Support My Blog

Monday, October 19, 2020

JENIS-JENIS LIMAU MANDARIN (Part 2)

LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata)  adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) dimalaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya.


Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III)Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin.  Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: -


B. Class II, Tangerine

1. Clementine
Limau Clementine ini diperkenalkan paa tahun 1909 oleh Jabatan Pertanian California, USA. Baka ini sebenarnya adlah dibawa masuk dari Algeria pada tahun 1914 setelah ditambahbaik program biakbakaanya. Buahnya adalah sederhana besar berbentu bulat sehingga bentuk elliptical dengan ukuran lebar 5-6.1 cm wide dan ketinggian buahnya 5-7 cm. Kulit buah yang dikopek melihat isinya yang berwarna oren kemerahan mempunyai 8 - 12 segmen yang halus, lembut, tebal, berkilat, loose dan juga puffy. Limau ini juga digelar sebagai Algerian Tangerine.

2. Cleopatra
Cleopatra telah diperkenalkan pada tahun 1888 daripada negara Jamaikan ke USA. Kulit limau jennis ini adalah berwarna oren-merah dengan bentuk buah 'oblate' dan bersaiz agak kecil. Ia mempunyai biji dimana selalu digunakan sebagai pokok hiasan (ornamental plants) di Florida dan Jepun ada juga digunakan sebagai pokok penanti (rootstock). Jenis ini juga dikenali dengan nama sebagai Limau Ponki atau Limau Spice.

3. Dancy
Dancy adalah jenis limau yang dijumpai di Buea Vista, Florida, UA pada tahun 1871 dan dikomersilkan kaedah penanamannya pada tahun1872. Buahnya mempunyai bentuk oblate atau 'pear-shaped'. Buah bersaiz sederhana dengan ukuran 5.7 - 7.5 cm lebar dan 4 - 5.4 cm tinggi. Kulit buah bermarna oren-merah dan merah dengan isinya oren gelap. Limau ini mempunyai 10 - 14 segments dan 6 - 20 biji didalamnya. Ia memang enak dimakan dan luas ditanam di Florida diikuti kawasan di California dan Arizona . Pokoknya tahan kepada cuaca sejukbeku. 

4. Ponkan
Ponkan pula adalah oren dengan nama lainya sebagai 'Chinese Honey Orange' yang berbentuk bulat atau pun bentuk 'oblate' dengan ukuran lebarnya 7 - 8 cm. Kulitnya adalah berwarna oren lembut dimana ada lubang dibahagian bawah buah. Mempunyai sebanyak 9 - 12 segmen dengan ada  aroma wangi, manis, juicy dan mengandungi biji sedikit jumlahnya. Pokoknya dikelaskan sebagai jensi pokok renek (dwarf plant).

5. Robinson
Robinson dihasilkan dengan kacukan dari Limau Clementine Tangerine dengan jenis Orlando tangelo. Ia diperkenalkan di USA oleh Jabatan Pertanian )USDA) pada tahun 1960. Mengandungi sekitar 10 - 12 biji didalamnya dan menjadi populat atau viral apabila dengan menyembur Ethrel mempercepatkan pembuahannya warna oren yang menarik.  

6. Sunburst
Sunburst adalah hasil kacukan Limau Robinson dan Limau Osceola pada tahun 1967. Kemudian pada tahun 1970 limau ini dibiakkan beberapa anakbenih sebelum dikomersilkan penanamnya pada tahun 1979 terutama di Florida. Buah limau ini adalah bersaix xederhana dengan bentuk buahnya ada;ah 'obate' berukuran 6.25 - 7.5 cm tinggi. Dilaporkan dimana di Florida Tengah kulit buah ini adalah berwarna oren dan oren scarlet dari kawasan tanaman Indian River. Ia juga mempunyai 11-15 segment dengan jumlah bijinya sebanyak 10-20 butir dan warna jus yang kuat. Matang dan dituai pada pertengahan bulan November sehingga pertengahan Dicember. Pokoknya mudah hidup subur, dahan tidak berduri, vigorous dan berbuah awal. 
Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!...
LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA...
KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA...
KELAS II... TANGERINE POPULARNYA...
KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
21 Zulkaedah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...