Support My Blog

Tuesday, October 6, 2020

FAKTA TENTANG KUCING

KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis catus dipercayai ianya merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya menulis sedikit info mengenai fakta berkaitan kucing yang mungkin ada sebahagian manusia tidak mengetahuinya bagi dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun begitu kucing sebenarnya mempunyai fakta yang hebat untuk dibincangkan dimana mungkin tidak semua orang tahu fakta ini. Kucing bukan sahaja hanya boleh menjadi tempat untuk bermain bersama manusia akan tetapi ia juga mampu menghilangkan tekanan (stress factor) kepada manusia. Ini adalah kerana haiwan kucing adalah binatang peliharaan yang boleh memberikan aspek ketenangan disamping mampu dalam menghilangkan tekanan yang dilalui manusia. Bergantung kepada bagaimana seseorang itu berhubungan dengan kucing lazimnya ia mampu menghilangkan tekanan sama seperti seseorang itu melihat ikan berenang didalam akuarium, membelai kucing kesayangan, melihat dan mendengar burung dalam sangkar dan sebagainya. Manusia zaman moden ini memang mempunyai masa yang terhad untuk mereka membuat aktiviti yang menghilangkan tekanan dan memelihara haiwan peliharaan seperti kucing ini sesuai dijadikan hobi.  Fakta lain yang unik mengenai kucing dimana ia dilaporkan boleh mengesan gempa bumi. Secara logiknya perkara ini memang boleh masuk akal walau pun secara teorinya kajian khusus masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber daripada laporan Reader’s Digest dimana tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.

Fakta selanjutnya adalah bagaimana kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah dahulu. Ini tidak seperti haiwan lain seperti lembu dan kerbau yang mengunyah makanan mereka. Makanan yang dihidangkan kepada kucing akan tetelanm masuk kedalam perut menggunakan lidahnya. Sistem pencernaan haiwan kucing merupakan sistem yang cekap didalam penghadaman. Bagaimana pun penulis blog dapati tahi kucing merupakan tahi yang sangat busuk baunya dan kucing sendiri terpaska membuat lubang untuk menanam dan menimbusnya sebab tidak tahan dengan baunya. Ada juga didakwa dimana haiwan kucing juga bermimpi kerana jika dilihat selalu kelihat secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak didapati ia juga akan menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur. Adakah mimpi kucing ini sama dengan mimpi manusia?... Mungkin tiada siapa boleh menjawabnya kerana bahasa kucing manusia tidak memahaminya. Ada kemungkinan dimasa akan datang santis nahu menjalankan kajian mengenai kucing yang bermimpi menggunakan teknologi yang komoleks. Dalam pada itu sebenarnya dilaporkan bahawa kucing tidak memahami sebab kenapa mereka dihukum jika melakukan kesalahan seperti dipukul, di baling dan sebagainya. Ini berkait dengan perangai kucing itu sendiri yang suka mengotorkan rumah (rumah sendiri atau rumah jiran), berbunyi bising tengah malam (mengiau atau bertengkar) sehingga mengejutkann orang dari tidur dan mungkin mengigit secara manja sehingga tangan terluka. Kalangan manusia ada  juga yang memuji dan memberi apa jua ganjaran untuk tingkah laku kucing yang diingini seperti mampu menangkap tikus dirumahnya dan sebaliknya.

Kehebatan haiwan kucing menghidu melalui hidung masing-masing kala bertemu dimana ia memang agak unik karakternya. Ianya meupakan salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Bagaimana pun dengan tuannya kicing ini akan mengeselkan kepala dan anggota badannya untuk meminta perhatian atau lapar (Sila dilihat foto disebelah). Namun didapati tidak semua kucing akan dapat melakukan perkara ini dan hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam. Sehingga kini para saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’. Ini kerana lazimnya kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika kucing ini menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida.  Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monotone berbanding kucing yang sudah lanjut usia. Kucing ini masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya. Didakwa dimana sama seperti anjing iaitu kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat. Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dimana lazimnya dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar sebaiknya cuba kedip mata anda dengan memandang ke arah lain kala merenung matanya. Kemudian disyorkan anda memberikan kucing dengan daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat. Didakwa kucing boleh menerima haba atau pun kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun. Mungkin ramai kuran tahu dimana nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit iaitu kadar yang lebih tinggi daripada manusia. Bagaimana pun ianya bergantung pada umur kucing dimana semakin lanjut usia kucing itu maka akan semakin lambat kadar nadinya. Dilaporkan dimana haiwan kucing juga berpeluh seperti manusia akan tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya kucing akan berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan ada lembapan pada sekitar tapak kaki kucing bermakna perlu di berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel kucing ini boleh kekal hidrat. Semuga anda mendapat info berguna daripada artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HAIWAN KUCING...BANYAK RAHSIA...
KUCING BERMIMPI...MACAM MANUSIA...
NAJIS BUSUK... DITANAH TANAMNYA...
BERGESEL DIKAKI...TANDA MANJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Syawal 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...