Support My Blog

Tuesday, September 5, 2017

KRISIS MAKAN DUNIA 2007-2008 - SATU ANALISA

KRISIS HARGA MAKANAN DUNIA (World food price crisis) pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah dunia tetapi yang paling terkesan adalah krisis harga makanan sedunia pada tahun 2007- 2008. Krisis harga makanan ini merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta menyebabkan kesan ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara. Keadaan itu telah menjejaskan pengeluaran makanan asasi di negara masing-masing dan seterusnya telah meningkatkan harga pasaran. Terdapat beberapa kerajaan hanya mengawal harga dan memberi subsidi empat makanan utama termasuk langkah kerajaan Malaysia masa itu seperti gula, gandum, beras dan minyak masak manakala harga makanan lain ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran serta faktor lain. Pada masa tersebut kadar pengeluaran makanan adalah tidak seimbang dengan keperluan penduduk dunia di mana pertambahan penduduk dicatatkan sebanyak 4.0% manakala peningkatan pengeluaran bahan makanan hanya sebanyak 2.0% sahaja. Rajah diatas menunjukkan dimana kenaikan harga jagung meningkat 34%, Harga Beras naik 74%, Harga Soya naik 87% dan Harga Gandum naik 130%. Diantara beberapa punca kekurangan bekalan makanan dimana berlaku penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia khususnya dirantau atau negara penting yang menghasilkan makanan bijirin seperti di USA, Thailand, Vietnam dan Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan oleh peningkatan penggunaan bio- bahan api di negara-negara maju. Ia disokong dengan kadar peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Begitu juga masa itu berlaku kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja dan input pertanian lain. Semua faktor-faktor ini ditambah pula dengan kadar simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham telah pun menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia pada tahun 2007-2008. Artikel petang ini sambil berehat saja dirumah sempena cuti khas kemenangan sukan SEA KL 2017, saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana krisis harga makanan dunia melanda dan beberapa fakta berkaitan dengannya.

Banyak perbincangan dibuat diseluruh dunia pada masa itu berkaitan krisis bekalan dan harga makanan termasuk di negara kita Malaysia. Ini melibatkan semua pihak daripada perancangan, pembekalan dan pengedaran makanan asasi yang amat kritikal pada masa itu. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan asasi yang kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat di China dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia. Kesan dan impak amat ketara dibeberapa negara bukan pengeluar makanan dan kesan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Walau negara tersebut 'kaya' dan mampu mengimport tetapi bekalan makanan dunia tidak mencukupi menyebabkan negara pengeluar tidak mahu menjual. Mereka pentingkan rakyat dalam negara mereka sendiri dan ianya dianggap sebagai 'kedaulatan makanan' negara tersebut. Tentunya rakyat akan 'marah' jika mereka yang ada bekalan makanan tetapi hasilnya dijual kepada orang luar dan ini memberikan kesan kepada kestabilan negara tersebut. Menteri Pertanian ketika itu dilaporkan ke Thailand dan Vietnam untuk negara mendapatkan jaminan bekalan beras tetapi ada sedikit masaalah perdagangan akibat krisis makanan ini.

Terdapat juga teori diantara penyebab lain kenaikan harga bahan makanan dunia masa itu adalah kerana kesan penggunaan bahan tanaman makanan (khususnya jagung dan tebu) untuk menghasilkan bio-bahan api (Bio-Fuel). Pada masa itu para petani lebih menumpukan tanaman mereka kepada penghasilan bahan api berbanding dahulu dimana faktor tanah dan sumber yang sedia ada untuk penghasilan makanan sama telah pun berkurangan. Ini mengakibatkan kurangnya keluaran makanan yang sedia untuk penggunaan manusia, terutamanya di negara-negara membangun dan negara yang mundur di mana peruntukan harian sesebuah keluarga untuk pembelian makanan amat terhad. Krisis ini boleh dilihat dari satu segi sebagai jurang antara negara-negara kaya dan miskin kerana sebagai kes contoh dimana bagi mengisi tangki kereta biasa dengan biofuel ia lebih kurang sama jumlahnya dengan jagung (makanan ruji utama Afrika) yang boleh dimakan seorang Afrika sepanjang setahun. Sejak akhir tahun 2007 fenomena dinamakan 'Agflasi' yang disebabkan peralihan penuaian jagung ke biofuel yang kian menjadi-jadi dimana ia telah berlaku pengikatan antara bahan jagung kepada harga minyak yang meningkat oleh pedagang komoditi dimana kesannya adalah kenaikan harga dunia. Dikaji dari sudut perdagangan ia telah mengakibatkan penggantian pasaran dimana kenaikan harga melata melalui komoditi lain telah berlaku dimulakan dengan harga gandum dan soya kemudian ia diikuti harga beras dan pelbagai jenis minyak masak.

Krisis ini telah pun menyebabkan peningkatan permintaan seluruh Asia dimana kawasan ini jumlah bilangan penduduk kelas menengah telah banyak meningkat di seluruh Asia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun dilaporkan dimana kebanyakan besar penduduk Asia masih tinggal di luar bandar dan hidup dalam kemiskinan tetapi perkembangan kelas menengah di rantau ini amat pesat sekali dimana ia diramal terus meningkat lagi. Sebagai satu perbandingan, pada tahun 1990 dilaporkan kelas menengah di India dan China masing-masing hanya meningkat 9.7% dan 8.6% tetapi pada tahun 2008 kadar pertumbuhan masing-masing sudah mencapai hampir 30% dan 70% (Sila lihat foto disebelah). Peningkatan taraf hidup ini turut menyebabkan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang khususnya permintaan untuk makan lebih kepelbagaian dan lebih daging dalam diet. Mereka mampu membeli makanan walau pun berlaku kenaikan permintaan dan kenaikan harga untuk sumber pertanian. Selain itu isu kenaikan harga minyak turut memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum sebagai asas untuk membuat baja dan bahan kimia lain. Harga Asas bahan minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera.

