Support My Blog

Saturday, March 9, 2024

BAJA KOMPOS DARI SISA MAKANAN - KISAHNYA

BAJA KOMPOS (Compost)
 
adalah baja yang dihasilkan iaitu daripada pereputan bahan bahan organik dimana ia dilapor mempunnyai kandungan nutrien dalam baja kompos adalah sangat baik disebabkan kandungan mikroorganisma tanah yang tinggi. Mikroorganisma tanah ini yang akan pecahkan sisa-sisa organik kepada nutrient yang boleh diserap oleh bahagian akar pokok. Dalam melihat aspek ini dimana proses penyediaan baja kompos adalah mudah dilakukan dimana baja kompos adalah sejenis baja organik yang mana ia boleh memperbaiki struktur tanah dan sesuai untuk digunakan untuk tanaman terutama tanaman makanan serta tanaman jenis jangkapendek seperti sayur-sayuran. Kompos adalah sejenis baja yang terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan seperti sisa tanaman, sisa dapur, sisa bahan buangan tumbuhan (rumput), najis haiwan dan sebagainya yang direputkan oleh mikroorganisma. Kali ini penulis blog akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai baja kompos berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian mengenai baja kompos. Penulis blog yang mana pernah berkursus di Kyusei Nature Farming, Saraburi, Bangkok, Thailand selama 7 hari pada Ogos, 2005 untuk belajar membuat pelbagai jenis kompos dengan teknologi yang menggunakan mikroorganisma jenis EM yang sudah lama diperkenalkan oleh Professor Tareo Higa dari Jepun. Dalam membuat kompos antara aspek perkara utama ialah "Proses Pereputan" dimana proses ini adalah penting kerana ia berupaya menukarkan sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Dalam proses ini beberapa tindakbalas berlakuu seperti pelepasan gas, penghasilan larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma dan akhirnya menghasilkan baja kompos. Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakan. Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang lebih berkualiti. Artikel pada subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan info menarik atau kisah mengenai baja kompos dari sisa makanan dari laporan media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


D
alam portal berita sinarharian.com dilaporkan kisah bagaimana 'Sisa makanan dari bazar Ramadan jadi baja organik' yang mana ia sesuai dijadikan bahan rujukkan. Kisah menarik dari Kuantan,Pahang laporkan ada kira-kira 200 kilogram (kg) sisa makanan daripada Bazar Ramadan Mahkota Square dapat diselamatkan daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah setakat 13 Ramadan tahun lepas. Apa pun jumlag sisa ini adalah daripada tiga program khusus yang dilaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang iaitu Program Kompos @ Bazar, ‘Trash to Cash, dan My Save Food di bazar ramadan tersebut. Pengarahnya di kenali sebagai Sharudin nystsksn daripada jumlah tersebut sebanyak 89kg lebihan makan yang masih elok telah diagihkan kepada golongan bertani yang memerlukan dan 55kg lagi adalah barangan yang dapat dikitar semula. Pada penulis blog cara ini amat dipuji dan [atut di perluaskan lagi ke lokasi lain. Dilaporkan sebanyak 56kg sisa makanan pula dijadikan baja kompos selepas pihaknya menempatkan mesin kompos organik di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1mendapat respon baik. Baja kompos yang dihasilkan melalui pengumpulan sisa makanan daripada pengunjung yang berbuka puasa di padang MBK 1 dan peniaga di bazar terbabit. Kini mesin kompos ini boleh menampung kapasiti 25kg makanan dalam satu-satu masa dan ia beroperasi selama 48 jam. MBK kini boleh tambah makanan dan boleh meneruskan proses mengkomposkan sisa-sisa seperti biasa. Hasil baja kompos dapat dihasilkan dalam masa tujuh hari berbanding 14 hari dengan kaedah konvensional. Oleh itu bsgi sebanyak 25kg sisa makan pihak zmbk akan seterusnya memperoleh 30% baja kompos iaitu dalam lingkungan 2 - 3kg baja. Baja kompos ini akan berikan kepada kebun komunti yang diusahakan golongan rentan di kawasan pertanian bandar di Kuantan bersama Jabatan Pertanian. MBK yakin inisiatif itu mampu mengurangkan pembuangan sisa makanan terus ke tong sampah di samping menggalakkan amalan kitar semula. MBK juga telah membuat perbincangan dengan semua persatuan penjaja untuk menempatkan mesin ini di lokasi lain yang strategik selepas ini antaranya di pasar, medan selera atau semua kawasan perumahan. Tahun lepas dilaporkan MBK berjaya mengumpul sebanyak 7,783.40kg barangan kitar semula termasuk minyak masak menerusi program berkenaan yang dilaksanakan diseluruh negeri ini serta berjaya meraih pendapatan RM4,508.00. MBK kini berharap jumlah itu akan meningkat pada tahun semasa malah terkini ada sebanyak 573.50kg barangan kitar semula berjaya dikumpul bersama dengan nilai RM274.55.


