Support My Blog

Friday, March 22, 2024

ISU BAWANG MERAH - NAK CAKAP APA?

ISU HARGA BAWANG MERAH
(Allium cepa var aggregatum) menjadi semakin lebih mahal menjadi satu berita yang selalu bermain di kalangan pengguna di Malaysia. Pada penulis blog yang sudah menulis lebih 15 artikel mengenai bawang mendapati dimana bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae juga berada dalam order Asparagales. Apa pun saiz bawang merah adalah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan jenis tanaman semusim dimana ia mempunyai jenis umbisi yang berlapis-lapis dengan akar serabut dan daun berbentuk silinder berongga berada dalam tanah semasa matang. Jika diperiksa dimana umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Dari segi istilah dimana umbi bawang merah bukanlan dari jenis ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dimana penulis blog dapati ia kemudiannya bersatu. Selalunya bawang merah akan memberikan rasa sedikit pedas dan agak berangin. Tanaman bawang merah yang berupa sejenis herba kecil setinggi 30-45 cm sesuai ditanam secara meluas atau kecil-kecilan atau hobi dirumah. Ia mempunyai jenis akar serabut dengan mempunyai jenis daun tunggal, susunan berpilin, panjang dengan hujung meruncing. Pada bahagian tengah daun berlubang dimana selalu berwarna hijau muda, permukaan berkulat serta jika di ramas akan mengeluarkan bau atau aroma yang kuat. Bwang merah mempunyai ciri berbunga majmuk, berwarna putih yang terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang dimana ia akan tumbuh di hujung daun. Bagi sesetanhag negara yang menanam bawang merah dimana ia boleg berbuah dengan ciri saiz biji-biji kecil. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis iaitu mempunyai diameter kurang dari 3 cm. Selalunya bawang merah boleh ditanam pada tempat beriklim panas seperti iklim tropika dan juga yang mempunyai iklim subtropika. Tanah yang sesuai untuk bawang merah adalah tanah yang tidak menakung air, subur serta mendapat cukup cahaya metahari. Bawang boleh ditanam melalui biji benih (agak kurang komersial) dan juga bebawang atau umbinya (lebih komersial). Bawang merah memerlukan siraman air hanya dua kali sehari yang dilakukan pada waktu pagi sekali dan petang hari dan cara pennggunaan jenis baja kompos untuk awal penanaman adalah amat digalakkan. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan baja NPK Hijau (15:15:15). Penulis blog tahu dimana ada terdapat 3 jenis bawang yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti dari Bawang Siam, Bawang Indonesia dan Bawang India walau pun sehingga artikel ini ditulis pada Januari 2024 belum ada kebun bawang komersial dilaporkan di Malaysia. Bawang jenis dari China atau Bawang China agak kurang sesuai ditanam di Malaysia kerana iklim yabg berbeza dan harganya pun mahal. Tanah yang sesuai untuk bawang merah mestilah mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 - pH7.0 dan tidak boleh di tenggelami air. Penanaman bawang mesti dibuat di atas batas berukuran 12-30 cm tinggi dan lebar 1.1-1.4 meter lebar serta panjang ikut kesesuaian. Dibubuh baja asas organik dan sebaiknya sungkupan jerami padi yang kering digunakan. Sila baca artikel saya mengenai tanaman bawang dengan pautan berikut (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis fakta menarik untuk di bincangkan mengenai beberapa isu harga bawang merah yang semakin mahal untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Isu bekalan dan harga bawang sentiasa menarik minat ramai di media tempatan kerana pastinya orang Malaysia memang 'kuat makan bawang' sama ada dari jenis bawang merah, bawang holland, bawang besar, bawang putih dan juga daun bawang di perlusuk negara. Ada banyak pihak yang cakap bermacam-macam mengenai isu bawang ini daripada pihak ahli politik, peniaga, pengusaha restoren sehingga bagi makcik dan pakcik di luar bandar dan di kawasan pendalaman. Walau pun ramai yang mengikuti berita dan sosial media mendapat info mengenai kenaikan harga makanan termasuk harga bawang tetapi mereka masih tunggu dan lihat. Isu ini men
