Support My Blog

Sunday, January 24, 2021

PENTINGNYA KELAWAR AGEN PENDEBUNGA

KELAWAR
yang terbang pada malam hari merupakan agen pendebungaan penting bagi beberapa jenis tumbuhan yang aktif menjalan pendebungaan pada malam hari termasuk Durian (Durio zibethinus). Antara jenis kelawar tersebut termasuk Kelawar Gua atau Cave Nectar Bats (Eonycteris spelaea) dan Kelawar Nektar Mini (Macroglosus minimus)  yang ada dihabitat semulajadi. Penulis blog ada menulis artikel mengenai kelawar Mini dalam blog ini pada tahun 2013 yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). Kelawar Mini merupakan sejenis kelawar kecil berlidah panjang yang terdapat dinegara kita dimana ia merupakan haowan yang aktif diwaktu malam dan melakukan proses pendebungaan durian. Kelawar Gua pula bersaiz lebih besar dan membantu mendebungakan bunga durian pada malam hari. Haiwan ini telah pun dikenalpasti mampu membantu proses pendebungaan bunga durian pada malam hari. Mungkin ramai diantara petani dan pekebun kita dikampong sana yang tidak pernah melihat haiwan ini kerana ianya cuma aktif dimalam hari dan berwarna gelap sukar dilihat. Kalau kita betul-betul hendak melihatnya boleh ditangkap dengan memasang jaring atau pukat dikawasan pokok durian yang sedang berbunga untuk dibuat kajian atau pemerhatian maka mungkin dapat menangkapnya. Dalam bahasa Inggeris ia beberapa spesis kelawar ni ada juga dikenali dengan nama lain sebagai Long Toungued Nectar Bat atau Nothern Blossom Bat atau Dagger Toothed Long nosed Fruit Bat dan Lesser Long Tongued Fruit Bat. Spesis ini merupakan spesis yang paling kecil dalam keluarga Pteropodidae dalam kumpulan Megabat. Ia lazimnya berukuran sekitar 60 - 85 cm dengan lazimnya berwarna coklat kemerahan atau sedikit gelap dibelakangnya tetapi agak cerah keputihan dibahagian perut. Populasi haiwan ini banyak dikawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Borneo dan sehingga ke Australia Utara. Artikel subuh ini dari Hotel T+ Premiere, Alor Setar saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwakelawar yang membantu proses pendebungaan durian dan laporan media berkaitan isu ini untuk dijadikan bahan bacaan anda.


Kelawar Kecil Berlidah Panjang ini apa yang penulis b;og buat rujukkan boleh hidup secara berkumpulan kecil atau individu dalam kawasan habitat semulajadi dalam hutan atau kawasan perkebunan. Ia makan nektar dan juga debunga menggunakan lidahnya yang panjang masuk kedalam bunga. Antara tumbuhan yang sering dikunjungi oleh haiwan kelawar ini adalah seperti pokok pisang (Sila lihat foto ia menyedut nektar pada jantung pisang disebelah), pokok bakau (mangroves tree) dan banyak tanaman lain dalam keluarga Myrtaceae, Bamboceae, Bignociaceae, Leguminoceae, Musaceae dan Soneraticeae di negara kita. Ia memang banyak didapati dikawasan hutan bakau dimana mampu hidup sehingga ketinggian 1,000 meter dari aras laut. Haiwan jenis ini dilaporkan sebanyak 14% daripada keseluruhan populasi semua jenis kelawar dalam negara dan sangat signifikan dalam mendebungakan banyak jenis tanam termasuk bunga durian. Kelawar ini mempunyai jantina Kelawar jantas yang mempunyai Organ Testis dan Kelawar Betina yang mempunyai organ Polyestrus yang matang dalam masa 140 - 160 hari untuk mengawan. Tempoh mengandung selama 120 hari (10 hari perbezaan) dengan waktu menyusu selama 60-70 hari bagi anak kelawar dengan sebanyak 2-3 ekor anak sekali beranak. Unikinya haiwan ini mampu membiak sepanjang tahun tanpa henti bergantung kepada kecukupan makanan disekelilingnya. 