Dalam portal berita mstar.com dilaporkan 'Lelaki mengajar cara membuat baja kompos tanpa mengundang haiwan perosak, tidak berbau busuk! Lepas 2 minggu sudah boleh di guna' juga sesuai di rujuk. 
Mereka yang masih minat atau gemar bertani atau berkebun pasti sudah tidak asing lagi dengan konsep baja kompos. Baja kompos adalah hasil pereputan bahan-bahan organik dimana kandungannya tinggi dengan nutrien yang boleh merancakkan tumbesaran tanaman. Bagi seorang peminat pertanian dikenali sebagai Rahman dia juga suka kongsi dan dedahkan cara yang mudah untuk membuat baja kompos sendiri di rumah. Teknik untuk membuat baja kompos boleh menggunakan pelbagai bahan termasuk sisa makanan atau sisa dapor sedia ada. Disyorkan menggunakan sisa-sisa dapur yang berasaskan tumbuhan seperti kulit buah, lebihan sayur atau selaput bawang yang di kumpulkan. Sisa dapur seperti perut ayam, lebihan ikan yang disiang atau organ dalaman lembu boleh juga dijadikan baja kompos tetapi tidak digalakkan kerana boleh mengundang haiwan perosak seperti lalat dan tikus. Tapak pengkomposan bagi menyimpan sisa-sisa dapur itu dibuat Rahman di dalam ruang penyimpanan bawah tanah yang diubah suai. Kenapa di bawah tanah adalah disebabkan cara ini boleh mengelakkan bau busuk pereputan makanan daripada merebak ke luar. Gunakan pinggan besi tahan karat digunakan untuk menutup tapak pengkomposan. Jika ada haiwan monyet dan jika sisa dapur dibiarkan dikompos di luar maka akibatnya monyet ini akan menyepahkan bahan kompos apabila digeledah haiwan itu. Sebaiknya sisa dapur akan dibiarkan dikompos di bawah tanah selama selama dua minggu sebelum boleh dibawa keluar untuk dijadikan baja tanaman. Sebaiknya dibuat beberapa tapak pengkomposan serentak agar bekalan baja kompos mencukupi sepanjang mas mengikut rujukkan jadual penanaman yang ada.Bagi tujuan ini sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat tapak pengkomposan. Cari dua bahan penting iaitu bakul sampah berjaring yang mana ia dibuat daripada plastik dan pinggan besi tahan karat (stainless steel). Langkah pertama dengan memotong keseluruhan bahagian atas bakul sampah itu. Kemudian gali lubang di tanah mengikut ukuran bakul sampah yang sudah dipotong itu dimana lubang tidak perlu terlalu dalam. Gali lubang sehingga bakul sampah itu dapat dimuatkan masuk ke dalam tanah secara 'ngam-ngam'. Kemudian tutup lubang itu rapat iaitu dengan menggunakan pinggan besi 'stainless steel' tadi. Ini bermakna yang tapak pengkomposan anda sudah sedia untuk digunakan. Sebaiknya bagi mengelakkan air hujan daripada bertakung di dalam pinggan itu dan bileh ia menjadi tempat pembiakan nyamuk sebaiknya boleh masukkan lebihan tanah ke dalam pinggan tersebut. Cara ini lebih selamat daripada gangguan haiwan arau serangga disekelilingnya.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan satu artikel bertajuk 'K