jangkakan bekalan bawang merah India akan berkurangan sehingga berlaku kenaikan harga di Malaysia akibat sekatan oleh negara India. Apa pun krisis kekurangan bekalan bawang India itu berlaku sejak tiga bulan lepas berikutan banjir di negara berkenaan dan kerajaan perlu mengambil beberapa langkah segera sebelum ini dengan mengimport bawang merah dari negara lain seperti China, Pakistan dan Mesir sebanyak 106,395 tan metrik. Malaysia memang pengimport tegar bawang merah dimana Malaysia mengimport 60% bekalan bawang merah dari beberapa negara untuk memenuhi keperluan dan juga permintaan di Malaysia. Daripada jumlah import itu 70% dari India tetapi negara tersebut telah melarang sepenuhnya eksport (bawang merah) kerana di India juga ada mengalami bencana alam seperti kemarau dan banjir yang teruk. Apa pun penulis blog merujuk beberapa laporan media dimana kalau sebelum ini harga bagi sekilogram bawang merah adalah RM4 sekilogram akan tetapi bahan itu kini dijual pada harga lebih dari RM12 sekilogram. Isu dan fenomena kenaikan harga bawang merah itu dahulu sebelum covid dan perang Ukraine-Rusia memang selalunya hanya sementara sahaja tetapi kini dilihat menjadi serius bagi Malaysia dengan turunnya kadar nilai matawang Ringgit berbanding dengan matawang dunia yang utama. Beberapa usaha termasuk konsep Harga Rahmah, Bazaar FAMA dan Jualan MAdani dilaporkan dilakukan bertujuan untuk menjual pelbagai produk pertanian, ikan dan ayam itu juga bagi membantu orang ramai menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat serta ia juga peluang dan ruang untuk usahawan tempatan menambah pendapatan mereka. Dalam pada itu ada sebanyak 18 lokasi tetap jualan yang bermusim di seluruh negara berjaya mengadakan Bazar Peduli Rakyat di beberapa lokasi terpilih termasuk jualan bawang merah.


Sejauh mana kenaikan harga b
awang membebankan pengguna di Malaysia adalah satu isu yang menarik di kongsikan. Laporan dari media tempatan nstp.com dimana di Alor Setar, Kedah bukan saja harga sayur-sayuran naik malah harga bawang merah dilaporkan turut mengalami tiga kali kenaikan seperti didakwa pelanggan. Dilaporkan hasil tinjauan di Pasar Kampung Berjaya yang mendapati harga bawang pelbagai jenis meningkat antara RM2 hingga ke RM6 setial satu kilogram. Dakwa seorang peniaga dikenali Mohd Azam yang menyatakan harga bawang besar, bawang Holland, bawang kecil, bawang kecil Siam dan bawang putih naik sebanyak tiga kali pada bulan ini. Dia terpaksa jual bawang pada harga lebih tinggi dimana seperti Bawang Besar daripada lebih RM2.00 sekilogram kepada RM4.00 sekilogram sementara bagi Bawang Holland sekarang dijual dengan harga RM5 berbanding RM3 sekilogram sebelum ini. Bawang putih pula saya jual sebelum ini RM7 sekilogram dimana kini dia jual RM10 sekilogram. Dakwanya dimana dia juga perlu untuk mengeluarkan modal lebih tinggi apabila harga seguni bawang putih seberat lapan kilogram naik daripada RM40 kepada RM48, manakala seguni bawang besar seberat enam kilogram pula kini RM17 berbanding hanya RM14 sebelum ini. Apa pun menambah dimana setiap kali harga naik maka dia perlu tambah modal dan sekarang sudah beberapa kali naik maka memang terasa kesannya. Katanya lagi dimana harga bawang paling mahal adalah Bawang Kecil Siam iaitu RM16 sekilogram berbanding cuha dijual sekitar RM10 sebelum ini namun ia tidak dijual buat masa ini disebabkan harga bawang jenis ini memang sudah terlampau tinggi. Kini bukan hanya pengguna sahaj ayng terkesan akan tetapi pihak peniaga juga terkesan apabila harga naik namun kualiti tidak menentu dimana ada kalanya terdapat bawang yang kurang elok dan terpaksa dibuang dan ini merugikannya sebagai risiko perniagaan pula. Bagi seorang lagi peniaga iaitu S.H. Lim dimana selain barangan basah seperti ayam dan sayur-sayuran dimana kini harga ikan bilis pelbagai gred juga naik lebih 10% hingga meresahkan peniaga