Support My Blog

Monday, March 4, 2024

STRATEGI INDUSTRI BULUH MALAYSIA (Part 4)

BULUH (Bamboo)
 atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam bllog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana strategi industi buluh tempatan dapat di lakukan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dilaporkan di Bintulu Sarawak hanya terdapat tiga daripada sepuluh syarikat tempatan yang telah pun memulakan penanaman industri buluh. Langkah ini perlu ditingkatkan lagi dari segi hebahan dan kempen kesedaran agar lebih ramai rakyat mahupun syarikat tempatan menceburi industri buluh ini. Selain dari aktiviti pembukaan ladang buluh dimana penyediaan dana dan insentif termasuk skim pinjaman kepada manamana pengusaha buluh juga diteruskan dan perlu ia diperbaharui bagi memudahkan urusan pinjaman sekaligus menggalakkan lebih ramai syarikat menceburi industri ini. kalau dilaporkan dimana sebelum ini pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kayu-kayan ia sekali gus membangun ladang hutan secara komersial termasuk industri buluh tempatan. PPLH sebenarnya telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun 2007 dengan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM1.05 bilion. Dalam program PPLH dilaporkan dimana kerajaan telah berjaya untuk menyediakan skim pinjaman mudah bagi tujuan membantu syarikat-syarikat swasta, koperasi dan agensi kerajaan yang berkelayakan untuk membangunkan industri buluh di Malaysia. Walaupun sehingga ke hari ini dilihat yang industri buluh masih tidak mendapat sambutan seperti mana industri perkayuan akan tetapi insentif pinjaman ini masih lagi diteruskan dengan beberapa proses penambahbaikan. Dalam memperkasakan industri buluh tempatan ke pesada dunia dimana selain dijadikan sebagai alternatif kepada sumber kayu-kayan dilihat kerajaan meneruskan insentif pinjaman mudah (soft loan) di bawah PPLH dengan sistematik. KPPK juga telah memohon RM500 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dengan sasaran keluasan hutan sebanyak 50,000 hektar demi membangunkan industri ini. Selain itu juga dilaporkan pinjaman tersebut diberikan sebanyak RM10,000 per hektar untuk penanaman buluh dan pengusaha yang mengambil pinjaman tersebut perlu menjelaskan bayaran selepas tujuh tahun memperoleh keuntungan. Perkara ini tidak akan membebankan peminjam disebabkan penanaman buluh yang dilakukan secara komersial dianggarkan akan mendapat keuntungan bersih sekitar RM36,000 dalam tempoh masa empat hingga lima tahun. Dalam pada itu jumlah pinjaman ini juga telah disediakan dalam tiga pembangunan ladang yang berskala kecil (20 hingga 40 hektar), skala sederhana (2,499 hektar) dan skala besar (2,500 hektar ke atas). Antara spesies yang akan dibangunkan di bawah PPLH ialah seperti jenis Buluh Betung, Buluh Semantan, Buluh Beting, Buluh Beti dan Buluh Hitam. Kesemua jenis buluh ini sesuai dimaukan kerana ia memberikan pulangan terbaik dalam industri buluh di Malaysia.