Punca lain yang dikaitkan dengan krisis makanan ini adalah kadar kemerosotan simpanan stok makanan sedunia. Jika dulunya negara-negara cenderung untuk menyimpan simpanan stok makanan yang lebih tetapi kini disebabkan oleh kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Sebagai contoh pada Februari 2008 kadar simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat (Sila lihat foto disebelah). Selain itu krisis kewangan diperingkat antarabangsa dan ketidakstabilan akibat dari spekulasi pasaran saham termasuk peristiwa "Black Monday" pada bulan Januari 2008 juga dikaitkan dengan krisis makanan dimana ia telah menjejaskan pelaburan dalam komoditi makanan. Amerika Syarikat khususnya telah dilaporkan sedang menghadapi krisis ekonomi yang boleh mengakibatkan kemelesetan. Selain itu adalah kesan dari Liberalisasi kewangan dimana sesetengah pihak mendakwa bahawa negara-negara membangun telah bertukar dari penghasil makanan sendiri menjadi pengimport bersih makanan sejak mengikuti dasar ekonomi pasaran bebas Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudiannya Perjanjian Pertanian Pertubuhan Perdagangan Sedunia) dikeluarkan kepada negara-negara penghutang pada 1970-an dan 1980-an. Sambil membuka negara-negara membangun kepada import makanan negara maju yang terus disubsidi oleh kerajaan Barat, negara-negara membangun semakin banyak bergantung pada import makanan yang lebih murah berbanding yang hasil pertanian tempatan di rantau-rantau termiskin di dunia. Dalam erti kata lain sambil menggesa negara-negara membangun agar memansuhkan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan tetapi negara-negara kaya banyak mengekalkan subsidi untuk petani mereka sendiri. Bagaimana pun kini subsidi-subsidi ini menganjakkan penghasilan ke arah biofuel makanan dari makanan.


Faktur krisis makanan ini juga dikaitkan dengan isu subsidi bio-fuel di USA dimana mengikut laporan FAO atau ECMB bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian telah banyak merosot semenjak tahun 1980-an lagi. Keadaan menjadi lebih parah apabila subsidi di luar USA dan EU terus menurun semenjak tahun 2004 dimana kesannya terhadap bekalan makanan dunia amat ketara. Dilaporkan bekalan yang meskipun masih cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004 tetapi ia masih terancam apabila USAmula menukar komoditi pertanian kepada tanaman untuk biofuel. Laporan oleh USDA pada waktu itu menunjukkan dimana jumlah import dan simpanan gandum dunia semakin berkurangan emngakibatkan kes penggunaan domestik terbantut. Dilaporkan dimana kadar penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008. Di USA juga subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada tanaman untuk membuat bio-fuel dan kesannya sekitar 23% kawasan tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (iaitu naik 6% dari tahun 2005) dan perkara ini seterusnya menyebabkan bekalan makanan berkurangan. Walau pun perkara ini adalah punca komulatif yang menyebabkan krisis harga makanan dunia tetapi selepas pulih pun harga makanan tetap pada paras lebih tinggio sebelum krisis berlaku. 


Paling teruk kesannya adalah pada negara membangun apa lagi terhadap negara miskin. Dilaporkan sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008 didapati harga sesetengah komoditi iaitu makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Sebagai analisa, harga pasaran gandum antarabangsa naik berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008 iaitu ia mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras juga terkesan dan turut mencapai takat tertinggi dalam jangkamasa 10 tahun. Di sesetengah negara lain dilaporkan dimana harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda. Bagi komoditi penting seperti kacang soya ia juga dilaporkan menuncak harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007 dan berlaku juga pada jagung yang turut naik mendadak. Bagi memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius ada dimana sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketat. Sesetengah negara Eropah pula termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali dimana ini sekaligus memacu lagi kesan peningkatan harga untuk negara-negara yang pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain negara kita Malaysia masa itu juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa. Kesan lain dari sudut politik adalah disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk seperti apa yang berlaku di Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d'Ivoire, Mesir dan Maghribi yang telah menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asasi mereka. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk negara seperti di Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Penulis blog juga berharap pengeluaran makanan dunia akan terus meningkat dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui teknologi yang lebih moden. Semuga tulisan ini memberi info imbasan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KRISIS MAKANAN DUNIA...ADA CERITA...
BANYAK FAKTOR... BERMULA DI SANA...
PERLU DIRANCANG...SEMUA NEGARA....
MAKANNAN CUKUP... SEMUA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Bruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(14 Zulhijjah 1438H)

Monday, September 4, 2017

MEE KOLOK - MEMANG ENAK

MEE KOLOK merupakan sejenis makanan yang menjadi ikon Negeri Sarawak dan kini dimakan oleh rakyat Malaysia sebagai makanan yang enak dan disukai ramai. Terdapat banyak gelaran dan jenis mee kolok yang dijual sama ada namanya Mee Kolok Biasa, Mee Kolok Basah, Mee Kolok Sapi, Mee Kolok Istimewa dan sebagainya. Ada juga Mee Kolok yang diberi atas nama pemilik kedai, alamat premis jualan dan juga ikon popular. Apa pun penulis blog memang suka makan mee kolok bermula pada tahun 1995 semasa bertugas di Sarawak untuk selema 2.5 tahun disana. Pada awalnya memang tidak berapa suka makan mee kolok tetapi lama kelamaan apabila travelling kebanyak lokasi dan rasa pelbagai jenis mee kolok kini selalu mendapatkan makanan ini dibeberapa lokasi sekitar Lembah Kelang untuk tujuan memakannya. Dalam wikepedia dilaporkan dimana Mee Kolok atau pun digelar Mi Kolok (juga dieja mi kolo) atau Mi kering atau Mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai yang mana ia  bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Terdapat banyak restoren atau gerai di sekitar Bandaraya Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Banyak bandar-bandar besar lain di Sarawak juga ada menjual mee kolok ini. Mi kolok yang asas adalah jenis mee kolok yang dihidangkan bersama kuah sup dan kicap (Sila lihat foto diatas). Ia enak dimakan semasa baru dihidangkan iaitu masih panas lagi dan memang kurang enak apabila mee kolok sudah sejuk atau mee didalamnya sudah kembang dan lembut. Pada masa ini telah banyak resepi mee kolok yang dimodernkan dan juga disesuaikan dengan keadaan semasa dan permintaan peminat makan mee kolok.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan ikon Negeri Sarawak iaitu Mee Kolok sekadar menjadi bahan bacaan anda semua.


Pembuatan mee kolok memang mudah sahaja berbanding dengan beberapa hidangan lain yang berasaskan mee. Bergantung kepada kegemaran masing-masing maka penyesuaian resepi mee kolok ini berbeza-beza. Paling tradisiinal dan asli adalah mee kolok yang mana bahan-bahan untuk membuatnya terdiri daripada (bahan-bahan 1 orang makan iaitu 1 gulung mi kering (Mi sanggul atau jenis Yee mee), 3 ulas bawang putih (dimayang), 2 sudu besar minyak, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar kicap cair, 4 helai daun sawi (potong 1 inci), 1/2 cawan daging atau daging ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi), 3 cawan air rebusan daging atau ayam, 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus), bahan perisa seperti garam, gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa. Lazimnya sebagai hiasan akan digunakan daun bawang dan bawang goreng secukupnya. Pada penulis blog yang kini sudah biasa menyediakan Mee Kolok cara membuatnya sudah menjadi mudah.  Mula-mula denga memanaskan minyak untuk menumis bawang putih sehingga naik bau dan kemudian dimasukkan bawang besar serta dikacau seketika hingga layu. Kemudian adalah memasukkan bahan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging atau ayam dimana apabila sesuai dimasukkan bahan Mee Kolok dan biarkan sehingga sedikit lembut. Kemudian dimasukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa dan perlu dikacau seketika. Seteursnya perlu dimasukkan potongan, daging lembu atau daging ayam rebus yang telah dipotong nipis. Kemudian ia dimasak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. Seterusnya diangkat dan hidangkan segera dengan menghiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Ada yang menambahkan lada sulah jika suka. Diantara keunikkan rasanya kepada mereka yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee atau yee mee. Apabila dimakan dimana ada hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini lazimnya akan mengeluarkan aroma yang membuka selera.


