Support My Blog

Friday, March 1, 2024

POMOLOGY - APA PENTINGNYA?

POMOLOGI (Pomology) memang satu perkataan yang mana ia memang jarang di dengar di Malaysia iaitu satu istilah dalam bidang pertanian yang kurang di ketahui. Perkataan ini sebenarnya berasal dari perkataan Latin iaitu 'pomum' yang bermaksa sebagai 'Buah' dan disambung dengan perkataan 'logy' yang bermakna satu bahagian dalam botani yang mana mengkaji dan melibatkan diri dalam industri buah-buahan. Pada penulis blog di Malaysia memang agak kurang didengar mereka yang sudah di gelar sebagai 'Pomologist' dimana kalau ada pun seorang dua yang bertugas di universiti atau di dalam syarikat swasta dengan klayakan akademik khusus yang berkait dengan dunia tanaman buah-buahan. Ianya dilihat berlainan dengan beberapa negara maju diluar negara dimana mereka mempunyai agak ramai pakar digelar sebagai 'pomologist' ini yang terlibat terus memajukan industri buah-buahan untuk pasaran domestik dan eksport. Kalau mencari maklumat ini di internet akan jumpa istilah 'Pulmonologi' yang hampir sama bunyinya dengan 'pomologi' akan tetapi ia adalah berlainan disiplin. Istiah 'pulmonologi' sebenarnya adalah berada dalam dunia perubatan (medical term) yang khusus yang berkaitan dengan penyakit yang melibatkan saluran pernafasan. Istilah Ini berasal dari bahasa Latin perkataan pulmō, pulmōnis ("paru-paru") dan yunani dengan akhiran bermaksud 'kajian'. Pulmonologi adalah sinonim dengan pneumologi dan respirologi dalam dunia sistem untuk pernafasan didunia perubatan. Pulmonologi sering melibatkan pengurusan pesakit yang memerlukan sokongan hidup dan sistem pengudaraan secara mekanikal. Ahli pulmonologi selalu dilatih khusus dalam penyakit dan keadaan dada, terutamanya radang paru-paru, lelah (asthma), batuk kering, emfisema dan jangkitan dada rumit. Sementara itu Ahli Pomologist di latih dalam bidang botani botani yang mengkaji dan menanam khususnya untuk tanaman buah-buahan. Mereka yang ahli dalam bidang pengurusan tanaman umumnya di panggil sebagai 'Agronomist'. Dalam pada itu ada yang menggelarkan ahli yang pakar dalam bidang buah-buahan di gelar sebagai 'Frutikulturist' atau umumnya bidang Frutikultur.  Apa pun apa yang penulis blog faham dimana aktiviti yang melibatkan penyelidikan pomologi terutamanya akan tertumpu kepada pembangunan, penanaman dan penyelidikan fisiologi pokok buah-buahan terutama jenis buah-buahan yang baru. Selalunya di tentukan matlamat didalam penambahbaikan pokok buah termasuk penambahan kualiti buah, pengawalan tempoh pengeluaran dan pengurangan kos pengeluaran. Pomology telah menjadi bidang penyelidikan yang penting selama berabad-abad di negara yang mana ia menjadikan industri buah-buahan menjadi penting dan menyumbang kepada pendapatan petani. Dilaporkan dimana semasa pertengahan abad ke-19 di Amerika Syarikat (USA) dimana kalangan petani memperluaskan program kebun buah sebagai tindak balas terhadap potensi pasaran yang semakin meningkat. Pada masa yang sama kemudian pakar hortikultur dari kolej USDA dan pertanian telah membawa jenis tanaman buah yang baru ke Amerika Syarikat dari beberapa ekspedisi asing dan seterusnya ereka membangunkan banyak aktiviti penyelidikan untuk industri buah-buahan ini. Akhirnya sebagai tindakan terhadap minat dan aktiviti yang semakin meningkat ini maka pihak USDA menubuhkan Bahagian Pomologi pada tahun 1886 dan menamakan Henry E. Van Deman sebagai ketua pomologi yang pertama. