Support My Blog

Wednesday, April 21, 2021

PLASTIK, JENISNYA DAN GUNANYA (Part 3)

PLASTIK
(Plastic) merupakan sejenis produk yang ada disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan digunakan secara meluas diseluruh dunia. Plastik juga merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik yang terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau nilai ekonominya. Ada beberapa polimer semulajadi yang mana ia dilaporkan termasuk sebagai plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik untuk pelbagai kegunaan dan fungsi. Nama plastik ini berasal daripada fakta dimana banyak daripada produk plastik adalah dapat dilentur, iaitu satu ciri penting bagi plastik. Produk plastik telah direka dengan pelbagai dan sangat banyak ciri-ciri termasuk kemampuannya menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Menggabungkan dengan kemampuan adaptasinya paling penting adalah dimana komposisi penting adalah plastik adalah ringan. Ia digunakan hampir di seluruh bidang industri didaratan, dilautan dan di udara termasuk diangkasalepas. Plastik dicipta dengan sebagai tulang-belakang polimernya (vinilklorida), polietilena, akrilik, silikon, uretana dan sebagainya. Bagaimana pun plastik mengambil masa yang sangat lama untuk reput (decay) menyebabkan penggunaan plastik telah dijadkan kempen khusus diseluruh dunia kerana perlu beratus tahun untuk reput. Dalam sektor pertanian penggunaan plastik merupakan satu produk penting daripada pelbagai peralatan pertanian serta mesin, sistem pengairan, pembungkusan produk kimia (baja, racun , produk cecair) dan banyak lagi. Artikel subuh hari ke 6 Puasa Ramadan 2021 ini saya menulis mengenai plastik dan jenisnya dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.

Plastik dihasilkan dibanyak negara didunia dan ia merupakan antara komponen penting didalam sebuah kenderaan daripada basikal, motorsikal, kereta, bot, train sehingga kepada kapalterbang dan kapalangkasa. Produk p
lastik memang dilaporkan boleh untuk dikelaskan kepada 6 kategori iaitu ia bergantung kepada bahan asas digunakan, cara membuatnya dan juga kegunaannya. Kini dilaporkan dimana sehingga tahun 2018 menunjukkan bahawa sudah ada 19% daripada plastik yang dihasilkan sedang dikitar semula. Plastik yang boleh dikitar semula perlu dikumpulkan didalam tong khas dikawasan perumahan dan industri dan boleh dihantar kekilang kitar semula plastik. Isu longgokan sampah plastik menjadi penting diseluruh dunia apabila ia mencemarkan kebersihan dan menimbulkan masaalah serius. Penggunaan plastik sebenarnya hanya sekitar 30 tahun dahulu sahaja pengggunaan plastik digunakan oleh manusia dengan jumlah yang besar sebagai simbol kemodenan dan kemajuan. Kini dilaporkan diantara produk plastik yang paling banyak dikitar semula ialah botol minuman seperti minuman ringan atau jus. Walau bagaimanapun, jenis lain plastik seperti yang terdapat dalam botol detergen atau kabel adalah lebih sukar untuk dikitar semula memandangkan komposisinya yang kompleks. Tahap bahaya plastik ini berbeza dimana orang ramai perlu mengetahuinya kerana ia juga ada yang menyebabkan toksik kepada kehidupan makhluk didunia. Jangan terkejut apabila dilaporkan kematian haiwan penyu (turtle) dilautan paling banyak disebabkan oleh penyu makan plastik yang mana mereka sangka ianya sebagai 'obor-obor' makanan penting bagi penyu.

Jenis plastik boleh dikategorikan 7 jenis mengikut ciri-cirinya seperti Jenis PET (polietilena terephthalate), Jenis HDPE (Polietilena berketumpatan tinggi), Jenis PVC (polyvinyl chloride),  LDPE  (Polietilena ketumpatan rendah),  PP (Polipropilena), PS (Polistirena) dan Plastik lain. Setiap produk plastik yang kita selalu gunakan mempunyai simbol yang membolehkan kita boleh mengetahui jenis plastik itu. Simbol ini dipanggil bulatan Möbius dan dicipta oleh Persatuan Industri Plastik pada tahun 1988. Memang ada perbezaan pada variasi kecil simbol dimana kita boleh menentukan jenis plastik yang digunakan terutama bagi pproduk makanan yang kita makan setiap hari terdiri. Jenis Plastik ke 6 adalah PS (polistirena) yang mempunyai ciri khusus sebagai penebat yang sangat baik dan mempunyai banyak perlawanan terhadap kejutan. Ia boleh dilembutkan melalui haba dan asasnya terdiri daripada monomer stirena iaitu bahan yang merupakan petrokimia konsistensi cair. Apa pun PS ini selain dapat berubah melalui haba dimana cirinya juga boleh mengubahnya dengan proses meniup dan melalui suntikan. Kegunaan plastik PS ini sebagai produk dulang makanan dan cawan haba dibuat daripada polistirena. Ia juga mengandungi bekas biasa untuk diguna menyimpan makanan segera dan juga beberapa peralatan domestik. Kepelbagaian fungsi plastik PS ini  juga digunakan dalam bidang pembinaan khususnya untuk dijadikan bahan aksesori yang digunakan dalam paip, dalam buih penebat atau produk pancuran dan alat-alat lain yang digunakan di dalam bilik mandi. Plastik PS ini juga terdapat dalam konteks perubatan dalam produk tiub ujian, dulang yang digunakan untuk membesar tisu dan pada produk lain yang digunakan dalam kerja mendiagnostik.

Jenis Plastik yang ke 7 adalan Kategoori Plastik Lain yang mana ia terdiri daripada plastik yang komponennya tidak diketahui sepenuhnya bahan dan ciri-cirinya dimana plastik jenis ini tidak dapat dikitar semula. Dalam kategori ini juga ia adalah plastik yang komposisinya bercampur yang mana telah menjadikannya sangat kompleks produk akhirnya. Apa pun selalunya sebahagian daripada plastik yang termasuk dalam klasifikasi ini adalah seperti produk Polikarbonat, Poliuretana, Poliamida dan Akrilik. Kegunaan plastik ini memang tidak boleh dikitar semula dimana lazimnya ia digunakan dalam pembuatan cakera padat (CD), bekas sosej, bekas yang digunakan sebagai bekas ubat gigi atau sos dan bekas untuk dimasukan hidangan makanan yang dibuat khusus untuk digunakan dalam ketuhar gelombang mikro. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PRODUK PLASTIK... BANYAK DIGUNA...
BEKAS MAKANAN... MINUMAN JUGA...
7 JENIS... ARTIKEL INI JELASKANNYA...
ANDA MEMBACA...SEMUGA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...