanah yang baru dibuka dengan masih banyak unsur baja semulajadi. Uniknya dimana ada beberapa lokasi pokok nanas agak kurang kelihatan kerana terlindung dengan semak dilereng bukit walau pun pertumbuhan nanas masih agak memuaskan. Apa yang dilihat dari mata kasar mengenai amalan agronomi tanaman masih perlu ditambahbaik lagi terutama untuk amalan kawalan rumpai, aspek kawalan perosak dan juga perlu pemasangan pelindung buah kerana berlaku agak serius buah rosak akibat kes lecur oleh pancaran matahari atau pun 'sunburn'. Petani disyorkan untuk meletakkan pelindung buah nanas dengan cap nanas atau jaring hitam atau lalang kering diatas jambul buah. Dilaporkan gangguan haiwan liar seperti babi, musang dan monyet sesekali menganggu tanaman nanas dimana ia telah merosakkan pokok nanas dan buah nanas. Penulis blog dapati petani yang kali pertama menanam nanas MD2 ini amat gembira pada kali pertama menuai buah tersebut dan membuat ujirasa nanas MD2 setelah lebih setahun lamanya menunggunya. Mereka nyatakan nanas ini lebih manis, kurang lidas dan juga berbau agak harum. Galakan daripada YB Samad dalam memajukan projek tanaman nanas MD2 disini boleh dipuji kerana beliau membolehkan minat lebih ramai bakal peserta yang ingin bersama menanam nanas sama dimasa akan datang. Memang pada pendapat penulis blog potensi untuk memeprluaskan tanaman nanas di kampung ini boleh diperluaskan lagi kerana kedudukan lokasi Kg Rungus adalah berada pada jalan utama.

Nanas dari kampung ini telah mula dituai secara berperingkat-peringkat mengikut jadual homon yang gunakan pil ANA. Apa yang penulis blog lihat dimana memang ada kemunkinan besar anakbenih yang digunakan adalah daripada benih dari Kultur Tisu (TC) kerana buah yang dihasilkan berlainan bentuknya daripada buah nanas MD2 yang biasanya berbentuk selinder. Ia dikukuhkan dengan lebih jelas lagi dengan memeriksa pada bentuk daun dan duri pada daun. Di lihat pada buah yang masih berada dipokok dimana lebih banyak buah yang panjang lonjong (kadar 2/3) daripada buah nanas yang berbentuk selinder (hanya 1/3). Benih dari TC memang masih belum disyorkan untuk penanaman nanas hibrid secara komersil terutama untuk pasaran eksport. Dari segi ujirasa buah yang panjang dan lonjong dibahagian bawah buah adalah manis (mencapai lebih 15 darjah brix) akan tetapi dibahagian atas didapati masam sedikit (sekitar 8-9 darjah brix). Buah ini lazimnya susah untuk dimasukkan kedalam kotak bagi pasaran eksport kerana terlalu panjang dan jambul serta tangkainya perlu dipotong dimana ia menjejaskan ketahanan buah untuk jangkamasa lama semasa proses penghantaran kepasaran eksport. Bagaimana pun nanas MD2 dari kampung ini mendapat harga runcit pasaran tempatan agak baik iaitu sekitar RM5.00 sekilogram. Daripada ukuran timbangan dimana kebanyakan buah nanas ini beratnya antara 3.0 - 3.5 kg sebiji. Buah nanas dari sini memang sudah mula mendapat pasaran baik. Dimasa akan datang adalah diharapkan petani di Kg Rungus ini akan mendapatkan anakbenih sulur nanas yang asli (bukan dari benih TC) dengan kerjasama beberapa pihak termasuk LPNM, DOA, LPP dan disahkan melalui persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Ini akan membolehkan hanya anakbenih terbaik dan berkualiti akan menjadikan industri nanas negara khususnya di Sabah akan terus bekembang baik terutama untuk pasaran domestik dan pasaran eksport pada masa akan datang. Tinjauan ini memberikan penanda aras untuk kemajuan industri nanas di Wilayah Sabah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. 
Wasallam...!
TANAM NANAS MD2... KG RUNGUS SANA...

TANAH CERUN... BARU KALI PERTAMA...

BENIH TC... PELBAGAI BENTUK BUAHNYA...

PERLU DIBANTU... AGAR MAJU BERJAYA... 


By,

M Anem,

Senior Agronomist,

Room 627, Hotel Sabah,

Jalan Utama, Sandakan,

Sabah,

Malaysia.

(28 Syaaban 1442H).

