Support My Blog

Thursday, January 21, 2021

JUAL MANGGA ASAM BOI - SATU FENOMENA

MENJUAL MANGGA ASAM BOI di lampu isyarat atau 'traffic light' telah menjadi satu fenomena yang gempak di Malaysia semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini. Mungkin ramai antara pengguna jalanraya terutama dibandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia 'perasan' akan kehadiran mereka yang menawarkan jeruk mangga asam boi dijual dengan harga RM10 satu bekas atau satu balang plastik. Kebanyakan penjual ini memakai poster dibahagian depan dan pada belakangnya untuk dilihat dari jauh dan berjalan dicelah-celah kereta yang berhenti kerana lampu merah. Kehadiran mereka ini lazimnya disambut dengan pengguna jalanraya dengan memanggil mereka atau membuka tingkap untuk membelinya. Penjual ini akan ketepi jalan semula dan masuk ke tiang lampu isyarat semuala apabila lampu merah bertukar hijau dan pengguna jalanraya meneruskan keretanya dan ada yang terus menikmati keenakan nuah mangga asam boi yang memang enak. Di beberapa lokasi lain ada yang menjual 'air minuman teh tarik', Keropok Lekor, Kuih dan beberapa produk lain. Fenomena ini dilihat lebih ketara iaitu selapas berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKPP, atau PKPB akibat wabak covid19. Setakat ini fenomena ini telah banyak dilaporkan dalam media cetak dan media elektronik dimana kehadiran mereka ini ada kalangan para pengguna jalanraya yang suka dan ada yang tidak suka. Mereka ini hanya 'berniaga' untuk mendapatkan rezeki akan tetapi mungkin peranan pihak berkuasa tempatan dan pihak lain seperti PBT dan KKM perlu melihat perkara ini dari segi keselamatan jalanraya dan keselamatan makanan serta aspek aspek perundangan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Aro Technology'' saya kutip beberapa laporan artikel dari media tempatan mengenai fenomena menjual mangga asam boi di lampu isyarat sekadar dijadikan  bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Bernama dengan artikel bertajuk '
Mangga asam boi lampu isyarat, PBT serba salah?' yang dipetik melaporkan dimana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini serba salah iaitu gara-gara ramai penjaja khususnya yang menjual makanan mangga asam boi di persimpangan lampu isyarat. Trend menjual di persimpangan lampu isyarat ini diperhatikan telah bermula sejak awal tahun lalu dan ia semakin kerap boleh dilihat seluruh negara sejak kebelakangan ini. Bagi PBT pula jika dibiarkan penjaja ini ia boleh memberi risiko kepada kemalangan jalan raya maka bukan sahaja kepada penjaja tersebut akan tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.
Tidak mengira hujan dan panas biasanya penjaja di lampu isyarat terus berusaha mencari pembeli. Memang dilaporkan adalah betul walau pun setakat ini masih belum kedengaran dan terdapatnya laporan kemalangan yang melibatkan atau berpunca daripada penjaja ini akan tetapi adakah selepas adanya kes kemalangan baru kerajaan baru mahu bertindak. Kalau berlaku bermakna pada waktu itu ibarat nasi sudahpun menjadi bubur. Jika diambil tindakan pula difahamkan akan berlaku dan percayalah ‘berbakul’ kecaman dan makian akan diterima oleh PBT-PBT ini khususnya di media-media sosial. Walau pun mereka ini mahu cari rezeki yang halal sebaiknya perlu di berilah amaran dulu atau nasihat barulah boleh diambil tindakan. Ada laporan dimana ”Tidak berhati perut, sekarang ramai yang tiada kerja, Covid-19 ramai yang dibuang kerja, biarlah mereka mencari rezeki,” Itu antara komen-komen netizen berhubung isu ini dan ia ada benarnya namun untuk mencari rezeki, ia perlu mengikut peraturan yang ditetapkan, sukarkah untuk mengikut peraturan, undang-undang yang ada?. Wartawan yang menulis artikel percaya, tindakan oleh PBT seperti menyita barangan jualan diambil selepas nasihat dan amaran telah diberikan kepada penjaja-penjaja ini. Di beberapa penjaja lampu isyarat dikenakan saman oleh pihak polis trafik di Taiping seperti tular di media sosial baru-baru ini (Sila lihat foto didsebelah). Apa pun jika masih berdegil maka wajarlah mereka dikenakan tindakan. Bukanlah ada yang mahu berdengki akan tetapi orang ramai tetap bersimpati kepada mereka yang terjejas, kehilangan kerja, tapi golongan penjaja di lampu isyarat ini juga perlu memikirkan tentang kepentingan orang lain. Kalau tidak dibendung berkemungkinan jangan nanti makin ramai penjaja menggunakan strategi menjual di lampu isyarat dimana bermacam-macam pula yang dijual bukan setakat mangga asam boi sahaja nanti. Tapi begitulah pada zaman sekarang zaman sukar, pemimpin-pemimpin fikirkanlah yang terbaik, ini tugas anda. Media tersebut juga ada beberapa kali membeli daripada penjaja mangga asam boi ini dan bukanlah mahu atau teringin sangat memakannya cuma hanya mahu memberi sokongan dan rasa simpati dengan kegigihan anak-anak muda ini berhujan berpanas mencari rezeki.