Lazimnya bunga durian adalah nokturnal dan anthesis (berkembang) bermula pada waktu senja, mencapai kemuncak pada tengah malam dan berakhir pada waktu subuh. Debunga akan kehilangan upaya untuk bersenyawa menjelang keesokan harinya. Manakala stigma mencapai tahap puncak penerimaan debunga pada waktu malam sehinggalah awal pagi, kemudian menurun dengan mendadak ketika lewat pagi dan tengahari. Dalam keadaan semulajadi, durian didebungakan oleh agen pendebungaan nokturnal seperti Kelawar Gua (Econycterus spalee) dan Kelawar Kecil (Macroglossus minimus), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan beberapa spesis semut. Sejurus selepas pendebungaan lazimnya seluruh struktur bunga akan gugur kecuali ovari dan filamen. Seterusnya ovari akan terus membesar manakala filamen menjadi kering dan buah akan terbentuk. Sebaliknya jika pendebungaan tidak berjaya, bunga akan gugur 7 hingga 10 hari selepas berkembang. Buah durian akan matang 90-130 hari selepas anthesis bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman. Peranan pemilik dusun penting untuk mempastikan amalan agronomi tanaman durian dengan pembajaan, pengairan dan pengawalah perosak dan penyakit.

Dalam akhbar tempatan oleh Bernama dengan tajuk artikel ''
Mungkin Kita Tidak Dapat Makan Durian Lagi Lepas Ini'' menarik untuk dikongsi. Dinyatakan dimana jumlah pengeluaran buah durian dijangka berkurangan apabila ekosistem terjejas akibat kepupusan spesis kelawar dan juga keluang. Penghasilan buah durian memang tidak menentu dimana ada kalanya sedikit dan juga ada kala sangat banyak sehingga menyebabkan berlaku kes 'Lambakkan Durian' dan harga yang rendah. Jika berlaku lambakkan durian maka pemilik dusun durian kampong merupakan kumpulan yang paling merana kerana buah  durian mereka tidak boleh dijual atau mendapat harga yang sangat murah. Kehebatan buah durian sebagai 'King Of The Fruit'' ini oleh masyarakat negara ini yang sememangnya menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Beberpa kajian dilakukan saintis pertanian dan penulis blog juga pernah membuat pemerhatian mengenai isu kaitan diantara penghasilan buah durian dengan spesis haiwan dikenali keluargga kelawar (Kelawar Mini, Kelawar Gua atau Keluang) yang membantu didalam proses pendebungaan durian. Kelawar (Bats) atau yang besar dipanggil sebagai keluang ini sebenarna merujuk kkepada haiwan mamalia dalam keluarga  Pteropodidae. Di Malaysia pula lazimnya ia digunakan bagi merujuk kepada spesis khusus Vampire Pteropus vampyrus (yang menghisap darah ikut cerita dalam filem). Bagaimana pun di luar negara kita ada dilaporkan haiwan kelawar terutamanya keluang kebiasaannya dibunuh oleh manusia kerana dianggap sebagai haiwan perosak. Keluang selalu akan mengakibatkan kerosakan dan kerugian apabila ia memakan buah tanaman seperti Rambutan, Pulasan, Buah Mata Kucing, Longan dan sebagainya apabila buah tersebut hampir masak. Sekarang ini haiwan kelawar dan keluang sudah sangat terancam akibat pemburuan dan penebangan hutan sebagai habitat asalnya. Kadang-kala ia ditangkap dan ada yang dijual dan untuk dijadikan makanan kerana didakwa boleh digunakan untuk perubatan termasuk lelah. Mungkin faktor-faktor itu yang menyebabkan populasi keluang di seluruh dunia berkurangan dengan sangat mendadak.

Mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana
 kepentingan keluang kepada durian. Pada penulis blog kalau sebelum ini kalangan masyarakat sedia maklum kelawar kecil yang dipanggil 'cecadu gua' merupakan pendebunga untuk durian tanpa mereka menyangka keluang turut memainkan peranan penting keatas pertumbuhan durian selama ini. Laporan kajian oleh kumpulan saintis diketuai Dr Sheema Abdul Aziz itu mendapati keluang juga merupakan agen pendebunga untuk pokok durian. Apa pun penemuan itu diperoleh melalui pemasangan kamera perangkap pada pokok-pokok durian di Pulau Tioman. Dalam kajjian tersebut kumpulan saintis terbabit berjaya didalam mendapatkan rakaman video menunjukkan spesis keluang mendebungakan bunga durian yang seterusnya menghasilkan durian yang sihat. Ini adalah penemuan yang sangat penting kerana ia menunjukkan perkhidmatan ekosistem yang disediakan oleh keluang. Kesimpulan oleh kumpulan saintis itu dimana keluang memainkan peranan sangat penting sebagai agen pendebunga dan penyebar biji benih dalam hutan termasuk durian terutama di kawasan pulau. Justeru itu akibat kepupusan keluang boleh mengakibatkan ekosistem tropika terjejas dengan teruk sekali gus turut menjejaskan akan penghasilan durian di rantau Asia Tenggara. Populasi cecadu gua sudah pun terjejas akibat aktiviti penerokaan batu kapur. Jika keluang juga terus diburu sehingga pupus, sudah tentu raja buah’ di Asia Tenggara akan turut terkesan. Laporan lain menyatakan dimana industri durian Malaysia akan terancam dek kelawar berkurangan. Ini kerana didakwa dimana peranan kelawar semakin berkurangan di hutan Malaysia dan ini boleh menghancurkan industri durian yang bernilai berjuta-juta ringgit, kata penyelidik. Kajian mendapati dimana kelawar gergasi, yang dikenali sebagai 'keluang' dalam bahasa Melayu, adalah agen pendebungaan utama pokok durian. Bagaimana pun keluang yang biasanya dibunuh sebagai perosak kerana terdapat tanggapan bahawa bentuknya yang besar dimana ia yang terbesar daripada semua spesies kelawar dan boleh merosakkan pokok durian. Oleh itu pengurangan populasi keluang boleh membawa kepada pengurangan jumlah durian atau kemerosotan mutunya. Debunga dari bunga melekat pada bulu mereka semasa mereka memakan nektar, dan debunga itu dipindahkan dan disebarkan apabila keluang terbang bergerak untuk makan di pokok lain. Berlaku proses penyebaran silang pada tanaman durian dimana proses memindahkan debunga dari anter bunga satu tumbuhan kepada stigma bunga tanaman lain daripada spesies yang sama, adalah penting untuk menghasilkan buah sihat. Kajian awal juga berjaya menunjukkan bahawa pokok durian telah berkembang menjadi sangat sesuai untuk pendebungaan melalui kelawar, menjadikan haiwan ini agen pendebungaan utama dan paling berkesan bagi pokok durian.