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas apakah makna bagi Pomology untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pomology adalah bidang kajian buah (Fruits) yang khususnya sains buah-buahan yang semakin meningkat. Pomology telah diperkenalkan secara rasmi di Amerika Syarikat (USA) dan bermulalah bidang pomologi USDA pada tahun 1886. KAlangan mereka yang kali pertama dengar perkataan ini tentu ingin tahu akan apakan dia akan kepentingan Pomologi dalam Hortikultur. Pomology adalah salah satu dalam bidang sains pertanian penting. Pokok buah-buahan merupakan diantara jenis tumbuhan tidak mudah untuk ia berkembang dan memerlukan maklumat spesifik tentang cara mengkajinya bergantung kepada varieti dan kultivar tersebut sama ada dari jenis buah temperate atau buah jenis tropika. Sebahagian daripada maklumat ini telah ditambahbaik teknologi dan maklumatnya serta amalan agronominya melalui banyak aktiviti penyelidikan yang berterusan yang melibatkan banyak kos, masa dan ulang kajian. Pakar pomologi inilah yang terlibat dalam kajian berkaitan buah-buahan. Persoalan mengenai apakah yang akan dilakukan oleh pomologist iaitu dimana salah satu tugas utama ahli pomologi ialah perlu bagi membangunkan dan mengembangkan kultivar baru. Varieti buah yang baru selalunya mempunyai ciri lebih baik dimana ia akansentiasa dimanipulasi untuk diperbaiki keadaan seperti ciri dalam rintangan penyakit dan hasil tinggi yang lebih berkualiti. Ahli pomologi juga mengkaji proses persenyawaan dan kaedah pemangkasan terbaik untuk mengenal pasti temuan yang paling berkesan untuk mengekalkan pokok yang sihat dan produktif. Pomologis juga mengkaji tentang perosak, jangkitan, penyakit dan keadaan cuaca buruk yang mungkin menjejaskan hasil buah-buahan. Seorang ahli pomologis sebenarnya tidak terlibat terus dengan pemasaran akan tetapi peranannya adalah penting dalam menentukan bagaimana untuk menuai dan mengangkut buah kepasaran. Kajian yang berkaitan dengan aktiviti lepas tuai (post harvest) perlu dengan mencipta sistem khas untuk mengangkut hasil buah-buahan ini tanpa kecederaan. Mereka juga perlu mengkaji akan jangkahayat buah agar lebih lama dan segar serta cara penyimpanan terbaik mengekalkan hasil buah-buahan untuk mendapatkan nilai ekonomi lebih tinggi. Peranan saintis ini juga libatkan amalan agronomi buah-buahan termasuk dalam menentukan teknologi untuk menyediakan benih, menyiram, memangkas, membaja, menyembur racun, mengutip hasil dan aktiviti lepas tuai. Peranan pomologis perlu juga mencari cara baru untuk mengembangkan tanaman yang lebih berpotensi dan mendapat permintaan dipasaran yang baik serta mapan yang kurang memberi impak kepada alam sekitar. Pada penulis blog dimana kepentingan keberadaan ahli pomologis dalam bidang hortikultur perlu di tingkatkan kesedarannya terutama di Malaysia untuk mempastikan industri buah-buahan tropika negara ini akan menjadi lebih hebat.


