Support My Blog

Sunday, April 11, 2021

TAUHU DAN TAUHU KERING -ADA CERITA


APAKAH DIA TAUHU KERING DAN TAUHU?.  TAHU KERING
merupakan satu produk proses berasaskan kacang soya (Glycine max) yang digunakan sebagai bahan masakan khususnya sup, sayuran campur dan lain-lain kegunaan makanan. Tahu kering juga dipanggil sebagai 'Kembang Tahu' atau 'Yuba' di Indonesia yang diproses daripada air kacang soya yang dipanaskan pada suhu 80-90 darjah celsius diatas bara api yang kemudian akan membentuk satu lapisan seakan membeku dibahagian atas cecair dan diambil seterusnya adalah untuk dikeringkan. Lapisan ini yang berwarna kuning kecoklatan merupakan satu tindakbalas kompleks air kacang soya diantara protin dan lemak susu yang membeku. Lapisan yang terbentuk ini diangkat berhati-hati agar boleh digantung diatas tempat masak sehingga kering. Pemerhatian saya melawat projek membuat tahu kering bumiputra di Kg Tambak Paya, Melaka Tengah minggu lepas mendapati sebanyak lapan (8) kali pengutipan hasil dapat dijalankan setiap kali air soya dimasak. TAUHU pula merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kacang soya dan sangat popular sebagai makanan yang berkhasiat di Malaysia dan Indonesia. Ada yang panggil ia sebagai 'Tahu' sahaja dimana makanan ini merupakan bahan asas penting untuk dijadikan makanan seperti Tahu Goreng, Tahu Bakar, Rojak Tahu, Sayur Tumis, Tahu Sumbat dan banyak lagi. Tahu merupakan sejenis makanan yang berasal daripada negar China seperti juga Kicap (Soy souce) dimana kini ia merupakan satu bahan makanan sangat digemari oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Daripada wikipedia menyatakan yang tahu berasal dari bahasa Hokkien (Tauhu) yang bermakna 'Kacang Soya yang ditapaikan'. Tahu merupakan makanan yang telah sangat lama dicipta dan dimakan iaitu semenjak 2,200 tahun dahulu semasa pemerintahan Dinastai Han di China. Di negara Jepun pula makanan ini lebih dikenali sebagai 'Tofu' sahaja. Kini 'tahu' telah terkenal diseluruh dunia terutama di kawasan Asia dan juga dimana ada komuniti bangsa China tinggal. Saya pun memang amat suka makan tahu goreng segar yang dicecah dengan sambal kicap. Selain daripada keenakannya, tahu merupakan sejenis makanan yang dapat memberikan khasiat kesihatan yang baik kepada manusia kerana kandungan protin yang tinggi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai lagi beberapa berita mengenai tauhu kering dan tauhu daripada media tempatan dan sumber lain untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Berita dari Melaka bertajuk 'Kilang tauhu kering menggunakan logo halal adalah meragukan' sesuai dirujuk. Di Melaka ada s
ebuah kilang pemprosesan tauhu kering atau fucuk di Jasin telah diserbu pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri kerana disyaki menggunakan logo halal yang meragukan. Dalam Ops Halal yang disertai pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Melaka semalam itu dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam berhubung status halal produk makanan yang turut dipercayai diedarkan di pasaran tempatan itu. Pengarah KPDNHEP negeri iaitu Norena Jaafar berkata hasil daripada pemeriksaan mendapati kilang terbabit menggunakan logo halal dengan cara yang mengelirukan. Dilaporkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1,225. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM500,000 bagi kesalahan berikutnya. Dilaporkan sejak 1 Januari 2020 lalu hingga semalam, sebanyak 17,400 premis perniagaan diperiksa. Kini pihak KPDNHEP negeri turut menerima sebanyak 775 aduan rasmi yang secara keseluruhannya berkaitan harga barangan. Dilaporkan juga sehingga semalam dimana sebanyak 216 kes dihasilkan membabitkan jumlah nilai rampasan sebanyak RM636,206.85 yang terdiri daripada semua akta dan undang-undang di bawah KPDNHEP dan pada masa sama, sejumlah RM114,050 kompaun dan RM187,500 denda dikeluarkan membabitkan semua kesalahan. Pengguna boleh membuat laporan jika berlaku sebarang salah laku berkaitan kesalahan perdagangan dan isu kepenggunaan dengan menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP Melaka di talian 06-2345869 dan ECC KPDNHEP Putrajaya (03-88826088) yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Beria Harian dengan artikel bertajuk 'Kilang Tauhu Kootor diarah tutup 12 hari' juga perlu dikongsi dalam artikel kali ini. Di Kuala Lumpur dilaporkan dimana kilang yang berbau
 busuk dan dipenuhi lipas telah diperiksa. Itu adalah keadaan sebuah kilang memproses tauhu di Cheras ketika penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat pemeriksaan sanitasi di premis tersebut. Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi itu, lima anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL turut menemui hurungan lipas di kilang berkenaan. Beliau berkata bahagian lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki. Pijak pengendali pula tidak memakai kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan, selain kilang itu didapati tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual  Sehubungan itu, Nor Hisham berkata, premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berkuat kuasa hari ini. Jika didapati masih kotor, notis penutupan baharu akan dikeluarkan dan kilang itu berkemungkinan akan dibatalkan lesen. Beliau menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembuatan makanan supaya menjaga kebersihan dan mutu produk. DBKL akan memerangi habis-habisan pengeluar yang kotor seperti ini.