Bagaimana pun kini ada resepi Mee Kolok Sarawak yang lebih popular dan mudah disediakan. Resepi ini menggunakan bahan daripada Mee Sanggul (3-4 Gulung), bahan perencah Sup (1 Sudu Besar), Daging Lembu (100gm), Bawang Putih (5 Ulas dicincang), Cili Api (8 Biji), Serbuk Lada Hitam (1 Sudu Kecil), Minyak masak (4 Sudu Besar), Kicap Manis (5 Sudu Kecil), Kicp Pekat (1 Sudu Kecil), Limau Kasturi (2 Biji dan ia diambil jusnya), Sos Ikan atau Sos Soya (1 Sudu Kecil), Cuka Makan (1 Sudu Kecil), Daun Bawang atau Daun Sup (dihiris) dan juga Air serta garam secukup rasa. Penulis yang suka kepada resepi ini memulakan cara membuat dengan meyediakan sup dengan merebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya dan ia perlu direbus sampai tekstur dagingnya empuk. Kemudian setelah masak sebaiknya ditoskan daging dan hiriskan nipis-nipis.  Ketepikan kuah sup ini supnya ianya boleh kelak dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air sahaja jika berkurangan. Cara Memasak Mee pula dengan merebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut selama 40 saat dan kemudian dikeluarkan dan ditoskan. Seterusnya perlu panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali untuk menggoreng bawang putih sehingga garing dan bila garing diangkat dan toskan. Seterusnya masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar sahaj sehingga masak menggunakan minyak bekas bawang tadi. Masukkan bahan perasa iaitu cuka, sos ikan atau sos soya dan sedikit garam. Keluarkan bamee ini dan diketepikan. Kemudian pada kuali yg sama dipanaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Seterusnya adlah dengan memasukkan kicap pekat dengan sukatan 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam dan dikeluarkan dari kuali. Cara memasak sambal pula dengan menumbuk atau mengisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula). Cara menghidang mee kolok unik kerana ia ada beberapa peringkat. Mulanya sediakan pinggan hidangan dan dimasukkan mee kokol dan dituangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga bahan iaitu semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.


Mee Kolok Hj Salleh Kuching memang sejenis produk tempatan mee kolok yang lama terkenal di bandar Kuching, Sarawak. Fenomena mee kolok tercetus di kalangan pengusaha gerai makanan di Kuching sejak tahun 90an lagi kerana keenakannya. Saya pun memang suka makan mee kolok di Sarawak. Kedai ini dulu ia cuma menumpang di gerai dan berpindah-pindah di beberapa kedai makan di Jalan Satok. Semakin hari semakin ramai pelanggan yang makan mee kolok disini. Pengusahanya adalah anak tempatan iaitu Tuan Hj Salleh telah membuka kedai di berhampiran jalan Flyover Satok yang mana penulis dulu memang beberapa kali makan dikedainya. Kini nama kedai dinamakan sebagai 'Sepinang Sari' dan sejarah menunjukkan kedai Mee Kolok ini mula dibuka pada tahun 1996. Kini ia telah diteruskan oleh anak-anak Tuan Haji Salleh dan keluarganya. Apa yang penulis dapat komen adalah rasanya memang enak. Komen pellanggan yang berikan info menyatakan mereka suka makan mee kolok Hj Salleh kerana rasanya cukup sebati dengan ramuan yang sebati dengan mee kolok. Terdapat kombinasi rasa lobak masin yang menyebabkan ia juga beri rasa bertambah sedap. Ia juga dimmasak dengan cukup sempurna dimana memang tidak pernah rasa mee mentah. Disamping itu terdapat cili padi dalam sos pedas memang power. Perlu diingat dimana kalau nak cari kedai ini hendak makan mee kolok kena hati-hati sebab sebelah kedai Sepinang Sari bukan kedai Hj Salleh. Kalau anda termakan sebelah halal haram tu tanggung sendiri dan sebaiknya tanya orang atau lihat signboard dulu. Daripada tinjauan mendapati ada selain daripada mee kolok yang disediakan ada menus lain dijual iaitu Mi Sapi Kolok (RM 5.50), Mee Sapi Kolok Special (RM 8.00), Mee Sapi Tendon (RM9.00), Mee Sapi Tendon Tulang (RM11.00), Sup Tulang (RM8.50), Sup Tandon (RM 9.50), Sup Tandon dan Tulang (RM12.00). Semuga tulisan ini memberi info kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...


NAMA MEE KOLOK...SARAWAK ASALNYA...
MESANGGUL DIGUNA... SUP BERSAMA...
ADA DAGING... SAMBAL DISEDIA JUGA...
ENAK DIMAKAN... BUAT SENDIRI SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Mee Kolok Hj Salleh,
Satok, Kuching, 
Sarawak, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1438H)

Sunday, September 3, 2017

BERANI CUBA TERAPI SENGATAN LEBAH?


