mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, July 2, 2020

BEZA PORANG, SUWEG, ILES-ILES & WALUR

TANAMAN UMBISI PORANG, SUWEG, WALUR DAN ILES-ILES merupakan sejenis tanaman yang kurang dikenali di Malaysia akan tetapi ia adalah sejenis tanaman umbisi yang popular di Indonesia untuk pasaran domestik dan eksport. Porang (Amorphophallus oncophyllus) atau yang juga kalangan orang biasa yang tidak mahir mengenalnya sebagai dengan nama Suweg, Walur atau Iles-iles termasuk famili Araceae merupakan jenis tanaman umbisi yang mana ia mempunyai potensi dan prospek untuk dikembangkan di negara jiran Indonesia. Tanaman ini sebenarnya termasuk tjenis tumbuhan liar sehingga di kalangan petani Indonesia belum banyak yang telah kenal. Porang sendiri ada tumbuh secara sporadic di hutan-hutan mahupun di pekarangan dan baru beberapa masa terdekat ini pokok atau porang mulai dikomersilkan. Porang sesuai tumbuh di dataran tanah yang rendah hingga ketinggian 1,000 m di atas permukaan laut dengan suhu antara 25 - 30 darjah Celsius dan curahan hujan antara 300 - 500 mm per bulan selama jangkamas proses pertumbuhan. Benih porang biasa menggunakan dari potongan umbi batang ataupun umbinya yang telah memiliki tunas yang keluar atau umbi katak (bubil) yang dihasilkan pokok dewasa dan boleh ditanam secara langsung. Purata ketinggian pokok porang sekitar 100 - 250 cm. Ciri lain bagi tanaman porang adalah mempunyai batang tumbuh cra menegak, lunak serta batang halus berwarna hijau atau hitam belang-belang dengan bintik-bintik berwarna putih. Oleh kerana masih ramai kalangan umum belum kenal tanam ini maka artikel ini akan menjelaskan akan beberapa perbezaan pada tanaman Porang, Suweg, Walur dan Iles-iles yang boleh menjadi bahan rujukkan anda semua melalui tulisan dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini.


Sebenarnya tanaman porang memiliki nilai strategik untuk dikomersilkan disebabkan ia mempunyai peluang yang cukup besar untuk dieksport. Di negara Indonesia pada tahun 2018 tercatat pengeksportan sebanyak 254 metrik tan yang bernilai sebanyak Rp 11.31 miliar (RM34.04 juta ) kebeberapa negara seperti ke Jepun, China, Vietnam, Australia dan sebagainya. Walau pun dilaporkan dimana umbi porang ketika ini masih banyak yang berasal dari hutan dan belum banyak dihask]lkan dari kebun komersil akan tetapi penanaman semakin meluas. Ada beberapa kilang yang mampu memporses tepung porang ketika ini di Jawa seperiti yang berada di Pasuruan, Madiun, Wonogiri, Bandung serta Maros. Pokok Porang dapat tumbuh di semua jenis tanah namun apa yang penting adalah porang akan tumbuh dengan baik di tanah yang memiliki pokok naungan seperti pohon jati, mahoni dan Albasia (sengon). Peringkat awal ini pokok porang ada ditanam pada kebun di sekitar pookok jati yang rendang dan dilihat hanya ditanam sekali sahaja sebelum ia dituai. Selepas itu umbi akan tumbuh lagi setelah menuai dengan meninggalkannya dilubang semula. Kini ada 3 teknik bagi menghasilkan benih porang iaitu menggunakan katak, buah atau biji dan umbisi porang itu sendiri. Bagaimana pun kaedah menggunakan biji dilaporkan paling mudah dan cekap untuk penanaman porang secara komersil.


Tanaman Porang akan berbunga pada umur sekitar 4 tahun dimana selalunya berbunga dimana bunga tersebut akan berubah menjadi buah dan kemudian menghasilkan biji yang baik dikembangbiakan pada musim hujan (Sila lihat foto disebelah). Dalam amalan biasa selalunya tanaman komsrsil porang boleh dituai setelah 3 tahun tumbuhan tersebut ditanam. Cara menuainya ialah dengan mengambil umbi yang paling besar dari tumbuhan tersebut dan diproses. Dalam pada itu amalan dilakukan dimana umbi yang kecil dibiarkan saja di kebun agar pada ketika musim hujan umbi tersebut dapat tumbuh lebih besar lagi. Kkemudian setelah umbi yang besar diambil dan dibersihkan dari tanah dan akar, umbi kemudian dipotong-potong setebal 1 cm dan perlu dijemur sehingga cukup kering. Cara mengiris menentukan kualiti porang kering. Jika salah mengiris dan porang tidak kering pada masa penjemuran maka akan timbul cendawan dimana ia akan merugikan. Pendapatan akan terjejas kesan kerosakkan hirisan poring yang dijemur ini akibat oleh kehadiran cendawan. Porang banyak dimanfaatkan untuk bahan asas seperti tepung, kosmetik dan penjernih air. Selain itu ia juga digunakan untuk pembuatan lem dan "jelly" yang beberapa tahun terakhir kerap dieksport ke Jepun. Ada laporan dimana umbi porang banyak mengandung bahan dikenali glucomannan berbentuk tepung. Glucomannan merupakan serat semulajadi yang larut dalam air biasa digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental, bahkan dapat digunakan sebagai bahan pembuatan lem ramah lingkungan dan pembuatan komponen pesawat terbang. 

