Support My Blog

Friday, January 8, 2021

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA (Part 3)

 

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA amat sesuai dipilih untuk dijadikan satu topik di dalam pemilihan artikel subuh ini. Pada penulis blog bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting walau pun selalu didengar pengusaha pertanian dikelaskan pihak tertentu yang melabelkan sebagai pekerja bukan dari bidang professional. Sektor pertanian ini kebiasaannya sejak dahulu hanyalah dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia walau pun kini sudah ramai usahawantani yaang mencapai tahap komersil. Apa pun kini berlaku banyak perubahan dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini iaitu sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam usaha memberi pulangan yang lumayan. Kini bidang pertanian ini dilihat dapat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Selama ini Mlaysia masih mendapatkan bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijiran dan juga koko. Malaysia mengimport berbillion ringgit bahan makanaan terutama untuk sektor makanan ternakan seperti jagung, kacang soya bagi tujuan industri ternakan seperti ayam dan ikan. Beberapa bahan makanan seperti kentang, bawang merah, bawang putih, buah-buahan temperate bagaimana pun masih merupakan bahan import yang terus mingkat selain daripada daging lembu segar serta susu. Bagaimana pun jika keperluan ini dilihat mencukupi dijangka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. Dari segi matawang dan keuntungan pula dilaporkan bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Dalam pada itu juga bidang pertanian mampu untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja dan ini sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. Pertanian juga memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai kepentingan pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Daripada analisa didapati trend sektor pertanian di Malaysia sebenarnya telah mengikut perancangan walau pun terdapat beberapa sektor yang tidak mencapai sasaran. Strategi m
empelbagaikan jenis tanaman dan ternakan perlu diperluaskan lagi bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu-satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan. Strategi ini akan memberi faedah dengan menambah dan usaha mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan. Akhirnya pengusaha tani akan dapat menambah pendapatan dimana ini kemudiannya akan mempelbagaikan ekonomi negara serta mampu meluaskan pasaran hasil pertanian. Penggunaan teknologi baru dan moden yang cekap serta sesuai dengan keadaan cuaca dan persekitaran di Malaysia perlu di lakukan mengikut hasil kajian berterusan. Selain daripada komoditi sedia ada sebaiknya bidang usaha baru yang berpotensi maju perlu diperkenalkan. Antaranya adalah seperti menternak lebah madu, tanam cendawan, menternak kelulut, industri mengeluarkan daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tanaman herba. Penternakan kelulut (Trigona spp) merupakan antara yang dilporkan mampu menberikan pendapatan baik kepada usahawan terutama golongan muda. Kini madu lebah kelulut dan produk kesihatan berasaskan kelulut telah melangkah kesatu tahap hasilan produk yang membanggakan. Penanaman buah tin (Ficus carica) atau Buah Fig dilaporkan mula berkembang luas terutama oleh beberapa usahawan yang mengusahaknnya didalam Struktur Pelindung Hujan (SPH). Buah ini dilaporkan mampu mencapai harga yang baik di Malaysia iaitu sekitar RM80.00 sekilogram (Sila lihat foto paling atas). Pihak juga kerajaan perlu memberikan insentif kepada industri tanaman buah tin ini yang boleh menjadikan buah ini menjadi satu kejayaan dimasa akan datang. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah tin didalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini). Tanaman buah tin ini telah maju dan berjaya walau pun tiada galakan daripada kerajaan secara langsung.