LEBAH MADU (Apis spp) merupakan sejenis serangga yang menghasilkan madu lebah dan beberapa produk lain yang amat berkhasiat. Disebutkan dalam Alquran surat An Nahl ayat 68-69 dinyatakan di dalam madu lebah terdapat ubat yang menyembuhkan pelbagai masaalah kesihatan bagi manusia. Produk turunan yang dihasilkan lebah ada 13 buah, di antaranya madu, propolis, royal jelly, pollen, bee venom, lilin lebah, madu sarang, roti lebah, larva lebah dan phedra. Perkataan ''Apitherapy'' atau Apiterapi adalah gabungan dalam bahasa Latin iaitu 'aphis'' yang bermakna lebah dan 'therapy' yang bermakna rawatan perubatan. Apiterapi didefinisikan sebagai kaedah perubatan alternatif untuk tujuan preventive, Curative dan pemulihan (rehabilitation) dengan produk dariada lebah madu. Penggunaan madu lebah untuk tujuan kesihatan daripada pakar menyatakan dimana ia telah diketahui sejak berribu tahun lalu. Lukisan pada batu karang dizaman batu (6000 SM) memperlihatkan kegiatan memburu madu lebah (honey hunting) oleh manusia. Dilaporkan antara bukti tertua penggunaan madu lebah adalah untuk mengubati infeksi kulit dan luka, kurap pada ulit, sakit mata dan telinga dimana maklumat ini asa dinyatakan tertulis dalam ceramik bangsa Samaria (2000 SM). Madu lebah juga digunakan untuk menyembuhkan luka semasa pembedahan, termasuk semasa bersunat, atasi masaalah supositoria, mengurangkan masaalah radang dan mampu untuk meredakan kajadian kaku pada sendi. Ada juga pesakit diberikan sengatan lebah madu untuk rawatan antritis, sakit sendi dan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga dikaitkan dengan kemampuannya untuk merawat masaalah reumatik dan neuralgia melalui terpi sengatan lebah. Perubatan menggunakan sengat (bisa lebah) telah dikenal sebagai terapu cara '"Apipuntur". Apipuntur adalah salah satu cabang daripada kaedah "Apiterapi". Apipuntur menggnakan 'bee venom'' dengan cara akupuntur. Lebah yang sesuai digunakan di Malaysia dan mudah diperolehi untuk terapi adalah jenis Apis mellifera dan Apis cerana. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan sengatan lebah sebagai satu rawatan alternatif bagi kesihatan dan kecantikan.


Terapi Apipuntur merupakan sat kaedah rawatan Apiterapi. Sengat atau racun lebah sangat baik untuk menormalkan segala aktiviti dalam pembuluh darah dan saraf. Hasil kajian saintis menunjukkan bahawa sengat lebah mengandung bahan yang dikenali sebagai Melitine, Apamine, Peptide 401 (MDC), inhibitor protease dan Norepinephrine. Apiterapi secara umum dilakukan untuk meredakan gangguan reumatik, masuk angin, flu, salah urat, masaalah darah tinggi, diabetes dan kanser. Kaedah ini didakwa sangat berkesan untuk merawat masaalah penyakit degeneratif lain seperti stroke. Dalam pengamalan apipuntur apa yang dipraktikkan pengamal dikatakan sengatan lebah yang dimasukkan ke dalam tubuh badan kita boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan Secara Langsung atau (direct bee sting) daripada lebah pekerja yang matang terus kelokasi titik skupuntur. Apa yang penulis blog lakukan dengan membuat sendiri atau minta bantuan penternak lebah mengambil seekor lebah pekerja matang dengan penyepit (forcept) dan ekornya ditusuk kedalam kulit. Kemudia lepaskan penyepit dan lebah tersebut akan terbang meninggalkan kantung venom yang masih mengepam masuk semua venom kedalam kulit untuk 1 minit. Apabila kantung tersebut sudah berhenti mengepam maka keluarkan kantung tersebut dengan pisau atau objek lain. Mula-mula memang ada rasa sakit sedikit tetapi beberapa minit kemudian bila venom bertindakbalas kullit tersebut akan mula membengkak dan macam rasa gatal. Biarkan dan terus mengambil lebah lain untuk ditusuk kepada titik lain. Biasanya lebah yang menyengat akan terbang dan mati beberapa minit kemudian. Kesian dia!!.. Kaedah kedua dengan memasukkan venom menggunakan Alat Suntik Moden yang mengandungi venom lebah yang dikutip lebih awal. Kaedah ini lebih klinikal.


Pada pengalaman penulis jumlah lebah madu yang boleh digunakan untuk sengatan adalah penting untuk diteliti. Tahap ketahanan bisa sengatan berbeza antara individu dimana ada juga individu memang tidak boleh terima langsung sengatan dimana akan menyebabkan satu badan membengkak dan beliau akan jadi demam. Pengalaman penulis mendapati lebah Apis mellifera yang diternak dikawasan kampong dengan dikelilingi hutan gelam di Melaka kurang berbisa berbanding dengan Apis mellifera yang diternak didalam hutan akasia di Hutan Sedeli, Kota Tinggi, Johor. Kebisaan venom sengatan leah dari hutan luas Sedeli dirasakan 3 kali ganda daripada tahap bisa venom yang ditusuk di Melaka. Kepakaran memegang lebah dewasa dengan gunakan forceps penting agar lebah tersebut tidak mati semasa mengambilnya (Sila lihat foto disebelah). Kes penulis mendapatkan 6 sengatan dari 6  ekor lebah Apis mellifera dari Hutan Sedili dimana menyebabkan penulis blog terpaksa mendapatkan rawatan segera di Klinik di Kota Tinggi. Memang diluar jangka kerana selama ini mengambil lebah dikawasan kampong sehingga 7- 8 ekor penulis masih bertahan. Kini pengalaman tersebut tersebuat dan penulis lebih berhati-hati untuk sengatan lebah dari hutan liar.


Lazimnya untuk terapi profesional jumlah sengatan tergantung pada jenis penyakit. Biasanya diberikan hanya satu sengatan pada titik-titik tertentu dan dianggap cukup sebagai perkenalan. Bagaimana pun dalam rawatan terapi berikutnya maka titik-titik yang sama tersebut boleh disengat lagi tetapi dinasihatkan untuk tidak boleh lebih dari 10 sengatan. Sengatan lebah akan bertindakbalas pda bahagian angota badandengan ada tanda merah pada kulit. Reaksi pesakit yang menerima sengatan berbeza-beza dimana ada yang biasa sahaja dan ada yang demam. Apa pun pengalaman pertama amat penting dengan satu sengat dilokasi tidak sensitif. Jika okey maka boleh diulang rawat terapi sengatn lebah ntuk pesakit ini. Ada yang menunjukkan tanda luaran sahaja dan ada yang bertindakbalas dengan cara sistemik dalaman. Dilihat ada berlaku pembengkakan yang berlaku di sekitar lokasi sengatan diikuti dengan gejala seperti rasa gatal, ngilu dan kaku. Reaksi sistemik selalunya adalah berupa demam, lemas, telinga berdengung dan kadang kala pening kepala. Mengikut dokktor yang penulis temubual  jika pesakit menjadi teruk rasanya perlu diberikan rawaran dengan gunakan ubat  dinamakan "Antihistamin" untuk selama 10 hari. Selanjutnya baru boleh dilakukan apiterapi lagi. Antara petua untuk kurangan bengkak boleh disapukan madu lebah dan digosok-gosok. Sebaiknya juga rawatan ini digambungkan dengan pengambilan produk madu lebah, propolis dan royal jelly bagi menambahkan keberkesanan rawatan. Bergantung kepad jenis penyait yang dialami penggunaan kombinasi produk lebah adalah berbeza kaedah pengambilannya. Contohnya untuk rawatan pada masaalah kencing manis boleh sesuaikan dengan dengan terapi tambahan yang gunakan produk pollen dan propolis. Bagi sakit mata Katarak disyorkan selain sengatan lebah boleh amalkan titisan mata dengan madu kelulut (Trigona spp) dan madu lebah. Bagi rawatan masaalah reumatik mka perlukan dua titik sengatan iaitu dilokasi titik lokal di mana yang sakit dan titik sistemik disekitarnya.  Sebaiknya aktiviti Terapi Apipuntur dilakukan dalam 12 kali rawatan. Biasanya pada kunjungan pertama titik yang disengat hanya satu. Hari berikutnya ditambah satu titik sengatan lagi. Begitulah yang perlu dilakukan seterusnya. Lamanya sekali sengatan antara 10-15 minit dan laukan sehingga sembuh.  Wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan orang lanjut usia tidak digalakkan uuntuk tidak menjalani terapi  sengtan ini. Semuga tulisan kali ini memberi info terbaik daripada blog anim agro technology kali ini untuk rujukkan. Wasallam!!!.
SENGATAN LEBAH... MADU PUN ADA...
MENJADI PILIHAN... SAKITNYA TERASA...
PERLU DIULANG... BERANI MENCUBA...
PENYAKIT SEMBUH..HIDUP BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Nature Bee Farm,
KM48, Hutan Akasia Sedeli,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1438H)

