KENAF (Hibiscus cannabinus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae dimana ia merupakan adalah dari Hibiscus renek yang serupa dengan tanaman bendi dan dipercayai berasal dari kawasan Asia Selatan. Tanaman ini diusahakan dibeberapa negara untuk penghasilan fiber dan pelbagai produk lain. Tanaman kenaf di Malaysia pernah di promosikan beberapa belas tahun dahulu di Malaysia bagi tujuan pengeluaran komersil tetapi kurang mendapat sambutan para petani sehingga Lembaga Tembakau Negara (LTN) di tukar kepada nama Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara (LTKN) yang berfungsi untuk memajukan kenaf sebagai tanaman alternatif di Malaysia. Statistik dari LTKN menunjukkan terdapat seluas 1,692 hektar tanaman kenaf pada Oktober 2010 dimana ia melibatkan seramai 480 orang penanam. Kenaf adalah sejenis tumbuhan renek yang cepat tumbuh dan dituai dalam masa 4 bulan serta sesuai untuk menggantikan tanaman tembakau di Malaysia. Kawasan iklim yang sesuai mempunyai taburan hujan antara 60-120 mm/bulan dengan suhu antara 25-28 celcius seperti di Malaysia. Tanah jenis liat berpasir dengan saliran baik perlu dipilih. Elakkan daripada menanam kenaf dikawasan tanah yang ada cacing nematod. Oleh itu satu ujian kiraan nematod perlu dibuat dengan teknik Nematode Count. Tanaman ini masih baru di Malaysia dan kilang memproses kenaf kini hanya terdapat di Negeri Pahang sementara pengeluar benih kenaf terdapat di kawasan Kedah. Varieti kenaf dipilih dari yang tahan serangan penyakit, mengandungi serat yang tinggi dan disukai oleh binatang ternakan untuk dijadikan bahan makanan ternakan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa kata kita meninjau kemajuan dan ppotensi tanaman ini seperti dilaporkan oleh md=edia tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Bernama melaporkan dengan tajuk artikel "Potensi besar tanaman kenaf, permintaan semakin meluas" dimana didakwa yang tanaman kenaf mempunyai potensi besar untuk diperkasakan pada masa hadapan ekoran permintaan semakin meluas terhadap produk dihasilkan daripada tanaman itu yang disifatkan lebih mesra alam. LKTN dakwa antara produk kenaf yang semakin mendapat permintaan ialah kertas daripada batang tumbuhan itu yang dapat menggantikan penggunaan plastik dan polisterin. Pasaran global bagi produk kertas juga dijangka semakin meningkat sehingga mencecah ASD342.2 bilion menjelang 2025 yang sudah pasti akan menyumbang kepada perkembangan industri berasaskan eko-fiber termasuk kenaf. Industri kenaf mempunyai potensi sangat tinggi dan kita berharap lebih banyak pihak industri mengambil peluang melabur dalam penanaman kenaf, khususnya daripada pihak swasta dan kerajaan negeri yang diharapkan akan bekerjasama dengan kementerian. Malaysia perlu mewujudkan satu rantaian pengeluaran kenaf yang meliputi segala aspek supaya tanaman kenaf apabila diperkasakan sudah mempunyai mereka yang boleh menguruskan aspek dan kos dalam cara pemprosesan serta pemasarannya. Setakat ini pihak LKTN menyasarkan kawasan penanaman kenaf akan mencecah 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun dimana tanaman itu dicadang untuk dijadikan sebagai tanaman campuran kerana tempoh masa tuaian yang singkat. Masa ini di Kg Tebu Hitam, Rompin ramai petani yang terlibat menanam kenaf adalah pesawah yang menanamnya secara bergilir dengan padi. Masih banyak tanah terbiar dan galakan boleh diberikan untuk menanam kenaf kerana setiap bahagiannya boleh digunakan secara optima. LKTN laporkan setakat ini di Pahang terdapat 418 penanam kenaf melibatkan kawasan seluas 635 hektar. Konsep pembangunan yanaman kenaf akan dilakukan dengan kerjasama swasta melibatkan pusat pemprosesan Kenaf In-Situ (PPKI) bernilai RM4 juta dan kemudahan pemproses pulpa dan kertas bernilai RM2 juta dengan kemampuan memproses 10,000 tan batang kenaf kering setahun. PPKI akan mengeluarkan produk berasakan fiber dan 'core' kenaf selain dilengkapi mesin pemprosesan berkapasiti tinggi untuk mengeluarkan fiber bersih manakala mesin pemprosesan pulpa dan kertas pula dapat menghasilkan produk 'brown paper' yang digunakan dalam industri pembungkusan. PPKI dijangka mampu mengeluarkan 500 tan fiber setahun dengan nilai RM1.25 juta manakala pengeluaran produk brown paper dianggarkan 1,800 tan bernilai RM3.6 juta untuk pasaran domestik dan eksport.
Sistem Binaan Berindustri (IBS) darrpada opokok kenaf kini semakin mendapat perhatian banyak pihak. Kini ia boleh dibuat rumah yang kukuh daripada hasilan IBS Kenaf (Sila lihat foto disebelah). Apa yang didakwa Ketua Pengarah Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Samsudin akan beberapa kelebihan rumah yang dibina menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS) berasaskan Kenaf yang lebih ringan dan juga ia tahan lasak. Berita dari Kota Bhru Kwlantan ini nyatakan dimana LKTN telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan sistem binaan berindustri (IBS) dengan menggunakan 90 peratus empulur kenaf. Ia merupakan inovasi berasaskan teknologi baharu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Kini penghasilan panel untuk pembinaan rumah ini, bukan sahaja mempercepatkan masa dan ia malah turut menjimatkan kos. Sebelum panel terbabit diperkenalkan, ia sudah menjalani beberapa ujian SIRIM Bhd (SIRIM) dan sebaik mendapat kelulusan, ia mula di pasarkan. Kini dengan teknologi baharu ini maka sebuah rumah mampu disiapkan dalam tempoh 14 hari berbanding empat hingga lima bulan menggunakan kaedah yang lama dan konvensional. Panel kenaf ini juga 60 peratus lebih ringan berbanding konkrit selain harganya 40 peratus lebih murah. Kini rumah pertama menggunakan teknologi terbabit kini dalam pembinaan yang sedang dibina di Muar, Johor. Didakwa dimana ia juga sesuai digunakan dalam pembinaan rumah mangsa bencana kerana prosesnya lebih cepat. Biasanya mangsa bencana seperti banjir, kebakaran dan ribut lebih cepat memiliki rumah baharu dan tidak perlu menunggu lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA KENAF... POKOK RENEK SAJA...
CEPAT DITUAI.. KALAU SELALU DIJAGA ....
BATANG DIPROSES...ADA PRODUKNYA...
PERSOALAN SAYA... MANA POTENSINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.