Friday, April 9, 2021

DAUN PALAS DAN KISAHNYA

POKOK DAUN PALAS
(Licuala grandis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae (palm tree) yang terdapat di Malaysia secara semualajadi. Ramai orang Malaysia mengaitkan pokok daun palas dengan 'Ketupat Palas' yang popular semasa sambutan Hari Raya Aidil-Fitri atau Hari Raya Aidiladha. Bagaimanakah aspek pencirian tumbuhan ini sebenarnya dan bolehkah tumbuhan ini di tanam secara komersial untuk pelbagai tujuan?. Tumbuhan ini dipanggil juga sebagai Fan Palm, Vanuatu Palm Palm dan di kawasan kita dipanggil sebagai Pokok Daun Palas. Pokok ini juga popular ditanam untuk tujuan landskap di kawasan rumah dan juga dikawasan taman-taman riadah oleh beberapa pihak berkuasa tempatan. Pokok Palas merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dengan mempunyai daun yang berwarna hijau berbentuk kipas yang cantik. Pokok ini adalah 'special' dan jarang-jarang dijumpai seperti tumbuhan lain didalam hutan ditempat kita. Hasil pembacaan dari beberapa sumber mendapati terdapat 5 jenis palas yang sering terdapat di Malaysia iaitu Palas Kipas (Licula grandis), Palas Duri (Licula sapinosa Roxb), Palas Bintulu (Licola bintuluensis), Palas Borneo (Licula cordata) dan juga Palas Sarawak (Licula orbicularis). Palas yang digunakan untuk tanaman hiasan dikeliling rumah sebagai pokok hiasan atau ornamental plants adalah dari jenis palas kipas yang tumbuh dari satu batang dan mempunyai daun yang terbit dari pangkal pokok. Belum banyak maklumat mengenai tabiat dan agronomi tumbuhan ini dikaji di Malaysia dan belum ada laporan rasmi keluasan penanaman pokok palas secara komersial di negara kita. Pemerhatian mendapati kawasan yang sesuai untuk pokok palas tumbuh adalah dari kawasan tanah yang mempuynyai saliran baik, lereng bukit dan pokok ini lazimnya memerlukan naungan (Shaded area). Pokok yang mempunyai batang tunggal ini mengeluarkan pelepah daun dibahagian atas pokok yang mana hanya satu daun terbit dari satu tangkai. Ketinggian pokok palas mampu mencecah 6-7 kaki dan lazimnya pokok dewasa akan menghasilkan buah berwarna merah berbentuk seperti 'cherry' yang terdapat dalam berangkai. Buah yang masak ini menarik haiwan untuk memakannya. Pokok palas mempunyai akar serabut seperti pokok palma yang lain dan memerlukan kawasan yang sederhana lembab untuk kesuburannya. Terdapat beberapa maklumat mendapati pokok palas mampu hidup lama di kawasan yang sama pada perdu yang berubah-ubah sehingga 30-40 tahun. Belum ada maklumat rasmi mengenai kaedah pembiakan pokok palas tetapi saya percaya ianya melalui biji benih yang matang (Lazim bagi keluarga palmae). Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah tentang daun palas  dilaporkan akhbar tempatan sebagai testimoni untuk bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Dalam portal berita Mymetro dengan judul 'Uniknya ketupat palas pelbagai inti' wajar dijadikan bahan bacaan. Bermula 
hanya menjual ketupat palas di gerai di bahu jalan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suami terbabit dalam kemalangan, Norhashimah  kini berbangga apabila makanan tradisional itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Ketupat palas diusahakan Norhashimah dan suaminya pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia. Bermula dengan hanya menghasilkan ketupat palas lemak manis, produk dijual Norhashimah dan Mohd Faizu kini lebih variasi dengan pilihan ketupat berintikan sambal daging, sambal ikan, jagung dan kacang selain ketupat palas pulut hitam. Pelbagai kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuhi dalam mereka mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional terutama apabila lebih 50 kilogram pulut dimasak untuk membuat ketupat tidak menjadi. Pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM2,000 kepada RM7,000 sebulan. SME Corps meluluskan geran bernilai RM50,000 untuk pasangan itu membuka kilang di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) di Kampung Kubang Jela, Manir pada 2016. Ketupat palas pelbagai inti ini mendapat permintaan pemilik pasar raya yang memiliki gedung terbesar di negara ini, tetapi permintaan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami sedang menunggu kelulusan sijil halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bagi membolehkan produk memenuhi syarat untuk menembusi pasaran luar negara. Mereka kini berjaya untuk mengeluarkan ketupat palas pelbagai inti antara 3,000 dan 5,000 biji sehari dengan pembungkusan bersih dan dapat memenuhi piawaian pasaran. Penggunaan daun palas perlu bagi mengekalkan keaslian ketupat dan mereka tidak akan ubah dari menggunakan bahan lain dan mengakui ketupat yang disejuk beku dihasilkan mampu bertahan selama enam bulan.