Saturday, September 2, 2017

LEMBU MAKAN BUAH NANAS - Kajian Kes

LEMBU MAKAN BUAH NANAS?.... Itulah satu perkara yang jarang penulis blog dapat lihat sendiri sebelum ini. Nanas (Ananas comosus) adalah sejenis buah-buahan tropika yang kini semakin popular di tanam di Malaysia untuk pasaran domesitk dan juga pasaran eksport. Selain daripada buah nanas dimakan segar, terdapat juga beberapa varieti nanas yang diproses untuk dijadikan nanas dalam tin, jus nanas, tart nanas, paceri nanas, sos nanas, kopi nanas, biskut nanas, nanas goreng (vacuum fry), halwa nanas dan sebagainya. Buah nanas didakwa sebagai buah yang sangat baik untuk kesihatan sehinggakan ada dakwaan dimana buah nanas mampu mengelakan daripada masaalah kanser dan membolehkan proses pencernaan yang sangat baik kepada pemakannya. Kandungan Asid citrik dan Bromelain dalam buah nanas membolehkan ia adalah salah satu pilihan terbaik dikalangan buah-buahan untuk dimakan selalu. Bergantung kepada varieti nanas, jangkamasa daripada menanam sehingga menuai hasil adalah diantara 12 bulan sehingga 20 bulan. Jenis nanas Moris selalunya mengambil masa selama 12-13 bulan untuk dituai, Nenas MD2 pula sekitar 14-15 bulan dan Nanas Sarawak pula sekitar 18 -19 bulan. Memang mereka yang makan nanas segar aakan mendapat manafaatnya. Bagaimana pula kajian kes dimana LEMBU kini juga sudah suka makan nanas?. Peristiwa ini memang amat baik dalam industri nanas yang menghasilkan biomas yang banyak daripada daunnya yang tidak digunakan dan buah-buah nanas yang rosak terbuang begitu sahaja. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam "Anim Agro Techmology" kisah lembu yang suka makan buah nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan perbincangan.


Penulis mendengar dimana konsep 'zero waste' dalam industri penanaman nanas perlu digiatkan perlaksanaannya. Daun nanas memang amat banyak dihasilkan sepanjang proses pertumbuhan (Sila anda lihat foto disebelah).Tanaman nanas menghasilkan sebanyak 49 metrik tan silaj jika semua daun dan batangnya dijadikan silaj. Daripada kiraan kasar jumlah ini dijangka mampu untuk memberikan makanan 50 ekor lembu dewasa dengan kadar pemberian silaj sebanyak 15 kg seekor dalam tempoh sekurang-kurangnya untuk 2 bulan. Bagaimana pun lembu ini perlu juga diberikan makanan berasaskan protin yang lain yang asas seperti makanan lembu komersil. Proses membuat daun silaj dilakukan dengan mengambil daun nanas dan kemudian perlu dihancurkan dan dicampur dengan larutan molases serta baja UREA dan diperam dengan baik. Ia diperam dalam bekas tong khas membuat silaj selama 2 minggu untuk proses fermentasi. Kajian menunjukkan silaj daun nanas mampu disimpan untuk dijadikan makanan lembu selama 6 bula didalam tong kedap udara. Pada penulis pada masa ini masih belum ramai pengusaha nanas yang mahu membuat sijaj daun nanas untuk dijadikan makanan lembu. Penghasilan silaj daripada daun nanas dijangka dapat membantu menyelesaikan masaalah kekurangan bekalan makanan ternakan ruminan dan mengurangkan bebas kos pengimportan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya yang amat tinggi masa kini. Ia juga elakkan pembaziran daun nanas yang selalunya dibiarkan reput dalam kebun.


Lawatan penulis blog di Kebun Nanas Moris kepunyaan Cikgu Mohamad di Kg Meranek, Samarahan, Sarawak mendapati lembu yang dipelihara beliau suka makan buah nanas. Beliau menanam sekitar 15 ekar nanas dari varieti nanas moris dan nanas moris MM (Moris Meranek dari Indonesia). Sebahagian buah nanas masak yang dituai lazimnya ada 1% - 5% yang akan rosak atau busuk atau terlebih masak (over ripe) dimana ianya selalunya dulu dibuang begitu sahaja. Faktur cuaca, serangan patogen perosak dan amalan agronomi menybabkan kejadian buah reput pada nanas moris ini berlaku. Buah-buahan nanas ini mempunyai tompok-tompok hitan (Fruit Rot) yang tidak boleh dijual atau diproses untuk kegunaan lain (Sila anda lihat foto disebelah). Buah ini akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dibawa kekandang lembu beliau yang berada ditengah-tengah ladang nanasnya. Jadual penanaman dan penuaian yang berjadual membolehkan bekalan buah rosak ini sentiasa ada semasa proses penuaian dijalankan. Buah yang rosak ini jika dicampakkan kedalam parit atau atas tanah dipercayai akan menyebarkan lagi patogen untuk menyerang tanaman sedia ada dan dimusim akan datang. 


