mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, October 1, 2020

BUAH 'NANGCHEM' - APA DIA?

BUAH 'NANGCHEM' (Artocarpus spp) merupakan sejenis buah yang amat jarang dijumpai dan di kenali di negara ini. Apa pun daripada tinjauan peribadi penulis di Taman Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya, Selangor ini mendpati rupanya buah ini adalah gabungan diantara buah Nangka (Nang) dan Buah Cempedak (Chem). Dari taklimat yang diberikan kepada ahli rombongan kami di lokasi tersebut juga ada diberitahu dimana hanya di pusat ini sahaja ada ditanam dan juga memang ada  dihidangkan buah Nangchem ini yang menjadi salah satu daya tarikan utama ramai pelancong tempatan dan juga pelancong asing datang. Bagaimana pun didalam membuat rujukan teknikal dengan Jabatan Pertanian didapati buah Nangchem ini rupanya lebih popular di Sarawak dan telah dilaporkan dalam media tempatan. Sebelum ini saya ada menulis mengenai 'Buah Cempedak Durian' dimana ia telah mula dipromosikan di Pameran MAHA 2010 dan dilaporkan luas ditanam di Perak dimana anda boleh membaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Buah Cempedak Durian memang berlainan dengan buah Nangchem ini dari penilaian penulis blog dalam banysak segi. Buah ini bagaimana pun telah didaaftarkan didalam Senarai Variieti Buah-buahan Nasional di Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran CH40 sebagai buah cempedak (Artocarpus chempeden Spreng) oleh pemiliknya bernama Bana anak Jaoang. Buah ini juga diberikan nama Rh Bana yang mana ditanam di Ladang Kontak Nangchem, Bintulu, Sarawak dimana ia telah berjaya didaftarkan pada 20 March 2017. Didalam deskripsi mengenai pokok Nangchem dinyatakan sebagai pokoknya mempunyai tabiat pertumbuhan pokok adalah mengembang. Pokok seperti pokok nangka. Ketinggian pokok didakwa boleh mencapai 30-60 kaki. Buah Nangchem pula dimana berbentuk Oblong. Purata panjang 45cm dengan lebar daun 55 - 60 kaki. Berat boleh matang boleh mencapai 5-7 kg dimana ia juga mempunyai isi bewarna kuning, Tekstur, rasa dan bentuk lebih menyerupai isi cempedak. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai buah nangchem sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Daripada tinjauan penulis blog mengenai ciri pada pokok dan buah yang didakwa merupakan hibrid atau kacukan daripada pokok nangka dengan pokok cempedak ini memang agak unik. Ia dilihat sebagai menyamai pokok nangka atau pokok cempedak pada tabiat pertumbuhan dan juga amalan agronominya. Bentuk daun, batang dan buahnya juga agak sukar untuk ianya dibezakan dengan pokok nangka dan juga cempedak (Sila lihat foto disebelah). Anak benih pokok nangchem agak sukar untuk dikebalpasti dengan matakasar kecuali bertanya kepada pihak yang menjualnya. Harga abakbenih pokok nangchem ini bagaimana pun ada dijual dibeberapa premis nurseri dan sebaiknya cuba dapatkan yang tulin sahaja dengan membuat beberapa penjelasan termasuk sijil SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) jika ada. Penyediaan lubang tanaman sama dengan cara meanam nangka dan diberikan penjagaan yang sama dengan tanaman nangka atau cempedak. Baja asas pertmbuhan awal seperti baja organik, NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Apabila pokok sudah matang diberikan baj buah NPK12:12:17:2 TE dengan perlu dipastikan tanaman mempunyai sistem pengairan dan saliran terbaik. Pokok ini didakwa akan mula berbuah setelah 3-4 tahun ditanam.

Dalam ujirasa dan tinjauan teknologi yang penulis blog jalankan di Selangor Fruit Farm ini. Diliht dari segi bentuk ulasnya ada dua iaitu seakan ulas isi buah nangka (besar dan agak kental) dan ada yang seakan ulas buah cempedak (kecil dan lembut). Penulis blog dapati isinya memang manis dengan ada aroma nangka serta mempunyai aroma cempedak yang kuat (Sila anda lihat foto disebelah). Daripada ukuran melalui Brixmeter didapati tahap kemanisan bervariasi daripada sekitar 8 - 16 darjah brix mungkin akibat tahap kematangan yang berlainan. Ulas yang seakan buah nangka kurang manis, keras sedikit dengan warna kuning cerah seakan buah nangka. Bagaimana pun bagi ulas yang seperti cempedak mempunyai tekstur yang lembut, berwarna kuning oren dan sangat manis serta ada aroma yang kuat. Penulis blog berpendapat kestabilan pokok nangchem yang ditanam di pusat ini ada yang belum stabil ciri buahnya disebebkan oleh banyak kemungkinan. Antaranya adalah punca benih, pengurusan tanaman dan juga faktur persekitaran lain. Perkara ini agak berbeza dengan buah nangchem yang ditanam di Sarawak yang dilihat lebih stabil cirinya dan telah didaftarkan.