Menarik juga mengetahui akan tugas dan kepentingan serta peranan bagi pakar pertanian bergelar Pomologist ini. Apa pun dilihat tanggungjawab mereka ini memang berada dalam dunia kajian buah-buahan. Secara umumnya tanggungjawab mereka adalah terlibat dalam berbagai penyelidikan berkaitan buah-buahan, penanaman, pembangunan industri dimana ia bergantung kepada kepakarannya. Antaranya adalah mengkaji Pokok Buah-buahan (fruit tree and plants) yang memang banyak jenis dan banyak varieti dimana semuanya mempunyai aspek kelainan ciri. Aspek bagaimana cara pertumbuhan diantara pokok berbatang keras (seperti durian) dengan jenis pokok renek (nenas) dan bertekstur sederhana (betik) memerlukan kepakaran yang hebat. Apa pun selalu dilihat peranan mereka bagaimana untuk mencipta 'varieti baru' pokok buah-buahan terpilih untuk ia lebih menguntungkan dan lebih berkualiti. Varieti baru ini akan menepati citarasa ramai kalangan pengguna melalui beberapa cara dan kaedah pembiakan hibrid, cara crossbreeding, pemililhan baka (traits), mutasi nuklear dan sebagainya. Kebanyakan buah-buahan terdedah kepada serangan perosak dan penyakit dimana ini akan menjadikan hasil rendah kualiti dan kesannya mengurangkan pendapatan petani. Ahli pomologi perlu mengkaji bagaimana mendiagnos isu ini dengan pendekatan yang cekap, rendah kos dan mudah dilaksanakan serta tidak menjejaskan alam sekitar. Ahli pomologi perlu hebat dalam cara memantau akan potensi hasil dan kuaiti hasil buah-buahan yang dihasilkan. Mereka mesti tahu membuat anggaran hasil yang tentunya berkait dengan faktor-faktor yang boleh di analisa dimana tahap produktiviti dan kualiti dapat di jangkakan. Paling penting dimana pakar pomologis ini mampu memberikah Khidmat Nasihat Teknikal kepada para pengusaha buah-buahan dengan betul dan cepat serta berguna. Pomologis ini akan memberikan rekomendasi atau syor kepada massalah yang dihadapi oleh pengusaha buah-buahan dalam aspek seperti pengurusan dusun, penjagaan tanaman serta amalan agronomi yang tepat kepada pengusaha buah-buahan. Apa yang penting dimana pomologist ini sudah mempunyai ilmu dan pengalaman didalam industri ini dan mampu memberikan khidmat nasehat (consultancy) yang betul dan tepat. Mereka juga mampu untuk menjaga konservasi dan penyimpanan pokok buah-buahan nadir yang kemudian boleh digunakan didalam biakbaka buah-buahan dan sebagainya.


Seorang pomologis juga sebaiknya mempunyai pengalaman atau terlibat terus dengan aktiviti penyelidikan buah-buahan dengan mempunyai kerjasama dengan ramai penyelidik dan saintis lain dalam bidang buah-buahan. Mereka perlu ambil tahu apakah temuan-temuan penyelidikan terbaharu berkaitan buah-buahan dalam bidang penanaman, penambahbaikan teknologi dan perlindungan tanaman khhususnya bagi buah-buahan penting. Seorang pomologist juga perlu mempunyai plot-plot penyelidikan atau pemerhatian disepanjanag karier sama ada plot penyelidikan tersebut berada dalam kawasan kerajaan atau di ladang petani buah-buahan. Dalam plot-plot ini akan dibuat ujicuba (trial plot) untuk penanaman buah varieti baru, teknik kenalpasti ketahanan perosak dan penyakit, prestasi kualiti buah dan sebagainya dilapangan. Seorang pomologis juga perlu sering menghadiri serta membentangkan kertas teknikal dalam seminar buah-buahan, workshop, latihan formal serta latihan secara tidak formal, aktiviti di kebun buah-buahan dengan pemilik dusun, sessi dengan siswa atau pelajar serta berada didalam komuniti buah-buahan. Pomologist akan memberikan khidmat nasehat teknikal yang kemudian ia di percayai oleh petani dan amalan tersebut dilaksanakan. Karisma pomologist didalam memberikan khidmat kepakaran akan membolehkan industri buah-buahan akan meningkatkan lagii produktiviti. Ini kerana seporang pomologis perlu sentiasa 'up-to date' dari segi maklumat dan juga terkedepan dalam mencari maklumat dan teknologi terkini untuk buah-buahan dan ilmu hortikultur. Mereka juga perlu mahir mengadaptasi teknilogi kerana berlaikan lokasi, jenis tanah dan jenis buah-buahan adalah mempunyai rekomendasi yang berlainan. Sebagai contoh dengan menganalisa maklumat tanah maka beliau perlu mampu mengesyorkan jenis buah-buahan sesuai ditanam dan amalan agronomi yang sesuai di lakukan bagi produktiviti yang optima. Tanaman buah-buahan sangat terkait dengan iklim dan cuaca dimana ada jenis buah-buahan yang memerlukan cuaca kering dan panas atau sejuk dan lembab untuk membolehkan ia berbunga dan berbuah. Ini disebabkan bagi kebanyakan jenis buah-buahan tropika dimana cuaca panas dan kering beberapa minggu akan mempenaruhi pokok mangga, durian dan sebagainya untuk berbunga dan berbuah.


