Support My Blog

Sunday, January 3, 2021

KUE TIOW GORENG KERANG

KOEY TIOW GORENG
merupakan sejenis makanan yang dipopularkan oleh kaum Cina di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan beberapa negara Asean lain. Makanan ini memang kini sudah menjadi makanan popular di Malaysia bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina akan tetapi juga oleh kaum Melayu, India, Iban dan semuanya yang suka akan makanan enak ini. Perkataan 'Kue Tiow' atau 'Kway Tiow' di Malaysia atau 'Kwetiow' di Indonesia sebenarnya adalah bermaksud 'me beras besar' yang dibuat daripada tepung beras. Ia memang berlainan dengan Mee Kuning yang lazimnya diperbuat daripada tepung gandum dan juga sesuai dijadikan makanan seperti mee goreng dan sebagainya. Makanan Kue Tiow Goreng Kerang pula merupakan sejenis makanan yang didakwa paling enak di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Penulis blog juga maklum dimana populariti Kue Tiow Goreng Penang bersama Laksa Penang juga sudah mendapat kedudukan nama tersendiri sebagai resepi makanan yang dikenali di Asia Tenggara. Penulis blog memang amat suka makan kue tiow goreng yang selalu disediakan sebagai sarapan pagi atau waktu petang selepas bekerja. Kue Tiow ini di Malaysia selalunya di sediakan didalam beberapa resepi masakan seperti Kue Tiow Goreng, Kue Tiow Goreng Kerang, Kue Tiow Sup, Kue Tiow Steamboat dan juga ada makanan yang terpopular adah 'Char Kue Tiow'. Char kue Tiow disediakan berkuah berbanding dengan yang lainnya digoreng dengan minyak (kering). Artikel subuh ini dari sebuah hotel di Kangar Perls saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" tentang makanan Kue Tiow Goreng Kerang dan yang berkaitan dengannyauntuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Terdapat banyak resepi menyediakan kue tiow goreng termasuk kue tiow goreng kegemaran ramai dengan namanya adalah 'Kue Tiow Goreng Kerang'. Kepakaran tukang masak ini menyediakan makanan ini bergantung kepada kesegaran kue tiow itu senddiri dan ramuan serta kepanasan api digunakan. Kebanyakan tukang masak akan menggunakan gas ketika memasak akan tetapi terdapat beberapa tukang masak yang memasak dengan enggunaan arang kayu. Penulis blog beberapa kali menjamu selera kue tiow goreng ini dimasak dengan arang kayu seperti yang viral di Kuala Pilah. Umumnya untuk memasak kue tiow goreng kerang perlukan bahan-bahan seperti 
1 peket koey teow, daun kucai yang mesti dicuci dan dipotong 1 inci panjang, penting ada semangkuk kecil taugeh dibuang akarnya, udang saiz sederhana atau udang sesuai mengikut suka banyak mana. Bahan lain yang mesti ada seperti 1 mangkuk kecil isi kerang (kerang direbus dahulu dan diambil isinya), 1 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan kicap pekat, 3 sudu makan kicap cair, 2 sudu makan cili kering kisar serta 3 sudu makan sos cili. Dalam pada itu disediakan juga 4 ulas bawang putih yang diketuk dan dicincang halus, 2 biji telur serta sedikit minyak masak. Cara-cara memasaknya dengan memanaskan sedikit minyak dan dimasukkan telur yang telah dipukul rata. Adunan ini dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble) dan dikeetepikan. Seterusnya dimasukkan lagi sedikit minyak untuk menumis bawang putih hingga wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau hingga pecah minyak serta dimasukkan semua sos dan kicap.  Kemudian dimasukkan udang dan isi kerang lalu dikacau rata hingga udang masak. Akhirnya dimasukkan koey teow, kucai dan taugeh dan dikacau rata sebelum kemudian dimasukkan telur hancur dan sentiasa dikacau rata. Bila semuanya sudah mesra maka boleh;ah ditutup api dan ia sedia dihidangkan. Bagaimana pun selalunya ada yang menggoreng telur secara berasingan kerana ada yang tidak mahu koey teow goreng jadi terlalu kering dana sesuai ditabur cili jeruk, sos atau bahan hiasan lain.