Dalam pada itu Bernama melaporkan dengan artikel bertajuk 'Cempedak kahwin nangka ‘nangchem’ kini hidup subur di Sungai Serakit, Bintulu" sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dinyatakan dimana ada peribahasa 'cempedak dah jadi nangka' sering diguna pakai untuk menggambarkan sesuatu yang sudah berlaku tetapi tidak dapat diubah, namun peribahasa itu kurang sesuai digunakan di sekitar kawasan Sungai Serakit di sini kerana baka kacukan nangka cempedak atau 'nangchem' sememangnya wujud, hidup subur serta diusahakan secara besar-besaran. Penduduk dari Rumah (Rh) Patrick Bana, rumah panjang 48 pintu yang dihuni lebih 300 orang di Sungai Serakit, berjaya menanam nangcem di tanah seluas 48 hektar (120 ekar) serta boleh disifatkan sebagai paling berjaya di Sarawak (Sila lihat foto disebelah). Bagi seorang pemilik kebun, Bana Japang, 79 tahun, berkata penanaman nangcem di kawasan tersebut merupakan kerjasama penduduk Rh Patrick Bana dengan Jabatan Pertanian Sarawak sejak tahun 2000. Benih pokok nangcem dilaporkan telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak. Dakwanya kini buah ini memberi pendapatan yang boleh dikatakan lumayan kepada penduduk di kawasan ini, disebabkan itu rata-rata penghuni di rumah panjang 48 pintu ini telah menyertai skim ladang kontrak nangcem. Nangcem yang sudah masak kami jual kepada  FAMA dengan harga RM2 sekilogram. Bagaimana pun dakwanya lagi ada juga buah nangcem yang dijual terus kepada pelanggan di sekitar Bintulu. 


Didalam membuat penerangan kepada wartawan seterusnya Encik Bana yang mana beliau adalah bekas tuai rumah ini dakwa buah nangcem sedap dengan rasa lemak dan manis kerana memiliki tekstur buah nangka dan cempedak. Buah  Nangcem tidak bermusim dan sentiasa mengeluarkan hasil dan setiap kali tuaian kira-kira lima tan hasil dapat diperolehi. Pihak Jabatan Pertanian dengan pihak FAMA pula sangat membantu kepada pekebun nangcem dikawasan ini. Kini berapa tan buah nangchem hasil diperolehi tidak ada masaalh pasaran. Pada beliau menyatakan memang tidak salahbeliau tanam pokok nangcem  kerana mampu membberi pulangan lebih lumayan berbanding harga terkini kelapa sawit. Kini dia mengusahakan kebun tersebut bersama anak-anak dan dibantu beberpa orang pekerja. Encik Bana yang menanam lebih 100 pokok nangcem berkata kejayaan penanaman nangcem di kawasan tersebut, memberi peluang buat dirinya untuk menghadiri Pameran MAHA beberapa tahun lalu untuk mempromosikan keunikan buah tersebut. Menurut seorang lagi pekebun iaitu Encik Antalai Sulau berumur 60 tahun nyatakan tidak sukar untuk menanam nangcem kerana bentuk muka bumi serta tanah di kawasan tersebut amat bersesuaian. Pokok  Nangcem pernah cuba ditanam di beberapa lagi kawasan sekitar, namun kurang menjadi. Mungkin disebabkan kawasan ini berbukit ianya hidup subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Memang tidak sukar untuk tanam nangcem tetapi perkara asas seperti membaja, meracun perlu juga dibuat, paling utama buah perlu dibungkus kerana kadangkala ada lalat buah yang boleh merosakkan nangcem. Encik Antalai yang kini menanam sejumlah 60 pokok nangchem dakwa buah yang masak dan sesuai dipetik dianggarkan seberat kira-kira lima kilogram hingga 15 kilogram. Katanya ada beberapa varieti nangcem yang ditanam di sini seperti Nangcem CH28, Nangchem Mas Gading dan Nangchem Sri Gading. Bagaimana pun Nangcem yang sesuai untuk djual biasanya seberat kira-kira lima hingga 15 kilogram sebiji. Beliau dakwa dimana dia pernah juga jual nangchem seberat 27 kilogram kepada peminat buah-buahan tempatan. Kini lebih ramai yang mula berminat menanam buah nangchem. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BUAH NANGCHEM... APA BENDA...
KACUKAN CEMPEDAK..DAN NANGKA...
BUAHNYA MANIS... ENAK RASANYA...
CARI BUAHNYA.... KENA UJIRASA..



By,
M Anem,
Senior Aronomist,
Selangor Fruit Valley,
Bestari Jaya, Selangor,
Malaysia.
(12 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...