Berikut adalah beberapa fakta mengenai perbezaan diantata Porang, Suweg, Walur dan Iles-iles untuk difahami oleh semua pembaca anim agro technology:-


(1) PORANG
Porang (Amorphopalus muelleri Blume) mempunyai benruk daun lebar, hujung daun runcing warna hijau, batang halus belang belang hijau dan putih. Umbi berserat halus dan berwarna kuning, tidak terdapat bintil (calon tunas/anakan). Pada setiap cabang dan ketiak daun terdapat bubil atau dipanggil sebagai 'katak' yang boleh dijadikan bahan tanaman. Selain ia mempunyai jenis daun Lebar, hujung Daun Runcing dan berwarna hijau muda biasanya pada bahagian Kulit Batang halus dan berwarna belang hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi tidak terdapat bintil dimana umbinya berserat halus dan berwarna kekuningan.  Pada setiap pertemuan batang ada bubil atau katak. Umbi digunakan setellah melalui beberapa proses.

(2) SUWEG
Suwek atau pyn Suweg (Amorphopalus companulatus) pula mempunyai bentuk daun kecil, ujung runcing warna hijau mengkilat, batang agak kasar belang hijau dan putih. Kelainan pada permukaan umbi terdapat bintil ( Calon tunas atau anakan) dimana ia tidak terdapat bubil atau katak. Umbi suwek langsung boleh dimasak dan dimakan selepas dituai tidak seperti porang yang perlu diproses dahulu. Selain mempunyai saiz daun yang kecil, hujung daunnya meruncing dan berwarna hijau. Perbezaan nyata terletak pada kulit batang agak kasar dan berwarna belang hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi banyak bintil dan kasar, umbi berserat halus dan berwarna putih. Pada setiap pertemuan batang tidak ada bubil atau katak. Umbi bisa dimkan setelah di kupas bersih dan dimasak.


(3) WALUR
Walur (Amorphopalus variabilis) mempunyai bentuk daun kecil dengan hujung runcing warna hijau berkilat dan ia ada batang berduri tajam dengan ada titik berwarna hijau dan putih. Pada bahagian umbi terdapat bintil (calon tunas/anakan) kulitnya berwarna coklat, umbi berserat kasar dengan warna agak kemerahan dan pada daun tidak terdapat bubil atau katak.
Daun Kecil dengan hujung daun meruncing dan ia berwarna hijau. Bahagian batangnya berduri tajam dengan ada corak berwarna hijau dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan umbi terdapat bintilndengan kulitnya berwarna coklat dengan warna agak kemerahan. Pada setiap tempat pertemuan batang tidak ada bubil atau katak.



(4) ILES-ILES
Iles-iles (Amorphophallus spp) pula ia mempunyai bentuk daun kecil, ujungnya runcing warna hijau tua, kulit batang halus berwarna keunguan, bercak putih, umbi berwarna putih seperti bengkoang pada permukaan berbintil (calon tunas / anakan), serat halus berwarna putih dan memang ia  tidak mempunyai bubil atau katak. Bahagian daun Kecil, hujung Daun Runcing dan berwarna hijau tua. Diteliti lanjut ia mempunyai Kulit Batang halus dan berwarna belang keunguan dan putih (Sila lihat foto disebelah). Pada permukan umbi ada bintil, umbi berserat halus dan berwarna putih seperti bengkoan. Pada setiap pertemuan batang tidak ada bubil atau katak.
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,
NAMANYA PORANG... BANYAK GUNANYA...
UMBISI...TIDAK DIKENALI DI MALAYSIA,,,
SUDAH KOMERSIL... DI INDONESIA ADA...
BACA ARTIKEL... ANDA DAH TERPESONA..

By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1441H).

Posted from Room 11,
Bedrock Hotel, Ipoh, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...