Dilaporkan untuk menjadi sebagai seorang pomologis maka perlu ada beberapa ciri khusus berkaitan kemahiran dan imlu pengetahuan sesuai. Seorang pomologis perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang kukuh dalam bidang botani tanaman buah-buahan. Beliau juga perlu mahir dalam bidang sains tanah, agronomi, biakbaka tumbuhan, jenis perosak dan penyakir serta kawalannya dan juga aspej kualiti dan pemasaran. Kemahiran didalam menjalankan penyelidikan secara saintifik, mengumpul data dan membuat analisa data juga penting bagi seorang pomologis. Kemahiran dalam teknik menyelesaikan masaalah dan mampu membuat kajian lebih mendalam mengenai bagaimana mengatasi sesuatu masaalah dibidang tanaman buah-buahan perlu di lakukan. Keberadaaan bijak pandai termasuk ahli pomologis di Malaysia di dakwa akan mampu membangunkan industri buah-buahan kearah yang lebim maju dan dinamik. Dilihat mungkin sudah ada mereka yang sudah mencapai tahap 'pomologis' ini dalam bidang tanaman durian, nanas, betik, pisang, jambu batu dan beberapa jenis buah-buahan terpilih lain. Apa yang perlu di lakukan adalah dengan mengenalpasti siapakan golongan ini dan di senaraikan secara betul didalam senarai pomologis profesional yang mempunyai kelayakan akademik tepat, pengalaman luas dalam bidangnya serta layak memberikan tunjukajar dan khidmatnasehat kepada pihak pemain industri buah-buahan didalam Malaysia. Merujuk kepada artikel dari USA dilaporkan diantara universiti terkemuka disana yang ada menyediakan jurusan pomology termasuk Duke University, University of Florida, Cornell University, University of Georgia, Michigan State University, University of Iowa dan beberapa lagi. Dalam Malaysia belum dikenalpasti sama ada atau tidak universiti yang khusus melatih sisawazah menjadi pomologis ini. Di USA juga di nyatakan gaji seorang polologis bermula dari USD30,000 sehingga USD110,000 bergantung kepada tahap profesionalisma mereka. Ini kerana tugs pomologist di USA adalah saintis yang bertanggungjawab mempastikan kesihatan pertumbuan dan membiakbaka buah-buahan utama terpilih disana untuk pasaran domestik dan eksport. Merujuk kepada buah-buahan yang hebat termasuk citrus, epal, pear dan sebagainya. Buah-buahan merupakan produk hasil pertanian yang di makan diseluruh dunia dengan kuantiti yang banyak dan selalu dimakan (frequent). Disini peranan pakar pomologis akan terus relevan dimasa akan datang. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIGELAR POMOLOGIST... APAKAH DIA....
PAKAR BUAH-BUAHAN...JARANG ADA...
PENYELIDIKAN PULA... AKTIVITI UTAMA...
BACA ARTIKEL... BARU FAHAM MAKNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...