Para saintis telah mengenal pasti keluang merupakan agen pendebunga untuk pokok durian, yang buahnya sangat digemari di Asia Tenggara. 
Para penyelidik mendakwa spesis keluang kecil (Pteropus hypomelanus) yang mendebungkan bunga durian akan menghasilkan buah durian yang sihat. Buah durian mempunyai nilai yang sangat tinggi di seluruh rantau dan merupakan simbol budaya khas Asia Tenggara. Industri durian kini adalah sangat lumayan dimana menghasilkan jutaan dolar Amerika melalui perdagangan dalam dan luar negara. Penulis bolg menulis lebih daripada 500 artikel mengena tanaman dan industri durian dalam blog Anm AGro Technology semenjak 12 tahun lalu. Apa pun dilaporkan keuntungan ekonomi ini sebenarnya akibat khidmat beberapa spesies kelawar gergasi genus Pteropus yang juga biasanya dipanggil keluang. Haiwan ini sangat terancam akibat pemburuan dan penebangan hutan. Ia sering dijual dan dimakan mengikut sesetengah kepercayaan bahawa haiwan ini boleh dijadikan ubat untuk lelah dan penyakit pernafasan yang lain. Keluang juga diburu dan dibunuh kerana dianggap haiwan perosak. Pengalaman penulis blog semasa bertugas di Sarawak terkejut apabila di jamu dengan masakan 'Keluang Masak Lada Hitam' semasa hadir majlis makan malam disebuah restoren makanan Cina di Lawas pada tahun 1996. Keluang yang banyak pada bulan Julai - Ogos di tembak atau diperangkap untuk dijadikan hidangan 'special' di restoren tersebut. Walau pun ramai orang menyatakan haiwan keluang mengakibatkan kerosakan dan kerugian apabila ia memakan buah tanaman. Beberapa faktor telah menyebabkan populasi keluang di seluruh dunia berkurangan dengan sangat mendadak. Kajian mendapati dimana keluang sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen pendebunga dan penyebar biji benih dalam hutan secara semulajadi. Kepupusan keluang boleh mengakibatkan ekosistem tropika terjejas dengan teruk kelak. Dilaporkan dimana haiwan kelawar kecil yang dipanggil cecadu gua memang merupakan pendebunga untuk durian akan tetapi kebanyakan orang menyangka bahawa keluang pula tidak memainkan peranan sebegitu kerana ia terlalu besar dan menyebabkan kerosakan. Keluang sebenarnya sangat berkesan dalam menjalankan pendebungaan pokok durian. Dalam kes lain didakwa populasi cecadu gua sudah pun terjejas akibat aktiviti penerokaan batu kapur. Keluang kecil sudah pun disenaraikan sebagai terancam di negara ini menurut Red List Mamalia Semenanjung Malaysia. Apa pun jika keluang terus diburu sehingga pupus, sudah tentu ‘Raja Buah’ di Asia Tenggara akan terkena kesannya juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA KELUANG... MALAM AKTIFNYA...
MUSUH TANAMAN... RAMAI DAKWA...
AGEN PENDEBUNGA...AMAT BERGUNA...
POKOKK DURIAN... TERKESAN PUPUSNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...