Dalam insentif ini dilaporkan yang kerajaan juga melaksanakan beberapa langkah bagi penambahbaikan seperti dengan cara penukaran konsep pinjaman konvensional kepada pinjaman patuh syariah. Ia juga mematuhi konsep pinjaman ditukarkan kepada dana pusingan (revolving fund) supaya PPLH dapat dilaksanakan secara berterusan. Langkah ketiga adalah dengan cara memendekkan tempoh matang pinjaman bagi tujuan memastikan lebih ramai yang mendapat skim ini. Meskipun terdapat banyak penambahbaikan skim pinjaman dalam PPLH dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan industri buluh akan tetapi terdapat beberapa kelompangan dalam skim tersebut yang perlu diperbaharui pada masa akan datang. Pertama sekali, berkaitan isu tanah yang menyebabkan pengusaha industri buluh tidak dapat memohon skim pinjaman tersebut. Kebanyakan pemohon mahupun syarikat yang ingin mendapatkan pinjaman tersebut tidak mempunyai tanah sendiri untuk mengusahakan ladang buluh. Dilaporkan dimana ada yang mengharapkan MTIB yang bertanggungjawab menguruskan skim pinjaman ini menyediakan tanah untuk mereka. Perkara ini telah digariskan oleh pihak MTIB dimana bahawasanya jika pemohon ingin memohon skim pinjaman di bawah PPLH, pemohon perlu mempunyai tanah sendiri sekurang-kurangnya 4 hektar. Sehubungan itu isu dan juga permasalahan ini perlu menyelesaian segera dengan cara mewujudkan langkah-langkah yang boleh membantu lebih ramai pengusaha tempatan untuk membangunkan industri buluh negara ini. Kerajaan juga perlu memastikan skim ini diberi peluang kepada pengusaha tempatan terutama golongan belia dalam menceburi industri ladang buluh ini dan bukannya kepada syarikat besar mahupun swasta semata-mata. Insentif pinjaman patuh syariah yang diperkenalkan dalam program PPLH ini juga perlu dilaksanakan secara sistematik dan tersusun agar bukan sahaja memudahkan urusan peminjam tetapi juga golongan yang disasarkan dapat menerima skim ini tanpa dipinggirkan. Selain itu, hebahan tentang skim pinjaman ini juga perlu ditingkatkan kepada rakyat tempatan dengan menggunakan media massa dan media elektronik sebaik mungkin. Di samping itu, sistem pelaksanaan penyediaan anak benih buluh dan baja secara subsidi bagi pengusaha industri buluh juga perlu diperkemaskan agar ianya tidak menjadi isu seperti benih padi pada masa akan datang. Pelantikan syarikat yang bertanggungjawab dalam penyediaan benih buluh dan baja juga perlu diambil kira pelbagai aspek demi memastikan pengusaha tidak menanggung kerugian selain memastikan industri ini dapat dikomersialkan seiring dengan industri komoditi sawit dan getah. Tindakan kerajaan memperluaskan tanaman buluh dengan penubuhan ladang buluh, skim pinjaman di bawah program PPLH serta pelaksanaan baja dan benih buluh yang sistematik merupakan langkahlangkah yang diusahakan dalam pembangunan industri ini. Sehubungan itu, pelaksanaan langkahlangkah ini memerlukan hebahan dan kempen kesedaran secara besar-besaran sama ada melalui media massa dan elektronik mahupun aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai pengusaha buluh menceburi industri ini secara konsisten.


Strategi untuk memperkasakan kerjasama dalam aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R&D&C) bagi industri buluh perlu dikukuhkan. Diantara inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkasakan lagi industri buluh adalah dengan memperkukuhkan hubungan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) industri buluh dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kerjasama ini mampu menyumbang kepada kualiti dalam pemprosesan dan pembangunan produk industri buluh. Sementara itu, selain masjid buluh yang sedia ada di Gua Musang dan Kuala Kangsar, kerajaan juga telah membina surau buluh di Dataran Tenusu, Kuala Nerus. Pembinaan surau buluh ini antara usaha kerajaan dalam memperkasakan lagi pusat penyelidikan dan kajian buluh. Keunikan surau buluh yang mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi itu bukan sahaja diperbuat daripada buluh tetapi produk yang dihasilkan juga daripada buluh. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah berusaha membangunkan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) sebagai model ladang buluh dengan menandatangani Memorandum Perjanjian antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pada tahun lalu. Perjanjian ini bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan dan kajian terhadap industri buluh. Selain itu, TTITC juga akan dijadikan sebagai pusat rujukan semua pihak yang terlibat selain sebagai pusat eko-pelancongan ladang buluh negara. Seluas 15 hektar kawasan di TTITC juga dijadikan sebagai penanaman beberapa spesies buluh yang berpotensi untuk dikomersialkan seperti buluh betung, beting, beti, semantan dan hitam (Bakar, 2020). FRIM merupakan salah satu platform agensi kerajaan yang berperanan penting dalam penyelidikan dan pembangunan industri buluh. Hubungan kerjasama ini wujud sejak tahun 1990-an lagi dengan melaksanakan beberapa penyelidikan berhubung dengan pembiakan buluh di Malaysia. Namun begitu, beberapa kekangan yang berlaku seperti kawasan penanaman biji benih buluh dan bahan tanaman yang sukar diperoleh telah menyukarkan industri ini untuk dikembangkan. Oleh itu, permasalahan ini boleh di atasi sekiranya kerjasama dalam R&D diperkukuhkan dalam pelbagai peringkat. Meskipun terdapat pelbagai cabaran dalam R&D&C industri buluh, namun begitu perkara ini perlu dipergiatkan lagi dengan kerjasama semua pihak bagi menghasilkan benih buluh yang berkualiti melalui kultur tisu buluh. Hal ini demikian kerana, benih buluh yang berkualiti adalah penting dalam penghasilan produk-produk nilai tambah yang tinggi. Artikel ini telah ditulis dalam 5 (lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

INDUSTRI BULUH... SIAPA MENJAGANYA...
BULUH DITANAM...100 TAHUN UMURNYA...
ADA BANTUAN... BERAPA YANG POHONNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).
Kemaskini pada 27 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...