Support My Blog

Thursday, March 7, 2024

STRATEGI INDUSTRI BULUH MALAYSIA (Part 1)

BULUH (Bamboo) atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam bllog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana strategi industi buluh tempatan dapat di lakukan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Sebenarnya negara kita Malaysia masih belum terlambat lagi untuk semua pihak membangunkan industri buluh secara meluas dan lebih bersaing dalam pasaran antarabangsa sekiranya mempunyai pelan tindakan yang berstrategik dalam usaha mengatasi cabaran dan isu yang menjadi halangan untuk tumbuhan buluh ini boleh dikomersialkan. Kerajaan melalui agensi yang terlibat terutama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) walau pun mereka telahtelah berusaha untuk terus membangunkan industri buluh dengan beberapa langkah dan ianya juga termasuklah menambahbaikan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2030 yang telah pun ianya dilancarkan pada Jun 2021. Beberapa strategi dilakukan untuk mengetengahkan antara tiga pelan strategik utama yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam pembangunan industri buluh selain beberapa saranan yang perlu diberikan penekanan. Penerangan kepada umum mengenai potensi dan 
pengenalan terhadap pokok buluh di Malaysia dan cabaran dalam industri ini perlu diperhebatkan sepanjang masa untuk mempastikan industri ini berkembang. Pada penulis blog yang menulis lebih daripada 50 artikel mengenai buluh memang mengenali tumbuhan ini dengan kerapnya membuat tinjauan teknologi diseluruh negara malahan pernah ke Filipina dan China melihat industri ini. Buluh merupakan tumbuhan yang tidak berkayu dan mempunyai struktur yang berongga di bahagian tengah. Tumbuhan ini dikelaskan sama dengan keluarga rumput iaitu Gramineae dan terbentuk dalam kumpulan Bambuseae daripada subfamili Bambusoideae. Penulis blog dapati dimana pokok buluh tumbuh semula jadi di Afrika, Asia, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Australia. Tumbuhan ini mampu membiak dengan baik di kawasan yang beriklim lembap dan panas dengan mendapat sumber dari matahari dan bekalan air yang mencukupi. Ia juga dikatakan mempunyai jangka hayat yang lama sehingga mampu hidup lebih daripada 100 tahun dengan bergantung kepada spesies buluh tersebut. 


Kebanyakan jenis pertumbuhan buluh di Malaysia ialah simpodial iaitu berumpun dan tumbuh di iklim tropika atau iklim yang tidak kering. Merujuk kepada data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dimana dianggarkan taburan buluh di Malaysia ialah 58 juta rumpun buluh dengan keluasan seluas 32.9 juta hektar. Penulis blog membaca sumber sama dimana daripada jumlah keluasan tersebut seluas 18.21 juta hektar adalah kawasan rumpun buluh yang meliputi hutan yang tumbuh meliar. Pecahan kedapatan buluh ini berada sekitar 24% kawasan buluh pula didapati berada di Negeri Sabah, 31% di Semenanjung Malaysia dan 45% ianya di Sarawak. Terdapat kira-kira 70 spesies dan 10 genera buluh yang terdapat di Malaysia dimana sebanyak 45 daripadanya adalah spesies tempatan yang membiak di kawasan hutan secara semula jadi iaitu di kawasan hutan asli dan bekas kawasan pembalakan diseluryh negara. Mungkin tidak ramai kalangan pembaca blog dan orang awam yang ada kenal akan spesis buluh yang terdapat di Malaysia. Saya ada menulis banyak siru mengenai spesis buluh yang ada di Malaysia dengan membuat pautan seperti berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi. Dilaporkan d
alam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara (Akta 313) mendefinisikan buluh sebagai hasil hutan sekiranya dikeluarkan daripada Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan. Tumbuhan buluh yang sedia ada untuk dikeluarkan dari HSK di Semenanjung Malaysia perlu melalui pelesenan secara lesen kecil. Perkara ini selari dalam Seksyen 28 bagi Akta 313 yang menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan pengambilan dengan lesen kecil apa-apa hasil utama hutan yang tidak melebihi tujuh meter padu atau mana-mana hasil kecil hutan dari mana-mana hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan. Sementara itu, dalam Akta Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 mendefinisikan kilang buluh sebagai suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengawet, memproses dan menukar buluh, mengikut mana-mana yang berkenaan kepada keluaran pelbagai bentuk dan reka bentuk.


Sebenarnya industri buluh ini memang luas kegunaannya dimana diantara k
ebaikan Pokok Buluh dan kelebihan bagi penanaman pokok buluh antaranya tumbuhan yang cepat membiak tanpa memerlukan penjagaan yang rapi serta mempunyai tempoh matang yang singkat antara tiga hingga lima tahun. Penulis blog semasa ada membuat tinjauan dilapangan dimana lazimnya buluh juga mudah membiak di kawasan hutan seperti bekas pembalakan, tebing sungai dan kawasan kaki gunung. Di samping itu selalunya pokok buluh juga memainkan peranan yang penting terhadap alam sekitar. Pokok buluh boleh dijadikan sebagai agen dalam usaha pengurangan pencemaran udara apabila kajian mendapati ia mampu menyerap 35 peratus lebih banyak karbon dioksida dan mengeluarkan lebih banyak gas oksigen di persekitaran. Akar buluh juga dilaporkan dapat memainkan peranan secara semula jadi dalam mengawal hakisan daripada berlaku. Apa pun sebenarnya buluh merupakan sumber alternatif bagi menggantikan bahan kayu selain mempunyai nilai pasaran yang setanding. Kegunaan buluh bukan sahaja secara tradisi untuk dijadikan lemang malahan rebung juga dapat dihasilkan dari pokok buluh. Batang bukluh dewasa pula dari spesis tertentu yang dituai sesuai diproses sebagai produk lain seperti kraftangan, bubu, sumpitan, perabot, bidai, pencungkil gigi, lidi sate, anyaman dan banyak lagi. Selain itu juga rumpun pokok buluh juga boleh dijadikan sebagai landskap di kediaman persendirian mahupun taman-taman rekreasi awam. Tanaman buluh masih kurang di komersilkan di negara kita walau pun kempen dan bantuan ada diberikan oleh pihak seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malatsia (MTIB) dimana penulis blog lihat belum ramai pengusaha yang dilaporkan berjaya menanam buluh secara komersil di Malaysia. Artikel ini ditulis dalam 5 (lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BULUH... SIAPA MENJAGANYA...
BULUH DITANAM...100 TAHUN UMURNYA...
ADA BANTUAN... BERAPA YANG POHONNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).
Kemaskini pada 27 Syaaban 1445H.
Published from,
Room 208, Hotel Bimakura,
Jalan Linggawastu, Tamansari,
Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...