Bergelar 'Saudagar Palas Utara' daripada Padang Terap, Kedah En Mohd Isa dari Kampong Pong kini 
menjadi pembekal utama daun palas di kawasan utara berikutan pohon itu tumbuh di kawasan kebun getahnya seluas lima hektar. Beliau menjadikan daun palas sebagai perniagaan yang berjaya.  Kegunaan daun palas untuk bungkusan ketupat di kawasan utara bagaikan satu kemestian tetapi pokok palas sukar diperoleh kerana tumbuh liar dalam hutan. Pokok Palas dengan santifiknya Licuala grandis hanya tumbuh beberapa pokok saja di kebun getahnya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya tetapi semakin banyak terutama selepas bapanya menabur biji buah pokok itu di sekitar kebun. Ia tumbuh dengan banyak antara pokok getah yang kini dianggarkan terdapat ribuan pokok palas di kebun ini. Menariknya pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi asalkan berada di kawasan lembap seperti di kebun getah. Setiap kali hari raya dia mampu membekalkan 10,000 pucuk daun palas di negeri ini termasuk Perlis dan Pulau Pinang dimana dia juga seorang penoreh getah. Setiap pucuk daun palas itu dijual antara 80 sen hingga RM1.00 bergantung kepada saiz. Daun palas yang lebih dikenali sebagai daun palas minyak itu ada kelebihan tersendiri iaitu lebih lebar, nipis, mudah dibentuk selain tidak mudah pecah menjadikannya sentiasa mendapat sambutan. Kalau dulu ia dijual murah tidak sampai 40 sen sepucuk namun sejak enam tahun lalu harganya naik berikutan pokoknya semakin sukar ditemui. Dia kini bersyukur kerana bapa dia meluaskan tanaman ini di kebun getah kami, malah ia menjadi pendapatan sampingan saya terutama Aidilfitri. Pada musim perayaan ini dia berhenti menoreh getah bagi memberi tumpuan mengambil daun palas. Pendapatannya sebagai penoreh getah hanya cukup makan iaitu kira-kira RM500 sebulan dimana dengan adanya bekalan daun palas dapatlah saya dan keluarga menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya dengan lebih meriah. Selain musim perayaan dia turut menerima tempahan bagi membekalkan daun itu dengan tempahan melebihi 200 pucuk sehari.

Memang dilaporkan dimana bukan mudah membuat ketupat palas seperti dilaporkan dalam akhbar My Metro. Lazimnya ketupat 
palas menjadi antara juadah tradisional mudah didapati pada bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Bagi usahawan Rahimah Omar yang berummur 59 tahun yang juga pembuat ketupat palas tradisional dari Kampung Kubang Palas, Banggu, Kota Bharu, Kelantan ini memang sudah saban tahun beliau tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pendapatan bagi tujuan memenuhi permintaan pelanggannya terutama pada bulan Ramadan dan Syawal. Dakwanya ketika memproses ketupat palas, dia 'mengarong' (mengadun) pulut bersama santan menggunakan kudratnya 100 peratus tanpa bantuan mesin (Sila lihat foto disebelah)Proses 'mengarong' pulut bersama santan agak memenatkan kerana ia sentiasa perlu dikacau menggunakan senduk kayu supaya adunan menjadi lebih sebati selain ketupat tahan lama iaitu sehingga enam bulan jika diletakkan di dalam peti sejuk beku serta tidak cepat basi.  Bagaimanapun, petua orang dahulu kala ada memberitahu, selepas pulut siap dikukus ia tidak boleh diletakkan di atas simen kerana pulut akan berbau 'tengik'. Dakwanya antara  cabaran paling besar adalah mencari daun palas dan ada kalanya ia sukar diperoleh, namun dia tetap berusaha meneruskan punca pendapatan sejak 30 tahun lalu itu. Daun palas itu digulung membentuk kelongsong tiga segi sebelum dibersihkan dan kemudian diisi pulut sudah dikukus ke dalam kelongsong itu. Ibu kepada sembilan anak itu berkata, kemahiran membungkus penting kerana jika tidak, bentuk segi tiga kelihatan kurang kemas dan kurang menarik.