Saya juga ada menulis beberapa artikel mengenai tauhu dan tahu kering untuk dibaca bersama dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. 
Tahu Kering ini memang sangat popular di hasilkan oleh Negara Taiwan dan Hong Kong semenjak beratus tahun dahulu. Negara tersebut memproses dan memang ada menghasilkan tahu kering dengan menggunakan teknologi moden yang kebanyakanya sama ada semi automatik atau sepenohnya automatik yang bersih dimana boleh diekspot keluar negara. Terdapat 3 kaedah moden yang mereka gunakan iaitu Teknologi Na-Alginat, Teknologi Pengeringan Drum (Drum drying) dan Teknologi 'Belt Drying'. Pemprosesan tahu kering di Malaysia dan juga di Indonesia kebanyakannya di pelopori oleh Kaum Cina secara tradisional menggunakan teknologi mudah dengan kayu api dan agak kurang hygenik. Jumlah pengeluaran tahu kering di negara kita tidak ada maklumat rasmi yang dikeluarkan tetapi saya membuat anggaran sekitar 3 - 5 metrik tan setahun. Pembuat tahu kering ini kebanyakannya merupakan 'family business' yang tidak didaftarkan dan cara pemasaran serta teknik pembungkusan hanya untuk keperluan domestik sahaja. Mereka membuat kilang kecil dalam rumah atau dibelakang rumah menggunakan tempat masak dari takung zink yang mampu memproses antara 300 - 500 liter air sehari tahu mengikut kemampuan pengusaha. Tahu Kering pada saya sesuai dimasak untuk Sambal Goreng , Masakan Lemak Lodeh, Sayur Campur, Masak Lemak Cili Api Peria dan macam-macam lagi. Di kalangan masyarakat Cina pula mereka suka jadikan tahu kering dibuat ramuan masakan sup. Kandungan tahu kering yang sangat tinggi dengan protin juga sangat baik untuk mereka yang 'Vegetarian' sebagai pengganti kepada daging atau ikan. Sup tahu kering yang suam panas dicampur dengan beberapa ramuan lain amat menyelerakan jika dimakan dengan nasi putih. Resepi Sambal Goreng Jawa untuk nasi ambeng memang disediakan oleh kalangan masyarakat jawa di Johor (Sila lihat foto dibawah sekali). Sambal goreng ini mempunyai komponen utama tahu kering bersama dengan ramuan lain seperti cili, soon, kobis, dimasak untuk dimakan tengahari atau semasa kenduri kahwin dikampong. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TAUHU BASAH... ASALNYA SOYA...
TAUHU KERING... NIPIS SAHAJA....
MASA MEMBELI...ADA JAMINANNYA...
MAKANAN BERASAL... OORANG CINA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1442H).
Bersamaan 7 Febuari 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...