WEEDMAT ATAU TIKAR PENUTUP BUMI merupakan salah satu produk berasaskan plastik dan fiber yang terbaik untuk dijadikan penutup bumi dan mengawal rumpai. Produk hebat Weedmat kini merupakan pelapik permukaan tanah yang semakin popular digunakan didalam aktiviti sistem tanaman secara fertigasi terbuka atau pun untuk mengawal rumpai dikawasan kebun. Bagaimana pun dalam dunia kejuruteraan dilaporkan dimana penggunaan weedmat dan bahan lain seperti Geoxtextile serta Rumput Tiruan ini lebih kerap juga digunapakai semasa pembinaan jalan, ditebing mengawal hakisan, pembuatan bangunan, landskap dan sebagainya. Terdpat banyak spesifikasi dan jenama weedmat ini di keluarkan dari beberapa buah kilang berbeza yang mana boleh disesuaikan dengan tujuan dan penggunaannya. Weedmat merupakan penganti alternatif terbaik kepada plastik penutup bumi atau lebih dikenali sebagai Silvershine. Anda boleh membaca tulisan saya mengenai plastik silvershine didalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Apa pun pada kebiasaannya petani akan mengunakan Silvershine sebagai penutup bumi atau pelindung tanah kerana ianya lebih murah berbanding Weedmat serta mudah didapati. Terdapat banyak jenis silvershine dipasaran dengan perbezaan kualiti, spesifikasi, kos, ketahanannya dan cara menggunakannya. Plastik silvershine bagi tanaman nanas adalah berbeza dengan plastik silvershine untuk penanaman nanas (Ananas comosus). Bagaimana pun daripada aktiviti pemantauan peribadi penulis blog diseluruh Malaysia dan negara jiran dikatakan dimana produk ini kini semakin meluas digunakan. Kelebihan dari segi penggunaan memang produk Weedmat adalah lebih lama jangka hayatnya. Ia juga boleh bertahan sekitar 2-3 tahun sehingga 5 tahun dimana ada yang lebih dari lama itu bergantung kepada cara penggunaan dan persekitaran. Kini penanam nanas MD2 yang mengetahui akan kelebihan produk weedmat berbanding dengan produk plastik silvershine sudah berubah teknologinya. Kalau dahulu menanam nanas hanya diatas tanah gambut tetapi kini sudah meluas penanaman nanas MD2 diatas tanah mineral dengan aplikasi batas dan plastik silvershine diamalkan. Artikel pada subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan produk weedmat yang merupakan tikar penutup bumi mempunyai banyak faedah dan kos efektif untuk dijadikan bahan bacaan.
Terdapat pelbagai jenama dan spesifikasi produk weedmat buatan tempatan dan import dari luar negara. Harga juga memang bergantung kepada kualiti serta jenama akan tetapi masih lagi dalam lingkungan 'harga mampu' dengan fungsi dan kelebihan yang ada. Dilaporkan juga dimana produk tikar weedmat ini tidak mudah koyak jika dibandingkan dengan silvershine. Weedmat memang dibuat untuk menahan daya lasak untuk dipijak dan diletakkan polibeg tanaman diatasnya untuk satu jangkamasa yang lama. Apa pun yang penulis blog lebih berminat dan tertarik adlah ciri khasnya yang mana memng weedmat tidak menakung air semasaa berlaku hujan atau disiram dengan sprinkler dimana lazimnya air hujan akan meresap melalui Weedmat terus kedalam permukaan tanah. Warnanya yang hitam dengan ada jalur (warna hijau, biru dan sebagainya) menjadikannya ia mudah dipasang dengan luurus dan tersusun rapi. Berbeza denga penggunaan plastik silvershine dimana apabila hujan maka air akan bertakung dipermukaan plastik yang lekuk. Air hujan ini juga tidak akan meresap kedalam tanah dibawah plastik silvershine dimana sebaliknya akan mengalir lalu ketempat lain. Pada penulis blog kehebatan weedmat ke 3 apabila kedua produk weedmat dan Silvershine mampu mengelakan atau menghindarkan segala jenis rumpai liar tumbuh dikawasan keliling tanaman yang dibubuh. Namun begitu didapati produk ini sebaiknya weedmat ini diletakkan di bahagian laluan kerja bagi sistem fertigasi, nurseri, jalan lauan atau kawasan strategik lain. Bagaimana pun permukaan tanah sebaiknya diratakan dahulu dan dibuang segala batu atau kayu yang boleh menrosakkan weedmat. Cara memasang juga berlainan dengan cara pasang plastik silvershine iaitu selelu dipasang diatas batas tanaman atau dilapiskan bawah polibag. Secara ummnya 5 kelebihan produk weedmat ini menghalang pertumbuhan segala jenis rumput atau rumpai tidak tumbuh meliar. Tidak menakung air, mudah disusun atur, tidak mudah koyak, tahan lasak dan juga ia bertahan sehingga 5 tahun atau lebih.