Wau Daun Palas merupakan salah satu darikraftanganunik yang menjanjikan kelainan. Dari celah daun pintu yang terbuka, kelihatan seorang lelaki warga emas sedang sibuk meraut buluh sebelum dicantum menjadi rangka wau. Oleh itu b
agi menghilangkan rasa penat maka sesekali Samat Man berumur 73 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Pak Non akan menggesek biola sambil menyanyikan lagu 'Itik pulang petang' sebagai hiburan dalam menyiapkan Wau Helang iaitu sejenis wau tradisi unik menggunakan daun palas. Beliau pernah mendapat satu pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Wau oleh Kraftangan Malaysia pada 2018, Pak Non mula mempelajari teknik membuat wau menggunakan daun palas daripada datuknya ketika berusia belasan tahun. Berdasarkan cerita datuknya, masyarakat pada zaman dahulu di Perlis dengan menggunakan daun palas untuk dijadikan wau sebelum penggunaan kertas diperkenalkan. Menurut cerita tok wan, orang dulu-dulu di Perlis guna daun palas untuk membuat wau kerana pada masa itu sukar untuk mendapat kertas, seingat Pak Non kali terakhir melihat pembuat wau guna daun palas sekitar tahun 1970-an. Proses membuat wau palas adalah lebih rumit dan mengambil masa yang agak panjang berbanding wau biasa kerana memerlukan ketelitian bermula daripada proses mengeringkan, membentuk, menjahit daun dan melekatkan daun palas pada badan wau dakwanya kepada Bernama di Kampung Tok Kaya dekat Kuala Perlis. Dia mengimbangkan bahagian tengah untuk rangka Wau Helang yang mana akan menggunakan daun palas.  Daun palas yang sesuai digunakan untuk membuat wau adalah 'Palas Jin' atau palas hutan tumbuh berdekatan bukit kerana daunnya lebar berbanding daun palas untuk membuat ketupat. Daun palas perlu dijemur selama dua hari hingga kering dan diseterika bagi mengurangkan kedutan dan membentuk permukaan licin. Beliau akan menjahit kepingan daun palas sebelum dilekatkan ke bahagian sayap wau. Wau palas lebih tahan lasak berbanding wau daripada kertas yang mudah rosak dan koyak apabila terkena air. Daun palas tidak cepat rosak jika terkena air dan wau akan lebih anjal berbanding wau yang dibuat daripada kertas. Daun palas yang dijahit menggunakan benang kapas lebih kemas jika dicantumkan menggunakan getah Rumbia namun bahan tersebut sukar diperolehi pada masa kini. Beliau ingin melihat tradisi wau palas dihidupkan semula dan sedia memberi tunjuk ajar jika ada anak muda yang berminat kerana tidak mahu warisan Melayu itu hilang begitu sahaja tanpa generasi pelapis. Sementara itu dakwa Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis Ahmad Said berdasarkan catatan lisan ada orang tua dahulu pernah menghasilkan wau menggunakan daun palas sebelum penggunaan kertas dalam pembuatan wau diperkenalkan. Penggunan bahan dari alam sekitar dalam penghasilan wau adalah baik dan bahan-bahan itu boleh diinovasi bagi memberi nilai tambah kepada bahagian gantian dalam pembuatan wau tradisional mengikut kesesuaian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
DAUN PALAS.... SELALU DIGUNA..
PERMINTAAN TINGGI...HARI RAYA...
DIDALAM HUTAN... TUMBUHNYA DIA...
ADA KUALITI... MEMANG BERHARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1442H).
Posted from
Hotel Sabah, Jalan Utama,
Sandakan, Sabah.