Dalam Akhbar Harian Metro pula dengan artikel bertajuk ''Kue tiaw kerang air tangan si cilik'' memang menarik dijadikan bahan bacaan. Seorang kanak-kanak yang mana semangatnya selalu  berkobar-kobar mahu menjadi sebagai penyambung legasi keluarga sebagai tukang masak mendorongnya untuk menguasai kemahiran memasak dan menyediakan pelbagai hidangan enak. Meski pun usianya baru 12 tahun, namun dia telah menggunakan kemahiran itu membantu ibu bapanya menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan yang singgah di gerai mereka di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur pada setiap Sabtu. Menceritakan mengenai minatnya, Mohd Raziq Rizqan Roslan dari Taman Batu Muda, Batu Caves berkata, pada mulanya dia hanya memerhatikan cara ibu bapanya menggoreng kuetiau kerang (Sila lihat foto disebelah). Kini beliau sudah mampu menyediakan sendiri kuetiau goreng kerang dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Memang gembira kerana ahli keluarganya suka makan hidangn yang dibuatmya dahulu. Kini pada setiap Sabtu dia akan membantu ibu dan ayah di pasar malam. Dia berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan. Memang menjadi niatnya untuk terus menyediakan hidangan terbaik kepada pelanggan selain dapat membantu ibu dan ayah di pasar malam. Sejak berusia sembilan tahun lagi memang dia kerap ke dapur membantu ibunya untuk menyediakan pelbagai juadah. Bapanya  iaitu  Roslan kini berasa bangga kerana anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak gugup ketika menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di gerai mereka. Dia juga telah mewarisi bakat memasak daripada ahli keluarga yang lain kerana nenek, ibu dan abangnya adalah tukang masak profesional. Dahulu pada peringkat awal Mohd Raziq hanya membantu memotong sayur, bawang dan bahan lain sebelum dibenarkan memegang senduk untuk menyediakan kuetiau goreng kerang. Kemudian melihat anak yang amat meminati bidang masakan maka bapanya kemudian membenarkan dia menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di pasar malam sejak dua tahun lalu. 
Kini telah makin ramai yang puji masakan si cilik ini dimana ada pelanggan tetap yang meminta kuetiau goreng kerang disediakannya. Asas kemahiran Mohd Raziq dalam memasak kini telah tular di media sosial selepas video kanak-kanak itu yang menggoreng kuetiau kerang dimuat naik oleh kakaknya. Ap pun setakat ini video berkenaan ditonton lebih 300,000 pelayar dan menerima komen positif daripada orang ramai yang memuji kebolehan Mohd Raziq untuk memasak. Memang daru dulu lai keluarganya amat menyokong minat anak mereka itu berikutan tidak mahu dia leka dengan gajet atau perkara tidak berfaedah lain. Jadual Mohd Raziq memang sebenarnya padat lebih-lebih lagi dia bakal belajar bagi menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Dia perlu menghadiri kelas tambahan selain aktif dengan program sukarelawan. Keluarganya juga tidak pernah paksa dia memasak, namun dia bersungguh-sungguh mahu membantu dan berpuas hati apabila pelanggan menyukainya.

Di Gua Musang, Kelantan pula seorang Orang Kurang Upaya (OKU) telah mengamil upah memasak kue tiow semenjak 10 tahun dahulu. Kini beliau ingin membuat perniagaannya sendiri dan memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan modal memulakan perniagaan. Dakwanya kalau  betul kerajaan tambah bantuan sehingga RM1,000 maka bolehlah diaa buat modal berniaga sendiri. Usahawan muda bernama Mohd Saiful Salleh yang berumur  31 tahun ini memang tinggal di rumah bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kampung Sungai Kepa, Gua Musang. Selama ini dia bergantung hidup dengan mengambil upah menggoreng kue tiau sejak 10 tahun lalu. Di Port Dickson ada kisah lain berkaitan dengan makanan kue tiow ini. Ia pernah di viralkan dengan cogankata 'Sekali 'pekena' jadi ketagih'' dimana ini telah dibuktikan oleh King's Char Kue Teow. Dilaporkan apabila pelanggan yang sudah ‘pekena’ sekali ketagih untuk mengunjungi lagi, dan apa yang terjadi bukan pelanggan setempat saja bahkan dari Lembah Klang dan Singapura. King’s Char Kuey Teow di bawah pengurusan Airaizat Global Sdn Bhd asalnya hanya beroperasi di bawah pokok dengan dua pekerja pada 2011. Namun selang dua tahun perniagaannya berkembang sudah mampu menyewa tapak lebih luas dengan 26 kakitangan serta tujuh tukang masak. Menurut pengarah Airaizat Global Sdn Bhd, Aizat Zulhailie Abu Bakar, 28, berkata berniaga makanan yang dititikberatkan adalah kepuasan pelanggan bukan memikirkan keuntungan semata-mata. Bagi mereka kepuasan pelanggan ibarat amanah yang memberi keberkatan dalam berniaga. Sekiranya pelanggan puashati saya dan isteri berasa sangat lapang.  Kelebihan King’s Char Kuey Teow ini bukan saja pada ramuan disajikan seperti kerang gred A, udang gred A dan lebih istimewa kicap tersendiri yang mereka gunakan. Harga sepinggan kuetiau RM5.30 hingga RM7.00 dimana dalam sehari sebanyak 60 kilo udang diperlukan manakala seminggu bekalan kuetiau diperlukan sebanyak 1 tan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
WARNA PUTIH... KUE TIOW NAMANYA...
ASAL BERAS... DIPROSES PUTIHNYA....
KUE TIOW GORENG... KERANG ISINYA...
KEGEMARAN RAMAI.... ORANG MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 145, Superior Room, 
Ants Hotel, Kangar, 
Perlis,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...