sepertinya. Dia yang mendapat bekalan ikan bilis pada harga tinggi sekali gus tiada pilihan apabila terpaksa menjual ikan bilis antara RM6 hingga RM8 mengikut jenis untuk 100 gram (g) berbanding antara RM4 hingga RM7 bagi kuantiti sama. Apa pun dakwanya sebagai contoh dimana harga ikan bilis Gred A kini boleh mencecah RM75 hingga RM80 sekilogram berbanding hanya sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram sebelum ini. Selalu dia menerima banyak rungutan dan komplen dari pembeli dimana harga ikan bilis yang makin tinggi namun mereka akur selepas dijelaskan bahawa peniaga juga membeli daripada pihak pembekal menetapkan pada harga tinggi. Sesekali dia juga ada menjual ikan bilis gred rendah yang lebih murah iaitu sekitar RM3 sekilogram namun jenis bilis ini biasanya tidak menjadi pilihan pengguna kerana kualiti rendah. Memang sudah menjadi isu lokal dimana kebanyakan pengguna di Malaysia kini sudah buntu untuk membeli barangan basah atau barangan dapor disebabkan kenaikan harga itu. Salah seorang pembeli pernah nyatakan diman akalau sebelum ini didalam dompet ada RM20 masih boleh beli beberapa jenis barangan namun kini tidak tahu boleh beli apa sebab banyak barang naik seperti ikan kembung pun kini lebih dari RM15 sekilogram. Rakyat Malaysia semakin tertekan dengan isu kenaikan harga barangan makanan dan kos-kos laon dalam menjalani kehidupan seharian.


Banyak laporan menyatakan dimana pihak 
KPDN wajar untuk aktif dan terus menantau segera kenaikan mendadak harga bawang India serta bahan mentah lain di seluruh negara. Rakyat sudah banyak kali nak cakap bagaimana pihak  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihak lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mesti memantau kenaikan harga bawang merah India yang dilaporkan meningkat mendadak. Menurut kenyataan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berdasarkan kepada tinjauan CAP di beberapa tempat di Pulau Pinang dimana ia menunjukkan harga bawang yang diimport dari India meningkat kepada RM9 setiap sekilogram (kg). Sebagai contoh dimana semasa perayaan Krismas 2023 dimana harga bawang dikawal pada kadar RM5 sekilogram dan dalam tempoh dua minggu tetapi ia kemudian meningkat hampir 100 peratus. Dilaporkan dimana kebanyakan para pemborong mendakwa masalah itu bermula apabila tiada bekalan bawang diperoleh dari India dan mereka tidak lagi mengetahui punca sebenar bekalan terhenti. Mereka juga mendakwa hanya 60% daripada guni berisi 10kg boleh dijual dimana sebanyak 40% lagi selalunya bawang tersebut sudah rosak. CAP menggesa KPDN dan FAMA agar menjalankan siasatan segera berhubung kenaikan harga bawang serta bekalan yang diperolehi peniaga yang didakwa banyak tidak berkualiti. Akhbar Berita Harian sebelum ini melaporkan harga bawang India di pasar naik lebih 30% daripada RM6 kepada RM8 sekilogram sejak bulan lepas berikutan bekalan terhad selain harga tidak menentu daripada pembekal. Dalam pada itu kemudian dilaporkan dimana pihak KPDN ada mengakui berlaku kenaikan harga bawang dari India susulan sekatan eksport dikenakan negara itu ketika ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan kerajaan India menyekat eksport bawangnya sehingga 31 Mac 2023 disebabkan pilihan raya yang sedang berlangsung, selain mahu memastikan bekalan domestik mereka mencukupi. Dimaklumkan diman aini adalah dasar kerajaan negara luar yang berada di luar kawalan Malaysia. Seterusnya di dakwa dimana apa yang berlaku dan isu kenaikan itu bukan berlaku masa ini sahaja (malah sebelum ini juga berlaku) susulan ia bergantung pasaran terbuka dengan sistem sedia ada kita bergantung kepada barang luar diman sudah menjadi dasar negara tertentu tidak kita kawal. Cakap-cakap ini adalah menteri tersebut mengulas kenaikan harga bawang India yang dikatakan lebih 30%. Sebenarnya KPDN sudah lama mereka memaklumkan isu itu kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam usaha mencari alternatif meningkatkan bekalan bawang di negara ini.