Thursday, April 8, 2021

TANAMAN NANAS GUNAKAN IOT

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) kini telah melangkah lebih baik dengan penggunaan pelbagai teknologi baru termasuk dengan aplikasi Internet Of Things (IoT). Perkara ini merupakan satu lagi kejayaan dilakukan oleh beberapa penanam nanas di Malaysia terutama mereka yang menanam nanas MD2 secara komersil untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Kalau dahulu tanaman nanas hanya popular di Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut dengan jenis nanas Moris dan Gandul dimana penghasilan tertumpu untuk pemprosesan menjadi nanas kaleng (nanas dalam tin) akan tetapi kini tanaman nanas telah berubah kepada tujuan penanaman di tanah mineral untuk pasaran buah segar. Nanas merupakan salah satu buah tropika yang mempunyai potensi baik dimana ia didakwa boleh memberikan potensi keuntungan kepada penanamnya jika dilakukan mengikut amalan agronomi dan MyGAP. Penanam akan mampu dalam menghasilkan nanas berkualiti yang mampu meraih harga baik. Apabila persetujuan MoU untuk pengeksportan nanas ke China telah diluluskan pada 2017 maka potensi pasaran eksport nanas telah terbuka luas selain daripada pasaran tradisional eksport dari Malaysia bagi nanas segar sedia ada ke Singapura, Jepun, Korea, Negara Arab dan beberapa lagi. Bagaimana pun pengeksportan nanas segar ke China perlu melalui beberapa protokol khusus termasuk pendaftaran ladang dan juga rawatan buah nanas. Kini dengan varieti Nanas MD2 dan beberapa nanas premium lain diduga industri nanas negara akan terus berkembang apabila beberapa teknologi sesuai dapat diaplikasikan agar mampu untuk menghasilkan produk nanas segar yang berkualiti. Beberapa petani dan syarikat berkaitan ICT telah memperkenalkan teknologi 'Internet Of Things' di kebun nanas sepertimana telah dilaporkan beberapa media tempatan baru-baru ini. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan mempaparkan laporan media bagaimana tanaman nanas telah maju setapak dengan aplikasi IoT untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk '
Smart Tani mudahkan pemilik ladang' dari Kubang Pasu, Kedah melaporkan dimana Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan memperluaskan lagi penggunaan teknologi penanaman nanas di Malaysia. Menurut Pengerusi LPNM, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyatakan penggunaan teknologi terkini dalam sektor penanaman mampu memberi impak kepada produktiviti pengeluaran nanas negara. Perkara ini sejajar dengan Revolusi 4.0 di seluruh dunia termasuk dalam sektor pertanian di mana sektor itu memerlukan penggunaan teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT) bagi tujuan meningkatkan kecekapan pengurusan pertanian. Sebagai contoh di Ladang Ber One Agro milik Zulkafli Saidin berusia 53 tahun yang terletak di Changlun telah menggunakan sistem dipanggil 'Smart Tani' menggunakan beberapa alatan udah dan senang diaplikasikan (Sila lihat foto disebelah)Sistem ini membolehkan data-data berkaitan agronomi tanaman seperti peratusan kandungan baja, pH tanah, kelembapan, suhu dan taburan hujan dicapai bagi menentukan keperluan sebenar tumbesaran pokok nanas. Penulis blog ada beberapa kali membuat lawatan dan tinjauan teknologi di kebun Ber One Agro dan membuat perbincangan mengenai penanaman nanas MD2 secara komersil dan penanaman Nanas Organik. Dalam pada itu projek ini merupakan kebun nanas ke dua dimana penulis blog ada membuat tinjauan mengenai aplikasi teknologi ini kerana pernah melawat keladang Nanas MD2 di Behrang, Selangor menggunakan IoT setahun lalu. Sistem Smart Tani akan menggunakan data-data lokal yang telah dikumpulkan sensor di plot tanaman akan dihantar ke satu sistem rangkaian Sigfox Cloud yang kemudiannya perlu dihimpunkan di dalam platform yang dinamakan ‘Satu Dashbord’. Semua data akan dapat dilihat dan dinilai dengan mudah hanya melalui telefon pintar (HP) bagi menentukan keperluan sebenar di lapangan. Seterusnya dengan cara itu maka pemilik kebun nanas akan dapat melaksanakan keperluan kerja di ladang dengan memberi arahan kepada pekerja tanpa turun ke ladang. Ladang nanas Ber One Agro seluas 16 hektar itu adalah yang pertama di Kedah yang telah menggunakan teknologi IoT sejak enam bulan bermula pada penghujung tahun 2020. Terkini dimana selain Negeri Kedah penggunaan teknologi IoT itu telah diperluas di Negeri Sembilan dan juga Selangor. Penulis blog tidak tahu mengapa teknologi IoT ini belum dikembangkan lagi di Negeri Johor yang merupakan negeri utama penanaman nanas di Malaysia.