Dalam tinjauan penulis blog kekebun durian di Raub, Pahang dimana beberapa petani yang menanam durian secara komersil kini sudah menggunakan weedmat sebagai bahan penutup bumi di bahagian pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Kaedah an cara pemasangan yang mereka lakukan ini juga berbeza-beza mengikut saiz pokok, terrain atau kecerunan tanah, keadaan umpai dipersekitaran dan juga sistem pengairan. Ada petanii yang memasang pada pokok muda dipangkal pokok mengikut kanopi dan ada yang memasang dengan lebih meluas lagi. Selain pokok muda produk weedmat ini juga di letakkan di bawah pokok yang sedang berbuah apabila jaring penampan buah tidak mencukupi untuk dipasang. Paling inik lagi dimana saya melihat weedmat ini dipasang ditebing curam dimana buah yang jatuh bergolek akan terkumpul pada weedmat. Dilihat kawalan rumpai dikebun durian dapat diatasi dengan cara pemasangan weedmat sebagai pelindung muka bumi. Cara ini mengelakkan penggunaan racun rumpai dikebun durian yang akan menyebabkan pokok durian akan terencat proses pertumbuhannya dan amat sesuai untuk perkebunan durian organik. Ini kerana weedmat diperbuat daripada plastik yang tahan lasak dan tidak mudah koyak dimana jalur-jalur dilihat seakan tikar dan mampu bertahan selama 5 tahun dengan penjagaan yang baik. Weedmat berfungsi sebagai pelapik yang menghalang rumput daripada tumbuh di ladang serta air tidak akan bertakung di atas weedmat kerana air akan meresap ke dalam tanah dibawah pokok durian melalui jalinan weedmat. Penulis blog boleh kata dimana weedmat ini akan menjimatan kos pekerja, penjimatan kos kawalan rumpai, produk mesra alam, tidak mudah koyak, boleh tahan lama (5 tahun), maintenance rendah dan juga air tidak bertakung apabila hujan. Produk ini merupakan pengganti kepada penutup bumi atau lebih dikenali sebagai Silvershine. Memang selama ini keunggulan plastik silvershine sebagai penutup bumi atau pun pelindung tanah sudah hebat kerana ianya lebih murah berbanding weedmat ini. Akan tetapi penulis blog dapati dari segi penggunaan weedmat adalah lebih lama jangka hayatnyadan lebih ekonomik untuk jangkamasa panjang.
Masih ramai para saintis, para pegawai pengembangan pertanian, petani, pelajar dan mereka yang baru berjinak dengan pertanian ini ingin melalkuan sesuatu yang baru dan mudah untuk mengawal rumpai. Selalunya mereka akan menggunakan semburan racun rumpai (weedicide) akan tetapi ini bukanlah pilihan terbaik. Kemudian diperkenalkan perladangn organik dimana pengunaan bahan kimia tidak disyorkan untuk kawalan rumpai lalu ada pilihan sama ada menggunakan silvershine atau weedmat. Ini adalah diantara beberapa pertanyaan yag saya sering terima semasa membuat tinjauan diladang atau didalam majlis pertemuan atau dialog. Apa pun saya jelaskan apakah dia perbezaan mengguna silvershine dan weedmat yang perlu diketahui. Silvershine merupakan plastik yang sangat nipis, mudah koyak, tidak tahan lama jika dibandingkan dengan weedmat. Penggunaan silvershine juga sebenarnya adalah untuk menutup batas tanaman yang mana ia ditanam secara konvensional bagi mengelakkan rumput tumbuh dinatas batas. Jadi tidak hairanlah kita akan selalu nampak silvershine ini sering digunakan secara meluas di kebun-kebun sekeliling kita. Begitu juga dalam fertigasi apa yang penulis blog periksa dimana plastik silvershine memang ada digunakan sebagai lapis di atas susunan polibeg bagi mengelakkan rumput tumbuh. Dari segi ketahanan pula biasanya ia kurang dari setahun silvershine dimana yang sudah digunakan akan koyak, reput dan rumput rumpai akan mula tembus jadi perlu selalu digantikan dengan yang baru. Selalunya pengusaha fertigasi akan menggunakan plastik silvershine bersaiz 4 kaki lebar untuk dibentang samada di keseluruhan tapak fertigasi ataupun hanya di bahagian bawah polibeg sahaja. Bagi pengusaha yang baru bermula akan lebih memilih silvershine sebagai pilihan oleh sebab harga yang lebih murah dan jimat. Namun jika ada bajet lebih penulis blog syorkan adalah lebih baik gunakan weedmat. Weedmat pula berupa seperti fabrik plastik yang dianyam. Lebih kurang macam karung dimana kesannya air hujan akan meresap ke tanah dan tidak akan bertakung di atas weedmat. Weedmat tahan lebih lama dan sangat mudah untuk dibentangkan berbanding silvershine. Ukuran weedmat yang biasanya digunakan dan ada di pasaran adalah 2 meter dan 1.2 meter lebar. Dianalisa dari segi kewangan dimana biarpun harga weedmat lebih mahal akan tetapi weedmat lebih tahan (sekitar 3-5 tahun) dimana ketahanannya ini mungkin lebih praktikal dan jimat kerana pengusaha tidak perlu menukar banyak kali kalau dibandingkan dengan plastik silvershine. Tanaman nanas, sayuran, betik, jambu batu, tembikai, durian belanda dan banyak lagi boleh dipasang weedmat untuk meningkatkan kecekapan kawalan rumpai, pengurangan guna racun, mengurangkan serangan perosak dan penyakit serta lebih kos ekonomik dalam masa panjang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HARGA MAHAL... TAHAN LAMA DIGUNA...
SESUAI DIPASANG... KEBAIKANNYA ADA...
KEDAI PERTANIAN... SHOPEE PUN ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 JamadilAwal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.