Bercakap
mengenai isu kenaikan harga bawang dimana portal bharian.com menyatakan 'Harga bawang India, Pakistan naik sehingga 65 peratus' wajar dikongsikan infonya. Isu asas apabila dilaporkan harga bawang dari India dan Pakistan meningkat antara 60 hingga 65 peratus sekilogram. Tinjauan di beberapa pasar raya di Terengganu mendapati bawang besar India dan Pakistan dijual pada harga RM7.40 sekilogram iaitu ia meningkat 60% berbanding cuma berharga RM4.50 pada beberapa bulan lalu. Bawang merah India dan Pakistan pula dijual pada harga RM6.95 sekilogram iaitu sudah naik 65% berbanding dengan cuma dijual RM3.80 sekilogram sebelumnya. Pengurusan sebuah pasar raya di Kuala terengganu itu ketika ditemui bukan hanya berhadapan kenaikan harga malahan juga melibatkan bekalan kedua-dua bahan bawang ini juga sukar untuk diperoleh oleh peniaga tempatan. Kini bawang besar dan bawang merah India serta Pakistan yang dihantar pemborong kurang berkualiti dan cepat rosak. Peniaga ada yang memutuskan untuk mereka mengurangkan jualan bawang besar dan bawang merah daripada India serta Pakistan sebab isu ini. Dalam kes sama di laporkan dari sekitar Johor Bahru dimana rakyat berdepan kesukaran mendapatkan bekalan bawang memandangkan bawang import alternatif kepada bawang dari India juga dijual dengan harga tinggi. Hasil tinjauan di beberapa pasar raya mendapati bekalan bawang dari China khususnya memang kini tidak begitu banyak dan yang mudah didapati ketika ini adalah bawang dari Pakistan. Bagi pengguna bernama Puan Habsah yang mengakui kenaikan harga bawang besar dan bawang merah itu menimbulkan keresahan orang ramai dan menyebabkan mereka terpaksa beralih menggunakan bawang dari China. Walau pun dakwanya tiada beza masakan menggunakan bawang dari India atau China tetapi keduanya agak berbeza. Dalam tinjaua lain di Kuantan dimana didakwa iaitu bawang dari India juga semakin sukar didapati. Hasil dari tinjauan mendapati bawang India yang bekalannya agak sukar didapati dijual dengan harga yang RM6.90 bagi 1.5kg, manakala bawang dari Pakistan dijual pada harga RM4.90 sekilogram. Peniaga di bandar ini masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan bawang memandangkan bawang import alternatif kepada bawang dari India juga didapati dijual dengan harga tinggi. Tinjauan di beberapa pasar raya juga mendapati apabila bekalan bawang dari China masih tidak begitu banyak dan yang mudah didapati ketika ini adalah bawang dari Pakistan. Dilaporkan bawang India yang bekalannya agak sukar didapati dijual dengan harga yang RM6.90 bagi 1.5 kilogram (kg), manakala, bawang dari Pakistan dijual pada harga RM4.90 sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan bawang dari China masih boleh diperoleh dengan harga RM2 hingga RM3 sekilogram berbanding bawang India yang agak mahal iaitu RM6 lebih sekilogram. Pengguna dakwa memanglah yang lebih sedap bawang dari India akan tetapi situasi ini berlaku mungkin kerana bawang India sudah sukar diperoleh susulan halangan eksport dibuat negara itu. Dalam pada itu kini bawang alternatif dari China lebih banyak dan lebih jimat dimana ia kadang-kala tiada juga di pasaran. Diharap artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAWANG MERAH... SEMAKIN MAHALNYA...
DIGUNAKAN HARIAN...MENAMBHAH RASA..
NEGARA PENGEKSPORT... BANYAKNYA INDIA...
TIDAK TANAM BAWANG LOKAL...ISU KENAPA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...