Terdapat 6 ekor lembu jenis tempatan yang diberi makan buah nanas dikebun beliau. Pada peringkat awal pemberian nanas kepada lembu, Cikgu Mohamad membuang kulit dan jambul dan hanya memberikan isi buah sahaja. Lembunya sangat suka makan nanas moris jenis MM yang manis. Bagaimana pun kini cara pemberian makan buah nanas kepada lembu lebih mudah dimana beliau hanya mencam[akannya buah tersebut kedalam tong-tong bekas makanan yang disediakan (Sila lihat foto disebelah). Lembu yang menunggu buah ini dalam tong makanan akan mula mengigit dan mengunyah semua buah nanas tersebut dengan cepat. Seekor lembu yang diternaknya mampu makan diantara 5 - 10 biji sehari bergantung kepada makanan tambahan yang disberikan. Rasa manis dan aroma buah nanas membolehkan lembu amat suka makan nanas masak dikebun nanas ini. Daripada pengalaman lepas, lembu yang disembelis dan dijual mendapat sambutan yang amat baik daripada pengguna kerana ia mempunyai daging yang sangat lembut dan kurang lemak. Kandungan bahan Bromelain, Gula, Vitamin dan sebagainya dalam buah nanas dipercayai memyebabkan lembu ternakannnya menjadi sihat. Penulis blog percaya tanaman nanas amat baik dibuat intergrasi dengan ternakan lembu dimasa akan datang. Semuga rencana ini memberikan info terbaik kepada pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!..


BUAH NANAS... YANG ROSAK DIGUNA...
NENAS MORIS... INOVASI DILAKSANA...
DIBERIKAN LEMBU...SUKA MAKANNYA...
PERLU DIKEMBANG...KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1232, Aras 12,
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(7 Zulhijjah 1438H)

PEMILIHAN BENIH NANAS

PEMILIHAN  BENIH NANAS merupakan satu aspek penting dalam industri penanaman nanas. Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman buah tropika yang penting di negara kita semenjak tahun 1900 lagi sebagai komoditi eksport yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). LPNM melaporkan penanaman nanas fizikal di Malaysia adalah seluas 15,774 hektar dengan keluasan dituai sekitar 13,148 hektar yang telah menghasilkan buah sebanyak 391,714 metrik tan buah nanas dengan nilai pengeluaran pada tahun 2016 sekitar RM515.248 juta (Sumber: Laporan statistik LPNM, 2017). Industri nanas perlukan benih yang banyak dengan kadar keperluan benih adalah 17,000 sulur seekar (atau 42,000 sulur benih sehektar) setiap kali penanaman. Jika dikira dengan sifir mudah pada keluasan tanaman maka sebanyak 662.5 juta pokok nanas ditanam pada tahun 2016 secara berperingkat. Jika penanaman dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk selama 12 - 14 bulan bagi nenas Moris dan MD2 serta beberapa varieti lain maka keperluan benih nanas dalam negara sekitar 50 - 55 juta sebulan. Tanaman nanas perlukan masa diantara 12-13 bulan bagi nenas Moris (Kumpulan Queen), sekitar 14 -15 bulan bagi nenas MD2 (Hibrid kacukan Smooth Cayene dan 5 varieti lain) dan sekitar 16-18 bulan bagi nanas Gandul (bagi kumpulan Spanish). Pemilihan benih nanas amat penting dalam penanaman nanas kerana hanya benih yang baik mampu menghasilkan buah yang berkualiti. Penanam nanas lazimnya akan menggunakan benihnya sendiri dalam kesinambungan penanaman nanas semenjak dahulu lagi. Bagaimana pun jika ada varieti nanas baru maka pihak kerajaan dan swasta akan mendapatkannya daripada sumber benih yang ditentusahkan. LPNM merupakan salah satu pihak yang mengedarkan benih nanas baru selain daripada Jabatan Pertanian dan instutusi lain. Bagaimana pun ada yang membeli benih nanas daripada pihak swasta secara langsung terutama bagi syarikat-syarikat yang ada modal dan tanah yang luas. Artikel malam Jumaat sempena cuti raya Aidiladha 1438H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pentingnya pemilihan benih nanas untuk mendapatkan pokok nanas yang sihat seterusnya mampu menghasilkan buah nanas berkualiti.


Punca utama benih nanas masa kini adalah dari SULUR TANAH (Ground Suckers), SULUR UDARA (Aerial Suckers) dan JAMBUL (Crown) daripada pokok induk yang dikenalpasti sesuai untuk dijadikan benih nanas (Sila lihat rajah disebelah). Penulis yang terlibat dengan penyediaan standard benih nanas di SIRIM agak mahir dengan spesifikasi dalam menentukan kualiti benih nanas yang sesuai untuk di tanam di negara kita. Bergantung kepada vaaritti dan amalan agronomi dikebun maka jumlah sulur tanah dn sulur udara yang dihasilkan setiap pokok adalah berbeza-beza. Bagaimana pun untuk beberapa varieti nanas yang popular ditanam biasanya jumlah sulur tanah dikeluarkan sekitar 4-6 sulur sepokok. Jambul pula kebanyakan buah nanas mempunyai satu jambul sihat yang sesuai untuk dijadikan benih tanaman manakala jika ada banyak jambul pada buah nanas ia kurang sesuai dijadikan benih tanaman. Sulut tanah akan keluar diantara 3 - 6 bulan setelah buah nanas dikutip hasilnya dan daun-daun pokok nanas dicantas dengan parang. Bagi beberapa jenis nanas seperti nanas moris dan beberapa lagi sulur tanah ini keluar sebelum pokok matang dan boleh dijadikan anak benih tetapi perlu memilih sulur yang betul.


Penggunaan benih nanas kultur tisu (Tissue culture pineapple seedling) memang tidak disyorkan. Walau pun teknologi makmal mampu menghasilkan benih kultur tisu nanas dengan baik tetapi ia tidak digalakkan untuk ditanam atau dijual kepada petani kerana masaalah SOMAKLONAL (Somaclonal problems). Bagi pengeluar benih nanas kultur tisu mereka beria-ia untuk menjual benih mereka dan mendakwa tidak ada masaalah dengan benih ini. Apa pun pemerhatian penulis dibanyak lokasi petani yang menanam benih nanas kultur tisu mendapati kes-kes somaklonal memang nyata berlaku seperti di Stesyen LPNM Alor Bukit, Projek Nanas Gemas, Projek Nanas Kg Padang Pan, Bau dan banyak lokasi lain. Peratus kes-kes somaklonal ini tidak menentu tetapi serandah 5% dan ada sehingga lebih 25% dibeberapa lokasi. Penelitian dijalankan pada bahagian DAUN (berduri penoh, ada anthocyanin, tekstur berlainan dari pokok induk), BUAH NANAS (bentuk yang berlainan, mutan) dan juga ISI BUAH NANAS (Kandungan asid citrik, tahap kemanisan Brix) dan beberapa ciri lain. Jika 5% pokok yang ditanam menggunakan kultur tisu ada masaalah somaklonal, berapakah akan berlaku varian pokok yang tidak dikehendakki ini untuk pusingan kedua dan seterusnya jika tidak dapat dikawal dari awal penanaman. Kalau sehektar ada 42,000 pokok ditanam dan setiap pokok ada 5 sulur maka sebanyak 210,000 sulur akan dihasilkan dan jika 5% menjadi somaklonal maka sebanyak 10,500 sulur tidak sesuai untuk dijadikan benih dalam penanaman akan datang. Jika ia ditanam juga maka gandaan pokok yang ada varian somaklonal akan berganda jumlahnya. Kiraan ini tidak memasukan benih daripada sulur udara dan jambul.