elebihan kitar semula sisa makanan' yang berguna untuk rujukkan semua. Apa pun dizaman era milenium ini, di Malaysia hanya ada mencatatkan kadar kitar semula 10.5% yang menunjukkan negara kita jauh ketinggalan berbanding negara maju yang menjangkau lebih 70%. Dilaporkan rekod daripada pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ada menunjukkan statistik komposisi pembuangan sampah di negara ini amat tinggi jika tiada langkah mengurangkannya. Data tersebut nyatakan dimana diantara bahan sisa yang tertinggi ialah sisa makanan iaitu 44.5% diikuti plastik (13.8%), bahan lampin pakai buang (12.1%) dan sisa taman (5.8%). Apa pun bagi penulis blog dimana bagi memulihara alam ini, setiap individu boleh mengaplikasikan 'Kitchen Waste Composting' dengan menggunakan sisa makanan di setiap kediaman sebagai alternatif memulihara alam sekitar. Kini kebanyakan kalangan masyarakat negara maju menjadikan 'Kitchen Waste Composting' sebagai hobi harian malahan terdapat institusi swasta dan universiti antarabangsa untuk mereka dapat menjalankan penyelidikkan mengenainya seperti Sweden dan Jepun. Proses kitar semula sisa makanan ini lebih dikenali sebagai Kitchen Composting apabila sisa makanan akan diproses menjadi kompos baja. Sisa makanan seperti lebihan nasi lemak, kulit pisang, sayur-sayuran dan sebagainya boleh dikitar semula. Malaysia perlu menyemai sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar bahkan memiliki tugas untuk dapat ia dimanfaatkan dan boleh mengelola serta memelihara alam semesta dengan baik. Akibat dari keserakahan dan perlakuan buruk sebahagian manusia terhadap alam sekitar dimana ini telah memudaratkan manusia itu sendiri. Akibatnya sudah sering berlaku bencana tanah longsor, banjir, kemarau dan air yang tercemar adalah kelakuan manusia yang merugikan. Dalam pada itu diantara kaedah yang boleh dilakukan adalah amalan Kitchen Composting membantu mengurangkan penggunaan tapak pelupusan malah membantu menyuburkan tanah dengan meningkatkan kesihatan tanah melalui tindakan nutrisi makro dan mikro organisma melalui kompos dihasilkan. Cara ini dilaporkan akan membantu meningkatkan kandungan nutrien dalam tanah kepada bentuk lebih ringkas dan mudah diserap tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat. Bahkan dapat memperbaiki tahap kimia, biologi dan fizikal sumber tanah dan mengurangkan kepadatan serta kemampatan tanah. Kaedah ini boleh meningkatkan pengudaraan dan kemampuan takungan air bagi menghalang penyakit dari tanah. Sebaiknya bagi mengekalkan keindahan bumi ini daripada tercemar kita boleh mengaplikasi teknik ini sebagai usaha memulihara alam sekitar supaya kesejahteraan hidup generasi akan datang terjamin. Rakyat Malaysia semua harus bertanggung­jawab mengendalikan sisa bahan makanan secara lebih berhemah agar alam sekitar rumah hijau kita berkekalan bersih, nyaman dan segar untuk didiami. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BAJA KOMPOS.... BOLEH DI JANA...
SISA DAPUR... IA BAHAN ASASNYA...
MASYARAKAT TAHU...LIBAT SEMUA...
TANAH SUBUR... SISA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1445H).
posted from
Room 444, Hotel Concorde,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...