Utusan.com pula dengan artikel bertajuk 'Berpanas terik demi menyara isteri dan anak' yang dilaorkan daripada Kota Tinggi, Johor menarik dijadikan bahan bacaan. 
Seorang lelaki sanggup berpanas terik sepanjang hari di lampu isyarat menjual jeruk mangga asam boi untuk menyara isteri dan keluarga di persimpangan lampu isyarat berhampiran Econsave Taman Damai Kota Tinggi setiap hari. Dilaporkan dimana pengorbanan Muhammad Nasib Zakir, 24, selepas pekerjaannya sebagai kelindan lori ditamatkan sejurus pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun 2020 ini. Beliuau kini menjual jeruk mangga asam boi tersebut sepenuh masa bagi menampung perbelajaan keluarga lebih-lebih lagi isterinya bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi. Dia perlu cari duit yang lebih untuk menyambut cahaya mata baharu. Saya mahu isteri dan anak cukup keperluan makan minum mereka bila ditanya wartawan. Beliau nyatakan dimana jika sebelum ini pendapatan bulanan bekerja sebagai kelindan RM1,300 tetapi hasil menjual mangga asam boi itu sekitar RM60 hingga RM80 sehari. Hasil jualan jeruk ini banyak bergantung pada cuaca iaitu jika hujan merudumlah pendapatan saya pada hari tersebut. Dia tidak mahu terus mengeluh kerana berpegang kepada prinsip rezeki ada di mana-mana dengan syarat kita tidak boleh berputus asa.

Dalam akhbar Berita Harian dengan artikel bertajuk '
PKP: Demi biaya rawatan anak, suri rumah usahakan jualan mangga jeruk' yang dipetik daripada Bachok, Kelantan sesuai dikongsi kisahnya. Dilaporjan BH dimana seorang suri rumah mengambil inisiatif mencari pendapatan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang menghidap penyakit paru-paru kronik. Suri rumah, Nor Hayati Abdullah, 26 dan suaminya, Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM350 seminggu telah tidak dapat keluar bekerja sepanjang PKP dan sejak itu dia mengambil pendekatan dengan menjual jeruk mempelam asam boi dan dihantar kepada pelanggannya di sekitar Kota Bharu dan Bachok. Dakwa mereka anak tunggalnya, Nur Amni Fatini yang kini berusia empat tahun tiga bulan disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik sejak berusia dua tahun, selepas sering mengalami demam berpanjangan selain sering keluar masuk hospital disebabkan komplikasi jangkitan kuman. Anaknya mengalami masalah sejak lahir apabila oksigen tidak sampai ke bahagian otak dan disebabkan itu hampir tiga bulan Amni berulang alik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan selama sebulan jugalah dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) HUSM sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Kini disebabkan penyakit ini maka anak saya tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya dan hanya terlantar di atas tilam. Ada ketikanya perlu bergantung kepada tangki oksigen untuk bernafas. Lebih menyedihkan lagi, berat badan Amni hanyalah 8.6 kilogram (kg). Beliau ditemui wartawan BH di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan, Bachok. Anaknya itu hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang di bahagian perutnya yang menjadi makanan hariannya. Dia perlu memberi Amni minum susu setiap empat jam sekali sebanyak enam kali sehari dan setin susu yang berharga RM150 hanya bertahan untuk tempoh seminggu sahaja. Walaupun memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan Amni pada setiap bulan yang menelan belanja kira-kira RM1,000 termasuk kos membeli lampin pakai buang. Kini sekurang-kurangnya dengan pendapatan yang diperoleh hasil daripada menjual jeruk mempelam asam boi itu dapat menampung membeli keperluan harian anaknya yang sakit. Dia akan menjual jeruk mempelam asam boi dengan harga RM10 bagi satu bekas/balang dan bagi memenuhi permintaan pelanggan dimana dia akan membeli mangga daripada penduduk sekitar kawasan Bachok. Kebiasaannya purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70/hari namun ianya bergantung kepada permintaan pelanggan dan bagi yang memesan secara ‘cash on delivery’ (COD) dan caj dikenakan adalah antara RM3 hingga RM4. Semuga artikel ini memberi info berguna akan fenomena penjualan makanan mangga asam boi yang viral di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
LAMPU ISYARAT... JADI SASARAN...
MANGGA ASAM BOI.. ITU JUALAN....
SATU FENOMENA... IA KELIHATAN...
ADAKAH PERKARA INI... BERTEUSAN?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Ptrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...