Dalam penulis menilai isu ini, beberapa pendekatan tentang pemilihan benih nanas perlu dilakukan. Pertama sekali pengusaha perlu mendapatkan anak benih (sulur atau crown) daripada pembekal yang disahkan telah ada Sijil Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) daripada pihak Jabatan Pertanian. Ini kerana ladang nanas yang telah ada SPBT telah menjalani pemeriksaan khusus oleh pakar di Bahagian BKKT dalam menentusahkan benih tersebut sesuai untuk dijadikan bahan tanaman. Mereka mempunyai SOP untuk menilai pokok induk tersebut boleh diambil benihnya untuk ditanam. Pemeriksaan dilakukan pada semua pokok yang ada dikebun semasa berbuah terutama untuk varieti hibrid MD2 dimana bentuk buahnya akan menjadi bukti utama. Ramai penanam nanas yang tertipu membeli sulur nanas dan jambul nanas yang didakwa tulin sebaliknya apabila ditanam ia bukanlah nanas MD2 yang sebenar. LPNM ada memberikan bantuan benih MD2 kepada peserta yang lulus dengan sistem pawah iaitu bagi setiap satu unit benih diberikan maka petani perlu pulangkan sebanyak 2 sulur. Sifat seperti 'ingin cepat dapat benih' telah menyebabkan ada pekebun yang telah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mengenai perkara ini.


Kini penulis mengesyorkan setiap kelompok, syarikat swasta dan individu yang menanam nanas agar mengadalah 'Ladang Benih Nenas' sendiri. Lazimnya penulis dapati penanam nanas yang lama dalam 'dunia penanaman nanas' akan mengambil benih daripada plot yang telah diambil buahnya tanpa membuat pemeriksaan teliti. Mereka tidak menandakan pokok nanas yang mudah diserang penyakit, pokok mutant, pokok buah patah tengkok, pokok bantut, pokok hasilkan buah kecik dan sebagainya dikebun. Sepetutnya pokok seperti ini perlu dimusnahkan semasa dibuat pemeriksaan ladang atau semasa menuai hasil. Pokok ini boleh dicabut terus dan dimusnahkan (ramai pekebun kerja ini susah tapi tiada dapat duit) atau boleh ditandakan dengan mencantas daun nanas separuh (yang lainnya dibuang semua) atau ditandakan dengan cat warna menandakan benihnya tidak akan digunakan kelak. Jika oa dapat dilakukan maka hanya benih nanas berkualiti akan diambil untuk pusingan penanaman akan datang. Kaedah lain adalah dengan ambil benih yang sihat sahaja dan dikumpul dan ditana dalam plot 'ladang benih' yang khusus ditempat berasingan dengan plot pengeluaran buah komersil. Aktiviti pemeriksaan ladang benih ini boleh dilakukan dengan lebih baik bagi menghasilkan anakbenih berkualiti. Semuga dimasa akan datang lebih ramai penanam nanas yang mempunyai ladang benih nanas sendiri. Wasallam!!.
LADANG NANAS...BENIH BANYAKNYA...
PERLU DIPILIH..BERKUALITI SAHAJA...
KULTUR TISU...ELAKKAN MENGGUNA...
LADANG BENIH ... PERLUKAN DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nanas Kg Mawang,
Serian, Sarawak,
Malaysia.
(9 Dzulhijjah 1438H)

Friday, September 1, 2017

BROMELIN - APA DIA?

 
BROMELIN adalah satu jenis enzim proteolitik yang selau didapati daripada bahagian tengan (empulur) buah nenas (Ananas comosus). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya yang banyak kandungan bromelin. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Enzim Bromelin ini merupakan dalam bentuk cecair dalam keadaan semulajadi. Ia juga dilaporkan berkesan pada suhu sekitar 40 - 60 °C (celcius) dimana pada suhu lebih tinggi ianya mudah berubah kepada bentuk lain. Bagaimana pun difahamkan bahawa suhu optima enzim bromelin sekitar pada 50 - 60 °C sahaja. Dikatakan suhu deaktivasi ± di atas 65 °C. Kajian makmal menunjukkan dimana pH efektif adalah diantara pH4.0 - pH8.0 dengan bacaan optima adalah sekitar pada pH 4.5 - 5.5. Penghasilan enzim dalam bentuk komersil masih kurang dijalankan kerana banyak faktor selain ianya sebenarnya tidak tahan disimpan lama dalam keadaan biasa. Bromelin adalah enzim proteolitik yang dijumpai didalam tanaman dan buah nenas. Enzim ini di hasilkan sebagai hasil sampingan dari kilang yang membuat jus nanas. Kini didalam kaedah moden mendapatkan bromelin beberapa bahan khas digunakan untuk presipitasi (pengendapan) enzim ini iaitu bahan Amonium sulfat dan Alkohol. Beberapa khasiat dan penggunaan untuk enzim ini adalah mengurangkan rasa sakit dan pembengkakan disebabkan oleh luka atau akibat pembedahan, mengurangkan radang sendi, menyembuhkan luka terbakar, meningkatkan fungsi paru-paru pada penderita infeksi saluran pernapasan dan sebagainya. Bromelin juga berkesan untuk meningkatkan kelancaran pencernaan pada manusia umumnya jima menggunakan bromelin dengan kadar dos 500 mg dalam bentuk kapsul. Apabila seseorang itu mengambil bahan bromelin seakan ia mengambil bahan anti-koagulan dimana kesannya risiko terjadinya pendarahan akan meningkat.