Adalah diharapkan agar 
lebih ramai lagi pengusaha ladang nanas di negara ini memilih teknologi IoT ini untuk diaplikasikan di ladang mereka. Mana-mana pengusaha ladang yang berminat menggunakan IoT boleh merujuk kepada LPNM dimana pihaknya boleh menjadi pengantara kepada mereka untuk mendapatkan teknologi berkenaan. Menurut pemilik Pengarah Ber One Agro Sdn Bhd, Zulkafli Saidin iaitu sistem Smart Tani membantunya dan ia memudahkan kerja-kerja pengurusan ladang apabila hanya perlu memantaunya menerusi telefon pintar. Sebelum ini dia mengerjakan ladang secara konvensional. Kini beliau sudah boleh membuat jangkaan terhadap situasi tanaman dengan cara mendapatkan data tepat termasuk kandungan baja dan juga pH tanah selain suhu. Kini semuanya berada di hujung jari dimana dia hanya perlu buka telefon dan boleh tengok data penting yang dikumpu seperti keadaan pH tanah. Selain itu kini kalau buah nanas saya tidak manis maka dia boleh buka balik data untuk melihat apa puncanya dan boleh dapat jawapan kepada masalah tersebut dengan cepat dan tepat. Dakwa oleh Ketua Pembangunan Perniagaan Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd iaitu En Afif Badhrulhisham pula berkata, teknologi Smart Tani yang dibangunkan pada tahun 2019 itu mendapat maklum balas positif daripada pengusaha nanas. Ramai yang telah setuju bahawa teknologi ini dapat membantu menjimatkan kos mereka selain meningkatkan pendapatan. Sebagai penambahbaikan maka syarikat ini kini dalam proses membangunkan 'Smart Tani Pro' yang mana ia mengandungi IoT, Digital Farming System dan platform Go to Market untuk melancarkan pengurusan ladang digital melalui aplikasi. Buah nanas yang menggunakan teknologi baharu Internet of Things (IoT) yang dibangunkan oleh Syarikat Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd dilaporkan dapat meningkatkan kecekapan dalam pertanian di Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun.

Dalam akhbar My Metro dengan tajuk '
Penanaman nanas guna IoT' dari Bukit Kayu Hitam dilaporkan dimana LPNM akan berusaha memperluaskan lagi penggunaan teknologi untuk aktiviti penanaman nanas di negara ini yang mampu memberikan impak positif kepada produktiviti pengeluaran nanas negara. Perkara ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha mendepani cabaran Revolusi 4.0 yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia termasuk dalam sektor pertanian. Teknologi yang sesuai digunakan untuk penanaman nanas adalah Internet of Things (IoT) seperti dibangunkan oleh Syarikat Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd bagi meningkatkan kecekapan dalam pertanian. Apa yang paling penting bagi teknologi IoT ini adalah ia secara keseluruhannya dapat menjimatkan kos operasi ladang melalui data keperluan sebenar yang tepat seperti diperlukan oleh tanaman nanas di ladang nanas Ber One Agro. Ladang nanas Ber One Agro seluas 16.187 hektar (40 ekar) itu adalah yang pertama di Kedah menggunakan teknologi IoT sejak enam bulan lepas. Ladang nanas yang menggunakan sistem Smart Tani itu membolehkan data berkaitan agronomi tanaman seperti peratusan kandungan baja, pH tanah, kelembapan, suhu serta taburan hujan diperoleh bagi menentukan keperluan sebenar tumbesaran pokok nanas melalui IoT. Kini dengan sistem Smart Tani ini maka data-data lokal yang dikumpul oleh sensor di plot tanaman akan dihantar ke satu sistem rangkaian Sigfox Cloud yang kemudiannya dihimpunkan di dalam satu platform dinamakan Satu Dashbord. Semua data dapat dilihat dan dinilai dengan mudah hanya melalui aplikasi telefon pintar atau tablet walau di mana jua kita berada bagi menentukan keperluan sebenar di lapangan. Dengan cara demikian maka pemilik ladang dapat melaksanakan keperluan kerja di ladang melalui arahan kepada pekerja mereka walaupun tanpa beliau turun ke ladang. Penggunaan teknologi terkini yang dibantu dengan teknologi digital seperti IoT mampu meningkatkan keluasan tanaman nanas negara kepada 20,000 hektar sejajar dengan sasaran LPNM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 berbanding 16,000 hektar pada 2019. Teknologi dalam sektor tanaman nanas juga merangkumi aspek teknikal dalam pengurusan tanaman seperti pembajaan menggunakan dron, kaedah pembajaan seperti penggunaan baja foliar sepenuhnya, penggunaan kejenteraan seperti boom sprayer, teknologi aruhan, pendebungaan, pengurusan kawalan rumpai, pengurusan lepas tuai dan lain-lain. Setakat ini penggunaan teknologi IoT telah diperluas bagi penanaman nanas di Negeri Sembilan dan Selangor selain Kedah maka beliau mengharapkan lebih ramai pengusaha ladang nanas di negara ini mengguna pakai teknologi berkenaan. Perkara ini penting untuk faedah jangka panjang kepada pemilik ladang nanas dalam pengurusan ladang mereka melalui pendekatan menggunakan IoT ini," katanya sambil menambah pengusaha ladang yang berminat dengan penggunaan IoT boleh merujuk kepada LPNM sebagai pengantara dalam usaha mendapatkan teknologi berkenaan. Pemilik ladang nanas Ber One Agro merangkap Pengarah Ber One Agro Sdn Bhd Zulkafli Saidin nyatakan selepas memasang teknologi IoT di ladangnya maka kerja pengurusan ladang menjadi sangat mudah. Dakwanya sebelum penggunaan tekonologi itu dimana pihaknya hanya membuat jangkaan namun kini boleh mendapatkan data tepat termasuk daripada segi kandungan baja dan juga pH tanah selain suhu. Kini semua ini sudah di hujung jari sahaja dimana dia hanya buka telefon sahaja boleh tengok data-data penting yang mana contohnya pH tanah. Kalau buah nanas tidak manis maka dia boleh buka balik data untuk melihat kenapa boleh menyebabkan keadaan itu berlaku. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TENAM NANAS... TEKNOLOGI ADA...
TEKNOLOGI ICT... DISEDIAKANNYA...
DIPADANG DIKEBUN... HP DIBUKA...
MYGAP AMALKAN...ANALISA DATA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syaaban 1442H).
Posted from
Hotel Sabah, Sandakan, Sabah.