Strategi seterusnya dalam sektor pertanian sebaiknya adalah yang b
erorientasikan eksport dan komersial. Cara ini juga bermatlamat untuk negara mendapatkan pendapatan eksport dari Malaysia yang selama ini kebanyakannya hanya daripada pengeksportan hasil kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan tanaman getah asli (Hevea brazilliensis). Pengeksportan produk dari sektor pertanian ini akan membolehkan negara memperolehi tukaran wang asing. Dalam banyak tinjauan yang dijalankan penulis blog dapati antara bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport adalah termasuk buah belimbing, manggis dan mesta, kelapa muda, madu kelulut, produk herba, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros dan banyak lagi. Buah Mesta (seakan buah manggis) kini menjadi pasaran sama hebat dengan buah manggis ke Singapura dan China. Anda boleh membaca mengenai buah mesta dengan tulisan saya sebelum ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Rakan saya di Maran, Pahang memperolehi harga premium untuk pasaran mesta ke Singapura sekitar bulan Jun - Julai saban tahun dimana buah ini adalah lebih enak daripada buah manggis (mostly seedless). Bunga Orkid merupakan salah satu sektor untuk pasaran eksport yang terus unggul dalam industri florikultur. Terdapat beratus spesis bunga orkid tempatan yang dieksport keluar negara semanjak lama dahulu.Bagaimana pun diantara masalah pemasaran adalah seperti cukai import lebih tinggi, persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport serta masaalah kos penghantaran yang tinggi. Selain itu beberapa isu perdagangan seperti bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan pula sering dilihat menjadi penghalang pengeksportan.

Sektor Pertanian juga amat sesuai dikaitkan dengan sektor 
pelancongan atau pun 'Agro- Tourism'. Kini Program Agrotourism merupakan satu program pelancongan berasaskan pertanian dan perhutanan serta Eco-tourism. Contoh program agrotourism seperti Homestay, Farmstay, Hutan rekreasi, Taman Pertanian, Kolam untuk memancing ikan dan projek-projek Industri Asas Tani. Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa. Bukn semua negara mampu mengadakan program agrotourism sepanjang tahun seperti Malaysia yang beriklim tropika dan panas sepanjang tahun. Ini bermakna negara kita sesuai didatangi pelancong domestik dan juga antarabangsa sepanjang tahun. Keindahan dan keunikan bio-diversiti yang hebat di negara kita memang ditambahbaik dengan pertanian melalui program landskap. Pengamalan landskap yang betul menjadikan pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan yang indah mempengaruhi kedatangan pelancong. Apa pun dari segi peneramgan 'Perlandskapan' merupakan satu jenis kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia yang bertujuan menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan. Kini antaranya adalah kawasan kebun getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu dengan ada pelbagai aktiviti ternak air dan akuakultur.

Selanjutnya berkait dengan strategi kepentingan pertanian adalah sistem '
Ladang kontrak' dimana kaedah ini yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli dan penyedia modal). Sistem ini telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap. Dijangka golongan petani dan pengusaha pertanian akan menerima faedah seperti mereka tidak perlu bimbang pemasaran hasil. tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan dann mereka akan diberi latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain. Pengujudan Pasar Tani, Pasar Mingga dan Outlet lain menentukan pengguna mendapat bekalan makanan segar pada masa ditetapkan dengan tahap harga dipersetujui terus dari ladang. Sebagai contoh adalah Ladang Kontrak Ayam pedaging untuk restoran KFC, Udang, Ikan dan sebagainya untuk restoran dan bunga untuk hotel. Isu lain adalah seperti mengenai penggabungan ladang keci menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet. Sebagai contoh kebun ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi dijadikan Mini Estet dengan pengurusan berpusat. Ini akan dapat mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada. Agensi pertanian seperti LPP memang mampu membekalkan input pertanian dan pemasaran dimana kalangan ahlinya akan menjaga dan menguruskan ladang mereka. Cara begini akan meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui sistem pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun. Sektor Perhutanan dengan Pertanian boleh digabungkan dengan program dikenali 'Perhutani' dimana ada kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama. Memang ada jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan dimana ia akan memberi perhatian kepada masalah kepada kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Antara yang sedang dilakukan seperti tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang serta tanaman kopi dibawah hutan. Perlaksanaan program seperti ini memberi manfaat integrasi pertanian dan perhutanan. Ia akan mengujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian dan seterusnya mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah. Ia juga menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian dan membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEKTOR PERTANIAN... DI UTAMAKAN...
PELBAGAI SEKTOR... BEKAL MAKANAN...
ESTET LUAS... SAWIT GETAH TANAMAN...
PEKEBUN KECIL...BESAR SUMBANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11F/3, Putrajaya,
WP Putrajaya,Malaysia.
(19 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...