Bromelain adalah enzim protease yang ditemukan dalam buah nanas (Ananas comosus) yang mana termasuk dalam keluarga tanaman Bromeliaceae. Enzim bromelain juga terkandung pada bahagian batang nanas dan pada beberapa jenis buah-buahan lain (walau pun kandungan bromelin pada buah lain rendah berbanding dengan pada buah nanas). Ahli kimia mendapati strukturnya yang utama terdiri dari unsur Protease sistein. Kajian saintis mendapati bromelain juga mengandung bahan Amilase, Celulase, Asid fosfatase dan Asid peroksidase walau pun jumlahnya adalah agak kecil. Enzim bromelin ini memiliki kemampuan untuk menguraikan struktur kompleks protein sehingga lebih mudah diserap oleh bahagian tubuh. Laporan menunjukkan enzim bromelain aktif dimana ia memerlukan suhu optima antara 50 °C - 60 °C dan pH pada bacaan pH3.0-pH8.0. Walau pun ia lebih aktif semasa dalam bentuk cecair tetapi apabila dikomersilkan telah dimudahkan mengambilnya ada produk bromelain juga tersedia dalam bentuk suplemen sama ada serbuk atau kapsul. Bromelain pertama kali diekstrak pada tahun 1891 dan diperkenalkan sebagai suplemen terapi pada tahun 1957 oleh saintis di barat. Kini beberapa syarikat penyedia makanan suplement ada meneluarkan dan menjual produk bromelain dipasaran dengan pelbagai sukatan, jenama dan harga.


Pada penulis blog anim agro technology memang lebih berminat untuk mengetahui dan menyebarkan maklumat khasiat dan kegunaan enzim bromelin ini. Beberapa jurnal yang dirujuk mendakwa dimana bromelain sangat berkesan menjaga kesihatan jantung sebab ia mengurangkan pembentukan abnormal pembekuan darah dan terjadinya plak di arteri yang menyebabkan masaalah darah tinggi dan sakit kronik. Ini dikaitkan juga dimana bromelain memiliki sifat anti-koagulan yang membantu berlakunya atau boleh mengurangkan pembentukan gumpalan darah beku dalam pembuluh darah sehingga mengurangkan risiko penyakit jantung. Bromelin dilaporkan mampu memecahkan protein dalam rantaiannya yang mana kesannya mampu mengurangkan berlaku kejang otot. Aspek kegunaan ke 4 yang dirujuk menyatakan dimana bromelin mempunyai sift 'analgesik' dan 'anti-inflamasi' yang mampu merawat pesakit rheumatik. Enzim ini mampu meningkatkan penyerapan Sulfur dan Glukosamine yang penting untuk memperbaiki bahagian sendi. Dalam kes ligamen cedera atau robek didakwa dimana bromelain membantu dalam mempercepatkan pemulihan sekaligus mengurangkan kes pembengkakan dan rasa sakit. Dalamn pada itu ada testimoni yang mendakwa dimana bromelin mampu mengatasi masaalah sakit kulit. Penyakit kulit selalunya akan dikaitkan dengan peradangan kulit atau sensasi rasa gatal seperti pruritus dapat secara efektif disembuhkan dengan bromelain. Bromelain juga digunakan dalam produk untuk menyembuhkan luka akibat terbakar pada kulit sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati. 

Apakah kita semua tahu akan kehebatan buah nanas yang mengandungi banyak enzim bromelin terutama pada bahagian empulur buah?. Sifat anti-inflamasi bromelain dapat membantu menyingkirkan pengumpulan lendir pada saluran pernafasan bahagian atas sehingga mengurangkan risiko penyakit seperti sinusitis dan bronkitis. Bromelain didakwaa membantu menyembuhkan penyakit Peyroni dengan memecah kolagen yang bertanggung jawab pada pembentukan jaringan parut. Kaedah dengan memecah protein dalam perut dimana bromelain membantu dalam meringankan sakit perut dan juga menyembuhkan masalah pencernaan. Kajian mendapati dimana bromelain mampu mengurangi aktiviti bagi sel kanser. Dilaporkan kajian yang dijalankan kepada beberapa haiwan mendapati enzim bromelain efektif mengubati beberapa jenis bakteria dan virus secara efektif. Kajian juga mendapati bromelain amat berguna sebagai peerubatan untuk gangguan autoimun dan mengobati infeksi saluran organ servik.


Bagaimana pun pembaca perlu tahu dimana pengambilan Bromelin yang berlebihan (Overdose) yang tersedia dalam bentuk tablet dan kapsul akan mengakibatkan berbagai kesan sampingan. Antaranya adalah mungkin berlakunya Gangguan Gastrointestinal dalam perut. Ini adalah kesan sampingan paling biasa yang dialami akibat terlebih ambil bromelain. Kesanini termasuk rasa muntah-muntah, cirit, palpitation, gangguan sistem pencernaan, kehilangan nafsu makan, sakit kepala, sakit otot, pening kepala, mengantuk dan kelesuan. Oleh itu wanita yangmengalami pendarahan rahim dan menstruasi berat tidak boleh mengambil bromelain dalam bentuk apapun. Mereka yang ada gangguan pencernaan juga harus mendapatkan nasihat doktor sebelum bercadang dalam menggunakan bromelain. Kesan sampingan ke 2 adalah berkaitan dengan Reaksi Alergi kerana bromelain boleh menyebabkan berlaku alergi kulit yang meliputi gatal-gatal, ruam kulit, dan pembengkakan kulit. Kadangkala ia juga menyebabkan masalah pernafasan dan tekak sehingga merasa sesak nafas. Risiko ke 3 adalah berkaitan dengan kesan Pendarahan Berat disebebkan bromelin secara teorinya akan meningkatkan aliran darah dimana mereka yang menderita penukaran darah atau kelainan perdarahan disyorkan tidak mengambil bromelain. Bromelain juga tidak boleh diambil dua sampai tiga minggu sebelum pembedahan gigi dan pembedahan lain. Apa yang penting adalah anda JANGAN ambil bromelain semasa hamil dan menyusukan bayi disebabkan kesan sampingan. Mereka yang menderita penyakit hati dan penyakit ginjal juga harus menghindarinya. Ke 4 kesan sampingan jika makan bromelin berlebihan adalah kesan Interaksi Ubat lain. Mereka yang didalam rawatan dengan ubatan Antikoagulan dan anti platelet seperti warfarin, aspirin, heparin, bisulfat clopidogrel, ibuprofen, naproxen dan sebagainya akan mengalami beberapa kesan sampingan dengan bromelain. Kesan lain kepada meraka yang mengambil ubatan herba seperti ginkgo biloba dan bawang putih. Akhirnya bromelin juga akan memberikan kesan sampingan jika pesakit tersebut masih dalam perawatan dengan ubat kemoterapi, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi, lorazepam benzodiazepin, diazepam dan antidepresan. Apa pun jangan ambil sebarang suplimen dengan dos berlebihan memadai dengan makan mengikut kadar yang disyorkan sahaja. Semuga tulisan subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
NAMANYA BROMELIN...ENZIM BERGUNA...
BUAH NANAS... BANYAK DIDALAMNYA...
PELBAGAI KHASIAT...SUDAH DICERITA...
MEULIS ARTIKEL....UNTUK ANDA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...