Wednesday, April 7, 2021

BAGAIMANA SEMALU KUNCUP?

RUMPUT SEMALU
(Mimosa pudica Linn.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daunnya selalu kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adalah dalam kategori 'rumpai' atau 'weeds'  yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah kerana menganggu. Dipercayai ia adalah satu jenis tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri Malu, Kembang Gajah, Rumput Rimau, Memalu, Keman dan juga Duri Keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya bersaiz halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 meter (5 kaki) bergantung kepada spesisnya. Daunnya kupuan (bipinnately) iaitu dengan satu atau dua pasang pinnae dengan mempunyai sekitar 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles pada batang juga mempunyai duri tajam. Duri ini jika terpijak kalau kaki ayam (tidak pakai kasut) atau kena tangan (ketika hendak  mencabutnya) memang menyakitkan apabila tercucuk. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi akan menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang amat jarang sehingga 1.5 meter (5 kaki). Daun semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. 
Bunga semalu adalah sangat cantik dengan warna pink keunguan atau putih yang terang. Bunga yang berukuran 2-3 cm garispusat ini mempunyai banyak stamen dan didebungakan oleh agen pendebungaan. Apabila telah berlaku proses pendebungaan maka akan menjadi buah Semalu. Buah semalu yang berwarna coklat kehitaman mampu 'meletup' dan mencampakkan bijinya sejauh mungkin apabila cukup matang. Buah semalu juga mempunyai kulit yang berduri atau bercangkuk dan akan melekap pada kain untuk disebarkan kekawasan lain. Semalu adalah tumbuhan rumpai yang 'tidak malu' kerana mempunyai kadar pembiakan yang cepat disatu-satu kawasan. Akarnya yang kuat dan dalam menyukarkan kawalan secara manual kerana akar atau rizom yang tertinggal akan hidup dengan mudah. Jika kita potong dengan mesin rumput jika sia-sia.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana tumbuhan semalu boleh kuncup apabila disentuh dan terbuka semula beberapa lama kemudian untuk tujuan menambah pengetahuan pembaca blog semua.

Semenjak kecil dan remaja dulu kalau terjumpa rumput semalu dibelukar atau tepi jalan penulis blog memang suka mengusiknya dan daunnya akan jadi kuncup. Memang menjadi persoalan kalangan orang awam bagaimana sejenis tumbuhan boleh melakukan sesuatu seperti kuncup apabila disentuh. Ada juga pemikiran bagaimana dan k
enapa Pokok Semalu boleh ‘Menguncup’ apabila ianya disentuh?. Sebenarnya orang biasa memang kenal akaan dengan rumput semalu atau ada kalanya ditulis sebagai 'pokok semalu'. Pada penulis blog ia lebih layak dipanggil sebagai rumput (weeds) dan bukan istilah 'pokok' kerana pokok lazimnya tumbuh menegak dan berbatang yang nyata. Uniknya tumbuhan renek ini akan cepat menguncup apabila disentuh. Cuba bayangkan adalah semalu akan menguncup juka apabila ia ditiup angin atau ditimpa kayu dari pokok ditasnya?. Lazimnya tumbuhan yang mempunyai bunga seakan-akan 'dandelion' ini sering menarik perhatian kanak-kanak di tepi padang permainan disebabkan keunikannya dan mengganggunya. Memang susah juga untuk menghapuskan rumput semalu ini jika tidak betul teknik membasminya. Kalau semalu masih sedikit di halaman rumah maka ia boleh dicabut secara manual menggunakan playar. Sepit perdu semalu dengan playar dan ditarik keatas dimana semua akar dan batangnya akan tercabut. Jika sudah banyak semalu dilokasi sebaiknya menggunakan racun rumput jenis sistemik (h=jangan guba racun sentuh) untuk mematikan sehingga keperdu akarnya dalam tanah.

Pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica ini juga turut dikenali dengan nama Zombie plant, Touch-me-not dan Putri malu sesuai dengan ciri khusus menguncup apabila tumbuhan disentuh. Persoalannya adalah tahukah anda, mengapa daun semalu menguncup bila disentuh atau terkena hujan?. Apa pun banyak laporan kajian saintifik pernh dilakukan akan proses p
ergerakan semalu setelah disentuh dikenali dimana ia adalah sebagai 'Thigmonasti'. Dalam tindak balas tersebut dimana apa yang berlaku adalah proses Mekanosensori dimana air dalam sel tumbuhan menghasilkan tekanan turgor serta juga tekanan pada sel dinding yang membuatkan tumbuhan dapat ‘berdiri’ tegak. Bagaimana pun apa yang unik adalah apabila berlaku sentuhan pada tumbuhan semalu ini sama ada dengan melakukan sentuhan sengaja atau tidak sengaja atau menggoncangnya akan berlaku proses penguncupan. Apa yang berlaku adalah dimana pada 'Bahagian Bawah' tangkai daun yang dikenali sebagai pulvinus akan diaktifkan. Ini menjadi rangsangan dari luar dimana ia aakan menyebabkan bahagian tumbuhan tersebut membebaskan ion potassium, membuatkan air dan elektrolit keluar daripada sel tumbuhan dan menyebabkan tekanan turgor sel berkurang. Apabila tekanan berkurang maka sel akan mengecut dan ini akan menyebabkan daun menjadi kuncup. Walau pun kita agak sukar untuk memahami istilah saintifik yang mana ia dijelasknan akan tetapi proses ini memang hanya boleh dilakukan oleh semalu dan beberapa tumbuhan lon seperti Periok Ker menutup jantungnya apabila ada lalat yang memasukkinya.

Masih kurang puashati dengan cara penjelasan diatas kenapa perlu semalu boleh menguncup apabila disentuh?.  Sebenarnya proses penguncupan ini memerlukan tenaga dari semalu dan ianya akan juga mengganggu proses fotosintesis tumbuhan tersebut. Timbul juga persoalan mengapa daun semalu masih menguncup sedangkan ia satu proses yang ‘memenatkan’ tumbuhan tersebut. Apakah alasan saintifik berkaitan dengan perkara ini?. Bagaimana pun didalam membuat beberapa rujukkan dimana sehingga kini saintis masih belum dapat menjelaskan punca utama proses tersebut berlaku. bagaimana pun dari segi logik dan kajian saintifik pula ramai saintis percaya ianya berfungsi sebagai salah satu daripada mekanisme perlindungan terutama daripada haiwan herbivor atau ruminan yang cuba memakannya. Penulis blog juga terfikir perkara sama kerana sebelum ia kuncup mungkin dapat dilihat warna hijau dengan jelas oleh haiwan pemakan daun (ruminan) yang mana apabila terpijak dan berlaku pergerakan maka haiwan tersebut tidak jadi memakannya kerana sudah 'hilang' dari pandangannya. Wallahualam akan penjelasan ini tetapi hanya Allah jua yang tahu akan perkara ini. Dari segi logik memang rumput semalu ini amat lasak dilokasi tumbuhnya dan sukar untuk dimusnahkan.Petani pun kadangkali pening kepala apabila semalu sudah tumbuh dikebunnya. Sebaiknya semalu ini dikawal segera dari peringkat awal lagi kerana ia mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak terjejas pertumbuhannya sama ada berlaku kemarau panjang tau pun banjir selapas hujan. Bijinya yang banyak mudah 'meletup' dan berduri sehingga boleh 'melekat' kuat kepada kaki haiwan dan manusia untuk penyebarannya. Semuga artikel ini memberi sedikit jawapan atau penjelasnan kenapa semalu akan kuncup apabila disentuh. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA SEMALU... KUNCUP SIFATNYA...
MULA SEGAR... SENANG LIHATNYA...
BILA KUNCUP... RANTING SAHAJA...
ADA PENJELASAN... ARTIKEL DIBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...